Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Forum 1 : Fasa Kitaran Pendidikan di Malaysia

Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka


Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini,
kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula.
Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal.
Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan
Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan
kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di
sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik
serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.

Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)


Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam
Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan
Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969


Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan
tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam
pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan
dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di
sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979


Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September
1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:
“Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam
rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat
negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka

(Sumber: Education In Malaysia, 1980)

Graf di atas menunjukkan jumlah pendaftaran pelajar sekolah rendah


dan sekolah menengah bermula dari tahun 1956 hingga 1984.
panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat
negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”

Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum,
kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang
menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan
program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
dicadangkan.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan
perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa,
penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk
masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat
dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah
di seluruh Malaysia.

You might also like