Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Detik-Detik Awal Pendidikan Imam al Bukahri

Pada satu hari, Muhammad bin Abu Hatim telah bertanya kepada Imām al-Bukhāri,

bagaimanakah permulaan hal kamu? lalu Imām al-Bukhāri berkata : “Aku telah diberikan

ilham untuk menghafaz hadith ketika aku sedang berada di kuttab1 “. Lalu Muhammad bin

Abu Hatim pun bertanya lagi “ Berapakah umur kamu ketika itu?”. Imām al-Bukhāri pun

menjawab bahawa umur beliau pada ketika itu ialah 10 tahun ataupun kurang daripada itu.

Selepas berumur 10 tahun, beliau pun keluar daripada kuttab tersebut dan pernah

berselisih pandangan dengan al- Dakhiliy dan orang lain. Pada suatu hari al-Dakhiliy telah

berkata di hadapan orang ramai “ Sufyan, daripada Abi al-Zubayr, daripada Ibrāhim” lalu

beliau pun berkata kepadanya bahawa al-Zubayr tidak pernah meriwayatkan daripada

Ibrāhim lantas al-Dakhiliy pun mengherdik beliau. Lalu al-Bukhāri pun berkata kepada

beliau” Rujuklah kepada yang asal”.

Beliau pun masuk dan merujuk kepada yang asal dan kemudian beliau keluar lalu

berkata kepada al-Bukhāri “Bagaimanakah yang sepatutnya wahai budak kecil?”. Al-Bukhāri

pun berkata bahawa al-Zubayr bin ‘Adiy lah yang telah meriwayatkan daripada Ibrāhim

lantas beliau pun mengambil pena daripada al-Bukhāri dan membetulkan kitābnya sambil

berkata “ Kamu benar”2.

Ditanya pula kepada al-Bukhāri “berapakah umur kamu ketika kamu disanggah?“. Al-

Bukhāri menjawab bahawa pada ketika itu beliau baru berusia 11 tahun.
1
Kuttab ialah tempat belajar secara tradisi yang kecil yang mengajarkan kanak-kanak membaca,
menulis dan menghafaz Al-Qur’ān. Lihat Al-Mu’jam al-‘Arabiyy al-Asasiyy li al-Natiqin bi al-‘Arabiyyah
Wa Muta’allimiha, hlm. 1028
2
Al-Dhahabi (1990 ), op.cit., hlm. 393, lihat juga al-Subki ( 1976), op.cit., hlm. 216, lihat juga al-Mizzi
( 1992), op.cit. hlm. 439, lihat juga al-Qanuhi (1985), op.cit. hlm. 238
Adapun tatkala al-Bukhāri telah mencecah usia 16 tahun, beliau telah menghafaz

kitāb-kitāb yang dikarang oleh Ibn Mubarak dan Waki’ sehinggalah beliau dapat memahami

apakah maksud yang ingin disampaikan oleh mereka3.

Kemudian beliau pergi bersama ibu dan abang beliau iaitu Ahmad ke Makkah untuk

menunaikan ibadah haji. Setelah selesai menunaikan haji, abang beliau kembali semula ke

Bukhara bersama ibunya akan tetapi al-Bukhāri tidak ikut kerana beliau ingin menimba ilmu

hadith4.

Pengembaraan beliau bersama saudara dan ibunya adalah pada tahun 210 H. iaitu

selepas beliau selesai mendengar semua riwayat-riwayat yang diambil daripada

‘ulama’-’ulamā’ di negeri beliau5. Detik pertama beliau mendengar hadith ialah pada tahun

205 H.6 dan kecenderungannya menuntut ilmu telah terpahat dihatinya semenjak beliau masih

kecil.

3
Al-Subki (1976), op.cit., hlm. 216, lihat juga al-Mizzi (1992), op.cit. hlm. 439, lihat juga al-Qanuhi
(1985), op.cit. hlm. 238
4
Al-Dhahabi (1990), op.cit., hlm. 393, lihat juga al-Salihi (1996), op.cit., hlm. 216
5
Al-Salihi (1996), op.cit., hlm. 244
6
Al-Subki (1976), op.cit., hlm. 213, lihat juga al-Salihi ( 1996), op.cit., hlm. 244

You might also like