Etika Penyelidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ETIKA PENYELIDIKAN

Etika adalah garis panduan untuk melengkapkan setiap kajian. Penyelidik yang tidak mematuhi etika akan
merosakkan reputasi penyelidikan. Mematuhi etika adalah tanggungjawab penyelidik Kegagalan mematuhi etika
akan mengugat kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang dijalankan.Berikut adalah aspek yang perlu dipatuhi
dalam mematuhi etika dalam penyelidikan:

(1) Penyertaan sukarela


- Subjek ambil bahagian dalam kajian secara sukarela tanpa paksaan.
- TIDAK BERETIKA / DILARANG: halang subjek kajian daripada mengetahui maklumat kajian @ paksa
subjek ambil bahagian.
- Paksaan/ beri insentif utk mendapat kebenaran tidak boleh dilakukan.
- Jika subjek enggan bekerjasama, pengkaji beritahu tentang kepentingan kajian & memujuk subjek.
- Jika subjek tidak bersetuju, pengkaji gunakan subjek lain dalam senarai subjek tambahan.
- Pengkaji boleh sediakan borang jaminan kajian & surat persetujuan menjadi responden kajian.
- Dalam borang tersebut pengkaji memberitahu segala maklumat kajian.
- Pengkaji perlu bekalkan maklumat yg mencukupi kepada subjek
- Tidak boleh menjangkakan bahawa subjek telah mengetahui maklumat tersebut

(2) Penentuan diri


- Pengkaji perlu tahu bahawa setiap individu yg dipilih sebagai subjek kajian mempunyai hak utk menilai
maklumat kajian sebelum membuat keputusan utk ambil bahagian /tidak.
- Pemberitahuan maklumat yg palsu akan mempengaruhi kajian kerana selepas responden mengetahui tujuan
sebenar kajian responden mungkin akan rasa tertipu & tidak mahu bekerjasama.

(3) Kecederaan fizikal & mental


- Pengkaji harus melindungi responden daripada kesan negatif/ kcederaan fizikal/mental setelah melalui proses
kajian.
- Pengkaji perlu nyatakan secara jujur tentang akibat & risiko yg akan dihadapi oleh responden walaupun
mungkin mengakibatkan subjek kajian membuat keputusan utk tidak sertai kajian.

(4)Identiti pengkaji
- Identiti pengkaji perlu diberitahu sebelum meminta kebenaran subjek untuk ambil bahagian.
- Sesetengah orang mungkin tidak ingin ambil bahagian kerana latar belakang pengkaji & badan yang menaja
penyelidikan bercanggah dgn pendirian subjek kajian.

(5)Rahsia peribadi
- Pengkaji perlu menjaga rahsia peribadi responden.
-Rahsia peribadi terbahagi kepada 3 jenis;
i. Kepekaan maklumat yg diberi
- Kepekaan maklumat: potensi ancaman /ugutan terhadap responden setelah suatu maklumat didedahkan kepada
umum.
- Contoh ancaman: agama, pendapatan, prasangka bangsa & ciri-ciri peribadi.
ii. Keadaan persekitaran diri responden
- Merujuk kepada persekitaran khas responden seperti tempat tinggal, kenderaan, tempat bekerja & tempat yang
sering dilawati.
iii. Keupayaan penyebaran maklumat
-Ada maklumat yang mudah & pantas disebar kerana mempunyai nilai-nilai tertentu bagi pihak2 tertentu.
-Cth: status perkahwinan pelakon, ahli politik & org2 terkenal
- Semakin tinggi keupayaan penyebaran maklumat, semakin tinggi tahap kerahsiaan maklumat tersebut.

(6)Ketanpanamaan
-Segala maklumat yang dibekalkan oleh subjek perlu dirahsiakan identiti pembekal maklumat tersebut.
-Ketanpanamaan: keadaan di mana orang lain tidak dapat mengenali siapakah subjek yg membekalkan maklumat/
data kajian.
-Kaedah temu bual: responden berhak tidak dirakamkan suara/ gambar diri dengan mengunakan perakam kaset/
video.
-Maklumat yang dikumpulkan hanya dketahui oleh pengkaji sahaja

(7)Maklumat Sulit
-Maklumat yg diberikan oleh responden harus dirahsiakan.
-Pengkaji perlu buat perjanjian dengan jelas secara bertulis & perjanjian tersebut perlu diambil serius oleh
pengkaji.
-Cara memastikan maklumat “sulit”. (Frankfort- Nachmias & Nachmias, 2000 )
i. Memadamkan identiti nama
ii. Meringkaskan kategori laporan
iii. Mikroagregasi
iv. Menyatakan perbezaan antara individu sahaja

(8)Pembelotan
-Berlaku apabila data yg dijanjikan sebagai sulit oleh pengkaji dikemukakan kepada orang ramai.
- Menyebabkan keaiban atau penderitaan kepada responden
- Kejadian pecah amanah: pengkaji diberi insentif/ kebaikan oleh pihak2 tertentu yang ingin mendapatkan
maklumat tersebut.
- Biasa berlaku pada bukti / maklumat yang negatif yang akan mendatangkan akibat yang buruk kepada responden.

(9)Mengaburi mata dan fikiran


- Merujuk kepada kes di mana pengkaji tidak beritahu tujuan kajian & maklumat kajian sebenar secara sengaja/
beritahu maklumat palsu secara sengaja.
- Sebab: pengkaji bimbang responden tidak ingin ambil bahagian dalam kajian.

(10) Hak Cipta


- Pengkaji perlu dapatkan kebenaran secara bertulis daripada pemilik instrumen kajian yang sedia ada, sebelum
mengunakannya.

You might also like