Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT
1.0 Pengenalan 2

2.0 Perkembangan Kurikulum KSSR 3

3.0 Fokus KSSR Sains 6

6.0 Penutup 11

7.0 Rujukan 12

1
1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan-perubahan sesuai dengan arus


globalisasi dunia. Justeru, kurikulum negara juga turut mengalami perubahan bagi memastikan
kandungan pembelajaran sentiasa relevan dengan perubahan zaman. Bermula pada tahun 2011,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi
(MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan
UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama
dan belajar untuk membentuk peribadi (KPM,2016).

Pembangunan kurikulum merupakan sebuah proses dirancang, bermatlamat, progresif,


dan sistematik untuk mewujudkan peningkatan positif dalam sistem pendidikan. Setiap kali
terdapat perubahan atau perkembangan berlaku di seluruh dunia, kurikulum sekolah perlu
disemak semula agar kekal relevan. Pembangunan kurikulum mempunyai skop yang luas kerana
ia tidak hanya tertumpu kepada proses pembelajaran yang hanya melibatkan sekolah, pelajar, dan
guru semata-mata (Alvior, Mary G., 2014). Sebaliknya ia juga berkait rapat terhadap
pembangunan masyarakat secara umum dengan mengambil kira keperluan hasil pembelajaran
terhadap pembangunan komoniti sejagat. Dalam persekitaran ekonomi masa kini, pembangunan
kurikulum memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Ia
juga menyediakan jawapan atau penyelesaian kepada keadaan mendesak di dunia dan masalah,
seperti alam sekitar, politik, sosio-ekonomi, dan isu-isu lain kemiskinan, perubahan iklim, dan
pembangunan mampan.

Kurikulum perlu menjadi satu rangkaian proses pembangunan untuk membangunkan


masyarakat. Kurikulum sekolah, terutamanya dalam pendidikan tinggi, perlu dibangunkan untuk
mengekalkan identiti nasional negara dan untuk memastikan pertumbuhan dan kestabilan
ekonomi itu sendiri. Oleh itu, pembangunan kurikulum itu amat berharga dalam menentukan
arah perubahan dalam sesebuah organisasi, bukan sahaja di mikro tetapi juga di peringkat makro.
Selagi matlamat dan objektif pembangunan kurikulum adalah jelas dalam fikiran pembuat
kurikulum, aspirasi pendidikan kebangsaan dapat direalisasikan.

2
2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM SAINS KSSR

Perkembangan kurikulum sains di Malaysia sangat berkait rapat dengan peranan


Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for Education in Science
and Mathematics (SEAMEO RECSAM) yang ditubuhkan pada 1967 yang dianggotai oleh
Brunei, Kemboja, Indonesian, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailan, Timor
Leste dan Vietnam. SEAMEO RECSAM ditubuhkan bagi meningkatkan kualiti dalam
penyampaian kurikulum pendidikan sains, matematik dan pendidikan teknologi dalam negara-
negara anggota. SEAMEO RECSAM telah berperanan dalam melonjakkan bidang pendidikan
sains dan matematik dengan menerapkan kandungan nilai-nilai yang dirangsang oleh perubahan
dan diilhamkan oleh pembangunan di rantau ASEAN. Bermula daripada itu, kurikulum sains
terus mangalami penambahbaikan dari semasa ke semasa.

2.1 Kajian Alam Semulajadi

Pada akhir abad kesembilan belas hingga pertengahan abad kedua puluh, sains diajar di
sekolah rendah sebagai Kajian Alam Semulajadi, melibatkan pengetahuan tentang fakta- fakta
dan hukum-hukum alam semulajadi sebagai asas penyiasatan saintifik. Pengajaran sains di
peringkat sekolah rendah telah dilaksanakan dalam semua bidang bermakna semua
matapelajaran digabungkan secara beransur-ansur dan dihubungkaitkan dengan
persekitaran dan pengalaman seharian murid.

2.2 Projek Khas

Pada tahun 1965, Sukatan Pelajaran Sains Rendah yang diadaptasikan daripada Nuffle
Science Project. Projek Nuffield Junior Science adalah sebahagian daripada Projek Pengajaran
Sains Yayasan Nuffield pada 1960-an yang memfokuskan pemurnian topik dan kaedah kepada
guru-guru yang berminat untuk menyumbang dalam bidang sains boleh menambah baik
penyampaiakan kandungan pendidikan terhadap kanak-kanak. Malaysia telah mengadaptasi
program ini untuk disesuaikan dengan keperluan aspirasi pendidikan negara.

Ketika ini, pembangunan kurikulum adalah tertumpu kepada pengisian konten


pembelajaran ang lebih memfokuskan kepada pengetahuan saintifik semata-mata. Justeru,
latihan professional diberikan kepada guru-guru terutama di kawasan luar bandar bagi

3
meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru berkaitan dengan metodologi sains dan
kandungan pembelajaran. Namun, latihan yang diberikan dilihat masih tidak mencukupi dan
tidak berfokus apabila latihan yang diberikan lebih kepada meningkatkan kemampuan guru
untuk mengajar semua mata pelajaran di sekolah dan tidak khusus kepada mata pelajaran sains.
Pendekatan pedagogi yang digunakan dalam bilik darjah bersifat konvensional iaitu berpusatkan
buku teks dan penghafalan nota.

Kesannya, prestasi murid-murid luar bandar tidak mencapai sasaran yang dihasratkan,
terutamanya dalam mata pelajaran sains. Justeru, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan
Projek Sains Rendah Khas (Projek Khas) pada tahun 1968. Projek ini memfokuskan kepada
kepelbagaian pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains
tanpa mengubah sukatan pelajaran yang sedia ada. Ini bermakna, kurukulum sedia ada masih
digunakan dan disampaikan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
efektif dan berkesan bagi meningkat prestasi murid dalam mata pelajaran sains.

2.3 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia
dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira). Pada peringkat ini, murid-murid lebih diberi pendedahan yang bersifat orientasi
peperiksaan semata-mata. Walau bagaimapun dalam menuju negara maju dan berinovasi,
perubahan kurikulum harus dilakukan bagi memantapkan sistem pendidikan negara.

Dalam usaha menyediakan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global,
kerajaan melihat akan pentingnya penumpuan terhadap bidang teknologi dan komunikasiDalam
menuju alaf baru dengan penumpuan yang lebih dalam bidang teknologi maklumat, pengetahuan
dan kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris membantu individu dalam
meningkatkan harga diri dan kerjaya. Justeru itu bahasa Inggeris menjadi semakin penting di
Malaysia. Sebagai langkah mengatasi kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar, pada 19 Julai 2002, Jemaah Menteri telah meluluskan usulan untuk melaksanakan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Keputusan
tersebut diumumkan oleh Menteri Pendidikan pada 20 Julai 2002. Dasar ini telah dilaksanakan

4
secara berperingkat bermula pada awal tahun 2003 yang melibatkan pelajar Tahun 1 (sekolah
rendah), Tingkatan 1 dan Tingkatan Enam bawah (sekolah menengah). Proses perubahan dasar
ini berterusan sehingga melibatkan semua peringkat pendidikan rendah dan menengah pada
tahun 2008.

2.4 Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pada tahun 2010 negara mengalami perubahan kurikulum pendidikan yang begitu hebat.
Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) diperkenalkan. KSSR adalah reka
bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;
Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
Pada peringkat ini KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M
(Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

Kepentingan pendidikan Sains dan Teknologi di Malaysia sememangnya telah diakui dan
diterima oleh semua pihak. Ini terbukti dalam kesemua Rancangan Malaysia di mana pendidikan
Sains dan Teknologi telah diberi penekanan penting. Pendidikan Sains sekolah rendah juga tidak
terlepas daripada mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan rancangan masa depan negara
terutamanya bagi mencapai Wawasan 2020.

Sebagai sebuah Negara yang sedang pesat membangun, Malaysia telah melalui pelbagai
perubahan atau reformasi dalam bidang pendidikan. Tujuan kurikulum ini direformasikan adalah
semata-mata membuat penambahbaikkan bagi mewujudkan pelajar-pelajar yang boleh membawa
kejayaan kepada Negara. Sekiranya kita melihat dalam konteks mata pelajaran sains, ia amat
jelas merupakan matlamat kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri
yang sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Semakan demi semakan telah dilakukan di
dalam kurikulum sains. Mulai tahun 2002 kurikulum sains telah disemak semula untuk
memberi penekanan kepada pemerolehan pengetahuan dan penguasan proses sains melalui
pendekatan pembelajaran berpusatkan murid.

5
3.0 FOKUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH SAINS

Germann et al (1996) dan Harlen (1999) menyatakan bahawa kemahiran proses sains
(KPS) merupakan kemahiran yang menggalakkan pelajar untuk mempersoalkan permasalahan
sains yang dihadapi dan mendapatkan jawapan secara bersistematik. Namun yang demikian,
penggubalan kurikulum KSSR tidak hanyak berfokus kepada proses ini semata-mata sebaliknya
mengambilkan pelbagai faktor bagi membolehkan modal insan yang holistik dapat dilahirkan
daripada sistem pendidikan negara.

3.1 Faktor Falsafah Pendidikan Kebangsaan

John Dewey (1938) melihat pendidikan dari perspektif lain. Dia menunjukkan bahawa
falsafah adalah prinsip tunjang pendidikan. Falsafah memainkan peranan yang penting dalam
menentukan matlamat pendidikan, kandungan pengajaran dan organisasi. Oleh itu, kesannya
terhadap reka bentuk kurikulum tidak boleh dinafikan lagi. Dewey menekankan bahawa
pendidikan perlu melengkapkan kanak-kanak dengan keupayaan untuk menyelesaikan masalah
sosial untuk menggalakkan mereka pertumbuhan. Ia adalah penting bahawa mereka
membangunkan secara berterusan untuk menghadapi cabaran yang semakin meningkat daripada
dunia. Selaras dengan ini, Dewey difikirkan perlu untuk mereka bentuk kurikulum berdasarkan
pengalaman dan membiarkan kanak-kanak kanak-kanak terlibat dalam masalah yang menarik
dan mencabar (Dennis, 2002). Ini adalah asas kepada reka bentuk kurikulum walaupun di
peringkat pengajian tinggi kerana kurikulum mempunyai untuk menangani keperluan pelajar
dan masyarakat.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibina dengan harapan melahirkan warganegara yang


mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
dan yang percaya dan patuh kepada Tuhan,berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan rasional,
berakhlak mulia, berketrampilan, berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan
kemakmuran masyarakat dan negara,setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga
hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia
(Aminah Ayob, 2013). Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan pernyataan yang boleh
dilihat sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan-pandangan terhadap perkara-perkara yang
berkaitan dengan pendidikan. Falsafah Pendidikan mengandungi kepercayaan, sistem nilai dan

6
harapan yang akan diperolehi daripada sistem pendidikan yang dihasilkan oleh falsafah
berkenaan.

Justeru, bagi membangunkan kurikulum KSSR bagi mata pelajaran sains, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah menjadi rujukan dan panduan utama ke arah pembinaan sebuah
kurikulum yang holistik bagi memenuhi aspirasi negara. Kurikulum KSSR digubal dengan
menggabungkan enam tunjang utama yang diklasifikasikan sebagai tiga bidang utama iaitu
bidang ilmu, bidang kemahiran, dan bidang nilai. Tunjang-tunjang ini digaungkan dengan tujuan
bagi memenuhi hasrat FPK untuk melahiran modal insan yang simbang dan holistik.

Rajah 1 : Tunjang KSSR (Sumber: DSKP Sains)

3.2 Faktor Psikologi

Lazimnya, terdapat tiga bidang yang berkaitan dengan perkembangan pembelajaran


murid iaitu prinsip pembelajaran, ciri-ciri fizikal pertumbuhan dan perkembangan, dan faktor
personaliti. inferens lazimnya dibuat adalah yang memiliki maklumat yang tepat di setiap
kawasan akan membantu membuat keputusan dalam pembangunan kurikulum mengenai
kurikulum (Anderson, 2002). Walau bagaimanapun, jawapan lain untuk soalan ini adalah
mungkin; dan alternatif, walaupun seolah-olah lebih rumit, telah dipilih. Selain daripada ciri-ciri
pelajar dan proses pembelajaran, faktor psikologi bahawa keputusan kurikulum pengaruh telah
dianggap termasuk situasi pembolehubah yang dimanipulasikan dalam persekitaran sekolah
7
untuk menggalakkan pembelajaran serta kemahiran dan kebolehan yang terakru kepada pelajar
sebagai hasil pendidikan.

Menurut Parkay dan Hass (2000) kurikulum perlu melengkapkan pelajar dengan
pengetahuan, kemahiran, nilai yang berguna di dalam dan di luar sekolah. Oleh itu, pembuat
kurikulum perlu memilih pengalaman pembelajaran yang menarik untuk pelajar agar dapat
memaksimumkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran dan menjadi lebih
bersemangat untuk berada di sekolah (Henson, 2001). Seperti orang dewasa, pelajar mempunyai
minat dan cita-cita mereka sendiri. Kecenderungan dan aspirasi pelajar adalah penentu penting
dalam struktur dan kandungan kurikulum sekaligus mempengaruhi keberkesanan pembelajaran.
Psikologi dalam merupakan elemen penyatuan proses pembelajaran di mana ia merupakan asas
untuk kaedah, bahan dan aktiviti pembelajaran.

Selain itu, kurikulum digubal dan disusun dengan mengambil kira perkembangan
kognitif kanak-kanak. Justeru, kurikulum sains dalam KSSR telah dirangka berdasarkan
mengambil kira faktor ini. Sains mula diperkenalkan kepada pelajar bermula pada usia 7 Tahun
ketika murid berada di Tahun 1. Konten pembelajaran ditambah dari semasa ke semasa sesuai
dengan perkembangan kognitif murid (Anagün, S. S., & Yaşar, S., 2009). Selain itu, penyusunan
konten pembelajaran adalah bertasarkan taksonomi Bloom bagi membolehkan proses pengajaran
dan pembelajaran disampaikan secara berperingkat bagi membolehkan murid dapat mengikuti
proses tersebut secara lebih berkesan.

3.3 Faktor Sosial

Pelajar-pelajar datang dari latar belakang, budaya dan etnik yang pelbagai. Masyarakat
kita yang berbilang kaum adalah faktor utama yang diambil kira dalam reka bentuk kurikulum.
Beberapa faktor kepelbagaian termasuk agama, bangsa, jantina, etnik, status sosioekonomi,
umur, dan juga kanak-kanak dengan pelbagai jenis ketidakupayaan. Justeru, kurikulum yang
dirancang dengan tujuan untuk membina sebuah kandungan pendidikan yang sesuai dengan
masyarakat kita yang berbilang kaum dan yang akan membantu setiap kanak-kanak dari setiap
latar belakang yang berbeza supaya mereka dapat hidup, bekerja, dan sebuah sebuah kehidupan
bermasyarakat yang ideal dan harmonis.

8
Oleh itu, berdasarkan Laporan Razak awal terdiri kajian semula dasar terhadap struktur
pendidikan negaan dengan mengambil kira faktor perbezaan agama, kaum, sosial dan budaya .
Ketika itu, hasrat utama sistem pendidikan negara adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat
yang terdiri dari pelbagai kaum dan dapat hidup dalam suasana yang harmoni secara bersama.
Kurikulum mencerminkan masyarakat yang kompleks, sebuah masyarakat di mana tidak pernah
ada gambaran yang sempurna kepada ciri-ciri masyarakat tersebut (Dennis, 2002). Ada yang
melihat tujuan utama kurikulum adalah pemerolehan pengetahuan kognitif. Sebahagian yang
lain akan menganggapnya sebagai satu program untuk membantu murid membangunkan kualiti
yang berperikemanusiaan dan rasional. Kurikulum disusun mengikut tahap gred dan umur.

Kurikulum dirancang dalam perlu mengambil kira teori sosiobudaya dan konsep Zon
Pembanguna Proksimal (ZPD) oleh Lev Vygotsky. Menurut Vygotsky (1987), pembelajaran
tidak secara bersedirian atau terasing, sebaliknya pembelajaran dipengaruhi secara kuat melalui
interaksi social, yang berlaku dalam persekitaran yang bermakna mengikut konteks
pembelajaran. Interaksi sosial kanak-kanak bersama orang-orang yang lebih berkemampuan dari
segi pengetahuan dan kemahiran akan mengubah cara berfikir dan mentafsir keadaan. Kanak-
kanak membangunkan intelek mereka dengan cara mendalami konsep berdasarkan tafsiran
mereka terhadap aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka. Justeru, kurikulum yang dirancang
perlulah bersifat setempat dengan mengambil kira pengalaman pembelajaran murid agar mereka
dapat menghubung kait pembelajaran dengan pengalaman yang mereka perolehi daripada
persekitaran (Cuevas et.al, 2005).

Bagi mencapai hasrat ini, kandungan kurikulum sains dalam KSSR telah menerapkan
elemen merentas kurikulum (EMK) yang bertujuan untuk membina satu budaya pemikiran dan
sahsiah yang seimbang dan progresif bagi memastikan modal insan yang dilahirkan dapat
mempunyai nilai dan ciri masyarakat Malaysia yang dapat menyesuaikan diri dalam apa jua
keadaan sosial serta bersifat inkuiri untuk mempelajari pengetahuan-pengetahuan baru yang
mereka minati. Pendekatan ini dinamakan inkuiri-penemuan iaitu pendekatan yang
mementingkan pembelajaran melalui pengalaman Inkuiri secara am bermaksud mencari
maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku Selain itu, mereka juga dapat
belajar untuk menerima budaya yang bukan amalan mereka bagi membolehkan mereka

9
memahami dan mewujudkan masyarakat yang progresif dan liberal (Parkay F.W and Hass A.,
2000).

Rajah 2: Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam KSSR Sains (sumber: DSKP Sains)

3.4 Faktor Pertimbangan Ekonomi

Pada bulan Disember 2002, UNESCO turut mengumumkan tahun 2005 hingga tahun
2014 sebagai dekad pendidikan untuk kelestarian pembangunan. Seterusnya Hensons (2001)
menyatakan walaupun seluruh dunia memperakui kepentingan pendidikan dalam mencapai
kelestarian pembangunan, namun sehingga kini pencapaiannya agak terhad. Setiap tahun, Unit
Perancangan Ekonomi akan melakukan unjuran keperluan dan sasaran terhadap pertumbuhan
ekonomi berdasarkan tempoh tertentu. Unjuran ini dilakukan berdasarkan pembentangan bajet
tahunan serta model ekonomi yang digunakan oleh negara.

Bagi menyediakan modal insan bagi memenuhi hasrat ini, ia perlu bermula di peringkat
skolah bagi membolehkan kita dapat membentuk, mengasuh dan membina budaya kerja, corak
pemikiran dan nilai yang sesuai dengan aspirasi yang diinginkan (Gabler, et.al ,2003). Selain itu,
pertimbangan terhadap kemampuan ekonomi perlu wujud bagi memastikan kurikulum yang
dibentuk mampu dibiayai oleh kementerian untuk dilaksanakan tidak kira di institusi awam
mahupun swasta. Dana merupakan elemen penting dan perlu mampu untuk menyokong setiap

10
proses pembinaan kurikulum bermula daripada proses mengumpul dan memproses maklumat
dan bagaimana cara penyampaian dan pelaksanaan akan digunakan (Parkay, 2000). Selagi reka
bentuk kurikulum mendapat bantuan dana yang secukupnya, ia dapat dilaksanakan pada tahap
yang optimum, dan dapat mendatangkan hasil balasan yang positif dan terkawal.

4.0 PENUTUP

Kurikulum adalah tunjang keapda kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Kualiti ini
menjadikan ia mampu menjadi elemen pelengkap kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
sedia ada ke arah mewujudkan sebuah kurikulum pendidikan yang holistik. KSSR juga
membuka peluang kepada guru-guru untuk membuka ruang dalam menyediakan persekitaran
dan pengalaman pembelajaran yang pelbagai bagi mengoptimumkan potensi murid bagi
membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran seperti yang dihasratkan.

Justeru, guru perlu menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid bagi


membolehkan mereka bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi pada masa
akan dating. Mereka perlu belajar cara untuk menyelesaikan masalah secara harmoni, bijak
dalam melakukan pertimbangan dalam menyelesaikan konflik, mampu mengekalkan pendirian
diri dan jati diri dalam menghadapai situasi yang kritikal, dan berpegang teguh terhadap perkara
yang benar dalam setiap perkara dalam kehidupan. Selain itu, negara juga mempunyai aspirasi
untuk melahirkan modal insan yang penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan
negara dan sejagat. Oleh itu, pendidikan luar perlu dijadikan medium utama dalam melestarikan
kualiti pendidikan negara.

(2, 552 Patah Perkataan)

11
5.0 RUJUKAN

Ahmed, S., & Parsons, D. (2013). Abductive science inquiry using mobile devices in the
classroom. Computers & Education, 63, 62–72.
Alvior, Mary G. (2014). The Meaning and Importance of Curriculum Development.
In SimplyEducate.Me. Retrieved from http://simplyeducate.me/2014/12/13/the-meaning-
and-importance-of-curriculum-development/
Aminah Ayob (2013) Guru Pelatih Dan Keperluan Pengajaran . Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
Anagün, S. S., & Yaşar, S. (2009). Developing scientific process skills at science and
technology course in fifth grade students. Elementary Education Online, 8(3), 843–865.
Anderson. R.D. (2002). Reforming science teaching: What research say about inquiry?
Journal of Science Teacher Education, 13(1), 1--‐12.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi dan Nor Azmi Noor (2005). Penggunaan Bahasa
Inggeris dalam Pengajaran Sains dan Matematik: Pelaksanaan dan Cabaran. Jurnal
Pendidikan. Jilid 25, hlm. 27-38.
Cuevas, P., Lee, O., Hart, J. & Deaktor, R. (2005). Improving science inquiry with elementary
students of diverse backgrounds. J. Research in Science Teaching, 42, 337-357.

Dennis, K. H. (2002). Quality Education through a Post-modern Curriculum. Hong Kong


Teacher’s Centre Journal, 1 (1), pp. 56-71.

Dewey, J. (1938) Logic: A theory of inquiry. New York: H.Holt & Co.

Gabler, I. C., Schroeder, M., & Curtis, D. H. (2003). Constructivist methods for the secondary
classroom: Engaged minds. Boston: Pearson Education, Inc.

Germann, P.J., Aram, R., & Burke, G. (1996).Identifying patterns and relationships among the
responses of seventh-grade students to the science process skill of designing experiments.
Journal of Research in Science Teaching, 33 (1), 79-99

Harlen, W. (1999). Purposes and procedures for assessing science process skills. Assessment in
Education, 6(1), 129-144.

12
Hartman, H. (2002). Scaffolding & Cooperative Learning. Human Learning and Instruction (pp.
23-69). New York: City College of City University of New York.

Henson K. T (2001). Curriculum planning. Illinois: Waveland Press, Inc.

Hewitt, T. W., (2006). Understanding and shaping curriculum: What we teach and why.
Thousand Oaks: Sage publications

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016) Laporan analisis pencapaian Ujian Pencapaian


Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016. Kuala Lumpur

Lau Shin Chai (2001). Status Penguasaan Kemahiran Sains Sekolah Rendah Negeri
Sarawak 2000. Konvensyen Guru-Guru Sains Dan Matematik. Kuching: Jabatan
Pendidikan Sarawak.

Murphy, C. (2009). Constraints on science enquiry. Primary Science, 106, 12-13.

Nurshamshida Md Shamsudin, Nabilah Abdullah, & Nurlatifah Yaamat. (2013). Strategies of


teaching science using an Inquiry Based Science Education (IBSE) by novice chemistry
teachers. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 90(InCULT 2012), 583–592.

Olson, S. & Louks-Horsley, S. (Eds.) (2000). Inquiry and the national science education
standards: a guide for teaching and learning.Washington: National Academies Press.
Ostlund,

Parkay F.W and Hass A. (2000). Curriculum planning: A contemporary approach. Boston:
Allyn and Bacon

Ronald W. Clark (1972). A Biography of the Nuffield Foundation, London: Longman, ,ISBN
9780582364875, p. 171.

Suduc, A.-M., Bizoi, M., & Gorghiu, G. (2015). Inquiry Based Science Learning in Primary
Education. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 205, 474–479.

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes.


Cambridge, MA: Harvard Univ Press.

13

You might also like