Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN ANTARA

KELAB SUKAN DAN PERMAINAN


SK KUALA PENOR KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 5 OKTOBER 2017

Hari : Khamis

Masa : 1:15 petang

Tempat : Makmal Komputer SK Kuala Penor

KEHADIRAN :

1. EN. BAHAROM BIN BUJANG ( GURU BESAR)


2. PN. HASLINDA BINTI MISRAN ( GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
3. PN. ZAWIAH BINTI MOHAMED (GURU PENOLONG HAL EHWAL MURID)
4. PN. DASIMAWATI BINTI ABDUL ( GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM /
PENGERUSI)
5. TN. SYED MUZAFFAR SHAH B SYED BADIUZAMAN
6. PN. ROSMUNI BT WAHAB
7. EN. MOHD FAISAL BIN HASAMI
8. EN. AZMAN BIN AMIR
9. PN. AZLINA RAHMAN
10. EN. SHAHRIN B SHAHADAN
11. PN. SH. NAWAITUL AQSYAH BT S. A. RAHMAN
12. PN. NORIZAN BT BAKAR
13. PN. SAFURA SHARIF
14. EN. CHE ROSENIZAM BT CHE OMAR
15. PN. NOORUL ATIQAH BT ABDULLAH
16. PN. ROZIAH BT ABDULLAH
17. PN. JULIANA BT ZAKARIA
18. EN. MOHD MUSADDIK B MOKHTAR

TIDAK HADIR : -

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat
pada petang itu.

2. Perkara yang dibincangkan

2.1. Pembentukan Jawatankuasa Pengelola Membentuk Jawatan Karnival Permainan


(Sila rujuk kepada buku program).

Tindakan: Makluman semua guru


2.2. Penentuan Tarikh Karnival Permainan akan diadakan pada :

Tarikh : 2 hingga 3 November 2017

Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi

Tempat : Padang SK Kuala Penor

Tindakan : Makluman semua guru

3. Penetapan Sukan Permainan

3.1 Ustaz Mohd Musaddik mencadangkan pada tahun ini permainan bola tampar diadakan
untuk kategori perempuan dari setiap manakala permainan bola baling untuk kategori
lelaki dari setiap kelab. Cadangan disokong sebulat suara.

3.2 En. Mohd Faisal turut mencadangkan agar sistem perlawanan dilakukan secara liga
(Round Robin). Beliau menyatakan ini dapat memberi peluang kepada ramai murid untuk
menyertai dalam karnival ini selain menimba pengalaman bermain di dalam sesuatu
pertandingan atau perlawanan. Cadangan disokong sebulat suara.

Tindakan : Makluman semua guru

4. Strategi Pelaksanaan Karnival Sukan dan Permainan

4.1 Berkumpul di tapak perhimpunan bagi mengikuti Senam Robik


4.2 Murid akan bergerak ke tempat perlawanan
4.3 Perlawanan akan diadakan secara liga.
4.4 Perlawanan akan diadakan sehingga pukul 10 pagi bagi memberi laluan kepada murid
untuk rehat.
4.5 Selepas rehat proses Pembelajaran dan Pengajaran akan berjalan seperti biasa.
Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada keesokan harinya.
4.6 Hari kedua Karnival Sukan dan Permainan akan menyambung semula perlawanan
yang belum selesai.
4.7 Semua murid akan berkumpul semula di tapak perhimpunan setelah semua
perlawanan selesai bagi acara penyampaian hadiah kepada pemenang.
Tindakan : Makluman semua guru

5. Anggaran Perbelanjaan

5.1 Kos perbelanjaan bagi Kejohanan Sukan Tahunan dianggarkan lebih kurang
RM200.00 hingga RM250.00.
Tindakan : Makluman semua guru
6. Hal-hal lain

Tiada

7. Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi mengharapkan Karnival Sukan dan Permainan pada kali ini berjalan lancar.
Kerjasama dari semua guru amatlah penting.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh. Disemak oleh,

......................................................... .................................................................
(EN. MOHD FAISAL B HASAMI) ( PN. HJH DASIMAWATI BT ABDUL )
Setiausaha Sukan GPK Kokurikulum
SK Kuala Penor. SK Kuala Penor.

You might also like