Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

Kita harusnya berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak
mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran.
memberikan kerja-kerja berkumpulan. Guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara
berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, Kemahiran
Hidup dengan kerjasama antara orang yang pelbagai kaum.
Sebagai Pelajar kita perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami
erti perpaduan negara. Dengan ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar lulus dalam mata pelajaran
Sejarah di peringkat SPM. Ini sebagai langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari
anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat.
Konsep dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah
menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa
yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat
kestabilan tanah air.
Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan
antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program
Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga
berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan
bangsa.

You might also like