Aktiviti - Pulau Haba Bandar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SMK Limbanak, Penampang

AKTIVITI 2
Pulau Haba Bandar

SITUASI
Bandar X mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Bangunan-bangunan yang tinggi dan
berdinding cermin dibina di bandar ini untuk menampung pertambahan penduduk. Pembinaan
bangunan bercermin yang tinggi dan rapat antara satu sama lain menyukarkan pengaliran
udara. Keadaan ini juga menyebabkan udara berdebu dan berkepekatan karbon dioksida tinggi
yang dilepaskan oleh kenderaan dan industri terperangkap di bandar tersebut. Sebagai
warganegara yang prihatin, kita haruslah berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif untuk
mereka bentuk bangunan yang lebih mesra alam dan dapat menyelesaikan masalah
pertambahan penduduk di bandar tersebut.

PROSEDUR
1. Ahli kumpulan anda perlu berbincang dan bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan
dalam Misi 1, 2 dan 3 sebelum membentangkan dan memberikan penjelasan konkrit
terhadap hasil rekaan anda.
MISI 1 (30 minit)
Soalan 1 Apakah masalah yang akan timbul akibat pembinaan bangunan-bangunan
(10 minit) tinggi berdinding cermin di bandar X. Senaraikan seberapa banyak masalah
yang boleh dikenalpasti.
Soalan 2 Berdasarkan perbincangan di dalam kumpulan anda, kenalpasti seberapa
(5 minit) banyak masalah yang mungkin dihadapi oleh penduduk di bandar X jika
lebih banyak bangunan tinggi berdinding cermin dibina?
Soalan 3 a) Kenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di bandar X
(15 minit) akibat pembinaan bangunan tinggi berdinding cermin yang berleluasa.
Kemudian, cadangkan seberapa banyak penyelesaian untuk menangani
masalah tersebut (lebih banyak penyelesaian/ ciptaan lebih baik)

b) Gambarkan bagaimana untuk melakukannya melalui lakaran 1.


Lakaran 1 anda perlu menunjukkan ciri-ciri fizikal dan fungsi bagi cara
penyelesaian/ ciptaan anda.

c) Susun semula ciri-ciri fizikal dan fungsi tersebut yang difikirkan paling
sesuai untuk ciptaan anda melalui lakaran 2.
MISI 2 (30 Minit)
Kumpulan anda perlu mengemukakan satu ‘ciptaan baru’ yang difikirkan paling sesuai untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
Ciptaan anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
 Boleh membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar X.
 Mengambil kira keselamatan dan kesihatan penduduk di bandar X.
 Kemas dan sesuai dengan tujuan penggunaannya terhadap masyarakat dan persekitaran.

Langkah 1 i) Sediakan lakaran 2 yang lengkap tentang ciptaan baru anda dengan
(20 minit) menyatakan bahan yang diperlukan, reka bentuk, fungsi ciri-ciri fizikal, cara
pemasangan dan pengoperasiannya.
ii) Nyatakan dan jelaskan konsep sains yang digunakan dalam pembinaan
ciptaan baru
iii) Namakan ciptaan anda.
Langkah 2 Membentangkan lakaran dan konsep sains yang digunakan dalam pembinaan
(10 minit) ciptaan baru kumpulan anda kepada fasilitator.

MISI 3 (60 MINIT)


Anda dibekalkan dengan;
1. Botol air mineral 500 ml
2. Kertas Sebak
3. Kotak
4. Gunting
5. Gam air
6. Benang
7. Plastik
8. Masking Tape
9. Marker pen
10. Manila Card
11. Bongkah Polisterina
12. Cutter

Bina sebuah model ciptaan baharu anda dengan menggunakan bahan yang disediakan.

2. Selepas 60 minit, setiap kumpulan akan meletakkan model masing-masing di hadapan


dewan untuk pengujian.
Anda dikehendaki memberi justifikasi secara saintifik tentang reka bentuk alat yang
boleh menyelesaikan masalah penduduk bandar X.

3. Markah kumpulan akan diberikan berdasarkan jawapan/pencapaian dalam Misi 1, 2, 3,


pembentangan dan pengujian hasil ciptaan kumpulan.

You might also like