Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SYARIKAT MANJUNG SENDIRIAN BERHAD

Syarikat Manjung Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat pengeluar pasu bunga terkenal di
Sarikei, Sarawak.Hasil keuntungan syarikat ini adalah sebanyak RM76 juta pada tahun 2013 setelah
ditolak cukai syarikat sebanyak RM24 juta Syarikat ini diasaskan oleh Datuk Firdaus yang merupakan
bekas pensyarah yang mengajar mata kursus seni. Setelah mengikuti kursus keusahawanan selama 6
bulan di sebuah agensi kerajaan, beliau telah mencagarkan rumahnya untuk mendapatkan pinjaman
sebanyak RM100 000 sebagai modal perniagaan. Beliau telah menggunakan kebolehan dan
pengalamannya dengan mencipta pelbagai bentuk pasu bunga yang baru dan juga mengubahsuai
rekabentuk pasu bunga sedia ada untuk memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah. Walaupun
pada peringkat permulaannya hasil jualan kurang memberangsangkan, pelbagai usaha yang diambil
beliau menyebabkan syarikat ini berkembang sehingga menjadi syarikat pasu bunga yang terkenal di
Sarawak.

Syarikat Manjung mempunyai 140 orang pekerja yang kebanyakannya merupakan penduduk sekitar
Sarikei, Sarawak. Sumber bahan mentah pula diperoleh daripada pembekal tanah liat di seluruh negeri
Sarawak dan sebahagian besar diperoleh di sekitar Sarikei. Anak tempatan Sarikei ini memang dikenali
umum di Sarawak dan ramai usahawan telah mengikuti jejak Datuk Firdaus untuk menjalankan
perniagaan yang sama dan mendapat bimbingan beliau. Datuk Firdaus juga banyak membantu anak
muda tempatan dengan menyediakan pusat latihan, memberi derma kepada surau dan masjid di sekitar
Sarikei dan juga sumbangan untuk pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam sekolah.

Kejayaan Datuk Firdaus boleh dikaitkan dengan amalan beliau . Datuk Firdaus berminat membaca
pelbagai buku berkaitan dengan motivasi dan pengurusan. Beliau bertekad untuk membaca sekurang-
kurangnya empat buku setiap minggu. Datuk Firdaus juga mempunyai diari untuk merekodkan tugas
yang perlu dilakukan setiap hari. Setiap tahun , Datuk Firdaus akan menetapkan target pencapaian
syarikat dan memastikan semua pekerja syarikat berusaha kearah pencapaian matlamat tersebut. Datuk
Firdaus juga disanjungi oleh semua pekerja kerana berusaha untuk memahami masalah yang mereka
hadapi dan kurang memberi tekanan untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

a. Huraikan faktor motivasi yang mendorong Datuk Firdaus terlibat dalam keusahawanan
b. Apakah faktor yang mendorong Datuk Firdaus terlibat dengan keusahawanan mengikut pendekatan
sosiologi.

You might also like