Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

NURHAYATI BINTI AB AZIZ

NO 22 JALAN TERATAI 2/1,


TAMAN BUKIT TERATAI,
56100 AMPANG,
SELANGOR.
_____________________________________________________________________________________
TARIKH: 02 Jun 2015
EN HARIS BIN YAHAYA
KETUA UNIT MENENGAH,
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH,
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 4, BLOK E2,KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

MELALUI DAN SALINAN,


KETUA UNIT MENENGAH,
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH,
JALAN JAMBU BOL 4/3E,
SEKSYEN 4,
40604 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

MELALUI DAN SALINAN,


EN BAKAR BIN JUSOH,(bakar.jusoh@moe.gov.my 098441201)
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH DUNGUN,

MELALUI DAN SALINAN,


EN MOHD TAMIZI BIN MARUDDIN,
KETUA UNIT PENGURUSAN SEKOLAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA,
BLOK PODIUM, KOMPLEKS KELANA CENTRE POINT,
KELANA JAYA BUSINESS CENTRE,
47800 PETALING, SELANGOR.

MELALUI DAN SALINAN,


EN MD. YASIN BIN MOHD SALLEH,(mdyasin@moe.gov.my 096213105)
KETUA SEKTOR, SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH,
JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU,
SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN,
JALAN BUKIT KECIL,
20604 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

MELALUI DAN SALINAN,


PENGETUA SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA,
SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA,
47810 PETALING JAYA,
SELANGOR.
TUAN,
RAYUAN SEMAKAN SEMULA PERMOHANAN PERTUKARAN DARI SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA KE
NEGERI TERENGGANU BAGI SESI JUN 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk, dengan ini saya ingin membuat permohonan
pertukaran dengan penuh simpati di atas masalah-masalah yang saya hadapi dan amat berhajat untuk
bertukar ke PPD Dungun. Saya telah menghantar permohanan pertukaran melalui e-g tukar dengan no
rujukan : B20150021

2. Untuk makluman pihak tuan, ini merupakan permohonan saya kali ke 8 yang mana kesemuanya
tidak Berjaya. Saya sudah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan, iaitu perkhidmatan selama tempoh 8
tahun.

3. Berikut merupakan maklumat saya:


NAMA : NURHAYATI BINTI AB AZIZ
NO. KAD PENGENALAN : 831120045260
NO. SIRI PERTUKARAN : B20150021
NEGERI YANG DIPOHON : TERENGGANU
NEGERI PERKHIDMATAN SEKARANG : SELANGOR

Mata Pelajaran yang boleh di ajar:


BIL MATA PELAJARAN PENGALAMAN TAHUN MENGAJAR
1 FIZIK 3 TAHUN
2 SAINS MENENGAH ATAS 5 TAHUN
3 SAINS MENENGAH RENDAH 7 TAHUN
4 GEOGRAFI 1 TAHUN
5 PENDIDIKAN JASMANI DAN KSIHATAN 2 TAHUN

4. Sebab-sebab mengapa dan kenapa saya membuat permohonan ini adalah disebabkan oleh:

a) Ingin tinggal bersama dengan suami setelah 7 tahun mendirikan rumahtangga.

b) Saya ingin menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri terhadap suami serta
menguruskan keperluan harian keluarga seperti pasangan berkeluarga yang lain.

c) Ingin mendapatkan anak. Masih berusaha mendapatkan zuriat setelah 7 tahun berkahwin.
d) Tertekan tidak dapat hidup seperti pasangan lain, adakalanya tidak dapat fokus dalam tugas
dan kadangkala irihati dengan pasangan lain.

e) Memerlukan sokongan dan motivasi daripada pasangan. Ini penting untuk menghasilkan hasil
kerja yang baik bagi kami berdua.

f) Kos perjalanan yang semakin tinggi, di mana kami terpaksa berulang alik, 2 minggu sekali
untuk bertemu pasangan seperti kos minyak, tol dan hotel.

g) Saya bimbang dengan keselamatan saya kerana saya tinggal berseorangan di Kuala Lumpur
tanpa suami dan keluarga lain.

h) Rumah tempat yang saya tinggal sekarang akan dijual, kerana rumah tersebut adalah rumah
ibubapa yang telah berpindah di Terengganu. Saya tidak ada rumah di Kuala Lumpur.

i) Telah lama berkhidmat di Selangor dan ingin mencari pengalaman mengajar yang baru

j) Tidak mengajar subjek opsyen, kerana lebihan guru fizik di sekolah yang berkhidmat sekarang.

k) Ingin menjaga ibubapa di Terengganu

l) Sudah mempunyai rumah di Terengganu

04. Oleh hal yang demikian, semoga dengan sebab-sebab di atas akan menguatkan lagi kelulusan
permohonan kelulusan pertukaran saya ke Dungun, Terengganu. Saya dengan harapan tinggi merayu
agar impian tinggal bersama suami tercapai setelah sekian lama tinggal berjauhan. Segala kerjasama
serta simpati dan empati daripada pihak tuan, saya ucapkan jutaan terima kasih dan semoga diberi
kekuatan serta pertolongan dari Allah di atas keputisan tersebut. Diharapkan segala jasa baik tuan akan
diberi ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih.

YANG BENAR,

……………………………………………..
(NURHAYATI BINTI AB AZIZ)
S.K PEJABAT PELAJARAN DAERAH PETALING UTAMA.

You might also like