Pendidikan Sejarah Di Malaysia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 48

0

GE 6853
Pendidikan Sejarah di Malaysia

Pensyarah:

Dr. Anuar Ahmad

Nama Pelajar:

Awg Kasmurie bin Awg Kitot


P47441

2008/2009

Tajuk Tugasan

Pendidikan Sejarah di Malaysia : Isu Penerapan Nilai Kewarganegaraan


dan Patriotisme

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

The National University OF Malaysia

Faculty of Education
1

Isi Kandungan Muka Surat

Pengenalan 1–2

Matlamat Pendidikan Sejarah 2–3

Isu Berkaitan Nilai Warganegara

a. Rukunegara 4–6
b. Kedaulatan 7–8
c. Kontrak Sosial 9 – 11
d. Isu Dasar Ekonomi Baru 11 – 13

Definisi Nilai Dalam Pendidikan Sejarah 13 – 14

Maksud Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme 14 – 19

Faktor-faktor Penghalang Usaha Penyuburan Nilai 19 – 24

Pemupukan Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme 24 – 27

Peristiwa 13 Mei 1969 sebagai Teladan 27 – 30

Sebahagian Rentetan Peristiwa 13 Mei 1969 30 – 32

Pembinaan Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme Melalui


Pendidikan Sejarah 32 – 33
Peranan Pendidikan Sejarah Dalam Penerapan Nilai 33 – 35
Kepentingan Penerapan Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme 35 – 38
Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme Dalam Melahirkan
Modal Insan 38 - 40
Peranan Nilai Dalam Pembangunan Modal Insan 41 - 45
Kesimpulan 45 – 46
Rujukan 47 - 48
2

Pendidikan Sejarah di Malaysia: Isu Penerapan Nilai Kewarganegaraan dan


Patriotisme.

Pengenalan

Pendidikan Sejarah merupakan aspek penting dalam dunia pendidikan. Pendidikan sejarah
menjadi nadi kepada perkembangan semangat jati diri dan perjuangan dalam diri sesebuah
masyarakat. Penekanan kepada aspek ini sudah pasti menjadi agenda bagi sesebuah negara
yang berdaulat. Malah tidak keterlaluan dikatakan pendidikan sejarah menjadi pemangkin
kepada kemajuan sesebuah bangsa dan tamadun. Sesungguhnya sejarah tamadun-tamadun
yang lampau menjadi gambaran dan pengajaran kepada negara-negara di dunia pada hari ini.
Dalam kita membina kekuatan bangsa adalah menjadi satu kepentingan sejarah dilihat
kembali agar dapat menguatkan lagi malah memantapkan lagi perjuangan kebangsaan.
Kesinambungan daripada perjuangan tokoh-tokoh dahulu turut menjadi penguat kepada
pembangunan negara pada hari ini.

Pengajaran sejarah turut menekankan nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang


perlu ditanam kukuh dalam diri setiap warganegara. Sekaligus sesebuah bangsa akan cuba
untuk menilai kembali sejarah pembentukan bangsa dan negara mereka. Ini menjelaskan
bahawa pendidikan sejarah perlu diselami kerana pendidikan sejarah merupakan asas kepada
pembentukan sesebuah negara bangsa. Ini ternyata turut disokong oleh Abdul Rahim Abdul
Rasyid (1999), beliau mengatakan pendidikan sejarah berperanan sebagai rangka pembinaan
bangsa dan negara. Maksudnya dalam kita membentuk sesebuah negara yang merdeka maka
sudah tentu sejarah menjadi faktor penilai pembentukannya. Malah pendidikan sejarah
menjadi satu aspek penting sebagai rangka dalam pembentukan sesebuah negara.
Sesungguhnya ini merupkan satu perkara asas dalam cabaran untuk membina bangsa
Malaysia yang kuat dan harmoni. Pendidikan yang kukuh juga ternyata akan memberi impak
yang positif kepada reformasi kurikulum pendidikan sejarah di sekolah dan juga peringkat
yang lebih tinggi.

Bukan itu sahaja pendidikan sejarah juga penting dalam memperkatakan pelbagai isu
sejarah seperti nasionalisme, patriotisme dan sebagainya. Dengan berlandaskan pendidikan
sejarah sesebuah negara pasti ini akan menjadi landasan kepada pembentukan sesebuah
3

negara. Keadaaan ini menjadikan pendidikan sejarah sebagai satu asas dalam pembentukan
bangsa yang merdeka dan mengamalkan tatacara serta acuan sesebuah negara yang etrsendiri.
Proses dalam pembentukan negara bangsa pasti tidak akan berlaku tanpa adanya asas
daripada pendidikan sejarah. Perkembangan sesebuah bangsa, jatuh bangun sesebuah
tamadun, menjadi bukti kepada kepentingannya. Dalam memaparkan kepentingan pendidikan
sejarah ternyata aspek nilai kewarganegaraan dan patriotisme menjadi perkara penting yang
mesti ditekankan dan diperjelaskan. Kedua-dua aspek nilai ini sesungguhnya menjadi
pemangkin kepada kekuatan kemerdekaan yang berkekalan dalam sesebuah negara bangsa.

Matlamat Pendidikan Sejarah

Setiap negara di dunia amat menekankan aspek kewarganegaraan dan patriotisme. Senario
sebegini membuktikan kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam merencana
perkembangan sesebuah negara. Untuk itu, pelbagai bentuk cara dilakukan bagi menuju
matlamat tersebut dan mempastikan kedudukan semangat jati diri bangsa akan terus kukuh
bersama dengan pembangunan dan perancangan negara. Kementerian Pelajaran Malaysia di
bawah Pusat Perkembangan Kurikulum menetapkan agar subjek sejarah menjadi teras dalam
sistem pendidikan Negara Malaysia. Maka sudah tentu menjadi satu agenda penting
penekanan yang mantap diberikan kepada pendidikan sejarah di sekolah-sekolah.

Matlamat Pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah
tanahair, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam
mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai satu
unit tunggal. Hal ini pasti akan mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka
rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuhkan perasaan cintakan tanahair. Mata
pelajaran Sejarah adalah pendukung utama pemupukan semangat kewarganegaraan dan
patriotisme. Oleh yang demikian kandungan kurikulum Sejarah akan memberi penekanan
terhadap pengetahuan tentang sejarah negara dan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat
kewarganegaraan dan patriotisme.

Banyak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam negara kita yang boleh dinilai
kembali seterusnya menjadi nilai sejarah yang amat berharga kepada anak bangsa kita. Dalam
pendidikan sejarah adalah menjadi satu kewajiban untuk kita merenung kembali peristiwa
4

lampau agar menjadi pengajaran dan iktibar berguna kepada anak bangsa. Semuanya demi
menyahut seruan ibu pertiwi yang tercinta. Kita buka lembaran sejarah bermulanya tapak
kerajaan agung ketika era pembukaan Kerajaan Melaka oleh Parameswara hinggalah ke era
abad ke-21 kini. Segala-galanya menunjukkan perubahan serta pegangan nilai
kewarganegaraan dan patriotisme yang jauh berbeza. Pada dasarnya kita lihat tiada perubahan
namun apabila kita teliti dan mengkaji sudah tentu nilai kewarganegaraan dan patriotisme
bangsa Malaysia kian luntur dimamah usia dan musnah sebagaimana kemusnahan keagungan
Tamadun Melayu ketika era Kesultanan Melayu Melaka.

Walaupun kita masih lagi mengekalkan tapak keagungan kerajaan-kerajaan silam


namun hakikatnya warisan tersebut ternyata jauh berbeza dengan masyarakat kini.
Berlandaskan perubahan kerajaan dan tampuk pemerintahan negara silih berganti akan
menjadi kerangka yang dikaji segala bentuk perubahannya dan kesinambungan warisan
tradisi kehidupan masyarakat dan negara daripada segi politik, ekonomi dan sosial. Daripada
kerangka inilah kita akan melihat kembali perubahan nilai kewarganegaraan dan patriotisme
bangsa kita.

Kurikulum sejarah juga sudah tentunya memberi tumpuan kepada aspek-aspek


tempatan dan sejarah negara luar. Aspek sejarah tempatan memberi perhatian kepada
pengkajian sesuatu tempat atau kawasan sebagai satu unit masyarakat yang lebih kecil
daripada negeri ataupun negara. Tegasnya, pengkajian sejarah tempatan akan bersifat mikro
iaitu tentang hal-hal bersangkutan dengan keadaan setempat. Unsur-unsur yang boleh
dijadikan bahan kajian merangkumi sejarah tokoh, benda, institusi, peristiwa, adat istiadat
dan kebudayaan setempat.

Dalam pemilihan aspek-sapek tentang sejarah negara luar pula, kriteria utama ialah
yang ada kaitan dengan sejarah Malaysia. Aspek-aspek ini dimasukkan dengan tujuan supaya
pelajar-pelajar dapat memahami secara lebih jelas lagi tentang sejarah negara di samping
mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah negara luar yang berkenaan.

Isu berkaitan Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme


5

Sejak akhir-akhir ini beberapa isu berkaitan kepentingan dan keselamatan negara telah mula
berani digembar gemburkan. Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berperlembagaan
mula dihujani pelbagai tentangan yang dilakukan oleh golongan yang berkepentingan. Malah
keberanian golongan tertentu mempertikaikan beberapa perkara sensitif semakin menjadi-
jadi. Golongan-golongan masyarakat tertentu mula mempertikaikan kepentingan agama
Islam, kontrak sosial, perlembagaan, kedaulatan raja-raja dan juga turut menuduh berlakunya
amalan bumiputranisme yang disamakan dengan dasar apartheid. Golongan-golongan ini
ternyata merupakan golongan yang tidak mempunyai nilai kewarganegaraan dan patriotisme
dalam diri sehinggakan sanggup mengeluarkan penyataan sedemikian. Isu-isu ini menjadi
perhiasan di dada-dada akhbar dan sesungguhnya boleh membawa padah kepada
keharmonian yang telah dicapai oleh negara dalam setengah abad ini.

a. Rukunegara

Rukunegara ialah manifestasi ideologi nasional yang bertujuan untuk mencapai perpaduan
dalam kalangan rakyat tanpa mengira keturunan dan waris bagi memelihara kehidupan
demokrasi melalui pilihanraya. Rukunegara memainkan peranan yang penting dalam
merapatkan lagi hubungan antara masyarakat melayu dan bukan melayu. Rukunegara telah
digubal ketika pentadbiran MAGERAN setelah berlakunya rusuhan kaum 1969. Majlis
perundingan negara telah memainkan peranan yang sangat penting dengan menasihati
MAGERAN dalam hal ehwal yang ebriktan hubungan kaum dan hasil daripada beberapa
mesyuarat telah membawa kepada pengenalan rukunegara pada 31 Ogos 1970. Corak hidup
rakyat Malaysia akhirnya telah berjaya didasarkan dengan beberapa prinsip dan menjadi
pegangan rakyat Malaysia. Antaranya ialah :

i. Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan seluruh masyarakat.


ii. Memelihara cara hidup demokratik

iii. Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama

iv. Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai
corak.

v. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.


6

Kementerian pelajaran perlu menilai semula pembangunan kurikulum dan perlaksanaan


dasar pendidikan kebangsaan sedia ada agar ianya benar-benar selari dengan kehendak
prinsip rukunegara. Perpaduan dan integrasi nasional yang berteraskan semangat kebangsaan
tidak akan mencapai matlamat seperti yang digariskan selagi sistem pendidikan ini tidak
benar-benar mencerminkan intipati yang terkandung di dalam Prinsip Rukunegara.

Matlamat perpaduan yang erat, mencipta kemakmuran negara yang mampu dinikmati
secara adil dan saksama oleh seluruh masyarakat di dalam kepelbagaian kaum, budaya,
kepercayaan dan taraf hidup hanya akan tercapai jika seluruh warga Malaysia dapat
diletakkan di atas satu paksi pertemuan dan persefahaman yang sebenar. Paksi pertemuan
yang dimaksudkan adalah berpegang teguh kepada kehendak-kehendak tersirat yang
terkandung di dalam Prinsip Rukunegara.

Di atas maksud ini, Kementerian Pelajaran harus membuat persidangan meja bulat bagi
menilai semula keberkesanan sistem dan pelaksanaan sedia ada, sama ada ia telah benar-
benar menepati matlamat dan prinsip asas Rukunegara yang telah digubal dan diterima pakai
sejak hampir 40 tahun lalu. Wakil-wakil dan pakar-pakar semua kategori masyarakat, kaum
dan budaya harus dihimpunkan khusus bagi merangka dan membincangkan langkah-langkah
penambahbaikan yang perlu agar nilai murni dan falsafah Rukunegara ini benar-benar dapat
diterjemahkan ke dalam sistem dan pelaksanaan sedia ada.

Pertikaian dan percanggahan pendapat tentang sesuatu perkara yang telah dipersetujui
sejak lebih 50 tahun lalu terutamanya dalam perkara-perkara yang melibatkan hak dan
kepentingan antara kaum kebelakangan ini adalah suatu manifestasi jelas bahawa masih
wujud kelemahan dan kekurangan yang perlu diteliti dan diperkemas terhadap perkara-
perkara tertentu dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Nilai-nilai kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran
perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan masih berada di
tahap separuh masak pada jiwa dan pemikiran rakyat Malaysia.

Kita berkeyakinan penuh selagi semangat prinsip Rukunegara ini hanya dijiwai secara
separuh masak oleh seluruh rakyat, selagi itulah rakyat pelbagai kaum akan terus
mengamalkan budaya tuntut menuntut terhadap segala hak dan kepentingan masing-masing.
7

Secara tidak langsung perasaan hormat dan sifat toleransi yang selama ini menjadi kunci
kepada perpaduan dan keharmonian kaum akan beransur pupus ditelan perasaan tamak dan
haloba. Kementerian Pelajaran juga disaran agar membuat kajian model pendidikan yang
terdapat di Singapura dan Indonesia kerana kita melihat negara-negara tersebut telah berjaya
melahirkan generasi berbilang kaum yang begitu tinggi semangat kekitaan dan kenegaraan di
kalangan rakyatnya. Singapura dan Indonesia telah pun menerima pakai sistem pendidikan
satu aliran sejak tahun 1960an lagi.

Hasil dari keazaman politik, di Indonesia sebagai contoh, hari ini amat sukar untuk
membezakan antara kaum cina dan kaum pribumi kerana mereka begitu fasih menggunakan
bahasa Indonesia di dalam semua urusan harian mereka. Di sini jelas, Indonesia telah berjaya
membentuk sebuah bangsa Indonesia yang bersatu hasil dari sistem persekolahan yang
seragam untuk seluruh rakyat yang berteraskan prinsip pancasila.

Hari ini, keazaman politik yang sama seperti yang dilakukan oleh ke dua-dua negara jiran
sejak 40 tahun dulu, amatlah dituntut bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang
progresif, bersatu padu dan uniform melalui penyerapan sepenuhnya nilai-nilai dan falsafah
prinsip rukunegara di dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Sikap chauvinis kaum yang tidak mahu berganjak dari mempertahankan sekolah
vernakular menjelaskan kepada rakyat betapa mereka sebenarnya tidak dapat memisahkan
diri dan pemikiran mereka dari sifat-sifat perkauman yang tebal. Chauvisme inilah menjadi
satu musuh utama menjadi tembok penghadang kepada penyerapan nilai kewarganegaraan
dan patriotisme dalam kalangan masyarakat. Sebenarnya bahasa kebangsaan harus menjadi
asas pertama ke arah pembentukan sebuah bangsa Malaysia seperti yang sering mereka
laungkan. Mereka seharusnya membuktikan kecintaan mereka kepada Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan melebihi kefanatikan kepada bahasa ibunda mereka. Sekurang-
kurangnya ini boleh dijadikan sandaran untuk kita mempercayai bahawa mereka
sememangnya mempunyai ketaatan bersama dalam menjunjung prinsip rukunegara sebagai
bukti pertanggungjawaban mereka kepada negara.

b. Kedaulatan Raja
8

Situasi politik semasa terutamanya berlaku di Negeri Perak lantaran kehilangan mandat
pembangkang memerintah telah membawa kepada keberanian dan kelantangan golongan-
golongan berkepentingan tertentu. Suasana sebegini mengakibatkan sistem politik di
Malaysia kini seperti membawa kepada politik perkauman yang melampau. Ini sebagaimana
yang dinyatakan dalam Berita Harian 18 Febuari 2009. Keadaan ini bertambah kecoh apabila
ada pihak yang dengan beraninya mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Sultan
Perak Sultan Azlan Syah. Senario ini sudah tentunya bertentangan dengan sifat dan sikap
orang Melayu yang begitu menghormati institusi beraja di negara kita. Kes ini juga ternyata
mencabar kedaulatan sultan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Apa yang lebih menyedihkan orang bukan Melayu dengan beraninya cuba untuk
menyaman Sultan Perak seperti mana yang cuba dilakukan oleh Pengerusi DAP Karpal
Singh. Bagi orang-orang Melayu tindakan sebegini merupakan satu penghinaan kepada
institusi beraja yang merupakan lambang perpaduan masyarakat pelbagai etnik di negara kita.
Kelunturan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam diri mereka menjadi satu identiti
yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Malah dalam kes ini Karpal Singh dengan
beraninya menyatakan Sultan Azlan Syah telah menyalahgunakan kuasanya dalam
pembentukan kerajaan baru di Perak.

Seandainya kita renung dalam peruntukan Perlembagaan Malaysia, Raja mempunyai


kuasa tersendiri mengikut peruntukan Perlembagaan tetapi menjalankan tugas serta
mengambil tindakan di atas nasihat Perdana Menteri (Menteri Besar untuk negeri). Malah
turut juga menjalankan tanggungjawab berdasarkan perlembagaan negeri masing-masing.
Disebut juga dalam Artikel 38 (4) bahawa keistimewaan dan kedudukan Raja tidak boleh
disentuh oleh mana-mana undang-undang kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
Sultan dan Raja bukan ahli politik yang sentiasa menonjol diri di pentas politik. Namun,
dalam sejarah tanah air, institusi Raja memainkan peranan cukup penting dalam
mempertahankan hak dan kedudukan orang Melayu. (Mohd Ayop Abd Razid 25 Feb 2009)

Sejarah membuktikan bahawa di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,


Majlis Raja-Raja diberi kuasa untuk meneliti pelbagai perkara berkenaan pentadbiran
Kerajaan Persekutuan ketika itu. Malah raja tidak sewenang-wenangnya menjual maruah
rakyat dan Negara demi kepentingan sendiri. Peranan raja-raja ketika era kemerdekaan
9

seolah-olah dipandang sepi dalam usaha untuk meletakkan kepentingan kedudukan kaum
Melayu. Raja juga ketika itu turut bertindak sebagai wakil kepada rakyat untuk mengimbangi
kuasa British agar tidak melampaui batasnya. Beberapa institusi Melayu yang wujud hari ini
seperti kedudukan Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu, tanah rizab Melayu dan
Rejimen Askar Melayu Diraja adalah diperjuangkan oleh Raja Melayu kerana ketika itu parti
politik Melayu belum wujud. Perkara terbabit adalah identiti dan jati diri negara yang
dimaktubkan dikuatkuasakan dalam Perlembagaan dan undang-undang.

Justeru, cubaan mempertikai, apalagi cubaan menghapuskannya adalah suatu usaha jahat
yang harus ditentang. Perlembagaan yang ada hari ini juga meletakkan peranan Majlis Raja-
Raja mempunyai kuasa tertentu berdasarkan bidang kuasa diperuntukkan di bawah
Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 38(2) dan beberapa peruntukan lain. Lebih
jauh daripada itu, Perkara 38(2) Perlembagaan Persekutuan mengizinkan Raja-Raja
membincangkan apa saja hal berkepentingan nasional. Namun, baginda ada caranya
tersendiri. Misalnya, pada setiap kali sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat, maka titah
ucapan baginda turut menyentuh perkara berkaitan hal nasional termasuk menegur hal
berkaitan pentadbiran kerajaan yang kemudiannya akan dibahas oleh ahli Dewan Rakyat.
Selaku institusi yang bertindak sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan (Artikel 32),
maka tidak wajar bagi mana-mana pihak mempersoalkan kedudukan dan kedaulatan Raja-
Raja, apatah lagi bersikap biadab dan tidak berakhlak terhadap baginda.

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang memayungi seluruh
rakyat dan negeri di dalam persekutuan dan kedudukan Sultan-Sultan sebagai ketua negeri
dan pelindung kepada rakyat harus dihormati semua pihak. Di sini menjelaskan kepada kita
politik perkauman wujud kerana lemahnya jati diri. Begitu juga kerana lunturnya harga nilai
kewarganegaraan dan patriotisme dalam diri mereka. Penghinaan ke atas sultan dan Raja-raja
Melayu ternyata dilihat sebagai satu penghinaan terhadap Perlembagaan Negara sebagai satu
institusi perundangan tertinggi di negara kita.

c. Kontrak Sosial

Dalam beberapa tahun kebelakang ini isu Kontrak Sosial sering diperkatakan dan menjadi
polimik politik pelbagai kaum di Malaysia. Mingguan Malaysia pada14 Ogos 2005 telah
10

menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng
Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara
kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati’. Namun
ini ternyata bertentangan dengan perjanjian antara kaum yang menekankan kosnep timbal
balas antara kaum. Sesungguhnya masyarakat melayu telah banyak berkorban untuk
memebrikan keselesaan kepada golongan imigran ketika itu. Sehinggakan dianggarkan
sebanyak 800 000 orang golongan imigran telah diberikan kerakyatan secara prinsip jus soli
paa tahun pertama prinsip tersebut dilaksanakan.

Berikutan itu, Naib Ketua PergerakanPemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas


kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Reaksi serupa dari beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media cetak dan elektronik.
Selepas beberapa orang pemimpin campur tangan, maka seperti biasa, semua pihak yang
berani bersuara terus menutup mulut dan memendam segala rasa tidak puas hati. Meskipun
istilah ‘Kontrak Sosial’ bukan merupakan sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia dan telah
menjadi bualan dan perbincangan pada mesyuarat agung UMNO yang lepas, tidak dapat
dinafikan bahawa masih ramai dalam kalangan rakyat yang kurang faham ataupun langsung
tidak memahami maksudnya kontrak sosial sebenarnya. Oleh itu perlu diperjelaskan asal usul
perkataan kontrak sosial. (Sautun Nahdah, Hizbut Tahrir Malaysia 2006)

Perkembangan Kontrak Sosial

Ketika Eropah masih di zaman kegelapan (dark ages),gereja bersikap keras terhadap
sains dan akan menghalang apa sahaja teori yang bercanggah dengan dogmanya. Ini
menyebabkan wujudnya ahli fikir dan ahli falsafah (golongan intelektual) yang amat tidak
berpuas hati dan mengambil keputusan untuk menggulingkan kuasa gereja/agama. Setelah
itu, terjadi pertembungan yang begitu hebat di antara gereja dan kelompok intelektual ini.
Krisis berdarah ini berakhir dengan kedua-dua pihak bersetujuuntuk mengambil jalan tengah
(kompromi) di mana kuasa pemerintahan yang ada pada gereja dihapuskan dan diserahkan
kepada golongan intelektual. Gereja hanya dibenar menguruskan hal-hal agama sahaja.
Agama tidak dinafikan tetapi mesti dipisahkan dari kehidupan ataupemerintahan. Setiap
orang adalah bebas untuk percayakepada agama atau tidak (kebebasan beraqidah). Apa yang
penting, agama mesti dipisahkan dari urusan kehidupan.
11

Inilah peristiwa yang membawa kepada lahirnya ‘Sekularisme’. Golongan Intelektual


ini kemudian berfikir keras tentang cara untuk mewujudkan sebuah negara yang ideal
(sempurna). Mereka sebenarnya tidak mempunyai idea untuk membina sebuah negara pun,
apatah lagi negara yang sempurna. Dari sini, lahirlah para pemikir atau cendekiawan Barat
yang cuba membina suatu persepsi baru untuk memulakan sebuah negara. Selama ini mereka
jauh ketinggalan dari segala aspek tentang kenegaraan berbanding umat Islam, yang diterajui
oleh Khalifah Uthmaniah yang mendominasi politik dunia pada ketika itu. Beberapa perkara
tentang negara mula difikirkan oleh pemikir-pemikir Eropah yang akhirnya meletuskan
Revolusi Perancis sebagai manifestasi dari proses Renaissance (pencerahan dan
perkembangan dari aspek pemikiran). Para pemikir ini kemudian melahirkan pelbagai teori
bagaimana untuk mengatur urusan sebuah negara.

Oleh kerana tiada apa-apa yang boleh menjadi pegangan mereka, tiada kitab sebagai
rujukan, tiada hukum-hakam yang menjadi pegangan, tiada ajaran agama yang boleh
memandu mereka, maka mereka hanyalah menggunakan kecerdasan akal semata-mata di
dalam mencipta setiap teori. Pada peringkat ini, apa yang mereka boleh kemukakan hanyalah
teori semata-mata, dengan beberapa istilah yang digunakan untuk menjelaskan teori tersebut.
Istilah asal Kontrak Sosial (the social contract) telah dikemukakan oleh Plato, seorang ahli
falsafah Yunani, lebih 2,500 tahun yang lalu dalam tulisannya ‘The Republic’. Namun begitu
beliau tidak memberikan penjelasan secara terperinci mengenainya. Setelah itu datang ahli
falsafah yang menerangkan konsep Kontrak Sosial ini; antaranya adalah Hugo Grotius, Kant,
Rousseau dan Hobbes. Ahli-ahli falsafah ini bersetuju tentang wujudnya Kontrak Sosial
antara pemerintah dengan rakyat. Idea Kontrak Sosial ini diasaskan atas premis bahawa kuasa
terletak pada rakyat. Tiga orang ahli falsafah yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori
Kontrak Sosial dalam sains politik moden Barat, ketika zaman pencerahan dan Revolusi
Industri adalah Thomas Hobbes [Leviathan, 1651M], dikuti oleh John Locke [Two Treaties
of Goverment, 1690M] dan Jean Jacques Rousseau [Du Contrat Social 1762M]. Karya
Rousseau, Du Contrat Social, dikatakan amat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi
Perancis 1789. (Sautun Nahdah, Hizbut Tahrir Malaysia 2006)

Dua isu penting yang dibincangkan di dalam teori Kontrak Sosial ini ialah:-
12

• Institusi yang baik dan berkesan untuk menjaga kepentingan rakyat ialah ‘Negara’ di mana
setiap individu melepaskan dirinya dan kuasanya kepada ’kehendak umum’.
• Negara diwujudkan ekoran dari sebuah ‘perjanjian’.

Namun ada beberapa persoalan yang sering menjadi perselisihan dalam kalangan
mereka iaitu mengapakah manusia mewujudkan negara? Siapakah yang akan menganggotai
pakatan yang kemudiannya mewujudkan negara? Apakah syarat-syarat perjanjian tersebut?
Persoalan-persoalan sebegini telah menjadi perdebatan oleh mereka di dalam perjalanan
mewujudkan ‘negara idaman’ mereka. Sebenarnya semua persoalan ini muncul hasil dari
ketidakjelasan dan kecelaruan mereka di dalam berfikir yang tidak dipandu oleh suatu aqidah
yang benar, yang gagal menjawab dan memuaskan akal si pemikir dan manusia secara
umumnya. Inilah manifestasi dari kegagalan aqidah Sekularisme yang memberikan
penyelesaian berdasarkan akal manusia, bukannya wahyu. Di dalam Islam, persoalan-
persoalan sebegini telah lama dijawab oleh Rasulullah di dalam perjalanan dakwah baginda
mewujudkan negara Islam di Madinah.
d. Isu Dasar Ekonomi Baru

Timbul juga isu dan rungutan rasa tidak puas hati masyarakat bukan melayu terhadap dasar
Ekonomi Baru yang diperkenalkan kerajaan. Lebih-lebih lagi dikemukakan oleh golongan
ahli-ahli politik yang berkepentingan. Ada orang yang berkata bahawa Dasar Ekonomi Baru
melanggar peraturan ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme. Ini ternyata merupakan
pandangan ortodoks ‘ilmu’ ekonomi pasaran yang realitinya tidak lagi dapat diterima begitu
sahaja pada zaman post-colonisation atau post-colonial Barat ini. Mereka seolah-olah
percaya bahawa sistem ekonomi kapitalisme atau ekonomi pasaran itu keramat, boleh
menyelesaikan segala masalah manusia.

Kalau orang secara taksub percaya bahawa ekonomi kapitalisme atau ekonomi
pasaran boleh menyelesaikan segala masalah ekonomi dan sosial manusia, sepatutnya di
Amerika tidak adalah kemiskinan, tidak ada masalah sosial, moral, jenayah, alkoholisme, dan
budaya hedonisme yang merosakkan moral manusia. Di Amerika dianggarkan terdapat
sejumlah kira-kira 30 juta penduduk yang dikatakan ‘hard-core poor’ ataupun miskin tegar.
Ini menjelaskan kepada kita betapa ini adalah hasil kapitalisme yang tidak dikawal, atau
hasil pembangunan kapitalistik yang tidak adil, yang tidak dikawal dan imbangi dengan
rancangan ‘social reconstruction’ dan tindakan ‘corrective intervention’ seperti yang cuba
13

dilakukan melalui Dasar Ekonomi Baru. Kita akan mengalami masalah sosial dan etnik yang
lebih serius sekiranya dasar pembangunan negara tidak berani membetulkan kejahatan atau
kelemahan yang tersirat dalam sistem ekonomi pasaran. Kita tidak boleh menyerahkan nasib
bangsa kita ditentukan semata-mata oleh kuasa pasaran bebas yang sebenarnya tidak bebas
tetapi bersifat monopolistik dan ekspolitatif.

Pendekatan Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan setelah berlakunya peristiwa hitam


13 Mei. Atas desakan keadaan ketika itu dan bukan atas pilihannya sendiri Tun Razak telah
muncul sebagai penyelamat bangsa dan negara. Tun dilantik sebagai Pengarah Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) untuk mentadbirkan negara di luar sistem demokrasi. Tun
telah menggunakan kesempatan itu untuk meneruskan visinya untuk membina dan
memperkukuh perpaduan kebangsaan sebagai asas pembangunan bangsa dan negara pelbagai
kaum. Dengan kesungguhnanya telah berjaya membina perpaduan kebangsaan itu melalui
suatu sistem atau model pembangunan ekonomi yang dianggap adil kepada semua kaum.
Tun Razak berfikiran ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme menjadi punca perpecahan
kaum. Untuk itu, suatu model atau sistem ‘ekonomi campuran’ atau ‘mixed-economic
system’, telah dipilih iaitu sistem ekonomi yang tidak terlalu diserahkan kepada kuasa-kuasa
pasaran yang selalunya bersifat manipulatif atau eksploitatif dan monopolistik jika tidak
dikawal oleh kerajaan. Dengan kata lain beliau mahu sistem itu diimbangi dengan intervensi
‘corrective’ kerajaan untuk merapatkan jurang perbezaan kekayaan ekonomi antara orang
Melayu, penduduk majoriti Tanah Melayu, dengan kaum-kaum yang lain.

Antara Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) itu, sebagaimana kita tahu, ialah:

(a) untuk menyusun semula struktur ekonomi negara sehingga orang Melayu akan
memperoleh sekurang-kurangnya 30% daripada kekayaan ekonomi negara, dan

(b) untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Matlamat (a) hendaklah dicapai dalam
tempoh 20 tahun dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Dasar ini telah dibincangkan dan
diterima oleh Majlis Perunding Negara (National Consultative(Council) yang anggotanya
terdiri daripada pelbagai kaum.

Definisi Nilai dalam Pendidikan Sejarah


14

The student who reads history will unconsciously develop what is


the highest value of history: judgment in worldly affairs. This is a
permanent good, not because "history repeats" - we can never
exactly match past and present situations - but because the
"tendency of things" shows an amazing uniformity within any given
civilization. As the great historian Burckhardt said of historical
knowledge, it is not 'to make us more clever the next time, but
wiser for all time.'" -Jacques Barzun, Begin Here

Menurut Jacques Barzun (1991) nilai dalam pelajaran sejarah memainkan peranan yang
penting dalam diri seseorang pelajar. Malah baginya nilai dalam pelajaran sejarah merupakan
sesuatu yang kekal dalam diri seseorang. Ini bermakna seseorang yang berjaya menyelami
sejarah hendaklah mempunyai nilai yang kekal dalam dirinya dan menjadikannya lebih baik
untuk sepanjang masa dan bukannya dalam tempoh masa yang tertentu semata-mata.

Nilai ialah idea-idea yang dikongsi bersama oleh masyarakat tentang apa yang baik, betul
dan dikehendaki dalam diri seseorang atau masyarakat (Syarifah Alawiah Alsagoff, 1985).
Mohd Salleh Lebar (1998) pula mentakrifkan nilai sebagai idea-idea yang dikongsi oleh
masyarakat tentang apa yang baik meliputi apa yang baik atau buruk dalam sesebuah
kebudayaan. Ini menjelaskan kepada kita bahawa nilai merupakan satu ukuran abstrak yang
dipersetujui secara bersama dalam satu masyarakat dan satu budaya untuk menentukan
bagaimana sepatutnya setiap anggota berfikir dan bertindak untuk mencapai matlamat dan
menggunakan segala hasil tindakan serta wujud dalam jangkamasa di atas keperluan dan
kepentingan tertentu. Sebenarnya, nilai memainkan peranan penting dalam sesebuah
masyarakat. Antaranya:
· Mempengaruhi norma masyarakat.
· Menyatupadukan masyarakat.
· Memotivasikan masyarakat.
· Mengawal tingkahlaku negatif masyarakat.
· Membolehkan masyarakat membuat pilihan.
· Penting untuk pengkajian masyarakat.
15

Nilai sangat penting dalam masyarakat terutama dalam konteks masyarakat Malaysia.
Kita tanpa sedar dalam segala corak pemikiran dan tindakan, sebenarnya adalah dikawal oleh
nilai yang ditetapkan oleh masyarakat. Memetik keratan akhbar dalam Berita Harian
bertarikh 30 Jun 2002, Mohd Feroz Abu Bakar menjelaskan kemerosotan disiplin pelajar
akan mempengaruhi pencapaian pendidikan pelajar. Ini menurut petikan kata-kata beliau:

“.....Kemerosotan disiplin pelajar juga berpunca


dariupada perubahan nilai masyarakat, keadaan
sistem pendidikan yang diterima secara meluas
oleh rakyat terutamanya selepas negara
mengalami pembangunan pesat sejak 1970-
an......”.

Dengan adanya nilai yang positif, timbal baliknya, pelajar akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mencapai impian masing-masing. Dengan ini, lahirlah satu
masyarakat yang tinggi pencapaian akademiknya. Seterusnya wujud bangsa yang berakhlak
yang akan mencerakin dan memajukan lagi pencapaian fizikal negara.

Maksud nilai kewarganegaraan dan patriotisme.

Dalam konsep sejarah kewarganegaraan juga disebut sebagai nationaliti. Ini bermaksud
kewarganegaraan ialah sesuatu bangsa selaras dengan konsep negara bangsa. Bagaimnanapun
dalam masyarakat majmuk, soal kewarganegaraan tidak terbatas kepada sesuatu kaum sahaja.
Kewarganegaraan dalam konteks Malaysia ialah mencakupi bangsa dan etnik yang pelbagai
dan fahaman serta kepercayaan mereka. Namun dianggap sebagai warganegara lantaran
berada dalam negara yang sama. Manakala dimaksudkan dengan nilai Kewarganegaraan
adalah nilai yang ada dalam anggota dalam sebuah komuniti sesebuah negara. Nilai ini
sekaligus membawa kepada rasa cinta dan semangat kebangsaan serta jadi diri kepada
sesebuah negara. Seseorang yang mempunyai semangat beginilah yang dianggap sebagai
warganegara. Istilah warganegara hampir sama maksudnya kepada perkataan kebangsaan.
Namun tanpa adanya nilai dalam diri seseorang maka tidaklah dapat diistilahkan sebagai
warganegara yang berjiwa kebangsaan.
16

Lantaran itu aspek nilai merupakan aspek yang penting dan perlu ada dalam diri
seseoarang terutamanya mereka yang memahami konsep sejarah. Sesungguhnya aspek nilai
sangat penting sebagaimana yang disebutkan oleh Jacques Barzun (1991) nilai merupakan
aspek yang sangat penting dalam pembelajaran sejarah. Aspek nilai yang dipelajari bukannya
untuk memahami sesuatu untuk jangka masa akan datang semata-mata tetapi untuk
membentuk seseorang itu menjadi warganegara yang baik setiap masa.

Secara umumnya, berdasarkan konsep Jus Soli seseorang yang dilahirkan dalam
sesebuah wilayah maka dianggap sebagai warganegara. Namun kewujudan warganegara
bukan bermakna seseoarang itu mempunyai kesetiaan kepada negara tanpa adanya nilai
dalam diri mereka. Ini ternyata berbeza dengan konsep patriotisme. Seseorang yang memiliki
patriotisme secara tidak langsung menunjukkan kesetiaan dan semangat kebangsaan yang ada
dalam dirinya sebagai warganegara. Oleh itu warganegara hendaklah disimpulkan sekali
bersama nilai dan patriotisme maka barulah dapat membentuk sebuah warga yang taat dan
setia kepada identiti negara bangsa.

Patriotisme

Menurut Viroli (1995) patriotisme ialah perasaan cinta kepada tanahair dan perasaan
kebangsaan yang sayangkan negara. Dia menolak pandangan nationalisme dan patriotisme
adalah sebahagian daripadda perkauman. Malah pada pandangannya patriotisme nilai
kebangsaan yang ada melambangkan kecintaan dan sanggup berkorban untuk negara yang
dicinta. Dalam maksud ini perasaan cinta kepada negara boleh dilakukan dalam pelbagai
bentuk dan cara seperti menulis puisi patriotik, muzik, melahirkan perasaan cinta, drama dan
sebagainya. Sebagai contoh puisi patriotisme yang ditulis oleh Jose Rizal iaitu Bapa
Kebangsaan Filipina yang bertajuk Ultimo adios yang menekankan semangat cintakan
tanahair dan rasa bangga terhadap negaranya. Nilai ini perlu dipupuk dalam diri masyarakat
agar mereka menyedari tentang keperluan dan kepentingan nilai kewarganegaraan dan
patriotisme. Dalam melahirkan rasa nasionalisme yang bangkit daripada nilai
kewarganegaraan dan patriotisme yang ada dalam dirinya, sajak ini sudah tentu menunjukkan
rasa bangga Jose Rizal ke atas negara tanah tumpahnya Filipina.

Farewell, dear land, beloved of the sun


Pearl of the orient seas, lost paradise!
Gladly, I will to you this life undone
17

Were it a fairer, fresher, fuller one


I’d cede it still, your will to realize

What matters then that you forget me, when


I might explore your every dear retreat?
Be as a note, pulsing and pure and then,
Be scent, light tone; be song or sign, again;
And through it all, my theme of faith, repeat

Land I enshrine, list to my last farewell!


Philippines, love of pain my pain extreme,
I leave you all, whom I love so well,
To go where neither slaves nor tyrants dwell,
Where faith kills not, and where God reigns supreme.

Farewell to all my soul does comprehend-


O kith and kin in my home dispossessed;
Give thanks my day oppressive is at end;
Farewell, sweet stranger, my delight and friend;
Farewell, dear ones. To die is but to rest.

Patriotisme selalunya dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam


terhadap negara sendiri. Seseorang yang mempunyai semangat ini merupakan mereka yang
berjiwa patriot. Namun jiwa tersebut hendaklah juga berserta kepercayaan, amalan dan
tidnakannya yang menepati nilai-nilai serta ciri-ciri patriotisme. Perkataan patriota berasal
daripada perkataan Latin iaitu pro yang bermaksud di depan dan patria yang bermakna tanah
air atau pembela tanah air yang tercinta. Oleh itu patriot ialah merupakan individu yang
sentiasa berada di hadapan dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada segala
ancaman seperti pengkhianatan, pencerobohan, penaklukan dan sebagainya. Mereka yang
mempunyai jiwa dan semangat patriot juga sangat cintakan negara dan sanggup membuat apa
sahaja demi tanah tumpah yang tercinta. Dalam konteks negara bangsa Malaysia patriotisme
yang perlu ada dalam setiap anggota rakyatnya hendaklah berbangga sebagai rakyat
Malaysia, setia kepada negara yang tercinta, mempunyai semangat kekitaan, berdisiplin,
mempunyai nilai yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan demi kemajuan
bangsa, agama dan negara.

Menurut Clogg 1988 dalam Haminah Suhaibo (2007) patriotisme digunakan sebagai
mekanisme untuk menggalakkan rakyat bertindak sejajar dengan peristiwa sejarah sebab
sejarah bukan sahaja sains tetapi juga keagungan tanah air dulu dan akan datang. Sejarah
memaparkan kebenaran masa lepas melalui penganalisaan dokumen yang mampu
membentuk kesedaran patriotik dan perpaduan kerana sejarah adalah aktiviti intelektual yang
membolehkan kegiatan menganalisa dan mengkritik.
18

Manakala Lay dan Torney-Purta (2002) dalam Haminah (2007), melihat patriotisme
dari dua dimensi bila mengkaji patriotisme dan penglibatan politik dalam kalangan pelajar
Rusia dan Amerika. Patriotisme merujuk kepada keinginan mempertahankan maruah negara
dan dari sudut lain ia dibandingkan dengan sikap mereka terhadap negara lain. Kajian mereka
mendapati patriotisme lebih berfokuskan kepada maruah negara sendiri.

Patriotisme diperlihatkan dengan jelas pada zaman Rom dan Greek bilamana ia
mendasari segala perlakuan warganegaranya Kesetiaan merupakan satu kekuatan kepada
warganegara khususnya kaum lelaki bagi mempertahankan kumpulan dan negara mereka.
Perkataan patria (tanah air) mempunyai makna tersendiri kepada rakyat kerana ia adalah
lambang kesetiaan dan kepatuhan sebagai cermin kepada patriotisme. Patriotisme Roman
bermaksud :

...cinta kasih kepada negara sebagai pernyataan kasih


sayang dan perkhidmatan kebajikan untuk semua
warganegara dalam sesebuah negara”
(Aquinas dalam Viroli, 1995)

Kemunculan negara bangsa baru serta idea-idea politik kesan Zaman Pembaharuan di
Eropah telah membawa perubahan kepada patriotisme. Konsep bangsa dan tanah air
dikembangkan oleh golongan intelek melibatkan semua yang tinggal dalam negara atau
wilayah dan membangkitkan ideologi nasionalisme. Perkembangan nasionalisme yang
menjadi ideologi negara bangsa moden menjadi justifikasi untuk membentuk negara bangsa
sehingga mampu menjadi unit politik dan ekonomi yang bebas. Nasionalisme berjaya
menyatukan penduduk yang berbilang kaum di bawah satu pentadbiran dan patriotisme
membolehkan ia menjadi kenyataan patriotisme pada tahap ini ditujukan kepada negara
bangsa sebagai pusat kuasa.

Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen
perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih,
sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan
19

sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen


seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan
serta kedaulatan bangsanya. Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti,
kredibiliti, kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian,
perpaduan, ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu
gugat oleh sesiapa. Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada
tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa.
Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga membabitkan roh dan jiwa,
semangat dan keinsafan, serta cinta, kasih dan sayang.

Patriotisme merupakan satu bahagian penting dalam pendidikan sejarah. Patriotisme


bertujuan dalam membina kesedaran dan mengukuhkan semangat perjuangan dan
menanamkan perasaan cinta kepada agama, bangsa dan negara. Nilai patriotisme ini penting
dalam mengembangkan semangat kebangsaan dan seterusnya amat berbangga dengan diri
dan negara. Malah semangat ini turut akan memperkukuhkan diri seseorang dengan membina
semangat cinta kepada agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya nilai patriotisme boleh
ditanam kukuh dan disuburkan dalam sistem pendidikan dan persekolahan di negara kita
Malaysia. Patriotisme yang kukuh dan teguh dalam naluri serta meresap dalam jiwa
masyarakat pasti akan dapat menghadapi cabaran globalisasi yang boleh menghancurkan dan
memusnahkan jati diri andai gagal menerapkan semangat ini dalam diri serta jiwa rakyat
(Abd Rahim Abd Rasyid 1999).

Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan menerusi


kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk
berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya.

Di zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan


menerusi kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus
memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa
memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah.
Patriotisme Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan bangsa
Malaysia menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak
dan berbahaya. Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi
20

Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di
puncak Gunung Everest, menawan Kutub Selatan, dan menerokai angkasa lepas. Malaysia
pada tahun 2008 telah berjaya menghantar angkasawan
pertama iaitu Dr Syed Muzaffar. Inilah dikatakan
kebanggaan dengan wujudnya nilai kewarganegaraan dan
patriotisme yang tinggi terhadap negara dan berusaha untuk
mengharumkan nama Negara Malaysia di serantero dunia.
Pada tahun 2020, nilai kewarganegaraan dan patriotisme
Malaysia wajar pula dimanifestasikan menerusi kejayaan-
kejayaan lain, seperti membina kapal angkasa pertama
untuk menerokai lebih jauh lagi alam semesta ciptaan Allah
swt. Begitu juga memperjuangkan keamanan dan keadilan
sejagat, kebijaksanaan dalam pelbagai bidang utama di dunia.

Faktor-faktor Penghalang Usaha Penyuburan Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme

Kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme menuntut kepada pengamalan beberapa


amalan yang boleh memperkukuhnya budaya ini agar menjadi ikatan berkekalan kepada
kemerdekaan sesebuah negara. Malaysia ternyata tidak terlepas daripada menekankan
kepentingan nilai-nilai ini dalam kalangan para pelajarnya. Terutamanya sebagai sebuah
negara yang masih membangun nilai ini ternyata memberi kesan yang tersendiri kepada
Malaysia. Apatah lagi pahit jerih golongan pejuang negara berkorban yang sanggup
berkorban segala-galanya demi mempastikan kemerdekaan berjaya diperoleh. Maka adalah
satu perkara yang amat penting bagi pemimpin negara mempertahankan kemerdekaannya.
Hasil daripada itu didapati nilai kewarganegaran dan patriotisme yang kukuh menjadi satu
taruhan yang penting utnuk mempastikan matlamat tersebut tercapai. Namun begitu segala
perancangan negara dalam menanam kukuh semangat ini akan lebur sekiranya beberapa
faktor penghalang kepada penyuburan ini terjadi. Beberapa faktor telah dikenal pasti yang
boleh membawa kepada kemusnahan impian tersebut. Lebih-lebih lagi Malaysia merupakan
sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum ataupun masyarakat majmuk.

Nilai individualisme merupakan antara faktor penghalang kepada penyuburan nilai-


nilai ini. Sikap ini sebenarnya merujuk kepada sikap terlalu mementingkan diri sendiri tanpa
21

memperdulikan kepentingan negara dan masyarakat. Golongan-golongan yang melakukan


ataupun mengamalkan sikap ini pasti akan berusaha untuk mencapai kepentingan sendiri
melebihi negara yang menjadi tanah tumpah darahnya. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh
Nazri & Jamsari (2007) mereka yang mengamalkan sikap ini akan berusaha agar diri mereka
di dahulukan daripada kepentingan negara jika berlaku sesuatu hal dalam sesebuah negara.
Keadaan ini berlaku apabila wujudnya kepentingan untuk menyelamatkan diri seperti apabila
berlakunya kemelesetan ekonomi dan peperangan. Antara tindakan golongan sebegini ialah
dengan melakukan penipuan dan membantu untuk melakukan penyeludupan yang sudah
pastinya akan membawa kepada keburukan yang berterusan terhadap ekonomi negara. Begitu
juga dala kancah peperangan seperti melarikan diri ketika peperangan ataupun membantu
pihak musuh semata-mata untuk menyelematkan nyawa sendiri.

Faktor kedua ialah berlakunya era globalisasi ataupun dunia tanpa sempadan. Era
globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan yang akhirnya membawa kepada
kemasukan secara meluas budaya-budaya asing yang tidak dikehendaki dengan mudah.
Sesungguhnya keadaan begini amat berbahaya kepada golongan muda masyarakat Malaysia.
Kebebasan dan terpengaruh dengan budaya liar misalnya pasti akan menghancurkan masa
depan dan golongan pelapis serta harapa negara pada masa depan. Kesan daripada ini
membawa kepada tergugatnya sistem politik, sosial, ekonomi dan agama. Lebih memeritkan
lagi boleh membawa kepada kehancuran negara dan kemerdekaan yang dicapai selama ini
menjadi sia-sia. Keadaan ini telah menjadi satu penekanan oleh mantan Perdana Menteri Tun
Dr Mahadir Mohamad yang mengatakan era globalisasi menjadikan Malaysia hanya menjadi
sebuah daerah di dunia. Ini bermaksud Negara Malaysia boleh hilang daripada peta dunia
akibat hilangnya nilai kewarganegaraan dan patriotisme. Ini menjelaskan kepada kita betapa
pentingnya nilai ini dikekalkan dan dipertahankan agar tidak menjadi satu musuh yang sukar
untuk dihapuskan.

Ketiga, wujudnya sikap prejudis dalam golongan masyarakat. Sikap sebegini


sebenarnya membawa kepada terhakis semangat perpaduan dan kekitaan dalam masyarakat
kita. Sikap buruk sangka dan berprasangka ini hendaklah dielakkan. Membuat andaian tanpa
bukti ternyata akan memburukkan lagi keadaan dan suasana politik, sosial, dan ekonomi
negara. Sebagai contoh sikap berprasangka terhadap masyarakat kaum lain, maka ia akan
menyebabkan nilai kewarganegaraan dan patriotisme sukar untuk disemai dalam diri
22

masyarakat terutamanya masyarakat bukan Melayu. Sesungguhnya sikap ini masih lagi
wujud dalam sanubari masyarakat hingga kini. Keadaan ini merupakan satu petanda tidak
baik kepada kemajuan dan kedaulatan negara sebagai sebuah negara yang merdeka yang
berteraskan perlembagaan dan rukunegara.

Keempat masalah perpaduan akibat sentimen perkauman. Keadaan perpaduan di


Malaysia sangat rumit kerana terlalu banyak perbezaan yang berlaku dalam kalangan
penduduknya. Perbezaan ini ternyata begitu sukar untuk dileraikan malah menjadi semakin
melarat selepas pembentukan Malaysia. Keadaan ini ditambah lagi dengan mainan politik
golongan-golongan tertentu yang berkepentingan. Keadaan juga bertambah rumit apabila
tidak ada usaha untuk mengatasi masalah ini. Situasi begini semakin tidak terkawal dan
akhirnya telah mencetuskan peristiwa hitam 13 Mei 1969. Masalah perpaduan ini wujud
akibat daripada perbezaan penempatan kaum yang terdapat di Malaysia ketika itu. Kaum
Melayu telah diasingkan di kawasan luar bandar, orang cina di bandar dan di kawasan
lombong serta estet pula dikhaskan kepada orang india. Hal ini sudah pastinya telah
menghalang kepada proses perhubungan yang erat di antara kaum.

Dalam ucapan YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana


Menteri merangkap Penegrusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat mengenai
perpaduan dan khidmat negara berpendapat kerajaan mempunyai ‘political will’ bagi
melaksanakan agenda perpaduan negara ini. Di samping itu, agenda pembangunan negara
juga adalah mempunyai matlamat yang sama untuk mencapai perpaduan antara wilayah dan
perpaduan negara. Untuk itu jawatankuasa khas kabinet pada masa itu bersetuju untuk
mengagihkan peluang ekonomi yang tidak seimbang di wilayah-wilayah tersebut. Ini bagi
mengelakkan rasa tidak puas hati dan menyebabkan perasaan kecewa dalam kalangan rakyat.
Kerajaan juga berharap agar suasana tegang dalam masyarakat dapat dielakkan.

Justeru, pengagihan hendaklah dilakukan secara adil dan turut melaksanakan dasar
program supaya tidak hanya berasaskan kepada satu-satu kaum semata-mata. Oleh itu juga,
kerajaan mengambil langkah seterusnya dengan berusaha untuk mengurangkan jurang
ketidakseimbangan antara wilayah Sarawak, Sabah dan Semenanjung melalui infrastruktur
asas. Ini sebagaimana yang terdapat dalam agenda kerajaan dalam Dasar Wawasan Negara
(2001-2010). Dasar ini perlulah direalisasikan agar matlamat negara untuk membina sebuah
23

masyarakat yang bersatu padu dapat dizahirkan. Jawatankuasa yang membincangkan hal
berkaitan ketidakseimbangan wilayah di Malaysia ini juga berpendapat agar dapat
dilaksanakan satu mekanisme bagi mengatasi masalah ini. Peluang hendaklah diberikan
kepada wilayah-wilayah yang mundur. Pembinaan infrastruktur yang baik perlu diadakan di
wilayah-wilayah yang masih belum mendapatkannya (Dewan Rakyat DR1 2007).

Politik seringkali menjadi satu elemen yang mduah untuk dipergunakan utnuk
memulakan ketegangan. Namun begitu politik juga berupaya menyatukan masyarakat melalui
politik pelbagai kaum. Oleh kerana itu, beberapa langkah haruslah diambil untuk
memperkasakan politik pelbagai kaum dengan mengutamakan perpaduan sebagai medium
utama perjuangan. Bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk lagi kod etika politik bagi
menyekat dan menghalang parti-parti politik mengamalkan politik yang berbau perkauman
juga perlu diadakan. Begitu juga membentuk sikap akomodasi dan toleransi dalam kalangan
ahli-ahli parti politik supaya membudayakan perpaduan dan meraikan kepelbagaian
masyarakat Malaysia.

Masalah seterusnya yang boleh menimbulkan ketegangan ialah kehadiran dan


kemasukan pendatang tanpa izin. Kemasukan pendatang tanpa izin bukan sahaja mengancam
keselamatan negara tetapi juga boleh menimbulkan unsur ketegangan dalam membentuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat kita. Apa yang pasti kehadiran mereka memberi
ancaman dan menimbulkan keresahan dalam masyarakat negara kita. Langkah-langkah yang
berkesan perlu diambil perhatian supaya masalah ini dapat diuruskan dengan teratur dan
berkesan. Antara langkah yang difikirkan perlu ialah dengan menyekat kemasukan baru
pendatang tanpa izin dengan memantapkan lagi kawalan keselamatan di kawasan-kawasan
sempadan negara. Begitu juga penyelesaian masalah dengan menanganinya dalam negara.

Di samping itu, usaha pemantapan penguasaaan dengan mengadakan operasi


tangkapan yang lebih agresif dan berterusan dengan melibatkan kerjasama pelbagai lapisan
kementerian dan masyarakat serta agensi-agensi yang berkaitan. Pemilik dokumen haram dan
palsu mestilah dikenalpasti dan diambil tindakan tegas ke atas mereka seperti penghantaran
pulang ke negara asal dan menarik balik kerakyatan yang tidak sah atau diberi melalui
prosedur yang tidak betul. Keadaan ini sebenarnya boleh dielakkan seandainya terdapat
penerapan kukuh nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam kalangan masyarakat kita.
24

Demi cintakan negara dan tanah air peranan setiap warganya amat penting agar masalah ini
dapat diselesaikan.

Media juga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan lagi perpaduan


masyarakat kita. Oleh itu jawatankuasa bertindak turut menyarankan supaya media di negara
ini memainkan peranan dengan ketara untuk memupuk semangat dan kecintaan kepada
negara dalam suasana sosial pelbagai etnik dan agama. Dengan itu sudah tentunya sokongan
daripada pelbagai industri tempatan amat diperlu dan dialu-alukan untuk membantu mencapai
matlamat ini. Untuk meningkatkan dan memperkukuhkan jati diri masyarakat pelbagai kaum
di Malaysia media hendaklah memainkan peranan penting dengan mengadakan pelbagai
program siaran radio dan televisyen serta memperbanyakkan siaran masyarakat yang
menggunakan dialek dan disiarkan pada masa yang sesuai. Dengan cara ini dapat melahirkan
perasaan sayang kepada negara disamping mengeratkan perpaduan masyarakat.

Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan pengajaran yang penting


kepada era pemerintahan pemimpin di Malaysia. Kehilangan jiwa merupakan pengalaman
yang paling pahit dan ngeri berlaku ketika itu. Angka rasmi berhubung dnegan kejadian
tersebut dari tempoh 13 Mei hingga 31 Julai 1969 menunjukkan 196 orang terkorban dan 180
orang telah tercedera oleh senjata api dan 259 orang pula oleh senjata lain. Jumlah ini dicatat
oleh pemberita yang berada di tempat kejadian. Namun ramai pihak yang berpendapat
bilangan sebenarnya adalah jauh lebih tinggi. Pada masa itu sebanyak 9143 orang telah
ditangkap dan 5561 telah didakwa di mahkamah. 6000 orang kehilangan rumah tangga dan
sekurang-kurangnya 211 buah kenderaan rosak dan musnah teruk dan 753 bangunan telah
rosak dan terbakar ( Mohamad Idris Saleh 1994).

Sesungguhnya kemalangan dan kemusnahan jiwa dan harta benda akibat daripada
peristiwa tersebut haruslah menjadi panduan khususnya kepada pemimpin-pemimpin politik.
Oleh itu pemimpin-pemimpin jangan memainkan isu-isu sensitif yang boleh membawa
kepada kehancuran keharmonian negara. Sebenarnya kewujudan isu-isu ini berikutan
daripada rapuhnya nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam diri masyarakat Malaysia.

Pemupukan nilai kewarganegaraan dan patriotisme


25

Kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme sememangnya tidak dapat disangkal lagi
dalam membentuk jiwa merdeka dan semangat jati diri yang tebal serta kukuh dalam diri
seseorang warga. Sesungguhnya Pendidikan sejarah amat menitikberatkan nilai-nilai yang
dapat memupuk semangat kewarganegaraan dan patriotisme. Nilai-nilai ini saling berkait
rapat dan sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Melalui pengertian dan penghayatan
sejarah negara, semua usaha membina keperibadian bangsa Malaysia ditekan dan diberi
keutamaan. Oleh itu beberapa nilai kewarganegaraan dan patriotisme perlu dipupuk agar
Malaysia terus kekal menjadi sebuah negara yang aman dan makmur dan menjadi model
terbaik sebagai negara yang berasaskan pelbagai kaum.

Nilai-nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang dipupuk adalah seperti berikut:

1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia hendaklah mempunyai berakhlak dan berbudi pekerti mulia dan
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu peranan sebagai rakyat yang baik hendaklah
mempunyai perasaan hormat kepada raja dan pemimpin Negara sebagai lambang
perpaduan dan pentadbir kepada negara. Di samping itu, lambang-lambang negara
sentiasa dihormati dan menjadi kekuatan semangat dalam diri sebagai rakyat yang
mencintai tanah air. Lambang-lambang negara sentiasa disanjung dan dihormati seperti
Tugu bendera, lagu kebangsaan, jata negara dan sebagainya. Rakyat
Kebangsaa
n
Malaysia yang berbangga terhadap negaranya juga sanggup
berkorban untuk
menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara.
Pastinya perlulah menghargai dan mengamalkan
tradisi dan budaya bangsa agar tidak lapuk dek
hujan dan tak lekang dek panas. Sesungguhnya pengertian tradisi budaya bangsa amat
besar kepada pengekalan amanah kemerdekaan yang kita pikul sebagai rakyat Malaysia.
Menurut Abd Rahim Abd Rasyid 1999, nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam
pendidikan sejarah menanamkan perasaan banggsa terdahap diri, bangsa dan Negara.
Malah membangkitkan semangat dan kekuatan psikologi dan moral dengan
mengukuhkan lagi patriotisme dan nasionalime bangsa kita untuk dicontohi oleh generasi
akan datang.
26

2. Bersemangat setia negara

Semangat setia negara perlu dipupuk dalam diri setiap warganegara. Warganegara yang
mempunyai semangat setia negara perlulah taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.
Malah sentiasa bersedia untuk berkorban demi bangsa dan negara tercinta.
dengan adanya semangat kecintaan dan setia yang menebal ini pastinya akan membangkitkan
rasa tanggungjawab yang jitu kepada bangsa dan negara Malaysia. Perasaan berani perlu
dididik sejak kecil lagi demi mempertahankan kedaulatan negara. Seorang warga yang
mempunyai nilai kewarganegaraan dan patriotisme juga perlu peka kepada masalah dan isu
tentang bangsa dan negara.

3. Bersemangat kekitaan

Pemupukan nilai kewarganegaraan dan patriotisme juga dapat dipupuk dalam setiap
warganegara dengan menanamkan semangat kekitaan dalam diri mereka. Agar dapat hidup
bersatu padu dan berharmoni walau hidup dalam pelbagai kaum dan agama. Semangat
kekitaan juga hendaklah turut disulami perasaan tolak ansur dan bertoleransi agar sama-sama
membentuk satu benteng yang teguh bagi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.
Sudah tentunya kerjasama dan tolong menolong pasti akan memperkukuhkan lagi semangat
kekitaan dalam setiap komuniti masyarakat yang digelar sebagai rakyat Malaysia.

Begitu juga dalam mempertahankan kemerdekaan yang telah tokoh-tokoh silam


perjuangkan anggota dalam masyarakat hendaklah hidup secara bersefahaman dan
bermuafakat serta saling hormat-menghormati antara lain. Sesungguhnya semangat kekitaan
inilah yang akan menentukan hala tuju jatuh bangun sesebuah negara. Hubungan kekitaan
dalam masyarakat menggerakkan hasrat yang sama dan negara bangsa menjadi fokus dan
matlamat akhirnya. Terdapat penulis-penulis sejarah mencadangkan apa jua tindakan
patriotik, ia dimotivasikan oleh keprihatinan kebaikan untuk negara. Dapatlah dirumuskan
disini kewarganegaraan dan patriotisme adalah perasaan sayang dan bangga yang menebal
kepada negara, keinginan untuk menyokong negara dan mempertahankan keagungan menjadi
pegangan seorang patriot.

4. Berdisplin
27

Di samping itu, warganegara sesebuah negara hendaklah mempunyai disiplin yang ampuh
dalam usaha untuk mengekalkan kedaulatan negara. Sebagai warga yang berdisiplin
hendaklah mempunyai semangat untuk mempertahankan dan menjunjung perlembagan
negara yang telah dibentuk sebagai satu perlembagaan untuk menjaga kepentingan semua
warganegara Malaysia. Peraturan dan undang-undang negara juga hendaklah sentiasa
dipatuhi agar hidup lebih berdisiplin dalam sama-sama untuk memajukan negara. Lebih-lebih
lagi untuk mencapai sasaran wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju dalam pelbagai
aspek samada dari aspek ekonomi, politik, sosial dan turut untuk melahirkan proses modal
insan.

Sebagai sebuah negara timur yang ingin mengekalkan ciri ketimurannya maka
mantan Perdana Menteri Tun Mahadir Mohammad telah melancarkan Dasar Pandang ke
Timur. Dasar ini selain bertujuan untuk mencapai kemajuan tapi juga ingin melihat agar setia
warganegara mengekalkan ciri-ciri ketimuran seperti mempunyai nilai kesopanan dan
ketatasusilaan. Sesungguhnya setiap rakyat Malaysia perlu berkelakuan sopan dan
bertatasusila mulia dan pasti akan melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Untuk
mencapai matlamat ini jugalah maka sikap adil dan bertimbang rasa amat perlu supaya segala
impian dan matlamat negara akan berjaya dicapai.

5. Berusaha dan produktif

Pemupukan nilai kewarganegaraan dan patriotisme juga boleh dilakukan dengan adanya
semangat berusaha dan produktif. Setiap rakyat Malaysia hendaklah berusaha dengan rajin
dan gigih untuk mencapai matlamat dan impian. Malah semangat berdikari juga mampu
untuk memupukkan nilai-nilai murni dalam jiwa seseorang. Malah untuk mencapai harapan
tersebut setiap warga perlu untuk mempertingkatkan usaha dan tabah untuk menghadapi
cabaran pada masa akan datang. Seperkara lagi yang perlu ada ialah sentiasa menyokong dan
melibatkan diri dalam usaha pembangunan Negara.

Peristiwa 13 Mei 1969 sebagai Teladan

Pada tanggal 13 Mei 1969 keharmonian negara telah dikejutkan dengan peristiwa yang
hampir meragut dan menghancurkan keutuhan negara. Lebih-lebih lagi baru enam tahun usia
pembentukan Malaysia. Tragedi ini berlaku ekoran daripada pelbagai isu-isu sensitif telah
28

disentuh bagi mencapai kemenangan dan untuk kepentingan diri sendiri. Antaranya isu
perkauman dan pelbagai emosi sensitif telah dimainkan bagi mencapai tujuan tersebut ketika
pilihanraya berlangsung pada 10 Mei 1969. Usia Malaysia yang masih muda sudah tentunya
belum matang dalam membuat keputusan dan mengatur perjalanan pentadbiran yang sebenar
telah menjadi alasan kepada pihak-pihak tertentu dan akhirnya membawa kepada berlakunya
masalah ini.

Selepas sahaja piliharaya, perarakan telah


dilakukan oleh pihak pembangkang dan telah
membangkitkan rusuhan kaum terutamanya kaum
Melayu dan cina. Lebih-lebih lagi keharmonian dan
perpaduan sememangnya belum betul-betul kukuh
tersemat dalam sanubari masing-masing kesan
daripada dasar pecah
dan perintah ketika
pentadbiran British
di Tanah Melayu.
Pengenalan dasar
pecah dan perintah
berdasarkan kawasan tempat tinggal dan ekonomi telah
menyemarakkan lagi semangat perkauman ketika itu.
Jurang ekonomi yang berbeza dan juga dasar populasi sesuatu kawasan petempatan menjadi
penghalang kepada hubungan erat antara kaum di Malaysia. Terdapat beberapa faktor yang
dikenal pasti menjadi punca kepada berlakunya keadaan ini.

Faktor politik merupakan faktor utama yang membawa dan mencetuskan peristiwa 13
Mei 1969. Ketika usaha pembentukan Malaysia dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman yang
terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei pada tahun 1961.
Telah mula menampakkan kesungguhan masing-masing untuk berkuasa. Malah setelah
kemasukkan Singapura ke dalam gagasan Malaysia Parti Pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti
Tindakan Rakyat telah secara terang-terangan menolak konsep hak keistimewaan orang
Melayu dalam perlembagaan. Kesan daripada itu membawa kepada ketegangan antara
masyarakat Melayu dan cina. Keadaan ini berterusan sehinggalah pilihanraya diadakan pada
29

tahun 1969. Sudah apsti perasaan prasangka masih lagi menghantui dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ketika itu.

Dalam tempoh berkempen sebelum pilihanraya itu beberapa isu sensitif telah
menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, terutamanya tindakan yang dilakukan
oleh Parti Tindakan Rakyat dan parti pembangkang yang lain. Perkara utama yang menjadi
kepentingan masing-masing adalah mencapai kemenangan dalam kerusi parlimen dan
membelakangkan kepentingan negara. Ini menunjukkan betapa rapuhnya nilai
kewarganegaraan dan patriotisme masyarakat. Ketiadaan nilai-nilai ini telah membawa
kepada berlakunya peristiwa ini. Faktor pemangkinnya adalah kesan daripada perarakan yang
dilakukan oleh parti pembangkang atas kemenangan beberapa kerusi dalam pilihanraya
tersebut. Dalam perarakan tersebut mereka mengambil kesempatan merendah-rendahkan dan
menghina orang Melayu. Maka dengan ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya unsur
nilai kewarganegaraan dan patriotisme ditanam teguh sejak dari kecil lagi agar berupaya
mempertahankan kedaulatan negara daripada mengalami kehancuran.

Faktor seterusnya ialah jurang yang besar dalam bidang ekonomi. Dasar pecah dan
perintah ketika pentadbiran British di Tanah melayu telah membawa kepada perpecahan
kedudukan sesuatu kawasan mengikut kaum. Keadaaan ekonomi Tanah Melayu pada ketika
itu secara keseluruhannya boleh dikatakan dikuasai oleh masyarakat dari kaum cina.
Masyarakat cina turut menguasai perniagaan dan bank di kawasan Bandar dan juga kawasan-
kawasan perlombongan bijih timah. Di bawah dasar pembahagian kawasan mengikut
populasi British telah membawa kepada bibit-bibit perkauman dalam kalangan amsyarakat
multi etnik di Malaysia. Kewujudan prasangka dan sebagainya berlaku kesan daripada
tiadanya nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam kalangan masyarakat merdeka.

Keadaaan ekonomi yang dikuasai oleh sekelompok masyarakat akhirnya telah


membawa kepada perasaan iri hati dan benci. Akibat daripada keadaan ekonomi yang dikuasi
oleh sekolompok golongan sahaja membawa kepada berlakunya ketidakseimbangan ekonomi
dalam kalangan penduduk di Malaysia. Untuk itu kerajaan telah mengambil beberapa langkah
bagi menghapuskan ketidakseimbangan dengan mewujudkan pelbagai rancangan untuk orang
melayu. Antaranya penubuhan FELDA, MARA, dan FAMA oleh kerajaan untuk kepentingan
ekonomi orang Melayu. Namun keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
30

masyarakat cina yang dikatakan menggugat ekonomi masyarakat cina. Kewujudan prasangka
ini telah membawa kepada tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Faktor sosial juga memainkan peranan penting dalam menggugat keharmonian negara
ketika itu. Prinsip jus soli yang diperkenalkan dalam memberi kelonggaran kerakyatan
kepada kaum pendatang menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan masyarakat
Melayu. Suasana begini menyebabkan orang Melayu merasakan hak dan keistimewaan
mereka mula diganggu gugat oleh golongan pendatang. Malah kedudukan masyarakat
Melayu boleh menjadi sebagaimana yang berlaku ke atas masyarakat di Afrika Selatan,
Australia ataupun New Zealand. Di mana akhirnya negara-negara tersebut telah dikuasai oleh
golongan pendatang dalam bidang ekonomi dan politiknya iaitu kebijajahan.

Isu sosial lain yang menjadi dalang kepada tercetusnya peristiwa ini adalah wujudnya
hubungan buruk cina dan Melayu ketika pentadbiran tentera Jepun. Ketika pentadbiran Jepun
orang Melayu mendapat layanan yang baik oleh tentera Jepun berbanding masyarakat cina
yang sentiasa diseksa dengan teruk oleh tentera Jepun. Keadaan ini telah menimbulkan syak
wasangka yang menebal dalam diri masyarakat cina. Oleh itu kewujudan Parti Komunis
Malaya ditubuhkan bagi menentang pentadbiran Jepun. Akibat daripada tekanan sedemikian
membawa kepada pembentukan satu pasukan polis yang terdiri daripada masyarakat Melayu
oleh pentadbiran Jepun. Parti Komunis Malaya kebanyakkannya dianggotai oleh orang-orang
cina manakala pasukan polis yang ditubuhkan Jepun terdiri daripada orang Melayu. Keadaan
ini sekaligus seolah-olah menunjukkan berlakunya penentangan antara dua kaum iaitu
Melayu dan cina. Ini sebagaimana menurut Mohd Idris (1994) PKM telah melancarkan
serangan gerila ke atas pasukan Jepun dan menyebabkan Jepun menubuhkan pasukan polis
yang terdiri daripada orang Melayu. Penentangan berlaku antara orang Melayu dan cina.

Sistem pendidikan yang berasingan turut menjadi penyumbang kepada tragedi 13 Mei
1969. Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau
sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan
iaitu aliran Inggeris, Melayu, cina dan india. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai
silibus yang diambil dari negara India untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga
dengan kaum cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti
dan fahaman kerana negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus
31

yang diambil dari negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan
kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa
pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa
ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah
menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu impak buruk dalam pembentukan
perpaduan kaum di Malaysia.

Sesungguhnya faktor-faktor tersebut telah membawa kepada ketegangan kaum di


Malaysia. Tragedi hitam 13 Mei 1969 sepatutnya menjadi tauladan kepada anggota
masyarakat Malaysia agar menanamkan tekad dan semangat untuk meningkatkan nilai
kewarganegaraan dan patriotisme agar tidak akan berulangnya peristiwa yang sepatutnya
menjadi iktibar dalam sejarah keharmonian Malaysia.

Sebahagian Rentetan 13 Mei 1969 Sebagai Iktibar

Panggung Odeon Kuala Lumpur. Antara tempat


tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei

Akibat hilangnya jati diri lantaran lesunya nilai kewarganegaraan dan patriotisme sudah pasti
akan membawa kepada kehancuran kepada masa depan negara. Oleh itu, sebagai iktibar dan
panduan kepada sejarah lampau maka di sini penulis juga memaparkan sedikit perjalanan
peristiwa 13 Mei untuk renungan bersama. Salah satu tempat berlakunya kejadian ngeri dan
kejam tersebut ialah sebuah panggung wayang di Kuala Lumpur iaitu Panggung Odeon.
Menurut beberapa sumber termasuk kajian seorang pelajar Phd, University of California,
Berkeley dalam laman web Wikipedia, sekumpulan pemuda cina dari kumpulan kongsi-
kongsi gelap telah bertindak dengan mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul
32

Rahman, Kuala Lumpur ketika kejadian. Apa yang mengejutkan beberapa iklan disiarkan
dalam bahasa cina telah dipaparkan terlebih dahulu di skrin pawagam meminta supaya
penonton-penonton dari kalangan kaum cina keluar dari panggung secepat mungkin.
Lantaran itu penonton Melayu yang tidak mengetahui suasana tersebut hanya berada di dalam
panggung dan ini menyebabkan ramai mereka yang terkorban. Ini termasuklah dua orang
askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Dalam peristiwa yang hangar bingar dan huru hara tersebut seorang anggota polis
yang dikenali sebagai Rahim turut menonton wayang di Panggung Odeon ketika kejadian
juga terkena tetakan di kepala namun beliau telah bertindak dengan berpura-pura mati.
Beliaulah yang menjadi saksi ke atas kekejaman yang berlaku ketika itu. Akibat daripada
tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang
cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar sebagai menunjukkan protes secara terang-
terangan.

Ketika itu mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan. Khabar angin mengatakan


Tentera Sabil dari Sungai Manik dan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat
hendak datang ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Namun kemaraan mereka berjaya disekat
oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk lagi berlaku.

Ketika kejadian Kuala Lumpur dan Selangor merupakan dua negeri yang mengalami
keadaan anarki yang teruk. Begitu juga terdapat sedikit kekecohan di Melaka. Namun
rusuhan kaum tidak berlaku di negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Pahang,
Perak, Perlis dan lain-lain. Ketika berlaku kekecohan tersebut Pasukan Komunis Malaya
(PKM) telah mengambil kesempatan untuk memperkukuhkan ideologi mereka terutamanya
terhadap masyarakat kaum cina.

Pembinaan nilai kewarganegaraan dan patriotisme melalui pendidikan sejarah

Sejarah merupakan peristiwa yang telah berlalu. Namun sebenarnya sejarah adalah catatan
manusia atau perubahan yang berlaku kepada sejarah peradaban dunia. Perkara-perkara silam
sebenarnya boleh menyedarkan kita betapa pentingnya pengalaman-pengalaman lalu atau
sejarah sesebuah negara dalam membentuk suatu bangsa Malaysia. Oleh itu pemikiran rakyat
33

hendaklah disepadukan agar mempunyai semangat untuk mempertahankan negara walau apa
jua sekalipun. Pengukuhan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dilihat boleh
menyemarakkan lagi tanggungjawab sebagai warga yang merdeka dan berbangga sebagai
rakyatnya. Sekira berlaku pencerobohan ataupun peperangan misalnya akan membawa
kepada pembentukan satu barisan hadapan yang berani berjuang untuk mempertahankan
kedaulatan negara yang tercinta. Negara tempat tumpah darah kita ini. Dengan semangat nilai
kewarganegaraan yang ditanam kukuh dan menebal dalam jiwa dan tersemat kukuh di
sanubari pasti akan menjadi kekuatan untuk menghapuskan musuh negara.

Warganegara dan patriotisme juga mempunyai semangat kekitaan atau dalam konteks
yang lebih luas ialah semangat kenegaraan. Konsep ini secara tidak langsung menjelaskan
pembentukan sebuah masyarakat yang adil dan kekayaan negara dapat dinik mati bersama
oleh rakyat dengan cara seimbang dan jurang perbezaan antara kaum dapat dielakkan. Situasi
begini akan dapat mengelakkan berlakunya ketidaktenteraman dalam negara lantaran
terdapatnya perbezaan jurang yang besar antara masyarakat di negara kita. Peristiwa lampau
seperti 13 Mei 1969 menjadi satu iktibar betapa jurang yang memisahkan antara kaum
menjadi faktor kepada tercetusnya suasana anarki sebegini.

Pendidikan sejarah di Malaysia berupaya untuk membentuk keperibadian unggul


warganya berdasarkan kepada pengamalan nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang
kukuh dalam diri setiap anggota warganya. Keperibadian kebangsaan yang unggul adalah
sangat penting dan menjadi asas kepada kewarganegaraan yang mantap. Sudah pasti akan
memberi sumbangan yang bermakna kepada negara dalam bentuk apa jua sekalipun.
Kebanggaan kita sebagai warganegara Malaysia hendaklah kita tunjukkan. Malah dunia
mengakui kehebatan negara kita dalam pelbagai bidang.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka misalnya kehebatan Melaka diceritakan oleh


Tome Pires setelah beberapa ketika pendudukan Portugis di Melaka menyebut penguasaan
Melaka menjadi satu petanda kepada kemusnahan Venice. Ini bermaksud Melaka amat
dikenali ketika itu sehingga ke benua Eropah. Malah seorang penulis Belanda iaitu Francis
Valentyn pada tahun 1726 dalam Mohamad Idris (1994) mengatakan peranan Bahasa Melayu
amat tinggi ketika itu dan menjadi bahasa antarabangsa. Malah sesiapa sahaja yang menetap
di antara Perisa di sebelah barat dan Filipina di timurnya tetapi tidak boleh bercakap dan
34

mengetahui bahasa Melayu maka akan dianggap sebagai seorang yang tidak berpelajaran
ataupun uneducated. Bukti ini menunjukkan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan dan
perhubungan serta bahasa pertuturan bertaraf antarabangsa sebagai bahasa lingua franca. Ini
turut membuktikan bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang merupakan bahasa yang
sangat terbilang suatu ketika dulu. Oleh itu, kita sebagai warganya hendaklah berbangga dan
bertekad untuk menanam semangat untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Namun
dengan syarat penekanan nilai kewarganegaraan dan patriotisme harus menjadi sebahagian
daripada peribadi kita.

Peranan Pendidikan Sejarah dalam Penerapan Nilai

Pendidikan sejarah merupakan asas penting dalam pembentukan bangsa yang merdeka.
Sejarah bukanlah matapelajaran yang hanya membincanglan perkara-perkara yang lepas
semata-mata ataupun tentang orang yang telah mati tetapi banyak iktibar dan pengajaran yang
boleh dijadikan sebagai padnuan serta pedoman dalam meneruskan kehidupan. Malah
menjadi faktor penting kepada pembentukan sesebuah negara yang merdeka. Pendidikan
sejarah juga sebagai satu asas untuk terus melangkah ke depan dalam meniti kesukaran
pembentukan negara bangsa. Bukan juga semata-mata untuk diingat tetapi perlulah kita
mengempatikan diri dala situasi tertentu. Sesungguhnya sejarah dijadikan sebagai satu
panduan dalam pembinaan semula sebuah bangsa dan negara.

Menurut Burchardt (1986) Reflection on History menjelaskan sejarah merupakan satu


aspek yang sangat penting untuk memaparkan perkara-perkara yang berkaitan perkembangan
manusia dalam pelbagai aspek kehidupan samada ekonomi, sosial, agama mahupun politik.
Sejarah turut menekankan peripentingnya pembinaan negara bangsa dan tokoh-tokoh
terdahulu yang rela berkorban demi keagungan sebuah kemerdekaan. Melalui sejarah juga
manusia dapat menggunakan sepenuhnya pemikiran mereka untuk membuat analisa, analisis
dan mengembangkan potensi manusia untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Jika dikaji
dengan lebih mendalam ternyata sejarah turut merangkumi pelbagai aspek ilmu dan nilai.
Aspek pertimbangan nilai dan moral turut diberi perhatian dalam pendidikan sejarah. Ini
sebagai mana dimaksudkan oleh Butterfirled (1973) dalam Abd Rahim Abd Rasyid (1999)
iaitu sejarah amat mementingkan aspek pertimbangan nilai dan moral.
35

Pengaruh ilmu sejarah amat besar dalam menegaskan aspek ilmu kemanusiaan.
Semuanya berkait rapat dengan kehidupan manusia seperti aspek budaya, ekonomi, politik,
sosial dan sebagainya. Pada zaman era teknologi maklumat ini sejarah telah memainkan
peranan yang penting untuk manusia. Ini jelas menunjukkan sejarah amat penting dan
menuntut kepada kita untuk terus mendalami dan menekankan kepentingan pendidikan
sejarah. Menyisihkan pendidikan sejarah dalam pendidikan negara sudah pasti memberi
peluang kepada musuh negara untuk menumbangkan kembali keagungan yang telah tercipta.
Bukan itu sahaja pendidikan sejarah turut memaparkan pelbagai perkara seperti kekejaman,
kejatuhan, perkembangan dan keagungan sesebuah negara ataupun tamadun terdahulu. Di
samping itu juga pendidikan sejarah menjelaskan dengan terperinci perkara-perkara yang
berkaitan dengan imperialisme, kejahilan, kehancuran dan sebagainya.

Keadaan ini sesungguhnya menjelaskan betapa pentingnya pendidikan sejarah dalam


memberi gambaran dan menerangkan pelbagai perkara masa lampau yang boleh dijadikan
tauladan dan pedoman. Betapa maklumat inilah yang dapat membentuk nilai
kewarganegaraan seseorang yang berada dalam lingkungan kemerdekaan dan keamanan
untuk terus mengekalkan keselesaan yang ada. Begitu juga seseorang atau serumpun
masyarakat yang masih berada dalam penghinaan, penjajahan dan peperangan menuntut
untuk mencapai tahap kewarganegaraan yang sebenar. Misalnya Situasi ini dapat dilihat
penduduk Palestin yang berusaha untuk mendapatkan hak mereka di negara sendiri.
Penerapan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam pendidikan sejarah menjadi satu
aspek wajib yang pasti ada dan tidak akan dapat untuk dihilangkan atau ditiadakan. Nilai ini
sememangnya telah terpahat kukuh dalam jiwa sesebuah masyarakat yang memahami konsep
kewarganegaraan dan patriotisme serta memandang kepentingan kedua-dua nilai ini.

Kepentingan Penerapan Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme

Nilai kewarganegaraan dan patriotisme berpotensi menjadi motivasi penting ke arah


penglibatan identiti politik, sokongan dan penilaian kritikal terhadap kepimpinan dan dasar,
mobilisasi sosial, pengurusan konflik dan penyelesaiannya dalam sesebuah negara. Negara
bangsa yang terdiri dari sempadan wilayah kesan perjanjian, perang, konflik dan
kolonialisme meninggalkan warisan untuk generasi akan datang untuk dijaga dan
dipertahankan. Inilah cabaran kepada pemimpin untuk membangunkan patriotisme warganya
36

kerana pengasingan, diskriminasi, persaingan antara dan dalam etnik mampu menggugatnya.
Oleh itu menjadi hasrat kebanyakan negara bangsa untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatu padu, satu identiti sosial dan semangat patriotisme yang mendalam. Johnson (1997)
dalam Haminah Suhaibo (2007) merumuskan kepentingan patriotisme dalam sesebuah negara
sebagai,

“Builiding a world that sustain human life for another years


or more will require, among, other things, the generation of a
more comprehensive patriotism”
(Johnson, 1997 )

Patriotisme digunakan sebagai mekanisme untuk menggalakkan rakyat bertindak


sejajar dengan peristiwa sejarah sebab sejarah bukan sahaja sains tetapi juga keagungan tanah
air dulu dan akan datang. Sejarah memaparkan kebenaran masa lepas (Carr, 1962) melalui
penganalisaan dokumen yang mampu membentuk kesedaran patriotik dan perpaduan kerana
sejarah adalah aktiviti intelektual yang membolehkan analisa dan kritikan.

Politik

Nilai kewarganegaraa dan patriotisme dapat membentuk identiti jiwa bangsa dalam diri
masyarakat. Situasi inilah yang membawa kepada penekanan subjek sejarah diajar di sekolah-
sekolah. Pembelajaran sejarah di sekolah dapat membentuk dan melahirkan warganegara dan
insan yang baik serta berwawasan tinggi. Malah semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakatnya semakin menebal demi untuk mengekalkan kemerdekaan sesebuah negara.
Nilai ini jugalah yang akan dapat memberikan kekutaan dan menguatkan lagi ikatan
perpaduan dalam sistem pemerintahan dan pentabiran negara. Nilai kewarganegaraan dan
patriotisme juga akan menanamkan rasa bangga terhadap diri, bangsa dan negara. Sebagai
warganya hendaklah berbangga mempunyai pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair seperti
Mat Kilau dan Tok Janggut yang menjadi wira kepada kemajuan yang kita capai pada hari
ini. Tanpa mereka adalah amat mustahil kita mencapai kemajuan pada hari ini. Di samping itu
wujud juga kesedaran kebangsaan dalam diri masyarakat Malaysia. Pendidikan sejarah yang
ditekankan pastinya melahirkan nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang pastinya
37

membangkitkan kesedaran kebangsaan dan menjadikan peristiwa-peristiwa silam sebagai


iktibar dan panduan untuk masa depan.

Sosial

Warganegara yang bersatu padu pasti akan dapat hidup dalam satu rumpun pelbagai yang kita
namakan sebagai negara bangsa. Hasilnya Negara Malaysia berjaya dibentuk dengan
rasminya pada 16 September 1963 yang merangkumi semenanjung Tanah melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura. Namun akibat daripada nilai kewarganegaraan dan semangat
patriotisme yang rapuh malah ketiadaan semangat patritisme yang kuat singapura telah
dikeluarkan daripada Malaysia pada tahun 1965. Nilai ini juga dapat menunjukkan hasrat
murni pendidikan negara ke arah integrasi kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik namun
dalam satu jiwa bangsa iaitu bangsa Malaysia. Kekuatan nilai kewarganegaraan dan
patriotisme merupakan satu kewajiban yang perlu ada agar di sebalik keharmonian politik
dalam sesebuah negara akan mewujudkan perpaduan sesebuah negara. Ini pasti memberi satu
kelebihan kepada negara yang hanya mempunyai satu bangsa semata-mata.

Namun Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum tidak menjadikan itu sebagai
satu alasan untuk tidak mencapai perpaduan. Keutuhan nilai kewarganegaraan dan
patriotisme dalam kalangan warganya menjadi satu senjata yang ampuh untuk membentuk
sebagai sebuah negara yang merdeka. Sesungguhnya hasil nilai yang kukuh membawa
kepada perpaduan nasional yang mengatasi bibit perpecahan, konflik yang mungkin
disebabkan etnik, agama dan ideologi.

Patriotisme perlu ditakrifkan semula sebagai faktor penyatuan masyarakat khususnya


dalam era globalisasi. Walaupun pada dasarnya pemodenen dan kemajuan menjadi asas
kepada negara Malaysia bagi menghadapi globalisasi tetapi ia masih memerlukan warisan
sosial dan budaya untuk mempertautkan rakyat berbilang kaum. Halim Salleh (2000) dalam
Haminah Suhaibo (2007) menyatakan bahawa tahun-tahun 1990an memperlihatkan
nasionalisme dan patriotisme bercirikan Malaysia mula dikembangkan dengan ciptaan
lambang dan simbol bercirikan Malaysia. Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha kerjaan
untuk mengembangkan patriotisme rakyat agar perpaduan dicapai selari dengan
perkembangan kemajuan negara.
38

Ekonomi

Nilai kewarganegaraan yang menebal dan semangat patriotisme yang utuh pasti akan
membawa kepada kekuatan ekonomi sesebuah negara. Bilamana rakyatnya bersatu hati
dalam menempuh perkembangan dunia tanpa sempadan kini. Penyatuan rakyat hasil nilai-
nilai ini dapat memperlihatkan kesepakatan rakyat dalam membantu memperkembangkan
ekonomi negara. Malah dalam kita menempuh saat sukar ketika kemelesetan ekonomi 1998
telah menampakkan penyatuan rakyat Malaysia tidak kira kaum dan ideologi bersama-sama
bagi mempastikan ekonomi negara pulih sepenuhnya.

Dengan adanya nilai-nilai ini kita juga telah berjaya melepasi saat sukar tersebut
dengan jayanya. Tanpa adanya ikatan teguh nilai kewarganegaraan dan patriotisme sudah
pasti kita gagal utnuk menangani masalah tersebut. Malah dengan adanya nilai
kewarganegaraan dan patriotisme dalam diri masyarakat pasti akan dapat mengekalkan
perpaduan nasional. Perpaduan nasional bolehlah ditakrifkan sebagai perpaduan dalam
kalangan rakyat sesebuah negara. Ini pasti akan mewujudkan kestabilan, keutuhan dan
ketahanan dalam sesebuah negara bangsa.

Negara bangsa

Nilai kewarganegaraan dan patriotisme turut memberi sumbangan dalam


mempastikan negara bangsa Malaysia terus unggul dan tiada tandingannya. Pelbagai ujian
telah berjaya ditempuhi oleh rakyat Malaysia khususnya seperti peristiwa hitam 13 mei 1969.
Suasana ini telah mencetuskan satu titik tolak yang lebih ampuh tentang keperluan
memahami kewarganegaraan dan patriotisme. Malah menjadi kepentingan kepada penerapan
nilai-nilai ini sejak di bangku sekolah lagi. Pembentukan negara bangsa Malaysia juga
menampakkan Malaysia dibentuk melalui perundangan dan bukannya peperangan maupun
pertumpahan darah sebagaimana negara-negara lain di dunia. Situasi sebegini berlaku
berikutan daripada semangat jati diri dan nilai kewarnagenegaran serta patriotisme yang
diterapkan secara langsung melalui pendidikan sejarah.
39

Perkembangan semasa menjadikan kajian tentang patriotisme perlu diberi perhatian.


Cubaan kumpulan-kumpulan etnik untuk membebaskan diri mereka dari negara bangsa dan
mewujudkan kerajaan sendiri menggambarkan betapa patriotisme bersifat negara perlu
diwujudkan. Persaingan etnik, bahasa dan agama dalam negara bangsa mampu menimbulkan
konflik yang memungkinkan usaha ke arah kuasa autonomi . Pemisahan Timur-Timor dari
Indonesia dan perjuangan gerakan Moro di Filipina memperlihatkan negara bangsa mampu
berhadapan dengan kemungkinan perpecahan. Oleh itu kebanyakan pemimpin beralih kepada
usaha pembinaan bangsa dan patriotisme sebagai usaha penyatuan rakyatnya. Hubungan
manusia dengan tanah air inilah yang menjadi fokus patriotisme (Kelman, 1997) dalam
Haminah Suhaibo (2007)

Nilai Kewarganegaraan dan Patriotisme Pendidikan sejarah dalam Melahirkan Modal


Insan

Konsep pembangunan modal insan adalah sinonim dengan manusia. Dalam hal ini,
pembangunan insan membawa maksud memperkasakan insan sebagai individu dan anggota
komuniti. Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, modal insan merujuk kepada
golongan yang menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu, pelbagai dan semasa, lantas
kecemerlangan intelektual seseorang dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat
ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan
insan seimbang dan harmonis seperti yang dikehendaki dlam matlamat Falsafah Pendidikan
negara. Dalam proses pembangunan negara tidak dapat dinafikan modal insan adalah faktor
paling penting dan perlu dititik beratkan. Kita telah banyak dimuntahkan dengan modal
material seperti rumah, tanah, wang dan sebagainya. Namun ianya ternyata bersifat sementara
berbanding pembangunan modal insan yang bersifat agak kekal dalam situasinya. Seboleh-
bolehnya tenaga insan yang baik dapat diterapkan dan dimasukkan dalam agenda penting
pembangunan negara.

Menurut Hasnah Hussin terdapat lima konsep kemahiran dalam modal insan:
i. Kemahiran teknikal
ii. Keupayaan kepimpinan
iii. Kemahiran kognitif
iv. Kemahiran bahasa dan komunikasi
v. Kemahiran sosial
40

Modal insan dalam pendidikan sejarah

Kepentingan untuk melahirkan sebanyak mungkin modal insan membawa kepada pelbagai
cadangan antaranya dengan cuba untuk memperkenalkan kursus hubungan etnik di institusi
pengajian tinggi awam (IPT) dan subjek sejarah yang telah cuba diperkenalkan semula
kepada pelajar sekolah rendah oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Ini penting agar dapat memupuk semangat harmoni dan cintakan
negara dalam diri masyarakat adalah secara berterusan dan bertapak kukuh dalam jiwa
mereka. Keadaan ini sudah pastinya akan dapat meningkatkan jati diri masyarakat negara kita
dalam mengharungi kehidupan mencabar dalam abad ke 21 ini dalam dunia tanpa
sempadan. Sudah pasti senario begini boleh melemahkan jati diri dan semangat keinsanan
dalam diri warga Malaysia yang menuntut semangat patriotisme yang berterusan demi
kelangsungan kemerdekaan yang telah kita kecapi. Namun penulis merasakan pendidikan
sejarah adalah aspek paling penting dalam menzahirkan impian ini asalkan diajar dan
diterapkan dengan jujur dan ikhlas dalam diri warga pendidik di negara kita.

Peranan pendidikan terutamanya subjek sejarah diperingkat awal rancangan


pembangunan negara ialah melibatkan perpaduan nasional, menyeimbangkan taraf
pendidikan di seluruh negara dan memberikan pendidikan sejarah, teknikal dan sebagainya.
Sesunguhnya aspek modal insan akan dapat dilahirkan melalui pembelajaran di sekolah oleh
golongan pelapis bangsa iaitu pelajar sekolah. Hal ini sudah tentunya akan membawa kepada
pembangunan dan kemajuan kepada negara kita. Peranan ilmu-ilmu pendidikan dan
pembentukan modal insan ini sebenarnya telah disebutkan oleh mantan Perdana Menteri Tun
Dr Mahadir Muhammad dalam ucapannya pada 28 Februari 1991. Antara ucapan beliau ialah

“Malaysia boleh menjadi Negara maju dengan


masyarakat yang yakin, mempunyai nilai moral dan
etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat
demokratik, liberal dan bertolak ansur,
penyayang………”
41

Maka semua perkara di atas turut menuntut agar rakyat Malaysia mengutamakan
pendidikan dalam kita menuju kejayaan. Malah peranan terakhir sektor pendidikan dalam
memenuhi cabaran dan kehendak wawasan ialah membekal dan membangunkan sumber
manusia yang lebih dikenali kini sebagai modal insan (Dewan Masyarakat, Julai 1991).
Sesungguhnya dalam kita mengimbas dan mencari kekuatan dan kelemahan kita sudah
tentunya subjek sejarah menjadi satu panduan agar kita terus menuju ke depan dan tidak akan
mengulangi kesilapan demi kesilapan yang kita lakukan. Sekiranya kesilapan yang dilakukan
tidak diperbaiki atau sekurang-kurangnya disedari maka ini pasti akan mengulangi kesilapan
yang sama iaitu dijajah samada dari aspek ekonomi dan sosial.

Oleh sebab kepentingan sub jek sejarah maka menjadi satu subjek teras dalam ssitem
pendidikan negara kita yang wajib diambil oleh pelajar menengah rendah dan menengah atas.
Dalam senarai mata pelajaran teras sebelumnya terdapat mata pelajaran sivik dan
pravokasional telah digugurkan dan telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran sejarah dan
beberapa mata pelajaran lain. (Shahril Marzuki & Habib Mat Som, 1999). Ini menjelaskan
kepada kita kepentingan subjek sejarah dalam pembentukan modal insan berkualiti demi
kepentingan pembangunan Negara Malaysia.

Peranan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam pembangunan modal insan

Keharmonian dan keamanan hubungan antara kaum di negara kita sememangnya mendapat
perhatian dunia. Banyak negara yang berusaha untuk meniru malah mengambil langkah yang
sewajarnya sebagaimana kita untuk menangani masalah perpecahan kaum di negara masing-
masing. Namun wujud pelbagai persoalan. Adakah kita mampu untuk menjadi contoh dan
tauladan dalam memahami masalah sebegini? Adakah kita akan bertambah kuat dalam aspek
hubungan kaum dan intergrasi? Adakah peristiwa 13 mei 1969 tidak akan berulang kembali?
Adakah kita akan kekal hidup dengan harmoni?. Sesungguhnya persoalan-persoalan sebegini
kita perlu fikir dan jawab serta cari jawapan segera.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin negara, masyarakat, institusi dan


segenap warga Malaysia berusaha untuk memastikan keharmonian berjaya dikekalkan sampai
42

bila-bila sekalipun. Dalam hal ini aspek pendidikan adalah sangat penting dan menjadi satu
domain utama bagi merealisasikan sasaran kita agar tidak tersasar jauh dari landasannya.
Oleh itu peranan subjek sejarah dalam menekankan aspek modal insan dalam kelas sangat
penting agar wujud insan yang baik dan kekal dalam diri dan jiwa mereka (Nota Kuliah Tuan
Hj Zarin Ismail, Isu-isu pendidikan di Malaysia).

Sesungguhnya juga terdapat hubungan yang ketara antara modal insan dan subjek sejarah.
Dalam sejarah penekanan dalam pembentukan bangsa Malaysia dan patriotisme amat
ditekankan. Pendidikan sejarah mampu untuk mengembangkan nilai-nilai murni sebagai asas
membentuk tingkah laku, sahsiah, menjadi panduan seseorang pelajar Abd. Rahim Abdul
Rasyid ( 1999). Pendidikan nilai yang dilahirkan daripada subjek sejarah penting bagi tujuan
pengawalan sosial supaya sekolah dapat melahirkan warganegara Malaysia yang
bertanggungjawab dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang sesuai dengan norma masyarakat.
Ini agar jiwa masyrakat daripada pelbagai roh dapat disatukan menjadi warga yang cintakan
negara dan berupaya untuk memacu keagungan tamadun Negara kita. Dunia sendiri tidak
dapat menafikan sebagaimana keagungan tamadun melayu satu ketika dulu. Kehebatan
Kesultanan me;ayu Melaka, Majapahit, srivijaya dan sebagainya menjadi bukti keagungan
tamadun kepulauan melayu.

a. Melahirkan masyarakat yang tahu asal usulnya dalam pembentukan Negara Bangsa

Pembelajaran sejarah sudah tentunya memberi satu gambaran tentang kewujudan dan
kepelbagaian etnik di Negara kita. Sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia
dewasa ini, masyarakat pelbagai kaum di negara kita seharusnya memahami struktur
sosial, latar belakang dan budaya di mana mereka berpijak. Ini termasuklah
kepelbagaian etnik , kelas sosial serta latar belakang sejarah sosial dan politik yang
ternyata berbeza. Ini ternyata sangat penting dalam membina modal insan
terutamanya bagi tujuan pembangunan masyarakat Malaysia. Malah sudah seharusnya
adalah menjadi satu tanggungjawab mereka untuk memahami bahawa mereka kini
berada dan duduk di sebuah negara bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia
(Hasnah Hussin, 2008). Tun Dr Mahathir Mohamad mengutarakannya semasa
melancarkan Malaysian Business Council pada 28 Februari 1991. Beliau menegaskan
bahawa:
43

“menjelang tahun 2020 malaysia boleh menjadi


sebuah negara yang bersatu padu dengan
masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri,
ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh,
menikmati kehidupan dalam sebuiah masyarakat
yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi,
adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur
dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu
bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya
ketahanan.”

b. Mewujudkan masyarakat berintergriti (memupuk nilai-nilai murni dalam hubungan


antara kaum).

Melalui penekanan aspek modal insan dalam pendidikan sejarah juga adalah
diharapkan pelajar-pelajar akan lebih memahami beberapa nilai murni yang perlu
dipratikkan dalam hubungan antara kaum di Malaysia. Antaranya nilai toleransi,
bekerjasama, bertolak ansur, sayang menyayangi antara satu sama lain dan juga turut
mewujudkan masyarakat yang mempunyai matlamat yang boleh dikongsi bersama.
Ini sudah tentunya akan dapat dicapai dengan mudah apabila aspek modal insan
menjadi pegangan masyrakat pelajar negara kita. Sesungguhnya golongan pelajar
inilah yang akan memimpin dan menjadi pembentuk teras acuan masyarakat Malaysia
terus berkekalan.

Malah penekanan aspek modal insan dalam pendidikan sejarah juga akan
menjadikan generasi yang akan datang lebih matang dalam pergaulan seharian mereka
di mana kepentingan umum adalah lebih penting berbanding dengan kepentingan
individu atau sesuatu kaum sahaja. Malaysia akan terus mencapai kemajuan dan
adalah tidak seharusnya mempunyai masyarakat yang mengaitkan kemunduran
ekonomi dengan satu-satu kaum. Dari aspek polarasi juga turut menjadi satu aspek
yang harus dititik beratkan agar tidak berlaku ketidak adilan terhadap satu-satu kaum
di negara kita. Dalam mencapai kesamaan ekonomi seharusnya menjadi
tanggungjawab setia warga Malaysia untuk berusaha mewujudkan masyarakat negara
44

bangsa Malaysia yang setaraf dalam pelbagai aspek. Ini sesuai dengan perpatah
melayu “yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing” sekaligus
pegangan ini menggambarkan kepentingan bersatiu dan bantu membantu dalam
meniti sejarah negara majmuk seperti Malaysia.

c. Mendidik warganegara agar menghormati perlembagaan

Dewasa ini kita sering ditadahkan pelbagai berita tentang pertikaian terhadap kontrak
sosial di negara kita. Keadaan ini sudah tentunya melemahkan sistem pentadbiran
Negara malah sekaligus boleh meruntuhkan kemerdekaan yang kita telah kecapi
hampir 52 tahun. Adakah berbaloi mempertikaikan sesuatu perkara yang telah
dipersetujui dengan mengorbankan keharmonian masyarakat yang harmoni di negara
kita? Dalam keadaan ini sudah tentunya aspek modal insan dalam pendidikan sejarah
menjadi satu wadah penting dalam melahirkan masyarakat yang berkeperibadian
mulia agar tidak menjadi golongan yang buta sejarah. Pelajar yang berkeperibadian
mulia pasti dapat menilai baik buruknya satu-satu perkara. Oleh itu pendidikan
sejarah boleh menjelaskan tentang sejarah penggubalan perlembagaan dan juga untuk
memberikan kesedaran agar setiap kaum meghormati beberapa perkara yang menjadi
dasar kepada kontrak sosial antara kaum di Malaysia.

d. Mendidik generasi memahami beberapa konsep dalam Negara Islam.

Dalam subjek sejarah sudah tentunya diajar tentang ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah
Negara Islam serta kedudukan mereka dan agama Islam dalam Perlembagaan
Malaysia. Sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia iaitu:

“agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi


agama-gama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian persekutuan.”

Perkara 3(1) dalam perlembagaan ini telah dihuraikan oleh beberapa tokoh undang-
undang di Malaysia. Ada yang berpendapat peruntukan itu sekadar menjelaskan
bahawa upacara rasmi negara bolehlah dijakankan mengikut Islam. Namun demikian
45

almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim telah menegaskan bahawa dengan adanya
peruntukan ‘agama Islam ialah agama bagi persekutuan’. Maka Malaysia boleh
memperkenalkan dirinya sebagai Negara Islam. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Melayu adalah ketua agama Islam dan segala urusan pentadbiran Islam menjadi
tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Dengan penerapan nilai dalam pendidikan sejarah sudah tentunya akan dapat
melahirkan modal insan dalam negara kita. Golongan pelajar inilah yang akan dapat
menyedari bahawa pemerintah Malaysia hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan
akan tetap mempertahankan perlembagaan sedia ada yang mengiktiraf kebebasan
beragama di samping menjaga hak-hak rakyat dengan saksama. Oleh itu tidak
mungkin timbul lagi kekeliruan berkaitan dengan peruntukan dalam perlembagaan
Malaysia. Ini sebagaimana yang termaktub dalam perkara 11 yang menjelaskan

“tiap-tiap orang adalah berhak menganut dan


mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal,
mengembangkan agamanya.”

Segala bentuk pembangunan negara samada dari aspek zahir dan spiritualnya ternyata
kesan yang perlu ada dalam pengamalan nilai kewarganegaraan dan patriotisme yang
berterusan. Dengan penekanan penuh terhadap nilai-nilai ini akan dapat mempastikan Negara
Malaysia akan maju ke depan dan setanding dengan negara-negara unggul yang lain di dunia.
Malah isu-isu yang berkaitan dengan nilai kewarganegaraan dan patriotisme pasti akan dapat
dikurangkan apabila jati diri mula menapak dalam diri masing-masing.

Kesimpulan

Kekuatan bagi sesebuah negara bergantung kepada nilai-nilai murni yang ada dalam kalangan
rakyatnya. Nilai kewarganegaraan dan patriotisme merupakan nilai yang begitu erat dan
saling bergantungan antara satu sama lain. Tanpa nilai kewarganegaraan tiada maknanya nilai
patriotisme begitulah sebaliknya. Kedua-dua nilai ini mesti disepadukan barulah dapat
membentuk kekuatan kukuh dalam mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara.
Kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme tidak dapat disangkal dalam membawa
46

kemajuan, keharmonian serta kemakmuran kepada negara. Nilai-nilai inilah yang wajib ada
dalam diri setiap warganegara yang mengakui berada di tanah tumpah darahnya. Kekuatan
dan kualiti sesebuah negara bergantung kepada semarak rakyatnya untuk bersama-sama
mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial tanpa mengira warna kulit.
Adalah diingatkan kekuatan bangsa juga hendaklah berani mengakui sebagai satu bangsa
untuk membentuk negara bangsa yang unggul. Kewajiban setiap warganya mengakui
kepercayaan kepada tuhan, kedaulatan undang-undang, kesetiaan kepada raja dan negara,
keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan. Maka dengan adanya pegangan
kukuh terhadap ideologi negara ini dan disulam indah nilai kewarganegaraan dan patriotisme
yang ampuh adalah tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara maju dalam tempoh yang
direncanakan. Pendidikan sejarah ternyata menjadi satu agen penting yang memantapkan lagi
nilai-nilai ini agar tidak akan terlerai lagi dan menjadi pegangan kukuh sebagai waris negara
merdeka.

Rujukan

Anon. 2007. Pendekatan Islam Hadhari:Membangun Modal Insan dan Tamadun Ummah
(Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) . Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia. Putrajaya.

Abd Rahim Abd Rasyid. 1999. Pendidikan Sejarah : Falsafah, Teori dan Amalan. Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Barzun, Jacques.1991. Begin Here: The Forgotten Conditions of Teaching and Learning, The
University of Chicago Press. USA

Carr, H.E. 1962. What is History. MacMillan. London.

Maximus Johnity Ongkili. 2007. Ucapan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat
Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara. Dewan Rakyat. Kuala Lumpur.

Hasnah Hussin. Julai-September 2008. Perpaduan Etnik dalam pembangunan Modal Insan.
Dlm. Pemikir hlmn 126-132.Utusan Karya Sdn. Bhd. Selangor.

Haminah Suhaibo. 2007. Penerapan Nilai Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1
di Sekolah di Kuching. Tesis Sarjana. Tidak Diterbitkan. Universiti Malaya.
47

Malaysia. 2006. RMK9 bab 11. Memperkukuhkan modal Insan.

Kerajaan Malaysia. 2006. Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Mengandungi Pindaan


Terkini Akta 1260/2006.

Primoratz, Igor. 2002. Patriotism. Humanity Books

Primoratz, Igor & Pavkovic Aleksandar. 2008. Patriotism : Philosophical and Political
Perspectives. Ashgate Publishing Ltd.

Samuel, Rafael. 1989. The Making and Unmaking of British National Indentity. Taylor &
Friend. United Kingdom.

Shahril Marzuki & Habib Mat Som. 1999. Isu Pendidikan di Malaysia : Sorotan dan
Cabaran. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Sharifah Alwiah Alsagoff. 1988. Sosiologi Pendidikan. Longman. Selangor.

Sidek Baba. 2007. Rakyat Berjiwa Merdeka. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Putrajaya.

Tengku Razaleigh Hamzah. Anon. Legasi Tun Abdul Razak Kepada Pembangunan Negara.
Akademi Pemuda UMNO.

Viroli, Maurizio. 1995. For Love of Country : an Essay on patriotism and nationalism.
Oxford University Press. London
Rujukan Akhbar

Berita Harian. 2002. 30 Jun, 2009. 18 Feb, 2009. 25 Feb.


Mingguan Utusan. 2005. 14 Ogos
Utusan Malaysia. 2009. 2 Mac

Majalah

Sautun Nahdah, Hizbut Tahrir Malaysia. 2006

Nota Kuliah
Hj Zarin Ismail. 2009. Nota Kuliah Isu-isu Pendidikan di Malaysia.

You might also like