Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

POKOK MULBERRY

Pokok malberi yang biasa di tanam di perkarangan rumah biasanya dari dua varieti iaitu
yang menghasilkan buah putih dan yang menghasilkan buah merah. Malberi buah
putih lazimnya lebih jarang berbuah berbanding dengan malberi buah merah.

Malberi hanya berbuah pada ranting


yang baru tumbuh. Buah malberi juga
mengandungi serat makanan. Berjus,
dan berkalori rendah; 1 cawan malberi
membekal kira-kira 60 kalori sahaja.

Buah malberi mengandungi nutrien


penting yang menyihatkan tubuh. Ia
mengandungi protein, karbohidrat, juga
vitamin-vitamin seperti vitamin B-
kompleks, vitamin A, C, E dan K.

Vitamin C (36.4 mcg/100g, kira-kira 61%


RDI), adalah anti-oksidan yang berkesan.
Permakanan yang tinggi vitamin C boleh
membantu tubuh melawan jangkitan
kuman/mikroorganisma, mencegah
masalah keradangan dan menyirna radikal bebas (perosak organ tubuh).

Buah malberi juga merupakan sumber beberapa zat galian/gizi seperti sodium,
potassium, kalsium, tembaga, besi, magnesium, selenium dan zinc.

Buah malberi mengandungi 'anthocyanin' dan 'resveratrol', jenis zat kimia phyto dari
kalangan “phenolic flavonoid” yang merupakan anti-oksidan yang sangat berkuasa.
Anthocyanin juga merupakan pigmen yang menjadi pewarna alami kepada buah-
buahan atau bahan makanan; warna seperti oren, merah, jingga, hitam dan biru.

Tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional negeri Cina sejak 1800
tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini boleh dimanfaatkan.Buahnya
yang masak dibuat jem atau dimakan mentah, daunnya dijadikan teh, batang serta akar
dijadikan rebusan untuk diminum.Khasiatnya yang paling popular dalam formulasi
tradisional ialah mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta
mengurangkan kolesterol dalam darah. Kandungan protein yang ada pada daun
mulberi ini amat tinggi iaitu 21.2%.
PRODUK KELUARAN:
PRODUK KELUARAN: PRODUK KELUARAN:
PPKI SMKRP
PPKI SMKRP PPKI SMKRP

PRODUK KELUARAN:
PRODUK KELUARAN: PRODUK KELUARAN: PPKI SMKRP
PPKI SMKRP PPKI SMKRP

PRODUK KELUARAN:
PPKI SMKRP PRODUK KELUARAN: PRODUK KELUARAN:
PPKI SMKRP PPKI SMKRP

You might also like