Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGAJIAN AM PENGGAL 1 2018 SMK IJC MELAKA

Bahagian A
( 15 markah )

Jawab Semua Soalan

1. Sebuah negara yang berdaulat hendaklah mempunyai


I sempadan
II identiti sendiri
III perlembagaan sendiri
IV penduduk yang tinggal tetap

A . I dan II B. I dan IV C . II dan III D . III dan IV

2. Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah untuk


A.Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
B.Melibatkan rakyat dalam pentadbiran
C.Melaksanakan sistem demokrasi tulin
D. Mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama

3. Yang manakah antara berikut merupakan fungsi perlembagaan?


I Memelihara hak asasi rakyat
II Melindungi kepentingan semua lapisan masyarakat
III Menjamin kestabilan pemerintahan negara
IV Menggubal undang-undang yang adil bagi negara

A. I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

4. Lee Lian Hua , seorang warganegara Hong Kong berkahwin dengan Donald Wong , seorang warganegara Malaysia .
Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Lee Lian Hua dapat menjadi warganegara Malaysia ?
I Dia mesti bermastautin di Malaysia bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun
II Dia mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia
III Dia membuat permohonan melalui cara kemasukan
IV Dia berkelakuan baik

A. I dan II B. I dan III C. I dan IV D. III dan IV

5. Yang manakah antara berikut benar tentang proses penggubalan undang-undang ?


I Rang Undang-undang Ahli Persendirian hendaklah terlebih dahulu disetujui oleh Kabinet
II Peguam Negara menyediakan rang undang-undang untuk Kabinet
III Kabinet boleh membuat pindaan kepada rang undang-undang yang dicadangkan oleh mana-mana
kementerian
IV Menteri berkenaan hendaklah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum membentangkan
undang-undang yang digubal di Parlimen

A I dan II B II dan III C II dan IV D III dan IV


6. Pertikaian antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan hanya boleh diselesaikan oleh
A. Mahkamah Persekutuan C. Majlis Raja-raja
B. Mahkamah Tinggi D. Mahkamah Rayuan

7. Yang manakah antara kes yang berikut boleh dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan ?
I Pengarah Jabatan Imigresen melawan Kerajaan Malaysia kerana dipecat
II Pemimpin Kesatuan Sekerja Maybank melawan Pengurus Besar Maybank
III Jururawat hospital kerajaan melawan Kementerian Kesihatan
IV Pekerja kilang Panasonic melawan Pengurus Besar Panasonic

A I dan II B I dan IV C II dan IV D III dan IV pa

8. Apakah yang akan terjadi kepada rang undang-undang yang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong
tetapi tidak diluluskan oleh baginda ?
A . Rang undang-undang itu akan dikembalikan kepada Parlimen untuk dibahaskan semula
B . Rang undang-undang itu akan dirujuk kepada Majlis Raja-raja
C. Rang undang-undang itu dinggap sebagai diluluskan secara automatik selepas 30 hari
D. Rang undang-undang itu terpaksa dimansuhkan

9. Antara yang berikut , yang manakah benar tentang pilihan raya di Malaysia ?
I Seorang banduan yang baru tamat hukuman penjara layak membuang undi
II Pelajar sepenuh masa di luar negara boleh mengundi secara pos
III Persempadanan kawasan pilihan raya perlu dilakukan 5 tahun sekali
IV Seseorang yang menerima rawatan perubatan di luar negara boleh mengundi secara pos

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

10. Yang benar tentang Kerajaan Malaysia?


I. Perdana Menteri ialah ketua negara
II. Kuasa pentadbiran dilaksanakan oleh Parlimen
III. Sistem pentadbiran ialah sistem Kerajaan Persekutuan
IV. Kerajaan terdiri daripada Kerajaan Persekutan dan Kerajaan Negeri

A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV

11. Yang manakah benar tentang Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama

A Pelancongan Monumen Sukan

B Perkapalan Pemeliharaan warisan Kutu rayau

C Pendidikan Penyu Pelabuhan


D Kewarganegaraan Ubat Biasiswa

12. Antara yang berikut , yang manakah benar tentang kabinet ?


I Kabinet merupakan badan pemerintah dan pembentuk dasar negara utama
II Kabinet merupakan badan tertinggi dalam parlimen
III Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri yang juga ahli Dewan Rakyat
IV Kabinet menjalankan tugasnya mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

13. Antara yang berikut , yang manakah yang merupakah sumber kewangan Kerajaan Negeri ?
I Bayaran cukai jalan III Bayaran pembaharuan pasport
II Bayaran lesen hiburan IV Bayaran zakat dan fitrah

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV

14. Tadbir urus yang baik dapat dilihat melalui


A. Proses kerja yang baik C. Penglibatan anggota masyarakat
B. Pertambahan pembiayaan D. Penggunaan sumber manusia yang minimum

15. Kesan pengurangan karenah birokrasi dalam urusan kaunter di pejabat kerajaan ialah
A. Tahap kepuasan pelanggan meningkat
B. Bilangan pegawai kaunter bertambah
C. Waktu berurusan di kaunter dipendekkan
D. Keselesaan di kaunter perkhidmatan bertambah baik
' Bahagian B: [15 markah]

Jawab semua soalan.


16. Nyatakan empat perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan [4]
sokongan 2/3 majoriti ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja

i ) ....................................................................................................................................................................

ii ) ..................................................................................................................................................................

iii) ..................................................................................................................................................................

iv ) ..................................................................................................................................................................

17. Jelaskan dua jenis rang undang-undang yang boleh digubal oleh Dewan Rakyat . [4]

i) .....................................................................................................................................................................

........................................................................................................................................................................

ii) .......................................................................................................................................................................

........................................................................................................................................................................

18. Pembahagian Kuasa Perundangan Antara Kerajaan Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri

Hal Ehwal Agama Islam Pemaritan dan Pengairan Perumahan

Kebajikan Masyarakat Pertanian dan Perhutanan Kesihatan Awam


Senaraikan empat bidang kuasa perundangan di bawah Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri . [4]

i) .......................................................................................................................

ii) .....................................................................................................................

iii) .....................................................................................................................

iv ) .....................................................................................................................

19.
* Membuat dasar kerajaan
* Memberi arahan bagi perlaksanaan dasar

Berdasarkan penyataan di atas, nyatakan entiti yang terlibat mengikut peringkat dalam pentadbiran.
[3]

Peringkat Pentdabiran Entiti

(i) Persekutuan

(ii) Negeri di Semenanjung

(iii) Negeri Sabah


Bahagian C : [ 50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 200 hingga
350 patah perkataan

20. Transformasi dalam perkhidmatan awam penting bagi mewujudkan perkhidmatan yang lebih berkualiti .
Beberapa langkah perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat transformasi ini . Jelaskan .

21. Integrasi nasional sangat penting dalam meneruskan kesinambungan pembangunan negara dan harus
dipertahankan dengan melaksanakan pelbagai langkah . Ulaskan .

22. Jenayah indeks dapat dikurangkan dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan polis. Usaha ini
memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Bincangkan.
Nombor Kad Pengenalan : ................................... ........ Nama : .........................................................

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
PENGGAL 1 TAHUN 2018
SMK INFANT JESUS CONVENT MELAKA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Untuk kegunaan pemeriksa
Jawab semua soalan dalam Bahagian A.Tandakan jawapan yang betul
Bahagian A
pada borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.
15
Jawab semua soalan dalam Bahagian B. Tulis jawapan dalam ruang Bahagian B
yang disediakan. 16
17
Jawab dua soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab 18
semua soalan tetapi hanya dua jawapan pertama yang akan diperiksa. 19
Bahagian C
Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap 20
jawapan pada helaian jawapan yang baharu. 21
22
Ikatkan helaian jawapan Bahagian C bersama-sama dengan muka Jumlah
hadapan dan helaian jawapan Bahagian B.

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak.

Disediakan oleh :- Disemak dan disahkan oleh :-

..................................... ..............................................
( WEE JUANN NAM ) ( PN JESAN KAUR )
GPK TINGKATAN 6
SKEMA JAWAPAN PENGAJIAN AM 1 SMK INFANT JESUS CONVENT MELAKA TAHUN 2018

BAHAGIAN A :-

1. C 2. A 3. A 4. C 5. B
6. A 7. C 8. C 9. A 10. D
11. B 12. B 13. D 14. A 15. A

16. Nyatakan empat perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan [4]
sokongan 2/3 majoriti ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja

i. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah & Sarawak.


ii. Hak-hak istimewa kaum-kaum yang lain.
iii. Hak-hak dan kedaulatan raja-raja dan Majlis Raja-Raja.
iv. Hal- ehwal Islam.
v. Bahasa Melayu.
vi. Kewarganegaraan(bukan peruntukan tambahan).
vii. Keistimewaan Parlimen ( Mana-mana 4 jawapan )

17. Jelaskan dua jenis rang undang-undang yang boleh digubal oleh Dewan Rakyat . [4]

i. Rang undang-undang Awam / Kerajaan . Melibatkan keseluruhan undang-undang yang berkaitan dengan
dasar awam , negara dan rakyat . Biasanya dikemukakan oleh pihak kerajaan dan kabinet .
ii. Rang Undang-undang Persendirian . Melibatkan rakyat , pertubuhan , persatuan atau perbadanan . Ia bercorak
tempatan atau persendirian dan tidak melibatkan semua lapisan masyarakat .
iii. Rang Undang-undang Ahli Persendirian . Dibentangkan mana-mana ahli Dewan Rakyat dan bukan pihak
kerajaan . Undang-undang ini boleh meliputi seluruh negara dan semua lapisan masyarakat .
iv. Rang undang-undang Hibrid . Undang-undang campuran yang dikemukakan sama ada oleh ahli kerajaan atau
bukan kerajaan yang pada pandangan Yang diPertua Dewan Rakyat mempunyai kepentingan tertentu , tidak
seperti mana yang dinyatakan oleh merek a yang membawanya .

( Mana-mana 2 jawapan )

18. Senaraikan empat bidang kuasa perundangan di bawah Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri . [4
18. Pembahagian Kuasa Perundangan Antara Kerajaan Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri

Hal Ehwal Agama Islam Pemaritan dan Pengairan Perumahan

Kebajikan Masyarakat Pertanian dan Perhutanan Kesihatan Awam

18. Senaraikan empat bidang kuasa perundangan di bawah Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri . (4)

i. Pemaritan dan pengairan ii. Kebajikan masyarakat iii. Perumahan

iv. Kesihatan awam


19.
* Membuat dasar kerajaan
* Memberi arahan bagi perlaksanaan dasar

Berdasarkan penyataan di atas, nyatakan entiti yang terlibat mengikut peringkat dalam pentadbiran.
[3]

Peringkat Pentdabiran Entiti

(i) Persekutuan
Kabinet

(ii) Negeri di Semenanjung


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

(iii) Negeri Sabah


Kabinet
20. Transformasi dalam perkhidmatan awam penting bagi mewujudkan perkhidmatan yang lebih berkualiti .
Beberapa langkah perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat transformasi ini . Jelaskan .

Pengenalan :- Transformasi dalam perkhidmatan awam bukan sahaja dapat mewujudkan perkhidmatan yang
lebih berkualiti tetapi turut mewujudkan kepentingan lain . Kepentingan dari segi sikap positif kakitangan awam
dan juga imej kerajaan juga akan dapat dan diwujudkan dengan transformasi ini .

Bil Isi - Idea Huraian


A. Kepentingan transformasi
perkhidmatan awam  Menyediakan perkhimatan berkualiti yang lebih mesra
pelanggan dengan kecekapan dan keselesaan
1. Menyediakan perkhidmatan awam  Menyediakan standard operasi ( SOP ) yang
berkualiti mengutamakan pelanggan seperti prosedur kerja yang
jelas
 Mengurangkan karenah birokrasi mewujudkan sistem
kerja yang ringkas

2. Membentuk sikap positif kakitangan  Terdapat rungutan orang ramai berkaitan penjawat awam
awam yang tidak cekap dan tidak mesra
 Transformasi ini akan membentuk semula sikap penjawat
awam terhadap tugas mereka
 Memperkasakan latihan limu ICT dan kemahiran
 Mementangkan kepantasan dan berintegriti

3. Meningkatkan imej kerajaan  Meningkatkan kecekapan melalui transformasi kepada


sumber manusia , teknologi dan prosedur kerja dalam
sistem dan penyampaian
 Mewujudkan hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
 Laporan jawatankuasa pemantau menunjukkan bahawa
Goverment Transformation Programme (GTP ) berjaya
mencapai sasaran hebat
4. Menjimatkan perbelanjaan kerajaan  Mengelakkan pembaziran
 Menggariskan prinsip nilai untuk wang kepada
kakitangan awam
 Semakin cekap kakitangan awam bermakna semakin
produktiviti dihasilkan
B. Langkah-langkah  Bahagian sumber manusia perlu menyediakan latihan
mentransformasikan perkhidmatan berterusan
awam  Menyediakan modul latihan berasaskan sistem ICT
terkini
5. Menyediakan latihan dan kompetensi/  Program pertukaran kakitangan awam antara unit
kemahiran dilaksanakan bagi mengelakkan zon selesa

6. Membudayakan kreativiti dan  Melatih agar berfikiran kritis dan konstruktif dalam
inovasi menyelesaikan urusan orang awam
 Membudayakan pencambahan fikiran dalam
kalangan penjawat awam
 Pengurusan MAMPU berperanan menyelaraskan
tanggungjawab semua agensi secara kreativiti dan
inovasi
7 Memperkasakan penguatkuasaan  Tindakan disiplin / tatatertib terhadap penjawat
undang-undang / pekeliling awam yang cuai , lemah dan ingkar
perkhidmatan  Perlu dilaksanakan melalui suruhanjaya
perkhidmatan
 Penguatkuasaan perlu teratur dan mengikut undang-
undang

8 Meningkatkan penggunaan ICT  Mengurangkan perbelanjaan kerajaan ( kerajaan


tanpa kertas
 Menyediakan perkhidmatan dalam talian
 Urusan pengguna dapat diselesaikan melalui laman
web

9. Meningkatkan kebajikan penjawat  Selaras dengan matlamat negara berpendapatan


awam tinggi
 Menyemak semula gaji dan kemudahan kakitangan
 Memberikan pengiktirafan , anugerah sebagai
motivasi

Kesimpulan :- Transformasi 50 yang diperkenalkan oleh kerajaan akan membolehkan kemajuan negara
dalam semua bidang termasuklah pentadbiran negara . Tadbir urus perkhidmatan akan menjadi lebih
berkualiti dan efisyen dengan adanya transformasi ini .

Format jawapan :- 2/3 + 3/2


21. Integrasi nasional sangat penting dalam meneruskan kesinambungan pembangunan negara dan harus
dipertahankan dengan melaksanakan pelbagai langkah . Ulaskan .

Pengenalan :- Kedaulatan negara dapat dikekalkan apabila integrasi nasional dapat diperkukuhkan .
Integrasi nasional dari segi pelbagai kaum dan wilayah akan dapat meneruskan kesinambungan pembangunan
negara .

Bil Isi / Idea Huraian


A. Kepentingan integrasi nasional  Rakayat yang bersatu padu dapat menghakis ancaman
musuh dari dalam dan luar negara
1. Menjamin kedaulatan bangsa dan  Rakyat dapat mengelak dari diperalatkan oleh anasir
negara anasir luar bagi menjajah dari segi ekonomi dan politik
 Dapat mengelakkan dari dipergunakan dan dipengaruhi
kuasa atau negara luar
 Mengekalkan kemederkaan negara

2. Menjamin keamanan dan kestabilan  Rakyat berasa selamat semasa menjalankan tugas
negara seharian
 Rakyat bebas menjalankan aktiviti harian tanpa sekatan
 Tanpa keamanan rakyat hidup dalam ketakutan seperti
berlaku di negara Iraq dan Pakistan

3. Menjamin pembangunan negara  Keadaan negara yang aman membolehkan pembangunan


berterusan negara berjalan lancar
 Pelabur asing tidak teragak-agak untuk melabur di
Malaysia , seterusnya memberikan peluang pekerjaan
kepada rakyat
 Negara yang kucar-kacir menakutkan pelabur untuk
melabur di negara kita

4. Meningkatkan semangat patriotisme  Melahirkan rasa cinta akan negara


dalam kalangan rakyat  Sanggup berkorban untuk negara
 Mendahulukan kepentingan negara berbanding
kepentingan diri

B. Langkah-langkah mencapai  Kegiatan sukan dan kebudayaan semua peringkat


integrasi nasional hendaklah digiatkan bagi mempupuk perpaduan antara
kaum , bandar dan luar bandar dan juga antara wilayah
5. Melalui aktiviti sukan dan kebudayaan  Aktiviti sukan popular seperti bola sepak dan badminton
hendaklah dijalankan sejak di bangku sekolah lagi dan
disertai oleh semua kaum
 Aktiviti kebudayaan dilaksanakan bagi memupuk
perpaduan antara kaum

6. Memperkasakan sistem pendidikan  Sukatan pelajaran yang mementingkan semangat


kebangsaan perpaduan seperti Sejarah dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan harus diutamakan
 Aktiviti kokurikulum dapat memupuk nilai-nilai murni
yang positif
 Penubuhan sekolah wawasan , aliran dan sukatan yang
sama dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
8 Merapatkan jurang ekonomi  Dasar-dasar ekonomi dibentuk bagi merapatkan jurang
ekonomi antara kaum
 Kerajaan beruasaha supaya bidang ekonomi tidak
dimonopoli satu kaum tertentu sahaja
 Kekayaan negara diagihkan sama rata antara kaum yang
susah dan miskin

9. Memperkasakan konsep 1 Malaysia  Konsep ini diperkenalkan bagi memperkukuhkan lagi


perpaduan kaum dalam pelbagai lapangan kehidupan
 Bantuan akan diberi kepada mereka yang masih
ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan
 Bantuan diberi tanpa mengira kaum , agama dan wilayah

Kesimpulan :- Integrasi nasional akan dapat membentuk negara bangsa . Negara Malaysia akan dapat terus
mengorak langkah menjadi negara maju dengan adanya perpaduan yang utuh .

Skema jawapan :- 2/3 + 3/2


22. Jenayah indeks dapat dikurangkan dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan polis. Usaha ini
memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Bincangkan.

Pendahuluan:

Akhir-akhir ini masalah jenayah yang berlaku di negara ini kian menjadi-jadi. Kes-kes jenayah seperti
gengsterisme, vandalism, bunuh, rogol, ragut, pengedaran dadah, pelacuran dan sebagainya semakin kerap
menghiasi dada-dada akhbar. Masalah ini dapat dibendung melalui pelbagai strategi.

Bil Isi/Idea Huraian

1 Meningkatkan kualiti perkhidmatan  Menambah peruntukan sejumlah RM3.7 bilion


polis untuk kecekapan anggota termasuk menyediakan
kelengkapan moden dan canggih
 Menambah logistik spt menambah bilangan
kenderaan, pembinaan pondok-pondok polis, balai
polis bergerak, pemasangan kamera litar tertutup
(CCTV) di kawasan berisiko
 Menaiktaraf makmal forensik
 Menggunakan peralatan canggih spt menggunaan
balistik canggih oleh Unit Balistik PDRM
 Mengemaskini strategi spt Sang Saka Biru untuk
menangani jenayah, mewujudkan Balai Polis
Perkhidmatan Mesra (BPPM) iaitu pusat sehenti
untuk memudahkan masyarakat mendapatkan
perkhidmatan
Peranan pelbagai pihak

2 Masyarakat  Bekerjasama dengan berkongsi maklumat dengan


pihak polis, menjadi mata dan telinga pihak polis
 Terlibat dalam program-program anjuran polis
supaya lebih memahami tugas dan tanggung jawab
PDRM
 Mengikis sikap tidak mahu campur tangan dan
membudayakan cara hidup antijenayah
 Menyertai pasukan Sukarelawan Simpanan Polis
(SSP) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
untuk membantu PDRM
 Tidak mengundang jenayah – berjalan dalam
gelap/bersunyi-sunyian, memakai barang kemas
yang banyak
 Menyertai Rukun Tetangga dan Skim Rondaan
Sukarela di kawasan kediaman masing-masing
 Mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan untuk
motosikal, kereta dan rumah untuk menggalakkan
sifat tanggungjawab bersama dalam kalangan para
pemilik supaya mereka mengambil langkah-
langkah yang perlu untuk melindungi harta benda
mereka daripada dicuri.
 inisiatif-inisiatif yang dicadangkan termasuklah
menggalakkan pemasangan kunci khas (U-Lock)
bagi motosikal
3 Pihak sekolah  Menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah
 Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-
murid terhadap kemungkinan berlakunya jenayah
dan langkah-langkah pencegahan
 Mengeratkan hubungan kerjasama antara sekolah
dan polis dalam usaha membanteras kegiatan
jenayah sama ada di dalam atau luar sekolah
 Memberi pendidikan moral dan akidah yang kukuh
4 Media massa  Menyemai kesedaran tentang jenayah
 Membantu menjejak penjenayah dengan
mengedarkan wajah suspek/penjenayah
Memudahkan pihak polis menjejak penjenayah
 Memberi nasihat dan panduan untuk mengelakkan
diri daripada menjadi mangsa
 Menjadi badan pemerhati/watchdog dan
melaporkan kejadian jenayah

5 Badan bukan kerajaan  memberi ganjaran kepada pemilik-pemilik yang


memasang ciri-ciri keselamatan yang
dipertingkatkan, pemberi insurans akan digalak
melaraskan premium insurans (dan bakal jumlah
yang diinsurankan)
 Memberikan sumbangan dan bantuan kepada
organisasi yang membuat R & D tentang langkah
atasi jenayah
 Bergerak seiring dengan kerajaan dengan
mengadakan kempen dan sebagainya
6 Negara-negara jiran/antarabangsa  Bekerjasama untuk membenteras jenayah rentas
sempadan, contoh Interpol
 Berkongsi maklumat dan data risikan
 Memberikan kerjasama dari aspek kepakaran untuk
mengesan penjenayah
7 Institusi keluarga  Mendidik anak tentang langkah elak jenayah
 Memberi pendidikan moral dan agama
 Mementingkan keselamatan anak-anak daripada
mementingkan sikap materialistik
8 Kerajaan  Menambah peruntukan kepada pihak polis
 Menempatkan polis di kawasan hotspot dengan
bantuan RELA dan JPAM
 Meminda undang-undang sedia ada cth:
meningkatkan denda/hukuman
 Mengadakan kempen seperti Kempen Budi Bahasa
dan Nilai Murni untuk membanteras jenayah
jalanan
 Memantapkan tadbir urus negara supaya
kakitangan lebih berintegriti
 Memperkasa sistem pendidikan untuk memupuk
budaya anti jenayah
 Mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara
untuk lahirkan modal insan berintegriti

Penutup:

Jenayah indeks perlu ditangani secara bersama oleh segenap lapisan masyarakat bagi menjamin negara ini
selamat untuk dihuni.

Skema jawapan :- 1 + 4

You might also like