Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

PENDIDIKAN SIVIK &


KEWARGANEGARAAN

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MELUKIS MURAL PSK
“ILMU DITEMPA, BAKAT DIGILAP”

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MELUKIS MURAL PSK

0
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

”ILMU DITEMPA, BAKAT DIGILAP”


1.0 PENGENALAN

Pertandingan Melukis Mural Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan


sebuah projek anjuran Mata Pelajaran PSK yang merupakan subjek yang perlu dipelajari oleh
semua pelajar di sekolah daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Program ini juga adalah
sebahagian daripada projek Khidmat Masyarakat yang perlu disempurnakan bagi Tingkatan
5.

2.0 OBJEKTIF

1. Memupuk semangat kerjasama, bertolak ansur dan tolong menolong antara satu sama
lain.
2. Menonjolkan bakat yang ada dalam diri pelajar.
3. Mendidik pelajar dengan mesej-mesej yang hendak disampaikan melalui lukisan
mural.
4. Dapat mewujudkan semangat cintakan sekolah.
5. Meningkatkan kesedaran sivik pelajar.

3.0 MATLAMAT

Memupuk kesedaran sivik dalam diri pelajar melalui mesej-mesej yang akan disampaikan
melalui lukisan mural khususnya selain menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar
seperti sikap bertolak ansur, kerjasama, tolong menolong dan sebagainya. Hal ini juga dapat
membantu pelajar mengaplikasikan ilmu Pendidikan Seni yang dipelajari terutamanya bagi
pelajar yang mengambil subjek tersebut selain dapat memberi peluang kepada pelajar
berbakti kepada sekolah dengan menunjukkan bakat melukis mural.

4.0 MOTTO

1
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

Motto yang dipilih bagi Pertandingan Melukis Mural PSK ini ialah “ Ilmu ditempa, Bakat
digilap”. Hal ini kerana, melalui aktiviti yang dianjurkan ini diharap dapat menggilap bakat
melukis yang ada dalam diri pelajar di samping dapat menceriakan persekitaran sekolah.
Selain itu juga, sedikit sebanyak mesej-mesej yang hendak disampaikan melalui lukisan
mural tersebut dapat dijadikan ilmu yang boleh diperolehi oleh semua pelajar dalam
meningkatkan kesedaran sivik masing-masing.

5.0 TEMA

Spesifikasi mural:
Lokasi : Blok A
Tema : Cabaran Masa Depan (Tema 6)
Corak : berdasarkan tema
Jenis Cat: Pelaka (tahan cuaca)

6.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 11-29 April 2012 ( 3 minggu)


Tempat : Kawasan SMKTMR

SASARAN PELAJAR

Pertandingan ini terbuka kepada semua kelas Tingkatan Lima iaitu 5 Arif, 5 Bestari, 5
Cendikia dan 5 Dedikasi. Setiap kelas diwakili oleh 10 hingga 15 orang pelajar.

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

2
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

Rujuk Lampiran 1

9.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar selain dapat mencapai objektif yang telah
digariskan. Selain itu juga, diharap projek yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada
semua pelajar.

3
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

LAMPIRAN 1

ANGGARAN BELANJAWAN
1.0 PERBELANJAAN
(a) Alatan melukis
i. Cat / Pelaka berwarna (30 x Rm12) RM
360.00
ii. Cat Undercoat Putih RM
110.00
iii. Bekas warna (RM0.80 x 10) RM
8.00
iv. Berus RM 73.00
v. Pensil RM 7.00
vi. Bekas cat (RM 3 x 5) RM
15.00

(b) Hadiah (Hamper)


i. Tempat Pertama RM 120.00
ii. Tempat Kedua RM 100.00
iii. Tempat Ketiga RM 80.00
iv. Saguhati ( Rm50.00) RM
100.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN RM 923.00


Sumber Kewangan Wang PCG

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

............................ ...........................
( CIK MASTURA BINTI HASHIM ) ( PN NORWAHEDA BINTI HASRIN )

4
PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

Setiausaha Panitia PSK Ketua Panitia PSK

Disahkan Oleh, Diluluskan Oleh,

............................. ...............................
( PN NOOR LAILI BINTI YAHYA ) (EN NORDIN BIN MUKRI)
Ketua Bidang Sains Sosial Pengetua SMK Taman Megah Ria
Dan Kemanusiaan

Kebaikan
-mewujudkan kerjasama dan sikap hormat menghormati antara pelajar
-mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria
-memberi nilai-nilai murni kepada pelajar melalui lukisan mural yang dihasilkan

Kelemahan
-kurang kerjasama di kalangan pelajar-pelajar bagi setiap kelas untuk hadir bersama-sama
menyiapkan lukisan mural
-kekangan masa kerana pelajar terpaksa datang ke sekolah pada waktu petang
-peralatan lukisan dan mewarna tidak mencukupi untuk menyiapkan lukisan mural

Penambahbaikan
-menyediakan peralatan yang diperlukan dengan secukupnya supaya program dapat berjalan
dengan lancar
-memilih masa yang lebih sesuai dalam menjayakan program sebegini
-para pelajar sepatutnya bertanggungjawab terhadap tugasan yang telah diberikan oleh guru
supaya kelancaran program terjamin

You might also like