Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Gambar 11: Tanaman melon jenis Golden Langkawi di Stesen MARDI Langkawi

GERAK KERJA PENANAMAN MELON WANGI SECARA


FERTIGASI
Hari selepas Aktiviti
Tanam

4.1 PERSEDIAAN AWAL

- 20 hari i. Mengira keperluan baja dan ‘coco peat’ .


ii. Membuat pesanan pembelian baja.
i. Membuat pesanan pembelian ‘coco peat .’
ii. Membuat pesanan pembelian beg tanaman berwarna putih
12 sm x 18 sm.
iii. Membuat pesanan pembelian keperluan yang lain seperti biji
benih (jenis Golden Langkawi) , medium percambahan (peat
moss), dulang semaian, tali rafia, hand sprayer, pisau kecil,
racun serangga dan kulat yang diperlukan dan lain-lain.

4.2 MENYEMAI BENIH


- 15 hari i. Menyediakan dulang semaian.
ii. Mengisi dulang semaian dengan medium percambahan
iii. Melembabkan medium percambahan.
iv. Merawat anak biji benih dengan racun kulat (jika diperlukan)
v. Membuat lubang kecil sedalam 1 - 2 sm untuk menyemai biji
benih (1 lubang 1 plug).
vi. Menyemai biji benih (1 biji dalam 1 lubang).
vii. Menutup lubang berisi biji benih dengan peat moss.
viii. Menyembur dulang semaian berisi biji benih dengan air.
ix. Menutup dulang semaian dengan plastik hitam untuk
memberi haba panas dan mengawal kelembapan mediium
percambahan supaya tidak kering.

4.3 MENYEDIAKAN TAKUNG PEMBESARAN


ANAK BENIH
- 14 hari
hingga ii. Mengetuskan ‘coco peat’ .
- 05 hari iii. Menimbang ‘coco peat’- 2.5 2 kg untuk setiap beg.
iv. Mengisi ‘coco peat’ kedalam beg tanaman .
v. Mengangkut beg-beg berisi ‘coco peat’ ke dalam rumah
tanaman.
vi. Menyusun beg-beg tanaman mengikut baris iaitu 2 baris
tanaman bagi setiap paip pembahagi.
Jarak tanaman 2 kaki dalam barisan dan 2 kaki antara
barisan disusun 3 segi. Jarak antara setiap 2 baris ialah
90 sm (Lihat Gambarajah 8 dan Gambar 12).

Gambarajah 8: Susunatur beg-beg tanaman

x x x x x x x

Dari 60 sm 60 sm
tangki x x x x x x
baja
90 sm 150 sm
Paip
utama x x x x x x x
30 sm

Paip x x x x x x
sekunder

vii. Mencucuk alat penitis ke dalam setiap beg.


viii. Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip penggihan
termasuk alat penitis untuk memastikan tidak ada mana-
mana paip pembahagi yang bocor atau alat penitis yang
tersumbat.
Gambar 12: Jarak tanaman 60 sm dalam barisan dan 60 sm antara barisan
disusun 3 segi. Jarak antara setiap 2 barisan ialah 90 sm (dijadikan laluan kerja)

- 05 hari i. Memotong tali rafia mengikut sukatan yang betul untuk


hingga dijadikan tali lanjaran bagi pokok memanjat. Panjang
- 01 hari tali untuk mengikat pangkal pokok hingga ke dawai
penggantung lebih kurang 2.5 m.
ii. Mengikat tali lanjaran pada dawai penggantung . Dua utas
tali untuk satu pokok.

- 02 hari i. Menghidupkan pam untuk membasahkan media di dalam


hingga beg-beg tanaman.
- 01 hari
4.7 MENANAM

0 Hari i. Mengangkut dulang-dulang semaian ke dalam rumah


tanaman.
ii. Mengorek lubang 4 sm x 4 sm x 4 sm untuk menanam anak
benih.
iii. Mencabut anak benih dengan cermat. Iaitu dengan menolak
hahagian bawah plug dahulu sebelum mencabut anak benih.
Dengan cara ini ketulan tanah yang dipegang akar tidak
tertinggal di dalam plug.
iv. Memasukan ketulan peat moss bersama akar ke dalam
lubang tanaman yang telah disediakan.
v. Kemaskan lubang bersama akar anak benih supaya tidak
longgar.
vi. Mencucuk penitis berhampiran pangkal anak benih.
4.8 PENGURUSAN POKOK
01 hari i. Memeriksa semua pokok. Memerhatikan tanda-tanda
dan jangkitan penyakit dan serangan seperti belalang, cengkerik
02 hari atau siput. Kalau ada perosak tersebut musnahkan.
ii. Memastikan tidak ada pokok yang tercabut (mungkin dicabut
oleh binatang).
iii. Memastikan bahawa tidak ada penitis yang tercabut atau
tidak dicucukkan pada pangkal pokok.
iv. Menghidupkan pam sekali di awal pagi .
v. Menebuk lubang menggunakan pisau 3atau 4 lubang
di kiri dan di kanan beg-beg tanaman, 3.5 –5 sm
dari aras bumi untuk mengelakkan air daripada bertakung
terlalu banyak di dalam beg tanaman.

03 hari i Memeriksa setiap pokok di awal pagi. Pokok-pokok


yang masih layu atau kering perlu diganti. Sebaiknya diganti
dengan beg tanaman yang baru kerana ditakuti pokok yang
mati telah dihinggapi penyakit.
ii. Melarutkan baja stok kedalam tangki larutan baja. Bacaan
EC ialah 2.5.
iii. Menghidupkan pam, memberi baja kali pertama kepada
pokok. Masih diberikan sekali sehari. Jika media mesih
basah penitisan boleh dilakukan selang sehari.

04 hari i. Menghidupkan pam di awal pagi selama 5 minit masih sekali


hingga sehari.
08 hari ii. Memeriksa setiap pokok di awal pagi. Memerhatikan tanda -
tanda jangkitan penyakit atau serangan serangga perosak.
iii. Sekiranya terdapat pokok yang layu (walaupun di awal pagi)
periksa media tanamannya. Sekiranya kering kemungkinan
alat penitisnya telah tercabut dari tempat asalnya atau
tersumbat. Jika tersumbat, cabut alat penitisnya dan
bersihkan.
iv. Menambah kekerapan pemberian larutan baja kepada 2
kali sehari; di awal pagi dan lewat petang. Tetapi sekiranya
keadaan cuaca sepanjang minggu redup atau berjerubu
penambahan kekerapan pemberian larutan baja ini boleh
ditangguhkan.
4.9 PENGURUSAN PENYAKIT DAN MAKHLUK
PEROSAK

07 hari i. Membuat rawatan pencegahan penyakit akar (Pythium)


dan Larutkan 10ml Previcur N atau 13ml Foli -R-Fos ke dalam 10
17 hari liter air. Siramkan 100ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap
pokok. Pastikan bahawa pam tidak dihidupkan sebelum
rawatan ini. Larutan baja boleh diberikan 2 jam selepas
rawata n ini dilakukan.

08 hari i. Memeriksa setiap pokok di awal pagi. Memerhatikan tanda -


hingga tanda serangan penyakit atau serangga perosak.
180 hari ii. Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan
serangan hamama dan juga kutu trip, lihat di bawah daun -
daun pertengahan (2/3 bahagian pokok) untuk mengesan
kehadiran afid dan lalat putih. Buat rawatan mengikut syor
yang diberikan (Rujuk Bab 5).
iii. Memeriksa sistem fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan
baik.

4.10 MEMOTONG PUCUK POKOK

7 hari i. Memotong pucuk anak benih melon dengan hanya


hingga meninggalkan 2 –3 helai daun (selain dari kotiledon) bagi
12 hari menggalakkan pertumbesaran tunas air (Lihat Gambarajah
9).
ii. Memilih dan membiarkan hanya dua tunas air ini untuk
membesar dan seterusnya mengeluarkan buah.

Gambarajah 9: Memotong pucuk anak pokok


menggalakkan pertumbesaran 2 tunas air

Batang utama
dipotong

Sebelum dipotong Setelah dipotong


4.11 MENGIKAT POKOK
20 hari i. Mengikat kedua-dua pangkal cabang pokok dengan
hingga tali lanjaran yang telah siap digantung.
30 hari ii. Melilit pokok-pokok pada tali lanjaran.
iii. Membimbing pucuk utama pokok menyusuri dawai
penyangkut (kesemuanya ke satu arah) (Gambarajah 10).

4.12 MEMBILAS MEDIUM TANAMAN


20 hari i. Membilas media tanaman dengan air bersih iaitu dengan
dan memberikan air tanpa baja kepada semua pokok
setiap mengikut kekerapan yang sedia ada.
7 hari ii. Bertujuan untuk membersihkan timbunan garam-garam
sekali galian dan meningkatkan pH media tanaman bagi
mengelakkan cecair akar keluar ke medium tanaman dan
boleh menyebabkan pokok mati.

4.13 MENAMBAH KEKERAPAN PENITISAN

20 hari i. Menambah kekerapan penitisan larutan baja kepada 4


seterusnya menjadi 6 kali sehari mengikut pertumbesaran
pokok sehari mengikut keperluan dan jenis pokok.
ii. Penambahan tempoh masa penitisan tidak digalakan kerana
boleh menyebabkan pembaziran

4.14 MEMBANTU PENDEBUNGAAN


30 hari i. Boleh dilakukan dengan membawa masuk lebah madu (Apis
hingga cerana).
ii. Boleh diperolehi dengan menyewa daripada pengusaha
lebah madu yang berdekatan.
iii. Diperlukan selama lebih kurang 20 hari sahaja. Tempoh
masa ini berbeza mengikut jenis melon yang di tanaman.
Bagi melon dari jenis Golden Langkawi tempoh diperlukan
lebah madu di dalam rumah pelindung tanaman adalah lebih
pendek.
iv. Sekiranya tidak terdapat lebah madu untuk membantu
pendebungaan, pendebungaan berbantu iaitu dengan
membawa bunga jantan ke bunga betina boleh juga
dilakukan. Cara ini terbukti berkesan dan telah dapat
meningkatkan pengeluaran buah melon di MARDI Langkawi.
Gambarajah 10: Mengikat pokok melon ke dawai
penggantung

30cm Dawai penggantung

Pucuk Mengikat pokok


Dipotong kepada dawai
Setelah menyusur penggantung
30 cm

Tali lanjaran

35 hari i. Memotong hujung dahan melon 5 cm dari putik buah.


hingga Apabila putik buah telah mencapai saiz ibu jari kaki
45 hari (Gambarajah 11).
ii. Membuang semua tunas-tunas air lain apabila telah
ada 3 atau 4 butir putik buah yang sihat dan mampu
membesar.

60 hari i. Menambahkan kepekatan larutan baja. Bacaan EC


hingga 3.5 –4.0 µS.
tamat
Gambarajah 11: Memotong hujung dahan selepas putik buah
sebesar ibu jari kaki

Hujung dahan yang telah berbuah di potong

Tali lanjaran

Putik
buah

Batang utama

4.15 MEMETIK BUAH


70 hari i. Buah mula boleh dipetik melon apabila ada tanda-tanda
hingga retak menunjukan tangkai akan tanggal pada pada pangkal
habis buah buah. Gunakan pisau atau gunting pokok.
ii. Membuat penggredan buah.
iii. Memasarkan buah.

4.16 MENAMATKAN TANAMAN


90 Hari i. Mencabut pokok-pokok melon bersama akar dan
memusnahkanya.

You might also like