Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENGENALAN

Kedatangan teknologi Cakera Video Berdigit (Digital Video Disk - DVD) telah membawa
banyak penggunaan elektronik kepada pengemar wayang video dan mutu audio di zaman
moden ini. Pada masa sekarang, ramai orang belum lagi terdedah kepada DVD kerana ia
adalah satu alat yang baru dan harganya masih mahal jika dibanding dengan CD-ROM.

FUNGSI DVD

DVD dapat melaksanakan dan menyimpan data daripada setiap arahan yang diperolehi dari
pelbagai sistem multimedia. DVD berupaya menjalankan dan menyimpan berbagai jenis data
seperti audio, fail teks, video hingga ke gambar foto yang diambil melalui kamera digital dan
televisyen. DVD mempunyai data pada lapis tunggal dengan kapasiti penyimpanan data yang
sangat besar bermula daripada 4.7GB sehingga 17GB. DVD berupaya menyimpan 135 minit
data di dalam format video yang dimampatkan dalam format MPEG-2. Cakera dengan dua
lapisan yang berkapasiti 8 hingga 16GB ini biasa digunakan untuk merakam filem yang lebih
lama atau program perasmian dan program-program khusus yang lain. DVD juga mempunyai
jarak di antara trek lebih kurang setengah kali lebih pendek dari trek yang terdapat pada CD-
ROM untuk mengolah data dengan lebih cepat. Selain daripada itu DVD mempunyai
bahagian yang khas untuk penempatan laser dengan panjang gelombang dan disk drive yang
mempunyai tafsiran dan ukuran yang tepat. Pemain DVD yang disambungkan ke TV dapat
digunakan untuk menayangkan filem dan drive DVD-ROM yang telah dipasang pada PC dan
merupakan pengganti kepada CD-ROM.
GAMBARAJAH BLOK PEMAIN DVD

FUNGSI SETIAP BLOK

 Motor
 Memutar cakera pada kelajuan tertentu berdasarkan kepada pickup lens.
Kelajuan pusingan cakera adalah paling laju bila ‘pickup lens’ berada pada
trak paling luar.
 Pada DVD Player terdapat 3 buah motor:
a. Motor pemutar Compact Disk
b. Motor Penggerak laju mundur optikal pickup
c. Motor penggerak mekanik
 Pickup Unit
 Membaca data audio dan video yang dimampatkan daripada cakera. Pickup
unit ini akan bergerak dari trak paling dalam ke track paling luar semasa ia
membaca data-data ini.
 Front-End-Processor
 Berfungsi untuk memproses isyarat yang di ambil dari pickup unit iaitu
dengan menguatkan dan menyahmodulatkan isyarat tersebut.
 Optical Disk Controller
 Menentukan dan mengawal kedudukan pickup unit supaya alur pancaran laser
tepat mengenai setiap trak, iaitu dari trak paling dalam ke trak yang paling luar
cakera.
 MPEG-2 Decoder
 Menyahkod isyarat yang di mampatkan dalam format MPEG-2 (Motion
Picture Expert Group) kepada isyarat video dan audio.
 Spindle Motor driver
 Mengawal kelajuan motor spindle yang memutar cakera pada kelajuan yang
sesuai dengan kedudukan pickup unit.
 Servo DSP
 Melakukan penyegerakan motor yang mengawal kedudukan pickup unit
dengan motor spindle.
 Control panel
 Sebagai pengantara antara pemain DVD dengan pengguna seperti arahan
‘play’, ‘feed forward’, ‘search’ dan lain-lain fungsi lagi. Ia juga sebagai
pemberi maklumat kepada pengguna seperti kedudukan trak, masa tayangan
dan sebagainya.
 System CLK
 Menjana klok untuk digunakan oleh optical disk controller, MPEG2-decoder
dan system controller
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

i. Prosedur keselamatan
ii. Keselamatan diri
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa
melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang
demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah
penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang
kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :

 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
 Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
 Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan
iii. Keselamatan alat
a Sebelum melakukan aktiviti, pastikan :
i. Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.
ii. Peralatan ujian dalam keadaan baik.
iii. Peralatan tangan dalam keadaan baik.
b Semasa melakukan aktiviti, pastikan :
i. Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.
ii. Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk
mengelakkan dari tersentuh.
iii. Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.
iv. Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila
membuat pengukuran voltan dc.
v. Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran
rintangan.

c Selepas melakukan aktiviti, pastikan :

i. Alat ujian berfungsi dengan sempurna.


ii. Matikan bekalan kuasa.
iii. Peralatan disusun dengan kemas.
iv. Keadaan tempat kerja kemas.
v. Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan
yang perlu ada semasa kerja mengesan kerosakan sebab
bukan mudah untuk mengesan sesuatu kerosakan itu.
CONTOH LITAR SKEMATIK BLOK DIAGRAM DVD PLAYER SANYO 62 DK 1910 S

You might also like