Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT KALI 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 23


MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 1/2017

Tarikh : 18 Januari 2017 ( Rabu )


Masa : 1.10 petang
Tempat : Kantin Sekolah
Pengerusi : Cik Shafinaz bt Rashid (PKHem)

Kehadiran(Bilangan) : Cik Shafinaz bt Rashid (PKHem)


Pn. Nor Fairus Mohd Parid (S/U)
Pn Zura Abdul Kadir (Penyelaras RMT/SUSU
Pn. Roslinda Binti Abdul Malek (Penyelaras RMT/SUSU)
Pn Azahana (Pengusaha Kantin)

1 KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke mesyuarat
kali pertama.
1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah fikiran
bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.

2 UCAPAN GPK HEM


2.1 Terima kasih dan tahniah kepada warga sekolah yang telah bertungkus lumus
menceriakan kantin sekolah.
2.2 Meminta kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin
sekolah.

Tindakan: Makluman Semua AJK


3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2017
Pencadang : Pn Zura Abdul Kadir
Penyokong : Pn Roslinda Adul Malek
Sokongan sebulat suara

4. FOKUS MESYUARAT
4.1.Kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin
Pn. Nor Fairus mengingatkan pihak kantin agar dapat menitik beratkan faktor kebersihan
dan keselamatan kantin dari segi:
4.1.1. Kebersihan/ kemudahan
- semua tempat di kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan menghidangkan
makanan hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan bersih dan kemas.
- semua sinki hendaklah bersih dan berfungsi.
- bilik air hendaklah bersih dan berfungsi.
- tempat mengumpul sampah hendaklah bersih dan kemas. Tong-tong sampah hendaklah
berplastik di dalamnya dan bertutup.

Tindakan: Pihak Kantin

4.1.2 .Kebersihan peralatan


- Semua jenis alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air bersih,
sebaik-baiknya air yang panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alatan yang telah bersih
ditempatkan di tempat khas yang telah ditetapkan dan bersih serta kemas.
- Semua peralatan yang retak, sumbing, calar dan karat tidak boleh digunakan.
- Kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci yang
selamat. Susun kain lap mengikut kategori dan lebelkan.
Tindakan: Pihak Kantin
4. 2 Kebersihan bangunan
- Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam keadaan bersih,
kemas dan selamat.
- Lantai, longkang, siling dan dinding hendaklah sentiasa dibersihkan.
Tindakan: Pihak Kantin
4.3 Keselamatan
Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:
- Peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan dibaiki yang
rosak.
- Semua kerja dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.
- Segala punca kemalangan dikenalpasti dan segera diatasi.

4.4 Langkah mencegah kebakaran:


- Memastikan pendawaian elektrik sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Urusan penyambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.
- Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan jauh dari api dan dapur.
Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar dilabel dan ditutup ketat serta diletakkan
jauh dari api.
- Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur.
- Kawasan dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih.

4.5 Langkah mencegah kecederaan:


- Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin.
- Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari di kantin.
- Barang-barang hendaklah diurus dengan sempurna agar tidak menghalang pergerakan dan
membahayakan pengguna.
- Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan.

4.6 Kemudahan-kemudahan kantin


4.6.1 : Bekalan air bersih – air yang digunakan di kantin hendaklah dari sumber air yang
bersih, selamat dan mencukupi. Tidak menggunakan sambungan getah paip.
4.6.2 : Bekalan elektrik kantin menanggung sendiri kos eletrik.
4.6.3 : Tempat penyediaan makanan – ruang kerja untuk menyediakan makanan cukup bagi
pekerja kantin menyelanggarakan tugas dan muat untuk setiap kerja.
- Meja kerja yang digunakan untuk menghidangkan makanan hendaklah bersih, kemas dan
dialas dengan bahan yang kalis air.
- Ruang memasak hendaklah mencukupi agar pengendali makanan selesa dan boleh
menjalankan kerja dengan baik.
- Tempat mengeringkan pinggan mangkuk – mestilah di tempat yang selamat dan bersih.
4.6.4 Tempat menyimpan bahan makanan : - penyimpanan bahan mentah yang tidak mudah
rosak hendaklah dilengkapi dengan para atau pun perabot yang sesuai.
- Selamat daripada gangguan tikus dan serangga dan mendapat pengudaraan yang cukup.
-Penyimpanan bahan mentah yang mudah rosak hendaklah di dalam peti sejuk yang
mempunyai kemudahan beku dan dingin dengan suhu yang sesuai.
- Makanan yang sudah masak hendaklah ditutup dan diletakkan ditempat yang sesuai.
-Makanan untuk dijual diletak di tempat yang bertutup dan bersih.
4.6.5 Kaunter jualan – kaunter jualan hendaklah sesuai dan sentiasa berkeadaan bersih.
- Sediakan lorong untuk murid beratur.
4.6.6. Tempat makan – tempat makan untuk murid hendaklah mencukupi dari segi bangku
dan meja, disediakan alas meja dari bahan yang kalis air, bersih dan kemas.
-Tempat makan staf hendaklah mempunyai kemudahan yang sesuai.
4.6.7 Sinki – Pastikan singki mencukupi dan berfungsi serta disediakan cecair pencuci tangan.

4.7 Penyelenggaraan sisa makanan


- sisa makanan hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.Tong sampah perlu
mencukupi dan dilapis dengan plastik serta bertutup. Kawasan sekitanr tong sampah
bersih.
- pelupusan sampah – sampah sisa dari kantin dibuang ditempat pembuangan sampah.

4.8 Pengendali makanan


-Perlu mendapatkan suntikan typoid oleh semua pekerja kantin.
- pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan dan peraturan mengendalikan
kantin sekolah dengan pakaian dan amalan yang baik.
- pengendali makanan perlu melayan pelanggan dengan baik dan tidak boleh sama sekali
menggunakan perkataan yang negatif terhadap pelanggan.
Tindakan: Makluman
5 . HAL-HAL LAIN
5.1. Maklumat pekerja kantin
- Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan pekerja kantin.
Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak pemantau.

Tindakan: Pihak Kantin


5.2 Laporan Kendiri Kantin
- Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri kantin iaitu
sebelum 5 haribulan setiap awal bulan. Ia bagi memudahkan pihak sekolah membuat
laporan bulanan kantin.
Tindakan: Pihak Kantin

5.3 Harga makanan dan minuman


- Harga makanan dan minuman murid dan guru hendaklah berbaloi dengan kuantiti dan
kualiti makanan yang telah dipersetujui.

Tindakan: Pihak Kantin


5.4 Pengusaha Kantin
- Pn Azahana mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak
sekolah kepada kantin sekolah.
- Beliau akan buat yang berusaha lagi pada tahun ini bagi memastikan kualiti kantin akan
lebih baik dari masa ke semasa.
Tindakan: Makluman
PENUTUP
a. Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan kerjasama dan
menjalankan tanggungjawab dengan baik.
b. Beliau berharap laporan kendiri kantin dapat dilengkapkan sebaiknya.
c. Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mei.
d. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(Pn. Nor Fairus Mohd Parid) ( )
Setiausaha Kantin
Tarikh : 18 Januari 2017 Tarikh : 19 Januari 2017
MINIT MESYUARAT KALI 2
SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 23
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 2/2017

Tarikh : 2 Mei 2017 ( Selasa )


Masa : 1. 10 petang
Tempat : Kantin Sekolah
Pengerusi : Pn. Paizatul Akmam (PKHem)
Kehadiran(Bilangan) : Pn. Paizatul Akmam (PKHem)
Pn. Nor Fairus Mohd Parid (S/U)
Pn Zura Abdul Kadir (Penyelaras RMT/SUSU
Pn. Roslinda Binti Abdul Malek (Penyelaras RMT/SUSU)
Pn Azahana (Pengusaha Kantin
KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih diatas kehadiran semua guru dan pengusaha
kantin.
1.2 Pn Paizatul Akmam memperkenalkan diri kerana telah bertugas di Sk Jengka 23 sebagai
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baru menggantikan Cik Shafinaz yang telah
bertukar ke PPD.
1.3 Diharap apa jua yang diminitkan diambil tindakan segera.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Roslinda bt Abdul Malek
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Zura bt Abdul Kadir

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Keceriaan kantin masih ditahap yang sama, diharap ada penambahbaikan oleh semua
pihak supaya kantin lebih ceria bersih dan selesa.
Tindakan: Pengusaha Kantin
dan guru-guru bertugas kantin
3.2. Label makanan sudah tertanggal, sila lekatkan semula.
Tindakan: Pengusaha Kantin
3.3 Sila pastikan murid beratur mengikut lorong yang disediakan. Guru yang bertugas
memainkan peranan penting membentuk disiplin murid.

3.4 Kantin akan ditutup sepanjang bulan Ramadhan namun kerjasama pihak kantin
diperlukan semasa jamuan berbuka puasa pada tarikh yang ditetapkan nanti.

4 FOKUS MESYUARAT
4.1 Kendiri Kantin : Pengusaha Kantin lambat mennyediakan Laporan Kendiri Kantin kerana
masalah masa dan usia. Bagi mengatasi masalah ini, GPK HEM meminta pekerja kantin
membantu mengisi markah kendiri kantin.
Tindakan: Guru Kantin

4.3 Menu dan Senarai Harga : Pihak kantin diingatkan untuk menyenaraikan harga makanan
dan minuman serta dipamerkan. Dan diharapkan pihak kantin dapat bertindak segera.
Pihak kantin juga diminta untuk mempelbagaikan menu samada pelajar dan guru setiap
hari.
Tindakan : GPK HEM & Pengusaha Kantin

4.4 Sila sediakan peti kecemasan di kantin sebagai persediaan jika ada murid atau pekerja
tercedera semasa berada di kantin.

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Pn. Nor Fairus menyatakan terima kasih kepada semua guru yang membantu dalam
pengurusan kantin. Terima kasih juga kepada pihak kantin kerana menyediakan memberi
kerjasama kepada sekolah dalam semua program terutama yang melibatkan makanan.
Makluman : Semua guru
PENUTUP

a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(Pn Nor Fairus Mohd Parid) (Pn Paizatul Akmam bint Abu Bakar)
Setiausaha Kantin GPK HEM
Tarikh : 2 Mei 2017 Tarikh : 3 Mei 2017
JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH 2017

Pengerusi
: En Zaini Bin Abd Kadir
Guru Besar Sk Jengka 23

Timbalan Pengerusi
: Pn Paizatul Akmam
PK HEM

Naib Pengerusi
: 1. En Zainal Bin Zahari
PK Pentadbiran
2. EN Maznan Bin Suleiman
PK KOKO

Setiausaha
: Pn Nor Fairus Mohd Parid

AJK
:
Pn Roslinda Abdul Malek
Pn Zura Abdul Kadir

You might also like