Sarawak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

12.

Sarawak

A. Bendera negeri Sarawak

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan


pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang
berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan
dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak
sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan
keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan
serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak
seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan
landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang pecah sembilan
yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di
mana rakyatnya tinggal dalam harmonis. Simbol bintang juga
merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan
untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

B. Jata negeri Sarawak

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang",


terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua
lapangan daya usaha, berpandukan ideologi politik
pembangunan. Lencana negeri ini juga boleh membezakan
keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

C. Lagu Kebangsaan negeri Sarawak - Ibu PertiwiKu

Sarawak Tanah Air Ku


Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusaka Ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku
Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai
Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat
D. Keistimewaan negeri Sarawak

Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang


merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah
Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak
merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan
Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan
bersama sebagai Malaysia Timur.

Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yang mendirikan


Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri yang terbesar di
Malaysia.

Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim


khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan di
Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.

Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri


Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan,
Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh
seorang Residen dan dibahagikan kepada dua hingga empat
kawasan.

Sarawak dipisahkan sejauh 600km dari Semenanjung Malaysia


oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan
dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara
dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.
Bandar-bandar utama di negeri Sarawak ialah:

 Kuching(pop.658,549)
 Miri(pop.280,518)
 Sibu(pop.209,616)
 Bintulu(pop.189,695)
 Sarikei(pop.56,798)
 Sri Aman(pop.64,905)
 Limbang (pop.40,959)

Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu


Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar
raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar
raya pada 20 Mei 2005.

Negeri Sarawak ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sendiri. Dewan Undangan
Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di
dalam negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab
kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai
orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-
Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang


meletakkan Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri serta jabatan yang lain.
Burung Rasmi negeri ini merupakan Burung Kenyalang
(Rhinoceros Hornbill), inspirasi dari jata rasmi. Oleh kerana
spesies Burung Kenyalang ini yang hanya boleh didapati di
negeri ini, Sarawak turut dikenali sebagai Bumi Kenyalang
(Land of the Hornbill).

Burung Kenyalang ini melambangkan satu daripada


'Petara'[Tuhan] yang paling berkuasa dalam kaum Dayak,
Sengalang Burong yang memainkan peranan yang penting dalam
perayaan keagamaan Iban, terutamanya Hari Gawai Kenyalang.

Kenyalang mengemari buah ara dan memain peranan dalam


penghapusan buah ara ¨C suatu proses yang menujukan
penumbuhan penghutanan ekosistem Sarawak.

Peta ini menunjukkan kedudukan negeri Sarawak di Malaysia.

You might also like