Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

Dasar Sains dan Teknologi

Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan S&T, Kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar
Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan S&T sebagai
satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi
kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara."

Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang
saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan
penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Strategi pembangunan S&T yang menjadi asas kepada keupayaan memajukan satu sektor perindustrian
yang dinamik akan meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:

(i) Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial


S&T akan diberi keutamaan dalam dasar pembangunan negara. Sumber S&T akan digunakan untuk
mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan dan kekayaan negara ini.

(ii) Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan Dasar-Dasar


Lain
Dasar S&T akan diintegrasikan dalam Rancangan Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama
seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan lain-lain.

(iii) Peningkatan Perkhidmatan Saintifik


Perkhidmatan S&T di negara ini yang meliputi beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan teknik
sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbangkan kepada kejayaan rancangan pembangunan
negara.

(iv) Berdikari
Matlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam usaha membangunkan kemahiran S&T supaya
mengelakkan keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan S&T negara-negara maju.

(v) Maklumat S & T


Satu pusat maklumat S&T perlu ditubuhkan untuk memudahkan pengumpulan data mengenai sumber-
sumber S&T. Maklumat sumber-sumber S&T adalah mustahak untuk memudahkan tugas-tugas
pengurusan, perancangan, Penyelarasan dan pengawasan pelaksanaan dasar.

(vi) Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)


Keutamaan akan diberikan kepada
(a) Penggunaan P&P dalam memajukan sumber-sumber pertanian, teknologi pengeluaran barangan
dan memajukan proses yang sesuai serta juga bidang kesihatan.

(b) Menubuhkan satu sistem pengurusan P&P yang berkesan dan juga membangunkan infrastruktur
sokongan S&T seperti pejabat patent, institusi P&P, institusi rekabentuk perindustrian, perundingan
teknik dan maklumat dengan tujuan memperkukuhkan kemudahan asas untuk menjamin pemindahan
teknologi dan memperkenalkan produk yang baru.

(c) Menggalakkan sektor perindustrian melabur dalam usaha-usaha


P&P melalui insentif, menubuhkan jentera perhubungan antara sektor swasta dengan institusi S&T
awam, menggalakkan usahasama dalam memperdagangkan hasil-hasil penyelidikan dan menekankan
usaha-usaha dalam P&P gunaan dan penyesesuaian.

(vii) Tenaga Manusia


Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa panjang yang saintifik dan teknikal akan
digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian berkembang. Ini melibatkan
perubahan dalam sistem pelajaran, usaha membangunkan kesedaran di kalangan rakyat terhadap
potensi S&T serta juga menjamin supaya tenaga teknik dan saintifik dikekalkan dalam bidang yang
sesuai.

(viii) Peranan Sektor Swasta


Sektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan bekerjasama dengan jentera S&T sektor awam
untuk memenuhi keperluan P&P mereka.

(ix) Pemindahan Teknologi


Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha P&P
dan satu mekanisma perlu ditubuhkan untuk mengkaji kemajuan pemindahan teknologi melalui aktiviti
pengawasan, penilaian dan kajian.

(x) Komputerisasi
Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam pelajaran, industri dan
pengurusan penyelidikan akan diberi keutamaan.

(xi) Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains


Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisma untuk mengawasi kemajuan S&T di dunia khasnya
dalam bidang kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi, elektronik dan kaji hayat dan lain-lain
bidang S&T juga akan ditubuhkan.
(xii) Pelan Tindakan
Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan strategi-strategi tersebut.

Sebagai satu negara yang mempunyai sumber-sumber terhad secara relatifnya, Malaysia harus
memastikan yang setiap pelaburan yang dibuat di dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T) mencapai
matlamat dan pulangan yang tinggi.

Peruntukan sumber-sumber perlu seiring dengan keutamaan negara bagi transformasi negara dengan
ekonomi yang didorong oleh pengetahuan agar dapat memaksimumkan pulangan ekonomi dan sosial.
Dengan ini, Dasar Sains dan Teknologi Kedua menyediakan rangka kerja untuk mempertingkatkan lagi
producktiviti dan mengekalkan pertumbuhan dan juga memperkukuhkan perkongsian sinergi antara
agensi Kerajaan, industri, universiti dan institusi penyelidikan. Dasar ini meletakkan tujuh strategi seperti
berikut:

 Memperkukuhkan kapasiti dan kebolehan bidang penyelidikan dan teknologi negara;


 Menggalakkan pengkomersilan hasil penyelidikan;
 Membangunkan kapasiti dan kebolehan sumber manusia;
 Menggalakkan budaya sains, inovasi, dan keusahawanan berasas teknologi;
 Memperkukuhkan rangka kerja institusi dan pengurusan untuk S&T dan memantau
perlaksanaan dasar S&T;
 Memastikan penyebaran yang luas dan aplikasi teknologi, yang menyumbang kepada
peningkatan R&D yang didorong pasaran untuk menyesuaikan dan meningkatkan teknologi; dan
 Membina kecekapan dan kepakaran di dalam teknologi-teknologi yang baru.
PENGENALAN

Tamadun awal manusia terus berkembang kerana masyarakat sentiasa berusaha untuk mencapai
kemajuan. Peningkatan berlaku setelah tamadun berkembang. Umumnya peningkatan tamadun
merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan
sepenuhnya persekitaran bagi membentuk kehidupan yang lebih kompleks, yang dapat dikaitkan
dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun
dapat diukur melalui pencapaian manusia dari segi sosial, politik dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat
dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China.

Latar Belakang

Tamadun Yunani

1. Lokasinya berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi


oleh Laut Aegen dan Laut Meditteranean.

2. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia di negara kota polis.

3. Pembentukan negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar
sekitar tahun 1000 – 8 000 SM.

4. Negara kota Ynani ialah sebuah kota yang dikeliligi kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat
pasar, kubu, kuil dan istana.

5. Negara kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth yang terletak berhampiran
Laut Meditterranean.

6. Setiap negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang negara tersendiri serta
memiliki beberapa tuhan.

7. Mereka sentiasa bersatu padu walau pun kadang-kadang berlaku peperangan antara negara kota.

Tamadun Rom

1. Terbentuk di kawasan bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah
Latium.
2. Masyarakat Latin menduduki Lembah Latium.
3. Lembah ini berkembang menjadi penting semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 SM.
4. Majlis Perbandaran diwujudkan di setiap bandar yang akan menjalankan pentadbiran tanpa
diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.
5. Kesan daripada kewujudan Majlis Perbandaran ini telah membawa kemajuan dan keselesaan
hidup di bandar.
6. Bandaraya dibina secara terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem
pemanas, rumah ibadat, teater, rumah mandi awam, sarkas dan tempat berdialog.
7. Antara bandarnya ialah Bandar Pompei

Tamadun India

1. Tamadun Indus mencapai era kecemerlangan pada tahun 2500 – 1800 S.M

2. Selepas tempoh tersebut tamadun Indus mengalami keruntuhan kerana


- Kedatangan orang Aryan yang membawa satu budaya dan tahap baru dalam masyarakat Indus
- Tahap ini dikenali sebagai zaman Vedik.
- Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana lahir
agama Hindu.
- Masyarakat tamadun Indus beralih ke Lembah Ganges setelah beberapa lama bertapak di Lembah
Indus.
3. Kerajaan kecil beralih telah disatukan semasa pemerintahan Chandragupta Maurya yang
menyebabkan wujud empayar pertama .
4. Dinasti Maurya telah mencapai tahap kegemilangan pada masa pemerintahan Asoka.

Tamadun China

1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meliputi ke bahagian selatan China.
2. Perluasan kuasa bermula dengan kemunculan Dinasti Chin yang merupakan dinasti pertama.
3. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti yang menjalankan aktiviti perluasan kuasa
hingga ke Sungai Merah di Vietnam dan berjaya membentuk sebuah empayar.
4. Zaman pemerintahan Shih Huang Ti adalah zaman yang banyak berlaku peperangan, perluasan
kuasa dan penyatuan jajahan takluk di bawah sebuah pemerintahan pusat.

Aspek-aspek peningkatan Tamadun.

Pemerintahan dan Pentadbiran

Tamadun Yunani

1. Beberapa bentuk pemerintahan diamalkan oleh sesebuah negara kota.


2. Bentuk pemerintahannya daripada monarki, oligarki, aristokrasi, diktator(Tirani) terus berubah
kepada demokrasi.
3. Sebelum pemerintahan demokrasi, Athens mengamalkan sistem beraja.
4. Raja dibantu oleh satu badan yang dinamakan konsul.
5. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
6. Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul dinamakan Oligarki.
7. Daripada kalangan konsul lahir pula sistem pemerintahan bercorak aristokrasi.
8. Apabila sistem pemerintahan bercorak aristokrasi tidak disukai, lahir pula golongan yang
menuntut hak dan menyebabkan berlakunya rampasan kuasa dan membentuk pemerintahan berbentuk
Tirani oleh Diktator.
9. Rakyat biasa tidak menyukai sistem pemerintahan tirani ini dan akhirnya terbentuklah sistem
pemerintahan berbentuk demokrasi
10. Ciri-ciri sistem demokrasi Athens
- Terdapat dua dewan iaitu Dewan Perhimpunan dan Senat
- Semua warga lelaki diberi peluang menjadi anggota dawn dalam tempuh 6 bulan
- Dewan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan.
- Ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
- Segala keputusan dewan dikendalikan oleh Majlis.
- Ahli Majlis, Majisterit dan Juri dilantik oleh Dewan

11. Di Sparta, Sistem pemerintahannya adalah bentuk sistem pemerintahan tentera.


Tamadun Rom

1. Bermula dengan sistem beraja sejak 753 S.M


2. Kemudian Rom membuat sebuah republik pada tahun 509 S.M
3. Ciri-ciri Sistem Republik Rom

- Kuasa tertinggi terletak kepada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangasawan bagi membincang hal pentadbiran Negara dan
merangka perundangan.
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat itu dilantik menjadi konsul beliau ialah Praeotor. Iaitu
pemerintah tentera.
- Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan diwakli semua rakyat. Segala keputusan Dewan
Senat akan diluluskan oleh Dewan Perhimpunan.

4. Sistem republik berubah apabila Rom mencapai taraf empayar pada zaman pemerintahan Julius
Ceasar.
5. Julius Ceaser telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasa angkatan
tentera dan senat dengan memakai gelaran Maharaja.
6. Gelaran Maharaja diteruskan oleh Ausgustus yang memrintah dari tahun 27 – 14 S.M.
7. Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan empayar Rom.
8. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romana (Keamanan Rom).

Tamadun India

1. Tahap awal pembentukannya, iaitu tahun 600 – 320 S.M, tamadun India membentuk dua kerajaan
iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
2. Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja manakala kerajaan besar diketua raja
seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.
3. Chandragupta telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dari
tahun 321 – 185 S.M.
4. Kerajaan Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara
terletak di Pataliputra.
5. Zaman kegemilangan peemrintahan Dinasti Maurya adalah pada masa pemrintahan Maharaja Asoka
(tahun 273 – 232 S.M)
6. Asoka pernah terlibat dalam Perang Kalinga yang menamatkan perang saudara yang berlaku sejak
pemerintahan ayahnya Bindusara.
7. Walau beliau berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk
menjalankan pemerintahannya

Tamadun China

1. Perluasan Kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan
sistem pentadbiran berpusat.
2. Perluasan kuasa berlaku pada zaman Dinasti Chin (tahun 211 – 206 S.M)
3. Konsep raja bertukar kepada maharaja.
4. Pemerintahan berbentuk maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pemerintahan
pentadbiran atau birokrasi awam yang dilantik oleh maharaja terdiri daripada orang awam.
5. Pelantikan pegawai-pegawai diasaskan kepada pencapaian mereka dalam pepriksaan awam.
6. Shi Huang Ti merupakan tokoh China yang memainkan peranan penting sistem peemrintahan ini.

Perundangan

Tamadun Yunani

1. Dewan Perhimpunan berfungi sebagai penggubal undang-undang.


2. Kepentingan undang-undang diutarakan oleh Plato dalam bukunya Republic
3. Bagi Plato, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya
menggubal undang-undang.

Tamadun Rom

1. Undang-undang yang diguna adalah berbentuk undang-undang bertulis.


2. Undang-undang betulis yang pertama ialah Hukum Kanun 12 yang dipahat pada kayu dikenali
sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.
3. Oleh sebab terdapat terlalu banyak undang-undang dan ada yang rumit, Maharaja Justinian telah
mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut.
4. Undang-undang ini dikenali dengan Kod Undang-undang Rom (527M).

Tamadun India
1. Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan
pentadbiran.
2. Kitab Dharma Sastra dijadikan panduan untuk menggubal undang-undang dan dianggap kitab undang-
undang Hindu yang tertua.
3. Raja merupakan tunggak perkembangan tamdun. Oleh itu, raja dikehendaki memelihara kesucian dan
kedaulatan undang-undang.
4. Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang atau urusan undang-undang kerana
golongan mahir tentang hukum-hakam agama.
5. Zaman Maurya, Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.
6. Titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dibaca
oleh rakyat.
7. Tiang ini dikenali sebagai Tiang Asoka.
8. Tiang didirikan pada zaman pemerintahan Asoka.

Tamadun China

1. Sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.
2. Teras undang-undang adalah daripada falsafah legalisme.
3. Undang-undang ini digubal oleh seorang ahli falsafah, Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.
4. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia.
5. Undang-undang yang berteraskan falsafah ini bertentang dengan undang-undang ajaran Confucius
yang diamalkan pada zaman Dinasti Han.
6. Mengikut Confucius, ianya menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga
keharmonian manusia dan masyarakat

PERLUASAN KUASA

• Setelah menubuhkan kerajaan yang stabil dan kuat, seseorang pemerintah itu akan berusaha untuk
meluaskan kawasan pemerintahannya.

• Perluasan kawasan pemerintah dilakukan melalui penaklukan dan pembukaan kawasan baru.

TAMADUN YUNANI

 Permulaan agenda penaklukan oleh pemerintah Yunani telah bermula sejak tahun 800 s.m.
 Dimulakan oleh Philip II dari Macedonia yang telah menyatukan semua bahagian Yunani untuk
menjadi sebuah negara.
 Kemudian usaha penaklukan ini diteruskan oleh anaknya iaitu Alexander the Great. Beliau merupakan
seorang jeneral yang terkenal dalam sejarah dunia dan menaiki takhta pada tahun 336 s.m.
 Semasa zaman pemerintahannya, beliau telah berjaya menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan
Samarkand. Akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean berada di bawah kekuasaannya.
 Semasa era pemerintahannya memperlihatkan penyebaran Kebudayaan Hellinstik ke seluruh timur.
Kebudayaan Hellinstik ini ialah campuran kebudayaan Yunani, Parsi, dan kebudayaan timur yang lain.
Syracuse, Iskandar dan Antioch merupakan antara tempat yang menerima kebudayaan ini.
 Kegemilangan empayar Yunani ini tamat apabila kematian Alexander the Great dan bermulanya
kemunculan Rom.

TAMADUN ROM

 Perluasan kuasa di Rom bermula pada tahun 27 S.M. iaitu pada period pemerintahan Agustus Caesar.
 Agustus Caesar adalah pengasas empayar Rom dan anak saudara kepada Julius Caesar. Semasa
pemerintahannya, beliau telah menjalankan pemerintahan diktator.
 Keadaan ini berlaku setelah beliau berjaya mengalahkan tentera pimpinan Anthony, bekas jeneral
Augustus Caesar yang telah bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleoparta dalam
peperangan Actium ( 31 S.M ).
 Pada era pemerintahannya, beliau telah menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem
republik sebelumnya, iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan.
 Beliau telah berjaya membentuk empayar hinggga ke Britian, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine,
Danube, Laut Hitam, Pergunungan Altas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin.

TAMADUN INDIA

 Tokoh perluasan kuasa dalam tamadun India dimulakan oleh pemerintahan Dinasti Maurya iaitu
Chandragupta Maurya ( 321-292 S.M. ).
 Kejayaan Chandragupta yang dapat membentuk empayar adalah disebabkan mempunyai pasukan
tentera yang besar, 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10, 000 orang infantri.
 Beliau telah berjaya menguasai seluruh India Utara. Setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau
berjaya menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus.
 Kemudian agenda perluasan kuasa di India diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara. Bindusara telah
meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India.
 Selepas Bindusara, Asoka telah menguasai seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya.
Keadaan tersebut adalah kesan daripada kemenangan Asoka ke atas kawasan Kalinga.
 Selepas kemenangan ke atas Perang Kalinga, Asoka tidak mengamalkan corak pemerintahan seperti
tokoh-tokoh sebelumnya, tetapi menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan
pengaruh dan kedudukan Maurya.
 Hal ini berlaku kerana lebih memberi tumpuan kepada penyebaran agama Buddha.

TAMADUN CHINA
 Perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu pada
era pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China
 Shih Huang Ti telah melaksanakan ;
a) Corak pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
b) Menghapuskan golongan bangsawan
c) Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
d) Mencantumkan Tembok Besar China untuk tujuan pertahanan empayar China daripada serangan
orang gasar
 Kemerosotan Dinasti Chin telah digantikan dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han
kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang digelar Maharaja Tentera telah berjaya memperluaskan kawasan
jajahannya melalui pasukan yang besar dan kuat.
 Antara kawasan ynag berjaya ditakluknya, meliputi Sinkiang, Lembah Tarim, dan Tutor di utara, Yang
Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan.
 Beliau juga telah berjaya menyebarkan pengaruh China hingga sampai ke Jepun dan Turkistan serta
dapat mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negeri China.

PENINGKATAN EKONOMI

• Ekonomi dalam tamadun awal, pada asalnya bercucuk tanam, menternak binatang dan menghasilkan
barangan untuk perdagangan.
• Tetapi apabila tamadun itu semakin berkembang dan diikuti dengan kemunculan bandar, kegiatan
tersebut membawa kepada penghasilan yang melebihi keperluan mereka sendiri.
• Hasil yang berlebihan itu dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti
barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam dan perhiasan yang terdapat di bandar.

TAMADUN YUNANI

 Hampir semua negara kota dalam tamadun Yunani memberi tumpuan kepada perdagangan, kecuali
Sparta. Ini kerana keadaan bentuk muka buminya yang bergunung ganang dan tidak sesuai untuk
pertanian.
 Akibat kekurangan tanah untuk pertanian, Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan
makanan. Ini menyebabkan negara kota di Yunani terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari luar.
 Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam. Athens juga
menjadi pusat pengumpulan barangan keperluan yang datang dari Timur.
 Kegiatan perdagangan di negara kota dikenakan cukai dan ini menyebabkan kenaikan harga barangan.
Akibatnya ramai orang Yunani berpindah ke tempat-tempat lama seperti Alexandria pada zaman
Graeco-Roman, iaitu pada tahun 300 s.m.
 Zaman Graeco-Roman ini dikenali juga sebagai Zaman Hellenstik. Zaman ini merujuk pada penyerapan
budaya Greek ke dalam masyarakat Rom.

TAMADUN INDIA

 Bergantung kepada aktiviti perdagangan dan perindustrian


 Wujud hubungan perdagangan luar dan dalam. Antara pusat perdagangan yang penting termasuklah
Anga, Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading, emas, berlian dan mutiara.
 Hubungan perdagangan negara luar dapat dilihat melalui hubungan antara kerajaan Maurya dengan
Macedonic, Sri Lanka, rantau Asia Tenggara dan Asia Tengah.
 Wujud beberapa pelabuhan yang penting, antaranya Tamralipti, Ghantashala, dan Kadura di bahagian
timur serta Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bahagian barat.
 Persatuan perdagangan dan perusahaan ( Sresthin ) wujud di setiap bandar untuk tujuan;
a) Mengawal harga
b) Mengawal kualiti barangan
c) Mengawal gaji pekerja
 Mata wang digunakan untuk medium dalam urusan jual beli.
 Syiling emas telah digunakan pada zaman Gupta yang dikenali sebagai Dinara. Selain itu terdapat
wang perak serta wang yang terdiri daripada cangkerang siput. Ini jelas membuktikan bahawa Dinasti
Maurya dan Gupta melaksanakan satu dasar ekonomi yang sistematik.
 Perkembangan perusahaan tekstil, kain kapas, dan sutera mempergiatkan aktiviti perdagangan sejak
zaman Maurya.
 Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Baneras. Barangan emas, mutiara dan batu
permata turut berkembang di India.
 Pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas hasil pertanian dan buah-buahan. Cukai-cukai yang dipungut
adalah untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
 Sejak tahun 100 M, India menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kepulauan Melayu, China, Rom
dan Sri Lanka.

TAMADUN CHINA

 Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian.


 Sejak zaman Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas.
 Kolar kuda digunakan untuk menarik kereta kuda, tenggala kayu, kereta sorong dan penyisir tanah.
 Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan.
 Kawasan bukit ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
 Pembinaan terusan adalah untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir.
 Perusahaan logam dan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han dan diperdagangkan ke
kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
 Hasil itu dibawa melalui Jalan Darat iaitu, Jalan Sutera Darat. Jalan ini bermula di Barat iaitu dari Rom
merentasi Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China.
 Mulai zaman Dinasti Tang, Jalan Laut telah digunakan. Jalan ini merupakan jaringan jalan yang
menghubungkan China dengan India dan Barat, iaitu di Rom.
 Jalan laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar abad ke 5M. Kapal
yang belayar dari Rom singgah di India. Kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka, begitu juga
dengan kapal dari China dan India.
 Penemuan tembikar China dibeberapa tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal adalah bukti
perdagangan maritim telah mula wujud sejak zaman Dinasti Tang.
 Hasil perusahaan China juga didagangkan di dalam negeri. Persatuan perdagangan didirikan di China
dan lahirnya golongan kelas pertengahan yang besar berikutan perkembangan perdagangan.
 Perkembangan ekonomi yang besar dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan iaitu
pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti alat pengangkutan kereta kuda dan
kereta lembu.

PENINGKATAN SOSIAL

• Aspek sosial yang terdapat dalam sesebuah tamadun meliputi perkara seperti pendidikan, kesenian,
kesusasteraan, seni bina, serta sains dan teknologi.

• Antara perkara yang tersebut pendidikan merupakan asas dan tonggaknya. Ia membantu manusia
untuk meningkatkan tahap intelek yang seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang
lain.

TAMADUN YUNANI

Pendidikan

Athens

a) Pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari segi aspek rohani dan
jasmani
b) Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.
c) Manusia yang cemerlang juga dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup manusia.
d) Untuk melahirkan masyarakat cemerlang, pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato,
membaca, menulis, menghafal amat dititikberatkan.

Sparta

a) Pendidikan bertujuan melahirkan anggota tentera yang gagah, sempurna dan taat setia kepada
negara kota.
b) Pendidikan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata lebih diutamakan daripada pendidikan
mental.
 Kesan pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan di Yunani telah tertubuhnya beberapa buah
sekolah falsafah seperti di Athens, Thabes, Elea dan Miletus.
 Athens dikenali sebagai pusat cendiakawan Yunani yang penting semasa era pemerintahan Pericles.
Sekolah-sekolah ini telah ramai melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodatus, di samping
ramai pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan
Anaxagoras.

TAMADUN ROM

 Pendidikan di Rom menitikberatkan ;


a) Apilikasi ilmu yang praktikal
b) Kesetiaan kepada Rom.

 Pada tahap awal, unsur dari Yunani diserapkan dalam pendidikan Rom. Pusat-pusat pendidikan ini
telah melahirkan ;
a) Jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya
b) Ahli falsafah
c) Sejarawan

TAMADUN INDIA

 Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini
berteraskan agama Hindu adalah untuk manusia menghadap hari selepas mati.
 Ditekankan untuk mendalami kitab-kitab dan mempelajari bahasa Sanskrit. Kaedah merupakan bagi
mendalami kitab-kitab Veda.
 Pendidikan cuma diberikan kepada kaum lelaki manakala kaum wanita tidak diberi peluang untuk
belajar.
 Pada awalnya tempat belajar hanya di istana dan rumah. Kemudian apabila berkembang dengan baik
pusat pendidikan tinggi telah dibina, iaitu yang pertama sekali tertubuhnya Kolej Brahman.
 Pada abad pertama Masihi wujud universiti yang pertama iaitu Universiti Taxila dan Universiti Nalanda
pada abad kelima masihi.
 Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan seseorang harus menghafal pelbagai buku agama
khususnya kitab Veda yang mengandungi pelbagai peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.
Selain itu, mereka mempelajari karya saintifik dan falsafah.
 Bukan itu sahaja, malah pendidikan juga adalah untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf
serta menjawat jawatan dalam kerajaan.

TAMADUN CHINA

 Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu;


Tahap pendidikan Kaedah pembelajaran
Sekolah rendah Kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa
memahami maknanya
Sekolah menengah Tumpuan terhadap karangan dan sastera
Pendidikan tinggi Memperterjemah buku suci

 Matlamat utama pendidikan tamadun China adalah untuk lulus dalam Peperiksaan Awam Kerajaan.
Peperiksaan ini dijalankan dalam tiga peringkat;
a) Peringkat daerah- tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama. Diadakan dua kali dalam
tempoh tiga tahun. Sesiapa yang lulus pada tahap ini layak menjadi pegawai kerajaan untuk ijazah
pertama sementara ijazah ketiga layak menjadi pendidik.
b) Peringkat wilayah-tahap kedua Chun–Jen, setaraf dengan sarjana. Diadakan tiga tahun sekali.
c) Peringkat Negara - tahap ketiga Chin Shih, setaraf dengan doktor falsafah. Diadakan tiga tahun sekali.

 Pengendalian peperiksaan awam;


a) Diadakan dengan ketat.
b) Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati.
c) Untuk memastikan tidak ada penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
d) Mereka yang akan mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik kecil dengan disediakan
makanan dan dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan.

 Sistem peperiksaan awam China merupakan yang tertua sekali di dunia.

Falsafah

Tamadun Yunani

- Ahli falsafah ialah manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari
jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam
sekitar mereka.
- Ahli falsafah terkenal ialah Herodotus, Socrates, Aristetle dan Plato.
- Socrates ialah Bapa Falsafah Barat merupakan pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab
tentang kehidupan masyarakat bahagia dan beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan telah
dihukum bunuh dengan meminum racun.
- Plato adalah pengikut Socrates dan falsafahnya ialah masyarakat yang sempurna merupakan
masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah.
- Beliau mengasaskan akademi falsafah di Athens.
- Aristotle adalah anak murid Plato yang cuba mendalami bidang sains dan falsafah dan hasil penerbitan
beliau mengandungi ilmu logic,metafizik, etika, politik,fizik, sains tabii,astronomi dan geologi.
- Merupakan guru Alexander the Great.
- Karya utama ialah Republic.
- Isu utama adalah tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi.
- Herodotus adalah ahli falsafah dan ahli sejarah menghasilkan History of Persian Wars digelar Bapa
Sejarah.
- Thusydides adalah pengasas Sejarah Saintifik menghasilkan History of the Peloponnesian War yang
ditulis berteraskan penyelidikan.

Tamadun Rom

- Falsafah Rom berasaskan kepada falsafah Stoisisme yang menekankan keadilan, tanggungjawab,
keberanian dan perikemanusiaan.
- Falsafah ini mengajar bahawa kebahagian hidup manusia dan nasib seseorang bergantung kepada
hubungannya dengan alam.

Tamadun India

- Wujud dalam dua bentuk pemikiran iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab
veda dan yang menolaknya.
- Kitab veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.
- Falsafah bukan aliran veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme.

Tamadun China

- Falsafah China menekankan hal berkaitan hubungan manusia dengan manusia lain.
- Antara sumber falsafah ialah Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya Confucianisme, Lao Tze,
Toisme dan Mo Tzu
- Mo Tzu Menolak beberapa ajaran Confucianisme.
- Menurutnya manusia berakhlak baik tetapi menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.
- Falsafah legalisme pula percaya hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban
masyarakat.

Sains dan Teknologi

Tamadun Yunani

- Peningkatan berlaku dalam bidang matematik, astronomi,perubatan serta teknologi membuat perahu
dan kertas.
- Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
- Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras.
- Ahli sains terkenal seperti Hippocrates terkenal sebagai Bapa Perubatan.
- Archimedes sebagai ahli matematik dan fizik telah menyumbangkan teori berhubung dengan isi padu
air dan graviti.
- Ptolemy merupakan tokoh bidang astronomi .
Tamadun Rom
- Di Rom, Boethius iaitu ahli matematik telah mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan
astronomi.
Tamadun India

- Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dipetik
daripada Rig Veda.
- Matematik dalam tamadun India berkembang dalam Zaman Gupta.
- Ahli matematik India ialah Aryabhata dan Varahamihira.
- Wujud sistem angka dalam tamadun Yunani iaitu herodianic dan ionic.
- Ilmu perubatan berkembang di India disebabkan kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana
kaitannya dengan yoga.
- Dalam keempat-empat tamadun, ilmu pelayaran meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat
dan perahu yang lebih besar.
Tamadun China

- Di China konsep konsep keseimbangan kuasa Yang (aktif) dan Yin (pasif) membolehkan seseorang sihat
digunakan dalam perubatan tradisional.
- Ilmu pelayaran telah meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar.
- Perahu layar dapat meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi alat pengangkutan penting
dalam peperangan.
- Penciptaan kertas telah bermula dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-
sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa dan diratakan serta dikeringkan.

Seni bina

- Mencerminkan ketahanan manusia tamadun awal menghadapi cabaran untuk


hasilkan monumen yang turut melambangkan pencapaian paling agung bangsa ,
agama dan rajanya.

Tamadun Yunani

- Acropolis dibina untuk keagamaan.


- Merupakan pusat pentadbiran di Athens
- Didalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater serta bangunan
yang menarik iaitu Parthenon.
- parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk mengingati kejayaan
membebaskan diri daripada kuasa Persia.
- Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat
menjalankan kerja awam.

Tamadin Rom
- Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.
- Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang.
- Teknologinya berasaskan sistem gravity.
- Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater.

Tamadun India

- Great Bath merupakan binaan yang sangat baik dan lengkap.


- Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil.
- Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil mempamerkan penggunaan elemen
geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat
- Stupa Besar di Sanchi adalah untuk keagamaan.

Tamadun China

- Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina sejak zaman Dinasti
Chou.
- Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.
- Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata dan
lumpur.
- kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja.
- Istana yang masih kekal ialah kota larangan.
- Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting tinggalan sejarah.

Bahasa dan Kesusasteraan

Tamadun Yunani

- Bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk Alexander
The Great.
- Tokoh sastera ialah Homer dan Hesiod. Hesiod menulis dua buah buku puisi iaitu
Theology dan Works and Days, manakala Homer menghasilkan dua buah epik iaitu
Illiad dan Odyssey.

Tamadun Rom

- Terdapat dua orang penyajak terkenal iaitu Cicero dan Virgil.


- Karya sastera bertujuan meningkatkan semangat patriotisme.
- Sastera Rom mencapai zaman keagungan pada zaman Agustus Caesar
Tamadun India

- Di India, masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iatu Dravidia di Selatan dan
Indo –Arya.
- Bahasa masyarakat Dravidia adalah Telegu,Malayalam dan Kannada manakala Indo-Aryan ialah
Sanskrit.
- Bidang sastera terbahagi kepada bentuk vedik, epik dan sajak.
- Dua epik terkenal ialah Mahabharata dan Ramayana.
- Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan jahat.
- Ramayana – pergaduhan Rama dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.

Tamadun China

- Terdapat tujuh dialek utama di China, iaitu Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis dan
Fukien.
- Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien menghasilkan karya Shih Chi – berkaitan sosial, sejarah, kerajaan
dan pemimpin.
- Tokoh puisi semasa Dinasti Tang – Tu Fu, Li Po danPo Chu-I.
- Kebanyakan karya sastera dalam tamadun-tamadun ini untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
- Tulisan di Yunani berasal dari orang Phoenesia dengan tambahan kepada huruf vokal dan tersebar ke
Rom sehingga sampai kepada masyarakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi.

Sistem Sosial

Tamadun Yunani

- Di Yunani, Athens – penduduk terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu pertama warganegara, kedua
bukan warganegara dan ketiga hamba.
- Golongan pertama mempunyai hak dalam politik tetapi golongan lain tidak.
- Di Sparta pula kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen, kedua ialah pekerja, artisan dan
pedagang dan kelas ketiga ialah Helot (golongan majoriti yang mengusaha tanah)

Tamadun Rom

- Terbahagi kepada tiga iaitu warganegara , bukan warganegara dan hamba

Tamadun India
.
- Wujud sistem kasta – empat kasta utama iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.
- Mengikut sistem ini, lelaki tidak boleh berkahwin dengan wanita kasta lain dan dilarang bergaul
Tamadun China
- Di China – terdapat tiga kelas utama iaitu lapisan pentadbir (Maharaja, keluarganya, pegawai
bangsawan dan sida-sida. Kumpulan kedua - rakyat bahawan ( petani, dan artisan ). Golongan ketiga
ialah hamba.
- Confucius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas utama.
- Menurutnya golongan teratas ialah sarjana (pegawai kerajaan) , kedua ialah petani yang menjadi
tulang belakang ekonomi dan ketiga ialah golongan tukang serta keempat (bawah) ialah pedagang.
- Setiap individu boleh menukar kelas kedudukannya (status) yang lebih baik melalui pendidikan.

Sumbangan Tamadun

1. Tamadun Yunani – mewariskan system pemerintahan berbentuk demokrasi.


2. Tamadun Rom mewariskan sistem republik. Sistem ini diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan.
3. Agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme merupakan warisan yang masih diamalkan hingga
ke hari ini.
4. Ilmu falsafah seperti legalisme, stoicisme dan falsafah oleh Aristotle, Socrates dan Plato masih jadi
rujukan.
5. Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum, pantheon, Tembok Besar China, Stupa di Sachi,
candid an pagoda merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sbg sumber pelancongan.
6. Tamadun China mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.
7. Hasil sastera seperti Iliad, Odyssey, Mahabharata dan Ramayana dijadikan rujukan sehingga hari ini.
8. Bahasa Latin dan Bahasa Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan keagamaan dan
kesusasteraan, untuk agama Kristian (Latin) dan Hindu dan Buddha (Sanskrit)
9. Dari segi sosial, wujud sistem pendidikan, falsafah, sains dan teknologi yang berkaitan matematik,
astronomi, fizik, perubatan dan seni bina, teori matematik seperti Teorom Pythagoras dan Teori
Archimedes.
10. Kelahiran Sukan Olimpik yang diperkenalkan di Yunani 776 M. Diadakan di Olympia iaitu
pertandingan antara Negara kota 4 tahun sekali bertujuan menghormati Tuhan Zeus. Negara terlibat
ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos. Perbezaan dengan Sukan Olimpik sekarang
dari segi : tujuan organisasi, bilangan peserta dan bilangan acara.
Kemunculan Agama Dan Ajaran Utama Dunia

1. Agama Hindu
- Muncul sejak zaman tamadun Indus
- Pada zaman Vedik wujud kitab suci Veda sebagai rujukan.
- Mempercayai tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu menciptakan (Brahman) , memelihara (Vishnu)
dan membinasa (Siva)
- Terdapat enam aliran iaitu Saivisme , Vaishnavisma, Sakhtam, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.
- Pada zaman empayar Maurya agama Hindu menjadi penting dan menjadi dominasi golongan Brahmin.
- Pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka, Agama Hindu mendapat saingan daripada
agama Buddha.
- Penganut agama hindu mempercayai Hukum Karma iaitu mempercayai kelahiran semula selepas mati
bergantung kepada kelakuan semasa hidup.
- Tujuan hidup penganut agama Hindu ialah untuk mencapai Moksya. Apabila seseorang telah mencapai
Moksya, ia akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan dilahirkan ke dunia lagi.
- Seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya (kebebasan
mutlak).
2. Agama Buddha
- Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali sebagai Buddha.
- Gautama Buddha telah menemui kebenaran sewaktu bertapa di bawah pokok bodhi di kampung
Uruveda.
- Kebenaran yang ditemui oleh Gautma Buddha boleh melepaskan manusia daripada kesengsaraan.
- Empat kebenaran mulia akan dapat dicapai melalui lapan jalan.
- Pada masa pemerintahan Asoka agama Buddha telah menjadi agama rasmi kerajaan Maurya.
- Agama Buddha telah tersebar ke Tibet, Sri Lanka, negeri-negeri Asia Tenggara dan China.
- Agama Buddha menggunakan bahasa Pali.
- Kitab suci agama Buddha ialah Tripitaka yang mengandungi Sutta Pitaka , Vinaya Pitaka dan
Abhidhamma Pitaka.
3. Agama Kristian
- Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ.
- Dua kitab suci iaitu bible yang terdiri daraipada Old Testament dan New Testament.
- Pada zaman kerajaan Rom semasa pemerintahan Constantine agama Kristian dipraktikkan oleh
masyarakat.
- Hari Ahad dikhaskan sebagai hari untuk melakukan aktiviti keagamaan.
- Agama Kristian telah gemilang di zaman Rom sehingga Rom dikenali sebagai empayar Kristian.
4. Agama Islam
- Agama Islam telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 6 Ogos tahun 610M bersamaan
17 Ramadhan.
- Ajaran Islam telah ditentang oleh orang Quraisy Makkah.
- Pada 12 September tahun 622M baginda telah berhijrah ke Madinah, di madinah Islam telah
berkembang dan tersebar ke seluruh dunia.
- Di dalam Islam terdapat dua teras iaitu akidah dan syariah.
- Akidah merupakan keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah.
- Syariah pula ialah undang-undang yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah (hadis).
- Orang Islam juga wajib meyakini rukun Iman dan rukun Islam
5. Confucianisme
- Ajaran Confucianisme diasaskan oleh Confucius yang dilahirkan di negeri Lu (Shantung) pada tahun 551
S.M.
- Beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan Negeri Lu. Beliau meletak jawatan selepas
kematian ibunya dan mengembara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan menyebar ideanya
kepada penduduk China.
- Masyarakat China telah menjadikan ajaran Confucius ini sebagai satu bentuk kepercayaan dan tokoh
Confucius disembah sebagai salah satu dewa utama dalam masyarakat China.
- Menekankan prinsip moral seperti perikemanusiaaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan (xiao).
6. Taoisme
- Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tze dan kemunculannya agak lewat dibandingkan dengan ajaran
Confucius.
- Beliau dilahirkan di negeri Chu pada tahun 604S.M. dan pernah menjawat jawatan penting semasa
pemerintahan Dinasti Chou. Beliau telah keluar mengembara dan menyebarkan ajarannya ke seluruh
negeri China.
- Peringkat awal ajaran ini berbentuk falsafah kemudiannya menjadi agama.
- Ajaran menekankan konsep Tao iaitu jalan setiap tindakan manusia yang perlu ditentukan oleh Tao.

Cabaran dan langkah untuk mewujudkan negara maju pada tahun 2020

A) Cabaran

Kewangan:

1. Kekurangan modal

2. Nilai mata wang turun naik/spekulasi

Pelaburan:

3. Kejatuhan pasaran saham

4. Pelabur berpindah ke negara lain

5. Masalah menarik pelabur asing

Teknologi

6. Teknologi masih rendah

7. Masih bergantung kepada teknologi luar

Globalisasi

8. Pengiktirafan oleh negara-negara maju

9. Persaingan dengan negara maju

10. Salah guna laman sesawang

Pasaran

11. Menembusi pasaran antarabangsa

12. Pasaran terhad

13. Tekanan/sekatan negara maju

Tenaga kerja

14. Kurang mahir

15. Bergantung kepada negara luar

16. Ramai tenaga mahir


17. Kurang pengetahuan

Gejala sosial

18. Keruntuhan ahklak

19. Dadah

20. Nilai-nilai kemanusiaan pudar

B) Langkah

Penguasaan ilmu

21. Menjadi hubungan pendidikan

22. Mengubahsuai kurikulum untuk memenuhi keperluan semasa

23. Pendidikan sepanjang hayat

24. Melahirkan modal insan

25. Pendidikan maya

26. Pendidikan ke luar negara

Kemahiran

27. Penguasaan ICT

28. Memperkukuhkan perpaduan rakyat

29. Meneroka teknologi baru

30. Meningkatkan R&D

31. Memastikan Wawasan 2020 dicapai

32. Konsep 1 Malaysia

33. Meneruskan dasar ekonomi baru

34. Meningkatkan mutu pendidikan

35. Memperkukuhkan peranan negara sebagai hub halal

36. Meneroka pasaran baru

37. Menjadikan minda rakyat kelas pertama

38. Menjadi pusat kecemerlangan ilmu


Kejayaan malaysia dalam bidang sains and teknologi

Konsep penerokaan angkasa lepas yang cuba dimajukan oleh Malaysia bukanlah sepertimana yang
digambarkan dalam fiksyen sains filem dan televisyen yang pernah kita tonton. Konsep penerokaan
angkasa lepas Malaysia lebih menjurus kepada usaha memperkembangkan bidang-bidang tertentu dalam
industri aeroangkasa, di samping cuba membuka ruang yang lebih luas kepada bidang penyelidikan alam
cakerawala. Dengan kata lain, sebagai peserta baru dalam bidang ini, Malaysia sedang mencari masa
depannya ke arah menjadi pemain utama dalam industri angkasa dan juga penerokaan ruang angkasa.
Apabila Malaysia melancarkan satelit komunikasi pertamanya, MEASAT-1 pada bulan Januari 1996
dan satelit MEASAT-2 kira-kira 10 bulan kemudiannya, ia telah membuka ruang serta akan merancakkan
lagi bidang kajian sains angkasa di negara ini. Pada masa yang sama ia turut membenihkan bibit-bibit
kesedaran di kalangan orang ramai tentang industri aeroangkasa.
Perkembangan bidang kajian sains angkasa di negara ini bermula semenjak tahun 1990-an lagi
dengan pembinaan kompleks Planetarium Negara dan penubuhan Bahagian Kajian Sains Angkasa
(BAKSA) di Jabatan Perdana Menteri. Menjelang Julai 1995, BAKSA telah diletakkan di bawah
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk memantapkan lagi peranannya membantu
kemajuan sains dan teknologi di Malaysia.
Malaysia telah berjaya melancarkan satelit mikro pertamanya, TiungSAT-I, pada bulan September
2000. Satelit berkenaan hasil daripada Program Latihan dan Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa
Surrey yang melibatkan Surrey Satellite Technology Ltd. (SSTL) dan Astronautics Technology Sdn. Bhd.
(ATSB) dari Malaysia. Kehadiran satelit mikro itu di orbit bumi memberi ruang bagi Malaysia meneroka
angkasa secara lebih giat lagi.
Kewujudan Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia (1997) membuktikan
kesungguhan Malaysia dalam bidang kajian angkasa lepas. Dengan adanya pelan terancang ini industri
aeroangkasa akan dapat dimajukan secara lebih efisyen dan menjadi pemangkin pembangunan
negara. Komitmen kerajaan dalam membangunkan industri aeroangkasa kian jelas dengan penubuhan
Agensi Angkasa Negara (AAN) pada bulan Julai 2002. Agensi ini berperanan besar dalam menghadapi
era globalisasi yang menekankan kepentingan dasar langit terbuka. Antara lain, menurut Ketua Pengarah
AAN, Prof Datuk Dr. Mazlan Othman, Malaysia perlu mempunyai satelitnya sendiri yang mengorbit
khatulistiwa agar masalah-masalah berkaitan dengan geografi dan pertahanan negara dapat ditangani
secara berkesan. Penubuhan AAN adalah suatu usaha menggembleng idea tenaga pakar tempatan untuk
menjayakan penerokaan angkasa lepas. Di samping menggalakkan kerjasama antarabangsa, agensi ini
juga dapat menyelaraskan aktiviti penerokaan angkasa lepasnya seiring dengan peraturan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Banyak keperluan negara dapat dipenuhi melalui usaha penerokaan angkasa lepas yang
terancang. Kejayaan bidang penerokaan angkasa lepas akan memberi imej baik terhadap kemajuan
bidang sains dan teknologi negara ini, selaras dengan cabaran Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan
masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan berpandangan jauh. Kejayaan Malaysia dalam bidang
teknologi angkasa lepas akan memacu kemajuan negara dan seterusnya meletakkan nama Malaysia
sebaris dengan negara-negara maju dalam bidang penyelidikan angkasa lepas.
Pelancaran satelit ke orbit boleh memantapkan sistem komunikasi negara sepertimana yang dicapai
oleh satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2. Melalui penggunaan satelit-satelit berkenaan, komunikasi
menerusi telefon mudah alih menjadi lebih efisyen. Menurut Prof. Madya Dr. Mustafa bin Subari dari
BAKSA, penggabungan antara satelit navigasi dengan telefon mudah alih bukan sahaja memudahkan
komunikasi tetapi juga memungkinkan kedudukan individu berkenaan dikesan melalui teknologi Global
Positioning System (GPS). Keberkesanan penggunaan satelit untuk berkomunikasi dan mengesan
kedudukan jelas dapat dilihat ketika Datuk Azhar Mansur yang belayar solo mengelilingi dunia
menggunakan telefon mudah alih iridium untuk menghubungi pusat pemantaunya di Langkawi.
Selain daripada itu, kemajuan penerokaan angkasa lepas juga berfaedah kepada beberapa bidang
tertentu. Antara bidang yang dapat memanfaatkan kemajuan berkenaan ialah perdagangan dan
pengangkutan. Satelit navigasi menerusi teknologi GPS misalnya, kini digunakan secara efektif di
Lembah Kelang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau
pergerakan teksi-teksi yang memberi perkhidmatan kepada para pelanggan KLIA. Dengan bantuan
Intelligent Vehicles System (IVS), kenderaan pintar berkenaan boleh dikesan dan dihubungi dengan
mudah. Sistem ini juga telah digunakan ke atas kenderaan-kenderaan sewa untuk memantau
pergerakkannya.
Kemudahan satelit juga turut membantu kemajuan bidang perikanan di negara ini. Sistem
pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan GPS amat berguna bagi nelayan-nelayan laut
dalam untuk mengesan kedudukan ikan-ikan di laut. Selain daripada itu, teknologi ini berguna ketika
negara dilanda masalah jerebu kerana ia juga boleh membantu mengelakkan pelanggaran dengan kapal-
kapal lain yang sedang melalui perairan negara.
Antara bidang lain yang turut menerima faedah daripada teknologi angkasa lepas ialah bidang
geografi. Kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara lebih efektif dan tepat melalui kemudahan satelit
pengesanan jarak jauh. Sebarang bentuk bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat
dapat dikesan lebih awal. Dengan itu, langkah segera untuk mengelakkan sebarang tragedi dapat
diambil. Kerja-kerja pemetaan kawasan juga dapat dilakukan dengan mudah. Penyediaan peta dan
penentuan topografi sesuatu kawasan akan dapat dibuat secara lebih baik dengan bantuan satelit.
Dalam bidang pertahanan, kemudahan satelit navigasi akan membantu kerja-kerja memantau
keselamatan negara dengan lebih berkesan. Oleh kerana perairan negara kita merangkumi kawasan yang
luas serta mengandungi banyak pulau maka pemantauan menerusi sistem satelit adalah suatu kaedah
yang paling baik. Perairan Sabah dan kawasan pedalaman Sarawak misalnya, merupakan kawasan-
kawasan yang sukar dipantau melalui penggunaan tenaga manusia. Oleh yang demikian, sistem
pemantauan melalui satelit secara berterusan akan membantu mengesan pencerobohan dan juga
kegiatan jenayah penyeludupan di kawasan berkenaan.
Selain daripada itu penerokaan angkasa lepas turut memberi faedah yang besar kepada kemajuan
industri aeroangkasa di negara ini. Antara bidang industri aeroangkasa yang mendapat faedah besar
daripada kemajuan penyelidikan angkasa ialah teknologi pembuatan pesawat. Bidang ini telah
mencambahkan hasilnya di negara ini apabila Malaysia berjaya mengeluarkan pesawat peninjau tanpa
pemandu pertamanya pada tahun 2001. Pesawat yang dikenali sebagai Eagle Airborne Reconnaissance
Vehicle (ARV) dibina melalui projek usahasama dengan British Aerospace System (BAE). Selain
daripada membantu kemajuan sistem pertahanan negara kita sendiri, pesawat ini juga akan dieksport ke
luar negara.
Bidang penerokaan angkasa lepas yang kian berkembang di negara ini juga banyak memberi faedah
kepada institusi-institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan. Kebanyakan IPT tempatan kini mempunyai
bahagian kajian sains angkasa mereka sendiri untuk membuat penyelidikan dalam bidang kepakaran
masing-masing serta melahirkan lebih ramai pakar sains angkasa negara ini. Langkah ini sudah tentu
akan membantu kemajuan negara dalam bidang penerokaan angkasa lepas masa hadapan.
Bidang penerokaan angkasa lepas di Malaysia terus menggalas harapan yang lebih tinggi pada masa
hadapan. Antara harapan yang ingin direalisasikan ialah menerbangkan angkasawan sendiri ke angkasa
lepas sana. Kita juga ingin menjadi pemain utama dalam penerokaan angkasa sepertimana Amerika
Syarikat, Rusia dan China. Jika dilihat kepada usaha-usaha yang sedang kita gerakkan pada masa ini,
kita bukan lagi sedang mencari masa depan dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Kita sebenarnya
sedang membina masa depan untuk ditempatkan di ruang cakerawala sana pada alaf akan datang.

You might also like