Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kritikan Dalaman

Kritikan dalaman yang dimaksudkan ialah tentang kemunasabahan (credibility) keterangan


atau perihal boleh dipercayai atau tidak akan kewarasan isi kandungan sesuatu sumber.1
Walaupun sesuatu sumber telah disahkan asli dari aspek kritikan luaran, tetapi jika isi
kandungannya mencurigakan maka sumber tersebut tidak wajar dijadikan sumber sejarah.
Kritikan dalaman dilakukan oleh ahli sejarah tanpa bantuan pihak luar. Antara aspek yang
dikaji ialah aspek kandungan tersebut sama ada benar atau tidak, logik dan kerasionalannya.

Ahli sejarah akan membuat pentafsiran sumber berdasarkan lunas-lunas kerasionalan.


Setiap tindakan boleh dikaji secara rasional berdasarkan tindakan dan keterangan oleh pelaku
atau saksi supaya sumber itu bebas daripada mitos, lagenda dan ghaib. Ahli sejarah perlu
menolak sebarang sumber yang mempunyai mitos kerana terdapat keraguan dalam sumber
tersebut. Hanya sumber yang mempunyai fakta yang kukuh sahaja dapat diterima. Hal ini
kerana, sumber yang mempunyai mitos dianggap melanggar pemikiran yang rasional. Sebagai
contoh, Thucydides yang menulis karyanya “Perang Poloponessia” telah menolak cerita-cerita
yang berunsurkan mitos.2

1 Nabir Hj Abdullah dan Ishak Saat. Kaedah Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Emeritus Productions. Tanjung
Malim. 2013. Hlm 97.
2
Abdul Rahman Haji Abdullah. Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. 2000. Hlm 9.

You might also like