Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEKS UCAPAN ALUAN

GURU MUDA NAVEEN SATHASIVAM


KETUA PENGGERAK GM1M
DAERAH TEMERLOH

08 FEBRUARI 2017
PPD TEMERLOH

Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia
Salam Guru Muda 1Malaysia.

Terima Kasih Pengacara Majlis.

Yang Berbahagia
Dato’ Haji Hassan bin Haji Hashim
Timbalan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad

Yang Berbahagia
En. Rosdi bin Ismail
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang

Pelajaran Daerah Temerloh Pegawai Pejabat,

Pengetua-Pengetua, Guru-guru Besar seterusnya,

Barisan Guru-Guru Muda (GM1M) Daerah Jerantut dan Temerloh


sekalian.

Hadirin Dan Hadirat Yang Saya Hormati Sekalian.

1
1. Terlebih dahulu marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat-
Nya, kita dapat bertemu dalam majlis Pelancaran Program Guru
Muda 1 Malaysia Bersama Yayasan Guru Malaysia Berhad di
Daerah Jerantut dan Temerloh.

2. Bagi mewakili GM1M Negeri Pahang, saya mengambil kesempatan

ini mengalu-alukan Yang Berbahagia Dato’ Haji Hassan bin


Haji Hashim Timbalan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia
Berhad atas kesudian hadir bersama-sama kita dalam Himpunan
Guru Muda 1Malaysia Daerah Jerantut dan Temerloh pada hari ini.
Sesungguhnya dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ ke majlis
ini amat besar maknanya kepada kami semua.

3. Tidak lupa juga saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan


terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Pejabat
Pelajaran Daerah Jerantut dan Temerloh yang turut sudi hadir ke
majlis kita pada hari ini.

Yang Berbahagia Dato’, Tuan-Tuan, Puan-Puan, Saudara dan


Saudari yang dihormati sekalian.

4. Sebagaimana yang kita sedia maklum, himpunan GM1M telah


diadakan sebanyak enam (6) siri yang mana telah bermula di zon
selatan di mana negeri Johor telah dipilih selaku tuan rumah. Ia
diikuti oleh zon timur dengan negeri Kelantan sebagai tuan rumah,
zon tengah dengan negeri Selangor sebagai tuan rumah, zon
Sarawak yang telah dilaksanakan di Sibu, zon utara dengan negeri

2
Kedah sebagai tuan rumah dan penutupnya bagi zon Sabah dan
WP. Labuan di Kota Kinabalu.

5. Alhamdulillah, di sepanjang himpunan GM1M berkenaan ianya


telah dihadiri oleh pemimpin tertinggi negara terutamanya Yang
Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd
Yassin, Mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga
Mantan Menteri Pelajaran Malaysia. Hal yang demikian
memperlihatkan kepada kita bahawa kepimpinan negara amat
prihatin serta mengambil berat terhadap kita guru-guru muda di
seluruh negara.

6. Di peringkat negeri pula, kita telah mengorak langkah untuk


mengadakan himpunan serta perjumpaan bersama barisan
kepimpinan negeri.

7. Hal yang demikian, menyebabkan kami insaf dan InsyaAllah, akan


bersama-sama Kepimpinan Negara dan Negeri terutamanya di
negeri bertuah ini, untuk membawa obor semangat 1 Malaysia, 1
Impian dan 1 Agenda dalam melonjakkan Transformasi
Pendidikan khususnya di negeri Pahang.

Yang Berbahagia Dato’, Tuan-Tuan, Puan-Puan, Saudara dan


Saudari yang dihormati sekalian.

3
8. Himpunan GM1M yang diadakan pada hari ini adalah bertujuan
merapat dan mengukuhkan perpaduan barisan guru muda seluruh
negeri Pahang dalam memacu arus Transformasi Pendidikan
Negara seperti terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.

9. Kita akan mengorak langkah bagi melahirkan aspirasi Guru Muda


1Malaysia (GM1M) dengan objektif penubuhan himpunan ini
adalah;

9.1 Bagi menghayati bahawa sumbangan GM1M sebagai


penggerak dan pemacu Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia seperti yang diharapkan Kepimpinan Negara melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia;

9.2 Seterusnya menyedari bahawa sebagai peneraju masa depan


pendidikan negara, GM1M diberi peluang dan ruang oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri
untuk mengemukakan idea, kreativiti, inovasi, bakat, buah
fikiran dan penampilan dalam bidang masing-masing;

9.3 Dan, menjiwai bahawa jasa dan bakti GM1M memberi


sumbangan kepada masyarakat dan negara adalah suatu
usaha yang mulia.

10. Sesungguhnya GM1M amat menghargai idea penubuhan dan


kewujudan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) bagi menggerakkan
4
potensi guru-guru muda ke arah membantu Kerajaan khususnya
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri
dalam usaha melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.
Terima kasih, kerana idea cemerlang ini telah mencabar minda
dan semangat kami untuk meningkatkan semangat juang dalam
arena pendidikan negara demi kemajuan anak bangsa dan negara
kita yang tercinta.

Yang Berbahagia Dato’, Tuan-Tuan, Puan-Puan, Saudara dan


Saudari yang dihormati sekalian.

11. Semasa bermulanya program ini, facebook GM1M dan Buletin


Maya GM1M telah dilancarkan sebagai medium penghubung dan
interaksi rakan-rakan GM1M seluruh negara.

12. Hari ini jaringan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) menjadi semakin
meluas. Bermula penubuhan dan kewujudan di peringkat
kebangsaan dan negeri, ia akan diperluaskan diperingkat daerah
dan sekolah. Ini adalah penting bagi memastikan kewujudan
GM1M dengan tujuan dan objektif program ini dapat difahami dan
dihayati oleh rakan-rakan GM1M secara menyeluruh di semua
peringkat melalui pelbagai strategi yang sedang dan akan
dilaksanakan seperti aktiviti kepimpinan yang menjurus kearah
aspek penampilan diri, kemahiran komunikasi, inovasi, latihan dan
perancangan strategik. Selain itu, aktiviti kesukarelawanan GM1M
melalui penerapan semangat perpaduan dan patriotisme menerusi
aktiviti keceriaan sekolah, menghargai warga emas termasuklah
melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan komuniti.
5
13. Begitu juga dengan strategi dalam aspek kreativiti dan inovasi
GM1M melalui aktiviti-aktiviti perkongsian kemahiran yang boleh
meningkatkan tahap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di
sekolah.

14. Dan dengan kefahaman dan penghayatan tersebut, melalui


perkongsian idea dan kepelbagaian strategi, diharapkan kita semua
dapat memainkan peranan yang aktif dalam usaha
memartabadkan pendidikan negara ini selaras dengan aspirasi dan
harapan negara kita yang tercinta.

15. Maka marilah kita semua memperbaharui azam dan tekad untuk
melaksanakan Transformasi Pendidikan Negara ini ke puncak
kegemilangan. Sebagai GM1M, masih banyak agenda yang perlu
kita laksanakan bagi membantu kerajaan merealisasikan hasrat
dalam menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.

16. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengambil
kesempatan ini merakamkan ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Hassan bin Haji
Hashim Timbalan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad
kerana sudi hadir dan seterusnya menyampaikan ucapan dan
amanat di himpunan ini.

17. Tidak lupa juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
pegawai-pegawai di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
yang telah bersungguh-sungguh membantu dan membimbing kami
6
menggerakkan program ini dengan jayanya. Sama-sama kita
memanjatkan doa ke hadrat Illahi semoga usaha murni ini sentiasa
diberkatiNya.

18. Akhir sekali, saya ingin mengajak rakan-rakan GM1M Negeri


Pahang hari ini, memberikan sokongan yang padu kepada Jabatan
Pendidikan Pahang di bawah kepimpinan Yang Hormat Dato’ Rosdi
bin Ismail yang kita kasihi bagi memastikan usaha-usaha
memperkasa kecemerlangan nusa dan bangsa terutamanya dalam
bidang pendidikan terus mekar di bumi bertuah ini.

Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah,


Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Dan Salam 1 Malaysia.

You might also like