Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MASJID LAMA SG.

SELISEK
KG. MASJID, SG. SELISEK, 44020 HULU SELANGOR

Tarikh : 5 Julai 2017 / 11 Syawal 1438

Kepada:

Yang Berhormat
Datuk Rosni Sohar.
Pejabat ADUN Hulu Bernam,
Kampung Titiwangsa,
44100 Kalumpang,
Hulu Selangor,
Selangor.

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KARPET LANTAI MASJID BAGI MASJID LAMA


KG. SG. SELISEK

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Masjid Lama Sg. Selisek dengan ini memohon sumbangan karpet lantai masjid
dari pihak Yang Berhormat(YB) bagi keselesaan jemaah untuk bersolat dan
mempercantikkan lagi kawasan di dalam Masjid.

3. Untuk pengetahuan pihak YB, karpet Masjid Lama Sg. Selisek ini sudah berusia
selama 25 tahun dan karpet ini tidak pernah lagi ditukar ganti. Hal ini menyebabkan keadaan
karpet masjid berada dalam keadaan usang, koyak dan tidak sedap mata untuk memandang.
Bersama ini disertakan keluasan lantai yang diperlukan.

4. Keluasan lantai yang diperlukan dalam masjid ialah 80 kaki x 80 kaki

5. Sebarang pertanyaan dan juga sumbangan berbentuk barangan dan wang boleh
diajukan kepada;

1. Abd Rahim Bin Hj. Saari,


Pengerusi Masjid Lama Sg. Selisek
No. Telefon: 05-4543641

2. Mohd Hery Bin Hj. Mohd Subali


Bendahari Masjid Lama Sg. Selisek
No. Telefon: 012-3012689
6. Kami amat menghargai sumbangan yang disalurkan oleh pihak Yang Berhormat
Dato. Semoga Allah membalas sebaik-baik balasan kepada pihak Yang Berhormat Dato.
Kerjasama dan pertimbangan dari pihak YB saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang Benar,

...........................................................
(ABD RAHIM BIN HJ. SAARI)
Pengerusi
Masjid Lama Sg. Selisek

You might also like