Kamus NILAM2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENJELASAN PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) TAHUN 2018

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dikemaskini pada 5 Disember 2017

KPI Bilangan murid yang menyertai Program NILAM

TAFSIRAN Program NILAM

Pekeliling lkhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 menyatakan bahawa


Program NILAM wajib dilaksanakan di semua sekolah seluruh negara.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah menyemai
budaya membaca dalam kalangan murid sekolah supaya gemar membaca
dan menjadikan ia aktiviti berterusan sepanjang hayat. Program ini mula
dilaksanakan pada tahun 1999.

Pelaksanaan program ini telah dikaji semula selaras dengan Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu mengalih
fokus daripada kuantiti bacaan kepada kualiti bacaan dengan memberi
keutamaan kepada pelbagai jenis bahan bacaan dan aktiviti pengayaan
selepas membaca. Objektif pelaksanaan NILAM yang ditambah baik ini
ialah:

1. Melestarikan budaya pembacaan berkualiti dalam kalangan murid dan


seterusnya membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina
kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang
hayat;
2. Menyediakan murid Malaysia dengan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan
menilai melalui aktiviti pengayaan;
3. Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan
program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum. Semua warga
sekolah bertanggungjawab dalam mewujudkan iklim yang
menggalakkan budaya membaca di sekolah; dan
4. Menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/ pertubuhan
kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembinaan tabiat membaca
berkualiti dalam kalangan murid.

Objektif Pengukuran :

▪ Memastikan setiap negeri/sekolah mencapai 100% penyertaan dalam


Program NILAM mengikut KPI yang telah ditetapkan.

KAEDAH Melalui rekod bacaan NILAM setiap murid oleh guru kelas.
PENGUKURAN

1
PENJELASAN PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) TAHUN 2018
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dikemaskini pada 5 Disember 2017

TREND TAHUN % murid terlibat


PENCAPAIAN 2016 93.3%
2017 99.3%

SASARAN Peratus murid yang terlibat dalam Program NILAM bagi tahun 2018:
100%
Nota: varian -2%
Unjuran pencapaian berdasarkan kepada:
JUSTIFIKASI
1. Bilangan murid yang terlibat dalam program NILAM.
2. Program bacaan yang dianjurkan oleh sekolah/daerah/negeri
3. Pelbagai bahan bacaan yang mudah dicapai oleh murid
4. Bilangan khidmat bantu oleh BTPN/PKG kepada sekolah

DOKUMEN
SOKONGAN
Data Input Pemilik Data Kekerapan

Sistem IQNILAM BTP/BTPN 2 kali setahun


(30 Jun dan 31 Dis
setiap tahun)

FREKUENSI 1 kali setahun


LAPORAN/ DATA

2
PENJELASAN PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) TAHUN 2018
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dikemaskini pada 5 Disember 2017

You might also like