Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

3. Apa itu anoksia?

Jawab: Anoksia adalah istilah yang menunjukkan akibat tidak adanya suplai oksigen yang
disebabkan oleh beberapa sebab primer. Hipoksia merupakan istilah yang menggambarkan
turunnya konsentrasi oksigen dalam darah arteri, sedangkan iskemia menggambarkan penurunan
aliran darah ke sel atau organ yang menyebabkan insufisiensi fungsi pemeliharaan organ
tersebut.

Anoksia ialah kekurangan bekalan normal oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan
tisu menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia. Anoksia anoksik berlaku apabila darah
yang mengalir menerusi paru-paru tidak membawa cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila
tidak cukup oksigen di udara, seperti pada ketinggian 3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal
membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan paru-paru atau oleh sebab halangan dalam
saluran udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan yang cepat dan panjang adalah gejala
biasa anoksia anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh sianosis, pewarnaan kebiru-biruan
pada kulit. Kes yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah kematian.

Anoksia anaemik berlaku apabila darah tidak dapat membawa bekalan normal oksigen.
Keadaan ini berlaku apabila darah tidak cukup amaun hemoglobin (bahan yang membawa
oksigen dalam darah atau apabila hemoglobin diubah oleh karbon monoksida atau racun lain.
Anoksia lembap terjadi apabila darah mengalir terlalu perlahan sehingga ia kehilangan
kebanyakan oksigennya sebelum menyempurnakan alirannya menerusi tisu. Oleh itu, sebahagian
daripada tisu menerima sedikit atau tiada oksigen. Contoh, anoksia lembap berlaku semasa suhu
sejuk apabila saluran darah di bawah kuku dan di bibir mencerut lalu menyebabkan sianosis pada
bahagian badan tersebut. Anoksia histotoksik disebabkan oleh racun yang menyebabkan tisu
tidak berupaya menggunakan oksigen yang dibekalkan. Salah satu daripada racun tersebut ialah
sianida.

You might also like