Penulis Wanita

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PENULIS/PENYAIR WANITA DI MALAYSIA

WANITA TAMAN PUISI


Oleh Zurinah Hassan

Tulisan ini menyingkap penglibatan penyair wanita di dalam lapangan puisi tanah
air. Tumpuan rencana ialah kepada penyair wanita yang lahir dan berkarya selepas
tahun 1990han hingga ke tahun 2013 dengan tujuan mengemaskini maklumat yang
ada.

Catatan terawal puisi yang ditulis oleh wanita ialah sebuah sajak Hasnah Brahim
dalam Lidah Benar, 22 April 1930. (Lim Swee Tin,2002:117). Seterusnya pada
tahun 1936 seorang penyair wanita yang bernama Zainun Nasir menyiarkan puisinya
yang bertajuk “Perempuan Mesti Bangun” dalam majalah Al-Hikmah, 7 Mei 1936.
Setelah itu nama-nama yang dapat dikesan ialah Perawan Kampung dengan sajak
“Bunga Terpedaya” (Warta Ahad, 3 Mac 1940), Kalthum Awang dan Wok Jamilah.

Kehadiran penyair wanita lebih dirasai selepas zaman pendudukan Jepun dan selepas
era Malayan Union dengan kemunculan sajak-sajak yang ditulis oleh Mariam Abdul
Ghani, Fatimah Othman, Wanita Kampung, Hafsah Perak, Siti Aishah, Kamariah
Johor dan Normah Kamarudin. Nama yang penting seterusnya ialah Ibu Zain, Salmi
Manja. diikuti oleh Anis Sabirin.

Salmi Manja dan Anis Sabirin muncul sebagai penyair wanita yang aktif berkarya
seiring dengan pengarang-pengarang ASAS 50. Puisi-puisi Salmi Manja dan Anis
Sabirin turut dimuatkan di dalam antologi Puisi Baharu Melayu (1942-1960)
selenggaraan Ali Haji Ahmad, 1966, bersama penyair-penyair yang dianggap
penting pada masa itu termasuk Masuri S.N., Tongkat Warrant, A.Samad Said, Noor
S.I., M.Ghazali, A.S.Amin, Kassim Ahmad, Suhaimi Haji Muhammad, Nahmar
Jamil dan Jihati Abadi.
Pada pertengahan tahun enam puluhan taman puisi diserikan oleh sederetan nama-
nama seperti Maimoonah Haji Omar, Rahimah M.Y, Noraini Shahrin, Azizah
Shahrin, Halimah Haji Ahmad, Aina M, Maznah Ali. Nama-nama ini sering
menghiasi ruangan puisi akhbar-akhbar mingguan seperti Utusan Zaman, Mingguan
Malaysia dan Berita Minggu dan majalah-majalah bulanan seperti Mastika dan
Dewan Masyarakat.

Namun begitu karya penyair-penyair wanita ini boleh dikatakan kurang mendapat
perhatian. Hampir tidak ada rencana, kritikan, resensi atau esei yang mengkaji secara
mendalam hasil karya penyair wanita lebih lebih lagi di majalah atau jurnal yang
berprestij seperti Dewan Bahasa. Pengkaji dan pengkritik puisi lebih menumpukan
perhatian kepada penyair-penyair lelaki seperti Usman Awang, A. Latiff Mohidin
atau A. Samad Said. Kalau ada pun nama penulis wanita disebut ialah di dalam
rencana-rencana yang lebih bersifat popular (malah hampir berunsur sensasi )
menyentuh perkara-perkara di luar karya itu sendiri. Segala pandangan itu boleh
dirumuskan sebagai berikut:
1. Karya penulis wanita tidak setanding atau kurang bermutu jika dibandingkan
dengan penulis lelaki.
2. Penulis-penulis wanita tidak kekal lama, mereka akan hilang setelah berumah
tangga.
3. Penulis wanita tidak menulis tentang isu-isu yang penting atau isu-isu dunia dan
kemasyarakatan. Tulisan mereka hanya berlegar di sekitar hal-hal rumah tangga
(membuktikan bahawa isu rumah tangga dianggap perkara yang remeh temeh)

Public opinion (Pendapat umum) tentang kerendahan mutu karya-karya penulis


wanita mula berubah pada awal tahun 1970-an. Perubahan ini dibawa oleh Hadiah
Sastera Malaysia yang mula diwujudkan pada tahun 1971. Dunia sastera seolah-olah
terkejut apabila beberapa orang penulis wanita tersenarai sebagai pemenang. Ini
membuka mata bahawa penulis wanita tidak boleh dipandang ringan.
Penyair wanita dan karya yang menang pada tahun 1971 iaitu tahun pertama Hadiah
Sastera Malaysia diwujudkan ialah Halimah Haji Ahmad (Di Kamar Sewaan), Nor
Aini Muhammad (Mengerti), Hanum Ain (Bujang Tua), Aina M (Entah Mengapa),
Zurinah Hassan (1971 dan Bahawa Aku Pernah Hidup) . Tahun 1972 menyaksikan
kemanangan Zanariah W.A.Rahman melalui sajak Gunung Payung Nama Lagunya
dan pada tahun 1973, Zaihasra muncul dengan sajak Lautan Di Waktu Subuh.

Sejak itu karya karya penyair wanita mula dibicarakan dengan lebih mendalam,
terutama karya yang memenangi Hadiah Sastera. Misalnya, Abdullah Tahir
mengulas sajak ‘Mengerti’ karya Nor Aini Muhammad. Mengikut Abdullah Tahir
(1977: 73) “ada usaha penyair menggunakan atau menterapkan suatu filsafat baru
dalam sajak ini” Baris-baris puisinya harus direnung dan diteliti untuk menghayati
pemikirannya yang tajam.

Lelaki itu
Adalah kekasih yang paling kau kasihi
Adalah musuh yang paling kau benci.

Pada tahun 1982, Dewan Bahasa dan Pustaka (dbp) memberi penghargaan dengan
menerbitkan sebuah kumpulan khas sajak-sajak penyair wanita. Antologi yang
dimaksudkan ialah Kembang Melati yang diselenggarakan oleh Suhaimi Haji
Muhamad dan Pyan Husein. Ia memuatkan karya tujuh orang penyair wanita iaitu
Salmi Manja, Anis Sabirin, Maimoonah Haji Omar, Zurinah Hassan, Nor Aini
Muhammad, Siti Zainon Ismail dan Zaihasra. Kembang Melati merupakan satu-
satunya kumpulan puisi penyair wanita yang pernah diterbitkan oleh dbp. Selepas
itu terbit kumpulan Mustika Diri (dbp 1994) kelolaan Ahmad Kamal Abdullah dan
Siti Aisah Murad. Walau bagaimanapun Mustika Diri tidak terhad kepada puisi. Ia
melibatkan penulisan dalam semua genre iaitui puisi, cerpen, drama dan esei sastera.
Penulis puisi wanita dan bilangan sajak yang terdapat di dalam Mustika Diri ialah
Habsah Hassan (6), Hasnah Ibrahim,(3), Khadijah Hashim, (1), Mahaya Mohd
Yassin (10), Maimon Rahman ( 2), Mariam Omar (3), Maznah Ali (4),Norzeha
Kasbi (6), Radziah M.Zin (3), Ratnawati Jamil ( 3), Rogayah A.Hamid (2), Sairah
Haji Antin (2), Salmi Manja (3), Salmiah Ismail ( 2), Siti Zainon Ismail (2), Siti
Zaleha M.Hashim (5), Sitti Hadiah Haji Abd Mutalib (20, Zaiton Ajamain (6),
Zakiah Bahari (2), Zanariah Wan Abdul Rahmadn (2), Zurinah Hassan (5).

Malangnya, selepas Kembang Melati tidak ada lagi usaha yang dijalankan untuk
menerbit antologi puisi wanita sedangkan terdapat antologi yang menghimpunkan
cerpen dari penulis wanita iaitu Hawa, dbp, 1984. dan Bunga Gunung, Berita
Publishing,1982.

Setakat ini enam orang penulis wanita telah diangkat untuk menerima SEA Write
Award Tetapi hanya Siti Zainon dan Zurinah Hassan menerima untuk penulisan
puisi. Yang lain, iaitu Adibah Amin, Zaharah Nawawi, Khadijah Hashim, Azmah
Nordin adalah penulis novel dan cerpen.

Penyair Wanita Generasi Baru


Bagaimana kedudukan wanita di dalam taman puisi pada tahun tahun terakhir ini?.
Seperti yang dapat dilihat beberapa nama yang mengisi Kembang Melati dan
Mustika Diri sudah lenyap atau jarang ditemui lagi di persada puisi tanah air. Akhir
akhir ini telah timbul persoalan tentang kurangnya wanita yang menulis puisi atau
menjadikan puisi sebagai genrenya yang utama. Persoalan itu menjadi topik
perbincangan di dalam beberapa forum. Akhbar Berita Harian, 12 Mach 2013
membicarakan isu bahawa wanita tidak lagi menulis puisi.di dalam rencana berjudul
“Wanita dan Puisi”.

Mengikut rencana tersebut tidak ada lagi nama wanita yang serius menulis puisi
selepas tahun 2000., Katanya, ''genre puisi seolah-olah tidak mempunyai daya
tarikan berbanding novel. tidak sekuat tahun 70-an yang melahirkan Zurinah
Hassan,Siti Zainon Ismail dan Allahyarhamah Zaihasra. Kebanyakan kertas kerja
juga tidak menyebut kehadiran penyair wanita,berbanding penulis wanita yang
menulis dalam genre cerpen dan novel''.

Mengikut rencana itu lagi, kekurangan ini, antara lain, disebabkan wanita lebih
cenderung untuk menulis novel terutama novel remaja dan popular yang
mendatangkan pendapatan lumayan. Mengikut laporan Berita Harian, 3 Februari
2011, pengarang wanita terutama pengarang angkatan baru mendominasi novel
remaja dan novel popular . Puisi adalah satu lapangan yang tidak memberi faedah
kewangan. Semakin kurang orang yang mahu bersungguh-sungguh di dalam puisi.
Jika demikian bagaimanakah masa depan puisi itu sendiri? Hal ini agak
membimbangkan kerana tiada pelapis yang meneruskan kesinambungan penulisan
puisi,

Tiadakah lagi penyair wanita yang menjadikan puisi sebagai tulisan utama mereka
selepas Siti Zainon, Zurinah Hassan, Zaihasra, Zaiton Ajmain, Salmiah Ismail dan
Siti Zaleha M Hashim. Kali terakhir situasi ini diberi tumpuan ialah pada Hari Puisi
Nasional, ke 14, anjuran Gapena yang berlangsung di Seremban , 1999, yang
bertemakan “Puisi, Kewanitaan dan Alaf Baru”. Antara kertaskerja yang dibentang
ialah “Penyair penyair Wanita Malaysia” oleh Rahman Shaari dan “Penyair Wanita
Generasi Baru” oleh Lim Swee Tin. Lim Swee Tin memberikan nama-nama penyair
wanita baru dan mengangkat beberapa nama termasuk Raihani Mohamed Saaid
sebagai penyair wanita yang berpotensi.

Daripada rekod dan maklumat yang diperolehi terdapat beberapa penyair wanita
yang telah muncul pada tahun tahun 1980han, 1990han dan selepas tahun 2000
walaupun sebahagian besar daripada mereka tidak begitu aktif menulis. Nama-nama
yang dapat dikumpul ialah:

1980-han
Amaruzati Noor Rahim
Asmira Suhadis
Anismas AR
Haryatie Ab.Rahman
Rafflesia Darlina
Norazimah Abu Bakar
Rosmiaty Shaari
Rositah Ibrahim hsku 2011.
Rosnani Ahmad
Rosani Hiplee
1990-han
Azridah Ps Abadi
Hazama Harun
Kathirina Susanna Tati
Norgadis Labuan
Aflieza Arshad
Raihani Mohd.Saaid.
Nor Zaiton Hanafi
Zaiton Ahmad
Shasha Shakierah
Zaleha Ahmat
Selepas tahun 2000
Dayana Chacooo
Raja Rajeswari Seetha Raman
Dayangku Mastura
Hani Salwa
Nissa’Yusof
Ainunl Muaiyanah Sulaiman.
Rabiatul Adawiyah Abdul Samad
Teratai Abadi
Penglibatan wanita di bidang puisi dapat ditinjau dengan melihat beberapa aspek
iaitu Penerbitan antologi perseorangan serta hadiah dan anugerah penulisan yang
telah dimenangi.

Antologi Perseorangan
Di dalam rekod yang ada, antologi perseorangan penyair wanita tidak terbit sehingga
1974, iaitu Sesayup Jalan (Zurinah Hassan). Anis Sabirin yang muncul lebih awal
tidak menerbitkan antologi sajak walaupun telah muncul dengan antologi cerpen
Dari Bayang ke Bayang (1966), manakala Salmi Manja lebih terkenal dengan
beberapa buah novel. Antara antologi puisi penyair wanita Malaysia yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka nya ialah Nyanyian Malam(Siti Zainon
Ismail, dbp 1996), Bagai Layang-layang (Zaiton Ajamain,dbp 1990), Dalam
Pelarian I (Zaihasra, dbp 1977, Kepada Sahabat (Salmiah Ismail dbp 1993),
Perjalanan Mencari Kekasih, (Nor Aini Muhammad dbp 1997), Suara Hati (Mahaya
Mohd Yassin, dbp 1993),

Antologi Perseorangan Selepas tahun 2000 (tidak mengambil kira antologi puisi
kanak-kanak dan remaja)
1. Siti Zaleha M Hashim, Kristal di Laut Bulan. Hadiah kategori buku.2006/2007
2. Rosani Hiplee, Sari Rahsia Terindah, dbp 2007 ,
3. Rosani Hiplee, Cinta Perempuan yang Cantik, dbp 2011,
4. Rosmiaty Shaari, Dari Hitam Putih Menjadi Zarah, Iman Creative, KL 2011.
5. Raihani Mohd Saaid, Terminus A Quo, Rumah Buku Rania,2011.
6. Siti Zaleha M. Hashim, Kapal Kertas Dan Lautan Api , ITBM 2012
7. Ida Munira Abu Bakar, Kumpulan Puisi Cenderahati Kasih.ITBM 2013
8. Rositah Ibrahim, Bunga Di Atas Meja ITBM 2013
9. Noor Ainna Abd. Hamid , Syair Puteri, ITBM 2013
10. Norjana Mohd Adnan, Mahagar , ITBM ITBM 2013
11. Rosmiaty Shaari Kembali Kepada Fitrah ITBM 2013
12. Ramlah Bt Abd Rasid Perahu ITBM 2012
13. Raihani Mohd Saaid, Sidang Kultus, ITBM 2013
14. Hani Salwah Bt Yaakup, Tentang Pertanyaan ITBM 2013

Hadiah dan Anugerah


Kedudukan penyair wanita juga boleh diukur daripada hadiah atau anugerah yang
diterima di bidang penulisan. Hadiah paling berprestij (selepas Anugerah Sastera
Negara) ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM). Hadiah yang juga menjadi
impian penulis ialah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Di samping itu dunia sastera
turut diwarnai oleh hadiah-hadiah negeri, yang paling aktif ialah Johor (Hadiah
Sastera Darul Takzim), Sabah (Hadiah Sastera Sabah dan Terengganu (Hadiah
Sastera Darul Iman). Malangnya tidak ada negeri2 lain yang menganjurkan anugerah
secara konsisten.

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM).


Dari senarai panjang pemenang-pemenang HSPM sejak tahun 2000 terdapat
pencapaian wanita yang membanggakan.
1. Hadiah Kategori Buku:
Siti Zaleha M Hashim, Kristal di Laut Bulan. Hadiah kategori buku.2006/2007
Hadiah Puisi Eceran
2. Mahaya Mohd Yassin “Jati Diri" 2000-2001.
3. Raihani Mohd Saaid, “Malam Terakhir Nadim”, 2002/2005
4. Siti Zainon Ismail “Cebisan Nota Akhir Laila, Malam Tanpa Bulan di Bukit
Gombak”, 2004/2005
5. Raihani Mohd Saaid “Selepas Menonton Puteri Gunung Ledang”, 2004/2005
6. Zaiton Ajamain “Catatan Panjang Tentang Suami Skizo Dan Wanita
Skizofernik”, 2006/2007.
7. Raja Rajeswari Seetha Raman, 2006-2007.
8. Mahaya Mohd Yassin "Wanita dan Laut" 2006-2007.
9. Raihani Mohd Saaid “Negeri itu Antonius” 2008/2009
10. Rosani Hiplee, “Perempuan Cahaya” 2008/2009
11. Raihani Mohd Saaid “ Pidato Itu Brutus” 2012
12. Ainunl Muaiyanah Sulaiman “Mimipi dari Sebuah Lukisan Ilusi”

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.


Selain HSPM terdapat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan yang meriah dengan
kemenangan wanita di bidang novel remaja dan cerpen. Sesekali terdapat nama-
nama wanita yang meraih hadiah di bidang puisi. Mereka termasuklah Raihani Mohd
Saaid dengan puisi “Sajak Anum Kepada Jebat” 2007, dan “Terminus A Quo, 2011.
Di samping itu nama yang membanggakan ialah Rositah Ibrahim yang meraih
HSKU 2011 melalui sajaknya “Kembali ke Gema Dikir”,
KembalikeGemaDikir

Usia telah membawa


Kau kembali ke daerah lama
Mencari jejak-jejakpurba
Terhapus oleh jalar kota
Menyirati desa.

Angin kampungmu telah kehilangan


Irama masasilam
Kaurindu
Pada malam gempita
Oleh dikir laba
Berembun dini
Dipukau asyik
Pak yong melentikjemari.

Usiatelahmengaliharah
Membawakaukedaerahpusaka
Rositah Ibrahim

Hadiah Puisi Numera.


Rosmiaty Shaari ‘Risalah Melayu” Hadiah Utama Numera 2014

Sayembara Menulis Novel, Cerpen dan Puisi ITBM, PENA,BERITA HARIAN


Tiga puluh karya telah dipilih menerima hadiah. Di antaranya terdapat tiga
kumpulan puisi penyair wanita iaitu Tentang Tanya oleh Hani Salwa, Sidang Kultus
oleh Raihani Mohd Saaid dan Perahu karya Ramlah Abdul Rashid.

Selain dari itu, satu sayembara yang wajar disebut di sini ialah Hadiah Puisi
Kebangsaan Esso-Gapena yang dianjurkan dalam usaha Gapena untuk mencari
sajak-sajak yang sesuai dibaca di dalam Sayembara Deklamasi Puisi Hari
Kebangsaan yang telah diadakan sejak tahun 1984.Sayembara tersebut turut
menyaksikan keunggulan penyair-penyair wanita termasuk Amaruszati Noor
Rahim yang muncul dengan sajaknya “Nazam Kecintaan”’ Hasidah Disan (Di
Wajahmu, Bonda), Jariah Taha (Di Tanah Merdeka dan Pada Malam Kemenangan
Ini), Raihani Mohd. Saaid (Istana Kemerdekaan dan Kota Anak Generasi), Sairah
Haji Antin (Epilog Sang Pemimpin).

Melihat situasi penerbitan buku dan anugerah yang diadakan , maka bolehlah
dirumuskan bahawa terdapat beberapa orang penyair wanita generasi muda yang
aktif dan memperlihatkan potensi di dalam persada puisi tanah air. Beberapa orang
yang dapat dicatatkan di sini ialah:
.
Rosani Hiplee,

Anak kelahiran Kuching, Sarawak. Penerima Hadiah Karyawan Harapan Negeri


Sarawak tahun 2000, Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak tahun 1996 (puisi), 2007
(puisi) dan 2010 (puisi & esei kritikan sastera), dan Hadiah Sastera Perdana
Malaysia 2009/2010 (puisi eceran).

Karya-karya beliau pernah disiarkan di akhbar dan majalah tempatan dan nasional
seperti Utusan Sarawak, Utusan Borneo, Berita Minggu, Berita Harian, Dewan
Siswa, Dewan Sastera, Tunas Cipta, Karya, Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Pelita
Bahasa, Dewan Masyarakat, Tamadun Islam, Jendela Sarawak dan penerbitan
berkala lain malah banyak juga yang sudah diantologikan.Sari Rahsia Terindah
(2006) dan Cinta Perempuan yang Cantik (2011), merupakan dua buah kumpulan
puisi beliau yang sudah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosmiaty Shaari,
Rosmiaty telah menerbitkan antologi perseorangan Kembali Kepada Fitrah ITBM,
2013
Dari Hitamputih Menjadi Zarah, Iman Creative, KL 2011. Beliau memenangi
Hadiah Utama Puisi Numera, 2014.. kumpulan Dari Hitamputih Menjadi Zarah telah
dilancarkan dan dibicarakan di Pusat Dokumentasi HB Jassin,

Hani Salwah Yaakup


Hani Salwah adalah mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2001 anjuran Dewan
Bahasa & Pustaka (DBP). Mula menulis dalam genre cerpen. Karya beliau pernah
disiarkan di dalam antologi Tunas Karyawan 3, Edusystem Sdn Bhd, Antologi 12!,
Kelab Alumni MPR, Antologi Gema Membelah Gema, BAHASA Sabah, Karyawan
2011, Persatuan Penulis Nasional (PENA), Tunas Cipta, Mingguan Malaysia dan
Berita Minggu. Berpengalaman menulis lirik, puisi, artikel, skrip untuk rancangan
radio.

AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN


Karya beliau seperti cerpen dan puisi pernah disiarkan dalam akhbar dan
majalah seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Harian Metro Tunas Cipta,
Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Fokus, URTV, Mutiara Minda dan
Pentas. Puisinya dimuatkan dalam antologi Takah Lima Puluh (PENA, 2011), Karya
Sasterawan 2011 (PENA, 2011), Koleksi Puisi (Balai Seni Visual Negara, 2012).
Sebuah cerpennya dipilih untuk Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia (ITBM,
2013). Buku pertamanya berjudul Sepetang di Kafe Biblioholic diterbitkan oleh JS
Adiwarna, 2013. Puisinya "Mimpi dari Sebuah Lukisan Ilusi" pernah memenangi
Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 dalam kategori puisi eceran.

RAIHANI MOHD SAAID


Penulis ini dinamakan oleh Lim Swee Tin sebagai penyair wanita generasi baru yang
terpenting, dalam kertaskerjanya “Penyair Wanita Generasi Baru” (dibentangkan
di Hari Puisi, 1999 di Seremban). Beliau adalah peserta MPR 1997. Sajaknya tersiar
di Berita Minggu, Dewan Sastera, Mingguan Malaysia, Dewan Budaya, Tunas
Cipta.
Antara pencapaiannya dalam puisi ialah : memenangi Sayembara Puisi Esso-
Gapena, 1994. HSPM 2004/2005, 2008/2009 , 2012 , HSKU 2007, 2011 dan
Sayembara ITBM,PENA, BERITA HARIAN 2013.
penutup

Semoga taman puisi kita terus berbunga mekar dengan penyertaan penyair-penyair
wanita baru bagi meneruskan perjuangan yang telah direntas oleh generasi
sebelumnya.

You might also like