Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Di mana Malaysia?

Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan


di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan satu
wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan
329,847 kilometer persegi (127,350 batu²). Malaysia terbahagi
kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu
Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat
dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand,
Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan
SingapuraFilipina. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta
orang.

Ada berapa negeri dan wilayah di Malaysia?

Malaysia dibahagikan kepada 13 buah negeri dan 1 Kerajaan


Persekutuan . Negeri-negeri yang terdapat di Malaysia ialah Johor,
Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah,
Perlis, Kelantan, Terenganu, Pahang, Sarawak dan Sabah, manakala
Kerajaan Persekutuan terdapat 1 wilayah iaitu Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (Selangor).
Macam mana rupa bendera Malaysia?

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi


14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula
dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur
putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam
persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke


bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya
perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi
anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan
(Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan


Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah
warna Diraja bagi Duli-duli.
Jata Malaysia

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang


pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam
Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala
bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama
rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan


Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok
Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini
adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat
jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna
hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna
Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan
kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-
negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah
bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak
di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga
Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai
penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu
digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah
Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi
di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna
Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Lagu Kebangsaan Malaysia – Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidupbersatu dan maju,

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,


Raja kita selamat bertakhta,

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan.


Raja kita selamat bertakhta

Keistimewaan Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat


daripada pelbagai etnik. Dalam kumpulan etnik tersebut, terdapat
subetnik yang lebih kecil yang menjadikan Malaysia kaya dengan
pelbagai budaya. Masyarakat Cina di Malaysia merupakan salah
satu kumpulan etnik yang bersifat demikian.

Masyarakat Cina di Malaysia berasal daripada masyarakat imigran,


iaitu masyarakat yang dibentuk oleh orang Cina di luar China.
Kewujudan masyarakat imigran bermula dengan kedatangan orang
Cina dari selatan China, terutama Provinsi Fujian atau Hokkien,
Guangdong dan Pulau Hainan ke Lautan Selatan, iaitu Nanyang,
secara besar-besaran pada abad ke-18. Dengan
berlatarbelakangkan demikian, pada umumnya, subetnik Cina boleh
diidentifikasikan melalui sifat budaya terutamanya penggunaan
bahasa dialek dan tempat asal-usul. Pengkategorian tersebut
disebut dalam bahasa Cina sebagai fangyanqun.

You might also like