Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 54

Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak

(INSTITUTE OF EARLY YEARS DEVELOPMENT)


i-EYD

MODUL PENGAJARAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


(DAM 404)

TAHUN 2008

Disediakan oleh

Panel Penggubalan Kurikulum DPAK


Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak

1
Senarai Kandungan

Objektif Mata Pelajaran


Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
1. Memahami prinsip-prinsip di dalam perkembangan fizikal awal kanak-
kanak
2. Mengetahui tentang tahap-tahap perkembangan fizikal kanak-kanak
3. Memahami tentang perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan
fizikal kanak-kanak
4. Mengetahui perkembangan psikomotor (motor kasar dan motor halus)
kanak-kanak
5. Memahami ciri-ciri dan komponen-komponen dalam pergerakan kreatif
dan kaitannya dengan perkembangan psikomotor kanak-kanak
6. Memahami peranan guru dalam meningkatkan kemahiran motor kasar
kanak-kanak melalui pendidikan jasmani dan pergerakan kreatif
7. Mengetahui tentang ciri-ciri perkembangan fizikal kanak-kanak dan
hubungkait dengan kesihatan dan keselamatan

2
SENARAI KANDUNGAN

Latar Belakang Modul

Unit 1: Prinsip-Prinsip Perkembangan Fizikal Awal Kanak-Kanak Dan Arah


Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
1.1 Teori Berkaitan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
1.2 Tahap-Tahap Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
1.3 Perbezaan Antara Perkembangan Dan Pertumbuhan Kanak-Kanak
1.4 Arah Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

Unit 2: Kemahiran Psikomotor Awal Kanak- Kanak


2.1 Kemahiran Motor Halus
2.2 Kemahiran Motor Kasar

Unit 3: Pendidikan Jasmani


3.1 Objektif Pendidikan Jasmani
3.2 Ciri-Ciri Pendidikan Jasmani
3.3 Komponen-Komponen Di Dalam Pendidikan Jasmani
3.4 Aktiviti-Aktivivi Di Dalam Pendidikan Jasmani
3.5 Unsur-Unsur Permainanan Di Dalam Pendidikan Jasmani
3.6 Peranan Pendidikan Jasmani Untuk Kecerdasan Dan Kecergasan Kanak-
Kanak
3.7 Penggunaan Props Di Dalam Pendidikan Jasmani

Unit 4: Pergerakan Kreatif


4.1 Definisi Dan Objektif Pergerakan Kreatif
4.2 Tujuan Pergerakan Kreatif
4.3 Hubungkait Pergerakan Kreatif Dengan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
4.4 Elemen-Elemen Di Dalam Pergerakan Kreatif
4.5 Lakuan-Lakuan Di Dalam Pergerakan Kreatif
4.6 Unsur-Unsur Kreativiti Di Dalam Pergerakan Kreatif
4.7 Penggunaan Muzik Dan Props Di Dalam Pergerakan Kreatif
4.8 Unsur-Unsur Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Pergerakan Kreatif

Unit 5: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan


Pergerakan Kreatif Di Dalam Aktiviti Harian Kanak-Kanak
3
5.1 Objektif
5.2 Kebolehan Dan Keupayaan Kanak-Kanak
5.3 Aktiviti Yang Dicadangkan
5.4 Bahan
5.5 Pemerhatian Dan Penilaian

Unit 6: Peranan Guru Di Dalam Meningkatkan Kemahiran Motor Kasar


Kanak-Kanak
6.1 Kefahaman Dan Pengetahuan Guru
6.2 Kebolehan Di Dalam Kemahiran Motor
6.3 Ransangan Dan Galakan
6.4 Keupayaan Dan Penerimaan Kanak-Kanak
6.5 Kreativiti Dan Rangsangan

Unit 7: Ciri –Ciri Keselamatan Dan Kesihatan Kanak-Kanak Dan Kaitannya


Dengan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
7.1 Keselamatan
7.1.1 Menyedari Dan Mengenali Perlakuan Atau Tindakan Yang Boleh
Menyebabkan Kemalangan Dan Bahaya
7.1.2 Mengenali Dan Menghindari Tempat Berbahaya

7.2 Kesihatan
7.2.1 Mengetahui Pentingnya Menjaga Kebersihan Tubuh Badan Dan
Pakaian
7.2.2 Memakai Pakaian Yang Sesuai Mengikut Keadaan
7.2.3 Mengetahui Makanan Yang Seimbang Serta Tabiat Makanan Yang
Baik
7.2.4 Mengamalkan Pergerakan Yang Betul Untuk Postur Terbaik

Penutup

Rujukan

LATAR BELAKANG PENULISAN MODUL

4
Modul ini merupakan buku panduan belajar bagi subjek Pendidikan
Perkembangan Fizikal Awal Kanak-Kanak bagi kategori Asas Major yang
diwajibkan oleh Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak kepada setiap pelajar.
Seluruh kandungan kurikulum disediakan oleh pensyarah Institut yang terlatih
dan telah diluluskan oleh LAN. Pihak Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak
telah menyediakan strategi dan kaedah pengajaran yang difikirkan sesuai
mengikut keperluan institut. Oleh itu, modul ini mungkin berbeza dengan modul
IPTS lain walaupun menggunakan kurikulum yang sama.

Strategi yang digunakan dalam modul ini ialah mendorong dan


membimbing pelajar yang mengikuti subjek ini lebih bersedia apabila menghadiri
kelas pengajian. Itu sebab, pelajar yang mendapat modul ini perlu mengambil
langkah-langkah berikut:

1) Meneliti keseluruhan kandungan dan seterusnya mencatat tindakan


yang perlu mereka ambil sebelum kelas (prasesi pengajian), sewaktu
pengajian dan selepas sesi pengajian.

2) Pelajar perlu mengambil tindakan tersebut bagi memudahkan pelajar


dan pensyarah menjalankan aktiviti semasa kelas berlangsung.

3) Mewujudkan kumpulan belajar (antara 3 hingga 5 orang) sebagai


persiapan melakukan aktiviti yang bersifat kumpulan.

Menerusi modul ini, pelajar telah diberi “maklum” secara ringkas dan
umum kandungan pelajaran yang bakal mereka ikuti. Pelajar juga dapat
merancang (masa, bahan dan tempat) untuk melaksanakan tugasan yang akan
ditentukan oleh pensyarah. Ini semua memudahkan pelajar mengurus pengajian
mereka.

Modul ini memang sedari awal lagi tidak berhasrat menjadi satu-satunya
bahan rujukan bagi mengikuti pengajian ini. Kandungan dalam modul ini hanya
sekitar 30 % daripada keseluruhan kandungan kurikulum. Pelajar wajib mengikuti
kelas bersemuka dengan pensyarah / tutor bagi mendapat kefahaman sebenar.
Pelajar perlu mengikuti kuliah, melakukan aktiviti yang disediakan dan
melaksanakan tugasan yang diberi. Ulasan dan bimbingan daripada pensyarah
amat diperlukan bagi memaksimumkan pencapaian objektif mata pelajaran ini.

Sekian.

“ SELAMAT BELAJAR “

Puan Zainun Ishak


Ketua Panel Subjek

UNIT 1

5
Tajuk:

PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL AWAL KANAK-KANAK DAN


ARAH PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Peruntukan Masa:
8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. menyatakan teori berkaitan perkembangan fizikal kanak-kanak
2. menyenaraikan tahap-tahap perkembangan fizikal kanak-kanak
3. menjelaskan perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-
kanak
4. mengenalpasti arah perkembangan fizikal kanak-kanak
5. melakukan berbagai aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. memahami prinsip-prinsip di dalam perkembangan fizikal awal kanak-
kanak
2. mengetahui tentang tahap-tahap perkembangan fizikal kanak-kanak
3. memahami tentang perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan
fizikal kanak-kanak

Senarai Tajuk Pelajaran:

1.1 Teori Berkaitan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak


1.2 Tahap-Tahap Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
1.3 Perbezaan Antara Perkembangan Dan Pertumbuhan Kanak-Kanak
1.4 Arah Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

6
1.1 Pembelajaran Kemahiran Fizikal Kanak-Kanak

Pergerakan merupakan suatu daya yang wajib bagi seorang individu. (Wall dan
Murray, 1994). Maka amatlah penting kanak-kanak didedahkan dengan
mempelajari untuk bergerak dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu.
Sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah mempunyai
minat tentang aktiviti yang mereka ajar. Guru juga hendaklah bertanggungjawab
apabila mengendalikan sesuatu pengajaran pembelajaran aktiviti fizikal kerana
kemahiran yang akan dipelajari kanak-kanak akan menjadi asas yang kukuh
dalam perkembangan pergerakan mereka. Kemahiran yang dipelajari oleh
kanak-kanak akan menjadi suatu pengalaman yang berharga dalam hidupnya.

Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak adalah seronok. Di samping itu,


pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana guru dan murid berinteraksi
dalam suasana yang riang dan gembira. Dengan itu, pengajaran haruslah
seronok dan hendaklah menjadi suatu masa yang riang bagi guru dan kanak-
kanak. Wall (1981) telah menyatakan aktiviti fizikal seperti berikut:

“Making discoveries about what one’s body can do, becoming skilled,
inventing ways of getting on & off an obstacle, creating one’s own dance, maybe
sharing the creation with a friend, are all rewarding experiences”.

Suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan oleh tubuh badan dan
memperolehi kemahiran adalah pengalaman yang menguntungkan. Selain itu
kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai
halangan atau rintangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara
berpasangan.

Aktiviti pergerakan fizikal merupakan masa bergerak untuk kanak-kanak.


Sememangnya kanak-kanak di peringkat awal gemar bergerak dan mereka tidak
suka menjadi pemerhati sahaja dalam sesuatu aktiviti. Sudah menjadi sifat
semula jadi kanak-kanak suka melakukan aktiviti di dalam gimnasium atau di luar
bilik darjah. Mereka ingin bergerak bebas dan tidak gemar terikat dengan aktiviti
di dalam bilik darjah sahaja. Di samping itu, penggunaan peralatan dan lain-lain
ransangan akan memberi lebih cabaran kepada mereka semasa melakukan
pergerakan.

7
Dalam lingkungan umur 4 hingga 9 tahun, kanak-kanak mempunyai sifat yang
tersendiri dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi, rohani dan estetika pergerakan.
Kemahiran asas dalam aspek ini mempunyai perhubungan di antara satu
dengan yang lain. Kanak-kanak haruslah diberi pengalaman pembelajaran
pergerakan bermula dari peringkat prasekolah lagi. Pada peringkat umur 4
hingga 6 tahun, mereka didorong semangat ingin tahu yang menyebabkan
mereka sentiasa cergas. Oleh itu kita dapati kanak-kanak sentiasa suka
menjelajah mencari pengalaman untuk memperoleh kemahiran serta
pengetahuan baru melalui pancainderanya. Pengalaman tersebut boleh
diperoleh melalui aktiviti pergerakan fizikal yang berstruktur dan terancang,
terutamanya di peringkat prasekolah lagi.

1.2 Kepentingan Pembelajaran Fizikal


• Menghargai tubuh badan
Aktiviti fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak menjadikan mereka
mengetahui tentang tubuh badan dan mereka akan menghargai tubuh badan
sendiri.
• Menguasai kemahiran fizikal
Pengalaman dalam pergerakan tubuh badan, dalam berbagai permainan
akan mempertingkatkan lagi penguasaan sesuatu kemahiran.
• Perlakuan keupayaan fizikal
Kanak-kanak akan berlatih sesuatu kemahiran yang dipelajari. Mereka akan
melakukan kemahiran aktiviti dengan berbagai cara seperti dengan
mengguna alatan besar dan alatan kecil mengikut keupayaan mereka.
• Melahirkan perasaan melalui pergerakan
Kanak-kanak dapat melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan yang
mereka lakukan seperti perasaan riang semasa melakukan pergerakan
seperti burung.
• Mewujudkan kerjasama dan semangat pertandingan
Dalam permainan dan perlumbaan, kanak-kanak inginkan pasukan mereka
menang dan mereka akan bekerjasama di antara mereka. Mereka juga akan
patuh kepada syarat yang diberi oleh guru dan akan menerima kekalahan
dengan semangat pertandingan.
• Menjelajahi kemahiran dipelajari
Kemahiran yang dipelajari akan dipraktik juga di rumah bersama keluarga
dan rakan sebaya.
• Mengguna kemudahan yang sedia ada

8
Kanak-kanak akan melakukan aktiviti di mana saja seperti di padang, di
taman permainan dan di halaman rumah.
• Perasaan kinestetik
Penguasaan sesuatu kemahiran menimbulkan perasaan bangga tentang
perlakuan yang dilakukan adalah ‘betul’.
• Meningkatkan kecergasan
Kemahiran sesuatu aktiviti pegerakan dapat membantu mempertingkatkan
lagi kecergasan fizikal kanak-kanak.
• Membantu pertumbuhan dan kesihatan serta kesejahteraan hidup
Perkembangan pertumbuhan dan kesihatan serta kesejahteraan hidup akan
lebih meningkat apabila melakukan aktiviti fizikal.
• Mewujudkan gaya hidup sihat dan aktif, cekap dan serba boleh
Kanak-kanak akan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Mereka akan
sentiasa riang, cergas, cekap dan versatile.
• Pergaulan yang sihat
Mereka dapat bergaul dengan sihat dan akan menerima rakan sebaya
dengan selesa. Mereka juga dapat mempengaruhi persahabatan dengan
sihat, dan akan menjadi popular di kalangan rakan-rakan. Mereka juga akan
lebih yakin diri dan mempunyai imej diri yang baik.

1.3 Matlamat Kemahiran Fizikal Kanak-Kanak


• Aktiviti fizikal membantu kanak-kanak menguasai kemahiran fizikal
yang dipelajari.
• Perlakuan aktiviti kemahiran fizikal dapat meningkatkan pertumbuhan
dan perkembangan fizikal kanak-kanak
• Kemahiran fizikal meningkatkan kecergasan fizikal kanak-kanak
• Perlakuan pergerakan dapat membantu kanak-kanak memahami
sesuatu pergerakan yang dipelajari dengan lebih jelas
• Kanak-kanak dapat mengaplikasi pergerakan yang dipelajari di luar
sekolah bersama rakan dan keluarga
• Kanak-kanak akan memperolehi sikap aktif sepanjang hayat
• Kemahiran bersosialisasi akan diperolehi semasa perlakuan aktiviti
fizikal
• Daya kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui kemahiran
fizikal
• Meningkatkan daya estetik dalam pergerakan seperti cara berjalan
dengan postur yang betul

9
1.4 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
Perlakuan aktiviti fizikal membantu daya kekuatan dan stamina kanak-kanak,
membantu mengamal tabiat postur yang baik, meningkatkan kemahiran asas
motor dan kecekapan diri kanak-kanak.

Pertumbuhan kanak-kanak akan berkembang secara menyeluruh. Perlakuan


kemahiran fizikal juga akan menggalakkan lagi kanak-kanak melakukan
kemahiran dengan lebih cekap. Sikap mereka akan lebih positif dan mereka
akan menjadi orang yang ’physically literate’.

1.5 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Masa Kini: Hidup sihat dan cergas pada zaman
yang berteknologi tinggi
Kanak-kanak memerlukan perkembangan psikomotor yang cekap agar hidup
sihat;
• Perlu menguasai pergerakan asas yang baik (seperti berjalan,
berlari, merangkak)
• Perlu menguasai kemahiran aktiviti manipulatif agar lebih cekap
• Perlu menguasai pergerakan lokomotor berdasarkan pola
lokomotor seperti: Lari, pergerakan kasar/ besar, pergerakan dengan
kemahiran aktiviti manipulatif (manipulasi alatan bola, tali, gelung, dan lain-
lain)

1.6 Kanak-Kanak: Bergerak; Berfikir; Berperasaan

Pembelajaran fizikal kanak-kanak boleh dirujuk seperti berikut:

KANAK-KANAK BERGERAK (MOVING)


Pembelajaran Psikomotor
Kecekapan Fizikal
Kecergasan Prestasi
Kecergasan Fizikal

KANAK-KANAK BERFIKIR (THINKING)


Pembelajaran Kognitif
Mengetahui, Aplikasi, Imaginatif, Menerima

10
KANAK-KANAK BERPERASAAN (FEELING)
Pembelajaran afektif (kesan)
Tindakan, Sikap, Konsep Diri

1.7 Kecekapan Fizikal Kanak-Kanak


Aktiviti kemahiran fizikal membuat kanak-kanak cekap dalam semua aspek.
Mereka mempelajari pendidikan tubuh badan dan pergerakan dan pendidikan
tubuh badan dalam pergerakan. Pembelajaran juga membantu dalam
penglahiran pergerakan badan dan perkembangan keupayaan kognitif dan
afektif dalam penyelesaian masalah. Ia juga menjadikan suatu cabaran dalam
permainan.

Kemahiran fizikal juga membantu perkembangan kesihatan organisma tubuh


badan. Kanak-kanak dapat mengenali tubuh badan mereka dan seterusnya
menguasai serta menjalani asas kemahiran motor mengikut keupayaan diri
sendiri. Sesuatu pergerakan membantu kanak-kanak meluahkan perasaan di
dalam pergerakan.

Sikap terhadap aktiviti fizikal akan diperolehi dan dengan secara tidak langsung
estim diri (self-esteem), sikap bertolak ansur, sifat menghormati orang lain,
menyayangi diri dan menyayangi orang lain serta sikap menyayangi alam
sekeliling dapat dipertingkatkan.

Dari segi kesihatan, kanak-kanak akan mengamal tabiat kesihatan yang baik
seperti menjaga diri dan rakan serta menjaga kebersihan alam sekeliling. Oleh
itu kanak-kanak dapat menghormati undang-undang permainan serta memberi
kerjasama untuk pembinaan. Mereka dapat menerima pengetahuan tentang
anggota badan, keupayaan untuk bergerak dan kesedaran tentang penggunaan
ruang, masa dan asas kedudukan badan. Kanak-kanak juga mengetahui nilai
dan menyertai dalam penglahiran idea yang bersesuaian dengan diri dan budaya
setempat.

1.8 Pola Pertumbuhan Kanak-Kanak


Pertumbuhan pesat bermula ketika kanak-kanak dilahirkan hingga umur 5 tahun.
Pada peringkat umur 6 tahun sehingga remaja, pertumbuhan perlahan, ‘steady’.
Pola pertumbuhan seterusnya semakin bertambah dari masa ke semasa.

11
Ketika remaja, pertumbuhan pesat hingga ke dewasa. Semasa di sekolah
rendah, kanak-kanak lelaki biasanya lebih tinggi dan berat badan juga adalah
lebih. Kanak-kanak perempuan pula akan lebih tinggi dan lebih berat ketika
mereka berada di Tahun 6 dan Tahun 7 (umur 12 dan 13 tahun). Sejurus itu,
kanak-kanak lelaki akan ‘catch up’. Biasanya bahagian bawah badan lebih
pendek (short legs) dan bahagian ‘trunk’ lebih panjang. Oleh itu guru perlu
mengetahui tentang aktiviti fizikal yang perlu diajar dan yang bersesuaian
dengan pertumbuhan kanak-kanak.

1.8.1 Bentuk Badan Kanak-Kanak (Body physique)


Bentuk badan kanak-kanak akan mempengaruhi kualiti prestasi motor
mereka:
• Kanak-kanak (mesomorph): otot, tulang, dan mereka amat cergas
(muscled).
• Kanak-kanak (ectomorph): kurus; lemah dan perlu lakukan aktiviti
kecergasan.
• Kanak-kanak (endomorph): gempal, bulat, gemuk; perlu banyak
pergerakan.

1.8.2 Pertumbuhan Tulang


Aktiviti fizikal mempengaruhi pertumbuhan, struktur dalam tulang
Aktiviti pantas memberi kesan terhadap tekanan, ‘tension’ dan
mengelakkan kepatahan tulang. Pertumbuhan tulang menjadi lebih baik
dan terhadap pertumbuhan otot. Berbagai aktiviti boleh diperkenalkan
kepada kanak-kanak untuk pertumbuhan tulang dengan baik.

1.8.3 Kekuatan Otot


Kekuatan otot akan bertambah mengikut umur kanak-kanak. Juga
mengikut saiz badan dan kumpulan badan (body mass). Kanak-kanak
lelaki lebih kuat daripada kanak-kanak perempuan.

1.8.4 Jenis Fiber Otot Dan Prestasi


Saiz otot akan bertambah mengikut saiz setiap otot fiber.
Tisu otot tulang cepat mengecut (FT) atau lambat mengecut (ST)
ST – mendapat banyak darah untuk tenaga (sesuai untuk aktiviti aerobik)
FT – aktiviti pantas, cepat lesu (sesuai jangka masa pendek)
(Kekuatan (strength) dan prestasi motor)

12
Kekuatan dan prestasi motor kanak-kanak berkait rapat dengan saiz
badan. Kanak-kanak menunjukkan kekuatan dan prestasi motor dalam
aktiviti fizikal yang dilibati. Kanak-kanak gemuk kuat dari segi daya
kekuatan tetapi lemah untuk daya bagi berat badan.

1.9 Aktiviti Komponen Fizikal Dan Kreativiti

1.9.1 Menguasai Motor Kasar


Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor berjalan berbagai gaya, berlari, melompat, skip, galop,
melungsur
Bukan Lokomotor menghayun badan, tunduk dan meregang badan,
menolak dan menarik, mengilas badan, menggoyang
badan, melantun badan

1.9.2 Elemen dan Dimensi Pergerakan


Arah ke depan, ke belakang, ke sisi, ke atas, ke bawah
Masa cepat, sederhana, lambat
Daya lembut dan kuat, lemah dan kuat, berat dan ringan
Aliran terikat, bebas
Laluan lurus, melengkung, zig-zag
Aras tinggi, sederhana, rendah

1.9.3 Manipulasi dengan berbagai alatan


• Menguasai motor halus
• Kordinasi mata - tangan
• Kordinasi mata - kaki
• Kordinasi anggota badan

1.9.4 Manipulasi dengan berbagai alatan


Menguasai motor halus
Memanipulasi alatan seperti pundi kacang, bola besar/ kecil, tali, gelung, bola
dan pemukul, kayu, gelung kecil/ besar, belon, reben

1.9.5 Asas Gimnastik untuk Kanak-Kanak


Imbangan di atas berbagai anggota badan;
Pemindahan berat badan
Gulingan berbagai gaya
13
1.9.6 Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak
Menguasai permainan untuk motor kasar dan motor halus
Berbagai contoh permainan yang sesuai untuk kanak-kanak

1.9.7 Pergerakan Kreatif


Menguasai motor kasar dan motor halus
Melahirkan perasaan melalui pergerakan
Aktiviti menjelajah dan meneroka dengan menekankan elemen dan dimensi
pergerakan – arah, masa, daya, aliran, laluan, laluan dan aras pergerakan

1.9.8 Gerakrama untuk kanak-kanak


Menguasai motor kasar dan motor halus
Peka terhadap rangsangan
Pergerakan mengguna rangsangan seperti alat genderang dan muzik

1.10 Ciri-Ciri dan Minat Awal Kanak-Kanak


1. Ciri-Ciri Psikomotor:
 Bising, aktif, ego, ingin menunjuk dan berimaginatif, inginkan
perhatian.
 Perlu permainan yang cergas, permainan berpasukan, perlumbaan.
 Untuk perkembangan otot kasar: Perlu kemahiran membaling bola,
menangkap dan melantun bola.
 Semula jadi sifat ritma: Perlu penggunaan ritma dan muzik.
 Kanak-kanak akan cepat letih tetapi cepat pulih: Perlu aktiviti
pendek tetapi cergas, dan perlu rehat.
 Perkembangan kordinasi mata-tangan: Perlu aktiviti memanipulasi
objek seperti bola, pundi kacang dan gelung.
 Perkembangan persepsi: Perlu latihan yang seimbang kemahiran
aktiviti yang dipelajari.
 Kedudukan pinggul: Perlu memberi perhatian pada masalah postur.
Perlu latihan kekuatan pada bahagian abdomen.

2. Ciri-Ciri Kognitif:
 Perhatian pendek: Perlu tukar aktiviti dan penjelasan hendaklah
pendek dan jelas.

14
 Berminat dengan apa tubuh badan boleh lakukan dan sifat ingin
tahu: Perlu melakukan pergerakan melalui pengalaman.
 Ingin tahu, bertanya mengapa pergerakan seperti ini? Perlu
jelaskan jenis aktiviti yang dilakukan dengan bersebab.
 Memberi pendapat tentang sesuatu idea: Galakkan kanak-kanak
supaya kreatif
 Mula memahami kerja berpasukan: Perlu fikirkan aktiviti yang
memerlukan kerjasama dalam kumpulan dan berbaincang.
 Mula memahami kata-kata bergurau: Perlu selitkan dalam
pengajaran agar tidak terlalu serius.
 Kreativiti yang baik: Galakkan kanak-kanak mencuba aktiviti baru
dan berkongsi pendapat dengan rakan.

3. Ciri-Ciri Afektif (kesan)


 Belum peka pada gender: Perlu aktiviti sama bagi kanak-kanak
lelaki dan perempuan.
 Sensitif dan perseorangan, konsep diri, tidak boleh terima
kekalahan, suka aktiviti dalam kumpulan kecil: Perlu beri peluang
yang sama kepada semua kanak-kanak.
 Sensitif kepada guru, suka perhatian guru, agak nakal, suka aktiviti
gulingan: Perlu aktiviti di lantai dan aktiviti gulingan.
 Suka perhatian personal: Perlu beri peluang kepada semua kanak-
kanak dalam bentuk bertutur atau tidak.
 Suka aktiviti memanjat dan mengembara: Perlu aktiviti kekuatan
otot besar seperti memanjat.

Amali:
• Berbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
• Penggunaan alatan gelung sebagai halangan dan rintangan
• Permainan dan perlumbaan untuk kanak-kanak
• Aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti

15
UNIT 2

Tajuk:
KEMAHIRAN PSIKOMOTOR AWAL KANAK-KANAK

Peruntukan Masa:
8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. menyatakan kemahiran motor halus kanak-kanak
2. menyatakan kemahiran motor kasar kanak-kanak
3. mengenalpasti berbagai aktiviti motor kasar dan motor halus
4. melakukan aktiviti motor kasar
5. melakukan aktiviti memanipulasi dengan berbagai alatan

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. menjelaskan fungsi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak
2. memahirkan diri dengan aktiviti pelbagai alatan
3. memantapkan kemahiran motor kasar

Senarai Tajuk Pelajaran:

2.1 Kemahiran Motor Halus


2.2 Kemahiran Motor Kasar

16
2.0 Tubuh Badan Selaku ‘instrumen’

• Apabila tubuh badan melakukan sesuatu pergerakan, bahagian otot


pada tulang dan sendi akan bertindak dan akan mewujudkan pergerakan
seterusnya akan mempengaruhi posisi postur
• Pergerakan Keseluruhan Badan atau Anggota Badan dilakukan secara
berurutan atau berperingkat (berjalan, berlari, melompat)
• Pergerakan dilakukan seperti biasa (visceral) atau ke sisi (side line/
peripheral)

Asas Pergerakan Kanak-Kanak - Lokomotor dan Bukan Lokomotor


• Pergerakan Bukan Lokomotor
 Berisyarat (Gestural) – Pergerakan tanpa beban (Non-weight
bearing movement)
 Melibatkan postur (postural) Pergerakan posisi badan, tulang
belakang (Movement of the axis of the body, the spine)
• Pergerakan Lokomotor
 Pemindahan berat badan/ pergerakan di udara/ruang (Weight
transfer/ moving through space):

Contoh:
• Jalan: sebelah kaki ke sebelah kaki lain, sebelah kaki sentiasa di
lantai.
• Lari: sebelah kaki ke sebelah kaki lain, semasa pindah badan, seketika
di udara.

Contoh:
• Lari melangkah (Leap)
• Lompat: Dua kaki ke dua kaki
• Ketingting: Lompat atas sebelah kaki
• “jop”: (hopscotch) Separuh lompat/ ketingting (2 to 1 or 1 to 2)
• assemblé: Lompat melangkah sebelah kaki ke 2 belah kaki
• sissonne: Lompat dua belah kaki ke sebelah kaki
• Galop: Langkah, lompat (panjang pendek) beritma (leading step)
• Slide: Galop ke sisi (Sideways gallop).
• Sekip: Langkah dan lompat beritma

17
Pergerakan tanpa mengguna kaki:
Contoh:
• Merangkak: memindah anggota badan atas lantai
• Mengguling: memindah berat badan ke anggota badan lain

Penggunaan ruang, laluan, arah, tenaga dalam pergerakan


• Penggunaan ruang
 Aktiviti pergerakan seperti berjalan, berlari, melompat boleh
dilakukan secara individu atau berkumpulan.
 Pergerakan hendaklah dilakukan dalam 3 aras.
Contoh:
Aras tinggi (lari, lompat)
Aras sederhana (hayun badan sambil membongkokkan badan,
merangkak)
Aras rendah (melungsur, mengguling)
(Kesemua pergerakan mempunyai perkaitan dengan ruang dan
perkaitan badan dengan ruang).

• Laluan
Semua pergerakan lokomotor memerlukan laluan.
Semua pergerakan memerlukan penggunaan anggota badan.
Contoh laluan: lurus, bengkang-bengkok, melengkung, zig-zag

• Arah
Arah pergerakan adalah berkaitan dengan perlakuan dan penggunaan
ruang. Arah mempunyai perkaitan dengan perlakuan dan arah menuju ke
sesuatu tempat

Empat Daya Pergerakan oleh Laban (‘Laban’s 4 Efforts’)

• Aliran (Flow)
Aliran Bebas: Pergerakan tanpa tekanan pada otot.
Badan bergerak dengan bebas dan licin tanpa tersekat.
Aliran Terikat: Pergerakan terkawal dan tekanan pada otot.
Pergerakan badan bergerak dengan terikat menjadi laju dan tiba-tiba
terhenti.
18
• Tenaga (Force) (beban dan kekuatan)
Pergerakan Kuat: Guna tenaga dengan kuat (tumbuk, tekan).
Pergerakan Ringan: Lembut, “airy” quality, ringan (burung terbang)

• Masa
Semerta (sudden): Cara mengejut (merenjis)
Perlahan (sustained): Penggunaan masa lebih lambat (menarik badan di
lantai).

• Ruang (Space)
Terus (direct): Fokus ruang yang tepat
Tidak terus (indirect): Mempunyai lebih dari satu fokus ruang

Kualiti Pergerakan
• Enam Kualiti Pergerakan oleh H. Doubler (‘H. Doubler’s 6
Qualities of Movement’)
‘Percussive’: Pergerakan jelas dan kuat (Sharp) (staccato)
‘Sustained’: Lembut (Smooth), sama dan mengeluarkan tenaga (legato)
‘Vibratory’: Bergetar, bergoyang
‘Suspension’: Ringan (denial of gravity)
‘Collapse’: Berat (giving into gravity)
‘Swing/Pendular’: Kombinasi berturutan “suspension and collapse”

Ritma
• Ritma (bunyian, pergerakan dll.) yang dirangsangkan untuk perlakuan
• Penggunaan tempo (sama tempo atau berlainan)
• Tempo tidak sama (breath, biorhythms, waves, wind)
• Penekanan pada intonasi (Accent Emphasis)

Ritma dalam pegerakan


• Pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak mempunyai ritma.
• Guru hendaklah memberi ransangan bagi perlakuan seperti tepuk
tangan dan bergerak mengikut ritma tepukan.
• Berbagai peralatan boleh digunakan seperti alatan genderang
(tamborin, loceng) dan berbagai jenis muzik.

19
• Rangsangan pergerakan akan membantu kanak-kanak supaya
lebih bersemangat melakukan sesuatu pergerakan dan akan
meningkatkan lagi daya kreativiti mereka.

2.1 Motor Kasar dan Motor Halus Kanak-Kanak

Pergerakan asas bagi kanak-kanak adalah pergerakan yang melibatkan motor


kasar dan motor halus. Pergerakan motor kasar ialah pergerakan lokomotor
dengan kaki seperti berjalan, berlari dan melompat.

Pergerakan motor halus pula boleh didefinisikan sebagai kordinasi pergerakan


otot halus seperti di bahagian jari kanak-kanak dengan pergerakan mata.
Kawalan otot halus di tangan dengan menggunakan tangan, jari dan ibu jari.
Pergerakan jari seperti menulis, melukis dan memakai butang baju adalah
contoh yang baik bagi kordinasi motor halus tangan dan mata kanak-kanak.

Contoh-contoh bagi pergerakan aktiviti fizikal ialah seperti berikut:


• Membaling pundi kacang ke dalam bakul;
• Membaling dan menangkap bola;
• Membaling bola dan menumbangkan botol plastik (seperti
permainan bowling).

Amali:
• Berbagai contoh aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor yang
sesuai untuk kanak-kanak
• Penjelasan dan penggunaan ruang, laluan, arah, tenaga dalam
pergerakan
• Penjelasan dan penggunaan ritma dalam pergerakan
• Penggunaan berbagai alatan sebagai halangan dan rintangan
• Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti

Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan mendapat maklumat seperti berikut:


Kumpulan 1: Pergerakan bukan lokomotor
Kumpulan 2: Pergerakan lokomotor dan maksud penggunaan ruang, laluan,
arah, tenaga
Kumpulan 3: Rudolf Laban – pengasas Pendidikan Pergerakan
Kumpulan 4: M.H. Doubler – 6 kualiti Pergerakan
Kumpulan 5: Penggunaan ritma dalam pergerakan
20
2.1.1 Aktiviti Lokomotor

Pergerakan aktiviti lokomotor ialah pergerakan kanak-kanak dari satu


tempat ke satu tempat yang lain. Aktiviti asas lokomotor adalah berjalan,
berlari dan melompat.

Contoh pergerakan lokomotor:


Kanak-kanak bergerak dengan berbagai gaya (lari, lompat, sekip)
Bergerak ke bagai arah (ke depan, belakang sisi)
Bergerak ke berbagai aras (tinggi, sederhana, rendah)
Bergerak dengan mengguna berbagai laluan (lurus, bengkok, zig-zag)

2.1.2 Aktivti Bukan Lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan pergerakan yang dapat


dilakukan oleh badan yang berada di suatu tempat khusus. Pergerakan ini
terhad kepada pergerakan tangan, kaki dan badan.

Contoh pergerakan:
Menghayun badan
Menunduk dan meregang
Menolak dan menarik
Mengilas
Menggoyang
Melantun

Amali: Motor kasar dan motor halus


• Memanipulasi alatan (alatan pundi kacang, bola,
gelung)
• Aplikasi penggunaan lokomotor, bukan lokomotor,
ruang, laluan, arah, tenaga
• Berbagai alatan seperti skitel dan gelung sebagai
halangan dan rintangan
• Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak

21
• Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu
aktiviti:

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan


kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan
perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak

22
UNIT 3

Tajuk:
PENDIDIKAN JASMANI

Peruntukan Masa:
8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. menyatakan objektif Pendidikan Jasmani
2. menjelaskan ciri-ciri Pendidikan Jasmani
3. mengenalpasti komponen-komponen dalam Pendidikan Jasmani
4. menyenaraikan aktiviti-aktiviti di dalam Pendidikan Jasmani
5. menyatakan unsur-unsur permainan di dalam Pendidikan Jasmani

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. menjelaskan peranan Pendidikan Jasmani untuk kecerdasan dan
kecergasan kanak-kanak
2. melakukan aktiviti jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak

Senarai Tajuk Pelajaran:

3.1 Objektif Pendidikan Jasmani


3.2 Ciri-ciri Pendidikan Jasmani
3.3 Komponen-komponen di dalam pendidikan jasmani
3.4 Aktiviti-aktivivi di dalam pendidikan Jasmani
3.5 Unsur-unsur permainanan di dalam pendidikan jasmani
3.6 Peranan Pendidikan Jasmani untuk kecerdasan dan
kecergasan kanak-kanak
3.7 Penggunaan Props di dalam pendidikan Jasmani

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:


• Objektif dan ciri-ciri Pendidikan Jasmani
• Kanak-kanak dan aktiviti jasmani
• Program kecergasan fizikal untuk kanak-kanak
• Komponen kecergasan fizikal
• Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti

23
3.0 Apakah Pendidikan Jasmani?

‘Pendidikan Jasmani adalah satu fasa program pendidikan am yang


menyumbang melalui pengalaman asas pergerakan, sehingga pertumbuhan
sepenuh dan perkembangan setiap kanak-kanak’.

Pendidikan Jasmani (PJ) boleh didefinisikan sebagai pendidikan melalui


pergerakan. Program PJ perlu melibatkan fizikal dan memberi tumpuan terhadap
kesemua pembelajaran domain – psikomotor, kognitif dan afektif (kesan).

Kanak-kanak berupaya bergerak dengan lebih berkesan melalui suatu program


yang ‘versatile’ dan pergerakan yang berkualiti. Guru perlu memahami prinsip-
prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Guru juga perlu
mengetahui strategi pengajaran dan teknik mentadbir kelas. Seorang guru yang
berjaya perlu memahami kanak-kanak dan mentadbir agar suasana
pembelajaran lebih produktif.

PJ perlu dikaitkan dengan kesejahteraan manusia. Konsep kesejahteraan


manusia adalah lebih luas daripada konsep kesihatan yang baik dan ianya
berkaitan dengan memperkembangkan gaya hidup keseluruhan untuk hidup
sejahtera.

Guru perlu memberi fokus terhadap mendidik kanak-kanak. Perkara yang


mempersoalkan ‘bagaimana’ dan perlu diganding dengan perkara yang
mempersoalkan ‘mengapa’. Oleh itu, guru bukan sahaja memberitahu kanak-
kanak tentang aktiviti kemahiran fizikal tetapi perlu menyatakan prinsip-prinsip
pergerakan di sebalik perlakuan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Mendidik
kanak-kanak dengan program PJ merupakan suatu profesional dan guru perlu
berdedikasi terhadap profesionnya.

3.1 Objektif Pendidikan Jasmani: Perkembangan Domain Fizikal, Domain


Psikomotor, Domain Sosial, Domain Kognitif, dan Domain Afektif
(kesan)

Kemahiran motor dan kecekapan pergerakan (Domain Fizikal dan


Psikomotor)
• Asas kemahiran motor:
 lokomotor;

24
 bukan lokomotor;
 Kemahiran manipulatif

• Kemahiran konsep pergerakan:


 Kesedaran badan
 Kesedaran ruang
 Kualiti pergerakan
 Perkaitan

• Kemahiran pergerakan ritma


• Kemahiran motor khusus

Kecergasan fizikal berkaitan kesihatan Dan kesejahteraan (Domain


Psikomotor dan Fizikal)

• Komponen kecergasan fizikal


Komponen kecergasan fizikal mempunyai dua aspek iaitu kecergasan fizikal
berlandaskan Kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran atau
motor.

 Penilaian kecergasan diri:


Penilaian diri boleh dilakukan berdasarkan setiap aspek kecergasan
fizikal.

 Penglibatan diri:
Seorang guru perlu melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara aktif dan
menggalakkan kanak-kanak menjadi aktif juga. Guru merupakan ‘model’
hidup cergas dan sihat bagi kanak-kanak.

 Kenalpasti aktiviti kecergasan:


Perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan untuk
kecergasan diri.

Contoh:
Berjalan pantas, berlari: Untuk kecergasan kardiovaskular;
Berenang: Untuk kecergasan kesemua otot bahagian badan dan
pernafasan.

25
 Memahami kesejahteraan
Guru perlu memahami kesihatan dan kesejahteraan diri. Sebagai contoh:
Maksud Kesihatan: Merangkumi kesihatan dalam berbagai aspek, iaitu
kesihatan fizikal, mental, sosial, emosi, kerohanian, seksual dan
persekitaran.

Maksud Sejahtera: Suatu istilah yang luas bagi menjelaskan tahap


kesihatan yang tertinggi, iaitu menampilkan suatu cara baru untuk
memperlihatkan tahap kesihatan seseorang.

Kesejahteraan juga menampilkan konsep bahawa kesihatan seseorang


tidak hanya ditentukan dari daya perubatan atau penyakit seseorang,
tetapi ditentukan dari potensi daya pencapaian atau kemajuan seseorang.
Kesejahteraan dapat diperlihatkan sebagai suatu proses untuk
pembaharuan diri secara berterusan di mana ianya diperlukan untuk
kehidupan yang kreatif dan wajar.

• Prinsip pergerakan manusia (Domain Kognitif)


Asas kinesiologi: Pelajar akan didedahkan dengan istilah stabiliti, kuasa, lever
dalam sesuatu pergerakan.
Prinsip asas fisiologi: Pelajar akan mengetahui beberapa aspek seperti
komposisi badan, zon latihan dan perkembangan kekuatan

• Kemahiran sosial dan konsep diri positif (Domain Sosial dan


Afektif)
Kemahiran kepimpinan dan pengikut, membuat keputusan, pertukaran idea.
Bekerjasama.
‘Fair-play’, disiplin, semangat kemenangan dan kekalahan.

• Penyertaan sepanjang hayat (Domain Afektif/ kesan)


Kecekapan bagi kemahiran motor dan penyertaan mengikut kecekapan/
keupayaan diri.
Memahami kebaikan aktiviti sepanjang hayat bagi sosial dan fizikal.

26
3.1.1 Kepekaan guru terhadap kanak-kanak apabila
melakukan aktiviti fizikal

Guru perlu peka terhadap kanak-kanak dalam perlakuan aktiviti fizikal


seperti keadaan dan penyakit yang dialami oleh kanak-kanak seperti
berikut:
• Penyakit jantung
Guru perlu catat pada rekod kesihatan kana-kanak mengenai
kamajuan prestasi kanak-kanak. Perlu membuat rujukan tentang
penyakit yang dialaminya. Kajian telah menunjukkan penyakit
koronori jantung dapat dikurangkan melalui penyertaan dalam
aktiviti fizikal.

• Penyakit kegemukan
Penyakit kegemukan atau obesiti menjadi isu dalam dunia yang
berteknologi pada zaman ini. Guru perlu merancang aktiviti fizikal
yang sesuai terhadap kanak-kanak yang mengalami penyakit ini.
Selain itu, pemakanan juga perlu diawasi dan perlu berbincang
dengan keluarga kanak-kanak tersebut.

• Keadaan tubuh badan


Guru perlu mengenalpasti keadaan dan sifat tubuh badan kanak-
kanak seperi (mesomorph – ‘otot’ dan aktif; ectomorph – kurus;
endomorph – lemah dan lembut, bulat). Perancangan mengenai
aktiviti yang sesuai dapat disalurkan kepada kanak-kanak.
Contohnya kanak-kanak ‘ectomorph’ dan ‘endomorph’ memerlukan
aktiviti yang lebih aktif dan cergas.

• Kekuatan otot dan tulang


Guru perlu merancang aktiviti yang aktif agar dapat membantu
pertumbuhan otot dan tulang kanak-kanak dengan sihat.

• Kematangan
Prestasi motor kanak-kanak dikaitkan juga kematangan mereka.
Kanak-kanak yang lebih matang dapat mengguna persepsi yang
lebih baik dalam sesuatu perlakuan kemahiran aktiviti yang
dipelajari.
27
• Senaman dalam cuaca panas
Guru perlu awasi tentang keadaan cuaca semasa melakukan
aktiviti fizikal. Perlu galakkan kanak-kanak minum air dan memakai
pakaian yang sesuai semasa bermain.

3.1.2 Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan: Komposisi


badan, Kecergasan kardiovaskular, Kelembutan, Ketahanan otot
dan Kekuatan

Apakah Kecergasan Fizikal?


Keupayaan organisma tubuh badan berfungsi dengan efisyen dan
berkesan.

Kecergasan fizikal membantu seseorang seperti berikut:


• Apabila badan sihat, seseorang dapat menikmati masa lapang
dengan aman
• Keadaan tubuh badan adalah bebas daripada penyakit dan
seseorang akan merasa lebih sihat
• Penyakit masa kini iaitu penyakit hipokinetik (pasif) dapat dihindar
• Organisma badan berfungsi dengan baik dan seseorang dapat
menghadapi situasi kecemasan dengan tenang

Komposisi lemak badan


Komposisi lemak badan ialah peratusan otot, lemak, tulang dan tisu
pada bahagian badan. Seorang yang cergas mempunyai peratusan
lemak badan yang rendah.

Kecergasan kardiovaskular
Kecergasan kardiovaskular ialah keupayaan jantung, darah, saluran
darah dan sistem pernafasan berfungsi dengan lancar. Seorang yang
cergas dapat melakukan aktiviti fizikal pada jangka masa yang lama
tanpa terasa tekanan pada badan. Contoh: Berjalan pantas yang
melibatkan kecergasan jantung

Kelembutan
Kelembutan badan ialah pergerakan di bahagian sendi yang
dipengaruhi oleh kepanjangan otot, struktur sendi dan faktor lain.
28
Seorang yang cergas dapat bergerak di bahagian sendinya ke tahap
yang maksimum ketika berkerja atau ketika bermain. Contoh: Naik
tangga yang melibatkan sendi dan otot di bahagian lutut dan
pergelangan kaki.

Ketahanan otot
Ketahanan otot ialah keupayaan otot bekerja atau bergerak dengan
baik dan seseorang akan lambat rasa lesu. Seorang yang cergas
dapat mengulangi prestasi kekuatannya tanpa rasa tertekan pada
ototnya. Contoh: Mengayuh basikal yang melibatkan otot di bahagian
peha.

Kekuatan
Kekuatan ialah keupayaan melawan dan menahan sesuatu, atau
kekuatan untuk mengangkat berat. Seorang yang cergas dapat
berkerja atau bermain berupaya menunjukkan kekuatan. Contoh:
Mengangkat sesuatu yang berat yang melibatkan kekuatan otot di
bahagian lengan.

Amali:
• Memanipulasi alatan (alatan bola kecil, tali, reben) – Asas
Gerakrama dan Gimrama
• Aplikasi penggunaan lokomotor, bukan lokomotor, ruang,
laluan, arah, tenaga
• Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak
• Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti:

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan


kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan
perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak

Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan mencari aktiviti-aktiviti Pendidikan


Jasmani yang sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah seperti berikut:
Kumpulan 1: Aktiviti pergerakan seperti binatang besar
Kumpulan 2: Aktiviti pergerakan seperti binatang kecil
Kumpulan 3: Aktiviti permainan kategori kemahiran lokomotor
Kumpulan 4: Aktiviti permainan kategori pergerakan badan dan kesedaran ruang

29
Kumpulan 5: Aktiviti permainan kategori kemahiran penggunaan laluan dan arah
pergerakan

3.2 Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran/ Perlakuan Motor:


Keanjalan, Imbangan, Koordinasi, Kuasa, Keupayaan tenaga, Masa
bertindak

Keanjalan
Keanjalan ialah keupayaan tubuh badan menukar sesuatu kedudukan badan
dengan tepat. Contoh: Aktiviti lompatan dan gulingan.

Imbangan
Imbangan ialah tubuh badan memperolehi satu kedudukan badan yang stabil
semasa keadaan statik atau bergerak. Contoh: Mengimbang badan di atas
bebola kaki.

Kordinasi
Kordinasi ialah keupayaan seseorang mengguna ‘senses’ ketika melakukan
pergerakan agar pergerakan menjadi licin dan tepat. Contoh: Membaling dan
menangkap bola memerlukan kordinasi mata-tangan manakala menendang bola
memerlukan kordinasi mata-kaki.

Kuasa
Kuasa ialah keupayaan memindah tenaga badan ke kuasa dengan pantas.
Contoh: Membaling bola atau melontar peluru dengan kuat.

Masa Bertindak
Masa bertindak ialah masa ketika di antara stimuasi dan permulaan tindakan
terhadap stimulasi. Contoh: Permulaan lari pecut memerlukan masa untuk
bertindak dengan pantas.

Kepantasan
Keupayaan bergerak dalam masa yang pendek: Contoh: Aktiviti larian pecut
memerlukan kepantasan pada deria mata, telinga dan pergerakan menolak
badan dengan pantas.

Manfaat kecergasan fizikal


Untuk cergas fizikal, seorang perlu bersenam, mengamal makanan dan
pemakanan yang seimbang dan mempunyai rehat yang cukup. Oleh itu, kita
30
perlu bersenam sekurang-kurangnya kali seminggu. Setiap sesi senaman
hendaklah selama 50 minit.

3.2.1 Kita perlu bersenam sebab:


• Untuk sihat; untuk kecergasan fizikal
• Untuk memperolehi keseronokan dan kesejahteraan
• Untuk relaks dan lepas daripada tekanan
• Untuk kepuasan diri; suatu cabaran terhadap diri sendiri;
mengetahui bakat yang ada pada diri
• Untuk bersosialisasi dengan cara yang sihat
• Untuk mendapat rupa paras baik

3.2.2 Kita perlu cergas fizikal sebab:


• Jantung menjadi kuat dan dapat pam darah darah ke seluruh
badan dengan lancar
• Membantu menurunkan tekanan darah; membantu kadar rehat
jantung dan kadar jantung berkerja
• Mengurangkan risiko penyakit jantung
• Menguatkan sistem otot dan tulang
• Memberi tenaga untuk aktiviti harian
• Membantu mengekalkan berat badan
• Memberi lebih tenaga untuk berkerja dan bermain
• Mengurangkan stres dan tekanan

3.3 Program Kecergasan Fizikal Untuk Kanak-Kanak

Program kecergasan fizikal perlu merangkumi aspek seperti berikut:

Kategori Kecergasan Fizikal bagi Kanak-Kanak:

1. Pengenalan kepada konsep Kecergasan Fizikal


Guru perlu menjelaskan konsep sebenar senaman dan aktiviti kecergasan
fizikal, dan memberi cara-cara mengekal serta memperbaiki kecergasan
fizikal.

2. Ketahanan Kardiorespiratori

31
Menjelaskan sistem jantung, sistem paru-paru, sistem pernafasan, dan
sistem edaran mengikut tahap kefahaman kanak-kanak. Menjelaskan apa
yang berlaku kepada sistem tersebut jika seseorang bersenam dan menjadi
cergas fizikal.
3. Kekuatan dan Ketahanan otot
Menjelaskan bagaimana fiber otot berfungsi mengikut tahap kefahaman
kanak-kanak. Menjelaskan apa yang berlaku kepada sistem tersebut jika
seseorang bersenam dan menjadi cergas fizikal.

4. Kelembutan
Menjelaskan cara yang selamat untuk aktiviti regangan agar tidak mengalami
kesakitan. Menjelaskan sistem pergerakan seperi pada bahagian otot,
tendon, ligamen yang terdapat pada bahagian sendi dan bagaimana tangan
dapat dibengkokkan.

5. Tabiat Sihat dan Kesejahteraan


Menjelaskan tabiat sihat untuk hidup sejahtera seperti menyukat komposisi
badan, cara bersenam untuk mengurangkan lemak badan, makan makanan
yang berkhasiat dan perlu bersenam selama 45 minit, sekurang-kurangnya 3
kali seminggu.

Amali:
• Pelajar melakukan aktiviti yang ditugaskan dalam kumpulan
masing-masing
• Aktiviti memanipulasi alatan dengan tangan dan kaki (alatan
belon) secara berpasangan dan berkumpulan
• Aplikasi penggunaan lokomotor, bukan lokomotor, ruang,
laluan, arah, tenaga
• Permainan kecil dan perlumbaan untuk kanak-kanak
• Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti:

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan


kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan
perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak

32
UNIT 4

Tajuk:
PERGERAKAN KREATIF

Peruntukan Masa:
8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. menyatakan definisi dan objektif Pergerakan Kreatif
2. menyatakan tujuan Pergerakan Kreatif
3. menjelaskan hubungkait Pergerakan Kreatif dengan perkembangan fizikal
kanak-kanak
4. mengenalpasti elemen-elemen di dalam Pergerakan Kreatif
5. menjelaskan lakuan-lakuan di dalam Pergerakan Kreatif
6. mengenalpasti unsur-unsur kreativiti di dalam Pergerakan Kreatif

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. mengenalpasti penggunaan muzik dan props di dalam Pergerakan Kreatif
2. menghuraikan unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran di dalam
Pergerakan Kreatif
3. melakukan Pergerakan Kreatif yang sesuai untuk kanak-kanak

Senarai Tajuk Pelajaran:


4.1 Definisi Dan Objektif Pergerakan Kreatif
4.2 Tujuan Pergerakan Kreatif
4.3 Hubungkait Pergerakan Kreatif Dengan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
4.4 Elemen-Elemen Di Dalam Pergerakan Kreatif
4.5 Lakuan-Lakuan Di Dalam Pergerakan Kreatif
4.6 Unsur-Unsur Kreativiti Di Dalam Pergerakan Kreatif
4.7 Penggunaan Muzik Dan Props Di Dalam Pergerakan Kreatif
4.8 Unsur-Unsur Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Pergerakan Kreatif

4.1 Pergerakan Kreatif


33
Pergerakan kreatif bermaksud interpretasi idea, perasaan, tanggapan deria yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

4.1.1 Objektif dan Ciri-Ciri Pergerakan Kreatif


Pergerakan Kreatif mengaplikasi konsep yang terdapat di dalam tarian,
permainan dan gimnastik. Oleh itu, kanak-kanak akan lebih mahir dalam
aktiviti berbentuk tarian (dengan ritma dan rangsangan muzik), mahir dalam
permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka dan mahir
dalam aktiviti yang berbentuk gimnastik.

Perlakuan sesuatu pergerakan adalah berfungsi “functional” (faktor luaran)


dan penglahiran perasaan “expressive” (faktor dalaman).

Contoh perlakuan pegerakan adalah seperti berikut:

PERGERAKAN

“FUNCTIONAL” “EXPRESSIVE”
Matlamat tepat Matlamat subjektif
Berorientasikan produk Berorientasikan perasaan
Tumpuan pada luaran Tumpuan pada dalaman
Cekap Berkomunikasi dan penglahiran

Elemen atau Tema-Tema dalam Pergerakan Kreatif

1. Kesedaran tubuh badan


• Keseluruhan tubuh badan
• Lokomotor
• Bukan lokomotor
• Bahagian tubuh badan
2. Kesedaran rintangan beban dan masa
• Beban (halus-ringan; berat-kuat)
• Masa (serta-merta; kawal-lambat)
3. Kesedaran ruang
• Kawasan (ruang diri; ruang am)

34
• Arah (depan, belakang, sisi)
4. Aliran beban beban badan dalam ruang dan masa
• Aliran (terikat; bebas)
• Ruang (terus; tidak terus)

Contoh Pergerakan: Tema berkaitan perlakuan tubuh badan keseluruhan;


anggota badan; aspek ruang dan dinamik; dan perkaitan

Perlakuan tubuh badan:


• Bergerak dan berhenti
• Mengimbang beban badan
• Memindah berat badan
• Melayang
• Membuat bentuk badan
• Mengilas dan memusing
• Bangun dan jatuh
• Menghayun
• Mengimbang dan jatuh

Penggunaan anggota badan:


• Mengguna tangan dan lengan
• Mengguna kaki dan betis
• Penekanan pada permukaan badan (gulingan, jatuh dan pemulihan)
• Hubungkait antara tangan dan kaki
• Perlakuan semuka dan tidak semuka

Aspek ruang dan dinamik:


• Aras dan arah pergerakan
• Pertukaran pada kelajuan pergerakan
• Perlakuan beban dan mengendur
• Corak ritma
• Corak ruang dalam pergerakan dan pada peralatan

35
Perkaitan:
(Perlakuan ini termasuk melayang dan memulihkan diri, imbangan badan,
menerima beban badan sepenuh/ separuh, memikul beban badan dan meletak)
• Perlakuan berpasangan
• Bertiga
• Berkumpulan

Amali:
• Kesedaran tubuh badan – keseluruhan tubuh badan, gerak
edar, bahagian tubuh badan
• Kesedaran ruang – ruang diri, ruang am
• Aliran beban badan dalam ruang dan masa
• Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti:

Latihan yang sistematik; mengenalpasti kemampuan tahap dan kecergasan


kanak-kanak semasa melakukan aktiviti; kesesuaian pakaian; tempat dan
perlakuan aktiviti; disiplin kanak-kanak

Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan mencari bahan mengenai tema-tema


yang terdapat di dalam pergerakan kreatif

4.2 Penggunaan berbagai muzik, alatan genderang, dan lain-lain sebagai


rangsangan pergerakan

Peralatan yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1. Kotak muzik atau alatan permainan muzik


2. Alat perakam muzik
3. Tape, CD
4. Radio
5. Rakaman cerita pada tape
6. Peralatan muzik: dram, ‘homemade shakers’, xylophone, loceng, piano,
harmonica
7. Prop: skaf, ‘streamers’, topi, ‘fabric’, ‘feathers’, belon, reben

36
Amali:
• Melakukan aktiviti Pergerakan Kreatif mengikut tema-tema yang
telah dipelajari
• Penggunaan muzik dan lain-lain ransangan bagi pergerakan
• Melakukan pergerakan dengan suasana yang sesuai dengan
kanak-kanak mengikut kumpulan seperti berikut:
Kumpulan 1: Suasana di kebun bunga
Kumpulan 2: Suasana di stesen kereta api
Kumpulan 3: Suasana di angkasa lepas
Kumpulan 4: Suasana di zoo
Kumpulan 5: Suasana di tepi pantai

37
UNIT 5

Tajuk:
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
DAN PERGERAKAN KREATIF DI DALAM AKTIVITI HARIAN KANAK-KANAK

Peruntukan Masa:
8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. menghuraikan objektif asas pengajaran dan pembelajaran pendidikan
pegerakan bagi kanak-kanak
2. menyatakan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak bagi sesuatu aktiviti
3. menyebut berbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak
4. mengenalpasti bahan-bahan yang dapat digunakan
5. melakukan aktiviti fizikal dan memberi pemerhatian dan penilaian pada
sesuatu aktiviti

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. menjelaskan satu persatu kebolehan dan tahap keupayaan kanak-kanak
melaksanakan sesuatu aktiviti
2. menghuraikan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pembelajaran sambil
bermain kanak-kanak
3. membuat pemerhatian dan penilaian terhadap sesuatu aktiviti

Senarai Tajuk Pelajaran:

5.1 Objektif
5.2 Kebolehan Dan Keupayaan Kanak-Kanak
5.3 Aktiviti Yang Dicadangkan
5.4 Bahan
5.5 Pemerhatian Dan Penilaian

38
5.1 Fasa Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Dan Faktor
Yang Mempengaruhinya

Pendidikan Pergerakan dan Pendidikan Jasmani


Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah berdasarkan aspek
matlamat Pendidikan Pergerakan dan berasaskan metodologi faktor pergerakan
oleh Laban. Kosep dan idea Laban telah diubahsuai dan terminologi baru telah
digabungjalin diperkenalkan. Pendekatan oleh Laban dinamakan stail
pembelajaran ‘discovery’ menjadi semakin popular.

Pemindahan daripada tradisi aktiviti gimnastik kepada aktiviti yang


berorientasikan peralatan kanak-kanak telah diperkenalkan seperti memanjat,
menggantung, menyokong, membuai dan berbagai cara bergerak (exploration
and discovery). Juga aktiviti yang memberi penekanan terhadap penyelesaian
masalah dalam pergerakan.

• Pembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitif dengan secara tidak langsung diterapkan kepada
kanak-kanak. Contohnya, dalam proses pergerakan, kanak-kanak dapat
membezakan di antara dekat dan jauh, ringan dan berat serta tinggi dan
rendah. Mereka juga diberi peluang melakukan aktiviti dan mengalami serta
memahami perlakuan seperti bengkok, regang, kilas, pusing, imbang, dan
lantun. Segala istilah yang dipelajari difahami melalui pergerakan tubuh
badan mereka. Pendekatan bagi topik kesejahteraan juga dapat diterapkan
ke dalam aktiviti Pendidikan Jasmani melalui pembelajaran kognitif.

• Pembelajaran afektif
Pembelajaran afektif merupakan pendekatan terhadap nilai-nilai murni dalam
hidup. Perkara ini diterapkan seperti nilai, perasaan, kepercayaan, dan
membuat sesuatu keputusan terkandung dalam pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Isu mengenai perkara kehidupan sihat dan sejahtera seperti
penyalahgunaan dadah dan ‘drug’ diperkenalkan di peringkat awal
persekolahan lagi.

39
Aspek pembelajaran afektif membantu perkembangan konsep kendiri positif dan
ini merupakan perkara penting dalam membentuk perlakuan manusia. Kanak-
kanak dan imej kendiri amat penting dalam perhubungan seharian mereka
dengan rakan sebaya dan guru dan perlakuan ini akan mempengaruhi kemajuan
dalam pembelajarannya. Kanak-kanak berupaya bergerak dengan licin dan
cantik dan perlakuan seperti ini akan meningkatkan estim kendiri mereka.

Pendidikan Jasmani juga membantu perkembangan kanak-kanak dengan


metodologi yang menjayakan kemajuan mengikut minat kanak-kanak. Beberapa
program lain seperti program kecergasan fizikal, program senaman aerobik
seperti memperkembangkan kecergasan kardiovaskular juga diperkenalkan.
Dalam dunia berteknologi ini, program teknologi komputer juga diperkenalkan
cara-cara menilai kecergasan fizikal dan cara-cara memperbaiki prestasi diri.

Program pendidikan dan program Pendidikan Jasmani juga menawarkan


program yang seimbang seperti perkembangan kemahiran motor agar kanak-
kanak bergerak dalam corak pergerakan yang baik pada peringkat awal lagi.
Program persepsi-motor bagi kanak-kanak yang lemah juga diperkenalkan.
Program seperti ini juga dinamakan program ‘kanak-kanak lembab’ atau ‘pelajar
lemah’ seperti masalah kordinasi, imbangan badan dan kawalan postur, imej
badan dan anggota badan dan perkaitan melibatkan masa dan ruang. Guru perlu
memperkenalkan aktiviti yang lebih perlahan apabila memperkenalkan konsep
tersebut. Guru juga perlu kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Amali:
• Aktiviti imbangan anggota badan dan pemindahan berat badan
iaitu asas gimnastik artistik (kinder gym)
• Aplikasi aspek kesedaran tubuh badan, ruang, aliran, dan masa
dalam pergerakan
• Memberi pemerhatian dan penilaian pada sesuatu aktiviti
• Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti
Tugasan: Pelajar ditugaskan mencari bahan mengenai aktiviti gimnastik yang
sesuai untuk kanak-kanak dan berlatih secara berpasangan.
40
5.2 Aktiviti Yang Menarik Dan Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Aktiviti yang guru ingin memperkenalkan kepada kanak-kanak hendaklah


menarik dan sesuai untuk tahap pencapaian mereka. Sebagai contoh, semasa
melakukan aktiviti gimnastik (kinder gym), beberapa cadangan adalah seperti
berikut:
• Aktiviti dijadikan suatu peralatan untuk mengajar kemahiran
dalam kehidupan seperti berkongsi sesuatu, bersabar dan menunggu giliran,
memberi pendapat tentang sesuatu, mendengar, mempunyai matlamat, dan
mempunyai kemahuan untuk mencuba perkara yang baru.
• Memperkembangkan daya pemikiran kanak-kanak dalam
nombor dan menggalakkan persediaan mengira dan membaca. Perkara yang
paling penting ialah guru perlu galakkan bahawa matlamat penting ialah
menggalakkan estim diri kanak-kanak.
• Mengadakan aktiviti memanaskan badan selama 10 hingga 12
minit. Memanaskan badan perlu dilakukan sebagai aktiviti untuk
kardiovaskular dan aktiviti kordinasi. Untuk lebih menarik, guru boleh
gunakan muzik sebagai rangsangan. Aktiviti meregang badan mengikut
rentak muzik dan pergerakan posisi badan menjadi lebih seronok.
• Selepas memanaskan badan, kanak-kanak akan dibahagikan
kepada beberapa kumpulan dan mereka akan berpusing menukar stesyen.
Contohnya, mereka akan lakukan aktiviti satu pusingan selama 10-12 minit.
Aktiviti yang disediakan adalah seperti dengan bola, reben, pundi kacang,
trampolin, gelung, dan lain-lain. Aktiviti yang disediakan telah dipelajari oleh
kanak-kanak dan mereka akan melakukan dengan selesa dan selamat.
• Kanak-kanak akan diberi hadiah seperti ‘sticker’, setem atau
kertas berwarna dengan perkataan yang akan memotivasikan mereka.
Matlamat pemberian hadiah kepada setiap kanak-kanak agar mereka merasa
seronok dan gembira dengan satu kepuasan diri yang mereka akan senyum
serta percaya bahawa mereka dapat melakukan aktiviti dengan baik.

41
5.3 Kesejahteraan Dan Kehidupan Yang Sihat

Untuk sihat dan sejahtera, kita perlu mengamalkan kesihatan holistik yang
merangkumi kesemua aspek kesihatan, iaitu fizikal, mental, sosial, emosi,
spiritual atau rohani, dan seksual. Ibu bapa, penjaga atau guru perlu
mewujudkan persekitaran aktif di rumah ataupun di sekolah.

Beberapa cadangan untuk mewujudkan persekitaran aktif dalam keluarga adalah


seperti berikut:
• Beri masa untuk melakukan aktiviti fizikal agar keluarga berasa
seronok dan sihat
• Rancang lawatan aktif untuk ahli keluarga seperti mengadakan
aktiviti di tepi tasik
• Program kejiranan yang aktif agar kanak-kanak dapat
bersosialisasi dengan jiran
• Wujudkan pekerjaan aktif di rumah seperti membasuh kereta,
mengelap tingkap dan berkebun agar kanak-kanak boleh turut serta
• Daftar anak pada aktiviti kecergasan fizikal yang menyeronokkan
mereka seperti kesenian
• Tanam semangat keinginan untuk mencuba aktiviti baru agar
mereka seronok dan aktif

Amali:
• Melakukan aktiviti kinder gym dengan berbagai alatan seperti
gelung, tali, bola dan bangku panjang
• Aplikasi kemahiran memerhati dan menilai terhadap sesuatu
aktiviti
• Aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti

42
UNIT 6

Tajuk:

PERANAN GURU DI DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR


KASAR KANAK-KANAK

Peruntukan Masa:
8 Jam

Objektif Unit:
Pada akhir unit ini pelajar dapat:
1. menyatakan kefahaman dan pengetahuan guru bagi aktiviti fizikal untuk
kanak-kanak
2. menyebutkan kebolehan guru dalam kemahiran motor yang sesuai dengan
kanak-kanak
3. menjelaskan ransangan dan galakan bagi kanak-kanak
4. menyatakan keupayaan dan penerimaan kanak-kanak sebagai individu
5. melakukan aktiviti pergerakan dengan kreatif dan menggunakan rangsangan
yang menarik

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir unit ini pelajar dapat:
1. menghuraikan setiap rangsangan yang diperlukan dalam menarik minat
kanak-kanak bermain
2. menjelaskan aktiviti pergerakan yang sesuai dengan kreatif dan
rangsangan yang menarik

Senarai Tajuk Pelajaran:


6.1 Kefahaman Dan Pengetahuan Guru
6.2 Kebolehan Di Dalam Kemahiran Motor
6.3 Rangsangan Dan Galakan
6.4 Keupayaan Dan Penerimaan Kanak-Kanak
6.5 Kreativiti Dan Rangsangan

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran:


• Pemahaman pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Jasmani yang
berkualiti
• Pemahaman asas konsep pengajaran yang berkesan
• Program meningkatkan pengetahuan guru
• Memahami dan memotivasi kanak-kanak bagi perlakuan aktiviti fizikal

43
• Melakukan aktiviti pergerakan di dalam kumpulan dengan lebih kreatif dan
dengan menggunakan rangsangan yang menarik

6.0 Program Pendidikan Jasmani Yang Berkualiti

a. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Selain itu,


guru juga perlu bersikap positif serta menjalankan proses demonstrasi,
penyertaan yang aktif, memberi galakan untuk menjalankan sesuatu
kemahiran dan mendapat maklumbalas tentang aktiviti daripada kanak-
kanak.
b. Guru perlu menawarkan aktiviti pilihan pelajar dengan mendedahkan
pelbagai aktiviti kepada kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak dapat memilih
aktiviti yang mereka gemar untuk sepanjang hayat. Kepelbagaian aktiviti dan
permainan yang dapat ditawarkan seperti:

1. Sukan untuk sepanjang hayat “lifetime/carryover”


2. Aktiviti pendidikan luar
3. Aktiviti kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
4. Aktiviti lain seperti judo, karate, taekwando dan lain-lain.
5. Sukan berpasukan yang terkini

c. Guru juga perlu memperkenalkan sesuatu kemahiran secara


mendalam, iaitu, sesuatu kemahiran aktiviti diperkenalkan dengan khusus
dan mendalam. Kanak-kanak akan berpeluang memperkembangkan
kemahiran ke tahap optimum dan kompeten.
d. Guru perlu mewujudkan sesi kaunseling tentang kemahiran
aktiviti kepada kanak-kanak. Contohnya, guru boleh kaunsel kanak-kanak
tentang perlakuan pengekalan tabiat kecergasan dan perubahan sikap
tentang perlakuan senaman.
e. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru boleh
mengintegrasi kesemua program PJK dan Kokurikulum. Guru boleh
mewujudkan semangat berpasukan, berdedikasi, kesetiaan, kepimpinan,
serta melibatkan ibu bapa dan masyarakat pada sesuatu program.

44
6.1 Pengajaran Yang Bermakna Bagi Kanak-Kanak

Pendidikan jasmani merupakan pergerakan dan pembelajaran melalui


pergerakan. Semua kanak-kanak, temasuk mereka yang kurang upaya,
mempunyai berat badan yang berlebihan dan mereka yang lemah dalam
kemahiran, kesemuanya perlu aktif dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Guru perlu mengetahui konsep kendiri kanak-kanak. Mereka memerlukan


kejayaan dan keseronokan serta perlu menghormati rakan sebaya apabila
menyertai dalam sesuatu aktiviti. Kanak-kanak juga perlu dididik bersifat sabar,
keinginan untuk mengambil cabaran dan risiko dan menerima rintangan
perlakuan sesuatu aktiviti. Keupayaan kanak-kanak dalam sesuatu kemahiran
aktiviti perlu diiktiraf.

Dari segi nilai sosial, ’fair play’ dan keikhlasan adalah penting. Permainan
berpasukan dan perlumbaan membantu kesepakatan dalam kumpulan dan
penumpuan terhadap undang-undang. Kanak-kanak cuba mengelakkan
penipuan atau hanya untuk menang sahaja.

Kanak-kanak dapat berlatih aktiviti yang mereka gemari. Guru perlu juga
menyediakan rangsangan seperti muzik sebagai latar belakang agar mereka
dapat menjalankan aktiviti dengan lebih maju.

• Kemahiran pengajaran dan pembelajaran

Beberapa cadangan tentang kemahiran pengajaran dan pembelajaran adalah


seperti berikut:
1. Demonstrasi dan pengajaran
- Demonstrasi oleh guru
- Demonstrasi oleh individu
- Demonstrasi oleh beberapa orang kanak-kanak

45
- Meminta bantuan kanak-kanak untuk demonstrasi sesuatu
aktiviti
2. Kemahiran kepimpinan
- Memilih kanak-kanak menjaga peralatan
- Mengawas dan mengenalpasti keselamatan tampat aktiviti
- Ketua kumpulan
- Selaku ketua untuk mendemonstrasi kemahiran
- Ketua kelas
- Mengambil dan menyimpan alatan
3. Stail pengajaran
- Stail mengarah (command) iaitu termasuk menjelaskan
sesuatu, demonstrasi, dan praktis
- Stail tugasan –guru bertanggungjawab merancang objektif
pengajaran, memilih aktiviti dan menjalankan secara berturutan agar
mencapai matlamat pengajaran. Guru boleh memberi tugasan secara
verbal atau menulis pada kad
- Stail individual berkonsep memusatkan pelajar yang
mengandungi lima langkah iaitu;
• Diagnosis (menentukan tahap kognitif dan psikomotor kanak-kanak),
• Preskripsi (memberi suatu package pembelajaran berasaskan tahap
pengetahuan kanak-kanak)
• Perkembangan (kanak-kanak menjalankan tugasan mengikut
kemampuan mereka)
• Penilaian (guru menilai pencapaian pelajar)
• Peneguhan (guru memberi maklumbalas yang positif kepada pelajar)
- Pembelajaran ‘mastery’ (kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran dengan cekap). Guru menilai kecekapan kanak-kanak.
- Stail penyelesaian masalah (memerlukan input, refleksi, pemilihan,
dan tindakan) contoh: apakah beberapa cara melantun bola?
- Stail penjelajahan terhad (guru bertanggungjawab menyediakan
pelajaran, memilih aktiviti dan mengarah pelajar)

46
- Penemuan berpandu (guru menyediakan aktiviti dan pelajar
mencari penemuan). Contoh: cara membaling bola dengan
berkesan
- Stail bebas atau menjelajah dengan bebas (kanak-kanak bebas
memilih peralatan dan melakukan aktiviti; guru mengawas,
memberi galakan, menjelaskan sesuatu, menjawab soalan pelajar)
4. Memperkembangkan Kreativiti
Melalui sesuatu kreativiti, kanak-kanak akan berdikari, membantu
meningkatkan tabitat penemuan dan pemikiran secara refleksi serta
meningkatkan pemahaman sesuatu konsep
5. Pembelajaran secara personal
Guru berinteraksi dengan pelajar secara individu dan memberi tumpuan
terhadap perlakuan mereka.
6. Memotivasi kanak-kanak agar hidup cergas dan sihat
Perlu menasihati kanak-kanak agar bersenam, menjaga makanan dan
pemakanan, mempunyai rehat yang mencukupi, mengelak dari
penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kanak-kanak juga perlu dinasihatkan
agar menjaga kebersihan diri supaya penyakit dapat dihindar.

Amali:
• Melakukan aktiviti pergerakan dalam kumpulan
• Aplikasi aspek dan elemen dalam pergerakan yang telah dipelajari
• Aplikasi ransangan seperti muzik dan peralatan genderang

Tugasan Kumpulan: Pelajar ditugaskan memilih satu tema dan berlatih untuk
persembahan pada minggu 12.

6.2 Berkomunikasi Secara Berkesan Dengan Kanak-Kanak

Suara, postur dan ‘gesture’ perlu jelas dan positif. Pergerakan dan mimik muka
guru juga memain peranan yang penting apabila berkomunikasi dengan kanak-
kanak.

• APA, BILA, dan BAGAIMANA menyatakan sesuatu aktiviti kepada


kanak-kanak

47
APA:
- Apa yang perlu disampaikan perlu pemilihan kata-kata yang sesuai
dengan tahap pemikiran kanak-kanak.
a. Perkataan dan ayat yang sampaikan hendaklah pendek dan jelas
agar senang difahami oleh kanak-kanak.
b. Tugasan yang beri perlu jelas dan agar kanak-kanak ingin
menyertai dalam sesuatu aktiviti.
- Istilah aktiviti fizikal hendaklah ringkas dan jelas
- Guna warna, perkara yang diminati mereka, perasa dan juga “humour”
- Guna ayat dengan bahasa yang betul
- Elak ayat yang berulang-ulang

BILA
- Perlu peka dan tahu bila masa yang paling baik untuk menyampaikan
sesuatu

BAGAIMANA
- Kawal pernafasan apabila memberi penerangan
- Pic perlu sederhana
- Cakap sederhana perlahan agar lebih difahami oleh kanak-
kanak
- Guna nada suara yang jelas dan ‘expressive’
- Guna perkataan yang ringkas tetapi senang difahami

Amali:
• Pelajar membuat persembahan mengikut kumpulan
• Markah diberi berdasarkan:
 Kreativiti bagi koreografi
 Kerjasama ahli dalam kumpulan
 Kualiti pergerakan
 Kesesuaian tema bagi kanak-kanak
 Keseragaman pergerakan
 Kesesuaian muzuk atau alatan ransangan
 Kesesuaian pakaian
 Kesesuaian peralatan yang diguna dan prop
• Markah penuh: 10 markah

48
49
UNIT 7

Tajuk:

CIRI-CIRI KESELAMATAN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK DAN


KAITANNYA DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Peruntukan Masa:
8 Jam

Objektif Unit:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. menyatakan perlakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan kemalangan
dan bahaya
2. mengenalpasti tempat berbahaya bagi kanak-kanak
3. menghuraikan kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian,
dan memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan
4. menjelaskan makanan yang seimbang dan tabiat makanan yang baik
5. menyatakan pergerakan yang betul untuk postur terbaik

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit ini pelajar dapat:


1. menghuraikan kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan dan
pakaian, dan memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan
2. menjelaskan makanan yang seimbang dan tabiat makanan yang baik
3. menyatakan pergerakan yang betul untuk postur terbaik

Senarai Tajuk Pelajaran:


7.1 Keselamatan
7.1.1 Menyedari Dan Mengenali Perlakuan Atau Tindakan Yang Boleh
Menyebabkan Kemalangan Dan Bahaya
7.1.2 Mengenali Dan Menghindari Tempat Berbahaya

7.2 Kesihatan
7.2.1 Mengetahui Pentingnya Menjaga Kebersihan Tubuh Badan Dan
Pakaian
7.2.2 Memakai Pakaian Yang Sesuai Mengikut Keadaan
7.2.3 Mengetahui Makanan Yang Seimbang Serta Tabiat Makanan Yang
Baik
7.2.4 Mengamalkan Pergerakan Yang Betul Untuk Postur Terbaik

50
7.1 Kesihatan dan Kesejahteraan
Kanak-kanak perlu digalakkan agar mengamalkan kesihatan holistik. Ianya
merangkumi kesemua aspek kesihatan: fizikal, mental, sosial, emosi, spiritual/
rohani dan seksual.

7.2 Konsep Keselamatan


Keselamatan bermaksud melindungi individu agar sentiasa berasa selamat,
memberi perlindungan kepadanya agar hidup sejahtera dan melindunginya
daripada sesuatu yang bahaya yang menimpa diri diri individu tersebut.
Keselamatan adalah khusus dirujuk terhadap kanak-kanak agar dapat
membantu sihat dan sejahtera dalam keadaan persekitaran yang selamat.

• Ciri-ciri kesihatan yang baik

Merangkumi ciri-ciri:
 Kesihatan Fizikal - Termasuk ciri-ciri fizikal – saiz badan, bentuk
badan, penyakit
 Kesihatan Mental - Keupayaan untuk belajar, penyesuaian diri,
intelek, cara membuat keputusan
 Kesihatan Spiritual - Kepercayaan pada tuhan, perasaan
kesepaduan dengan persekitaran
 Kesihatan Sosial - Kepuasan perhubungan interpersonal,
berinteraksi, penyesuaian diri
 Kesihatan Emosi - Mengawal perasaan emosi dengan perlakuan
yang sesuai, hormat/ keyakinan diri
 Kesihatan Seksual - Menghargai tubuh badan, berinteraksi dengan
kedua-dua gender

• Senarai semak keselamatan di tempat berbahaya

Mengenalpasti tempat-tempat seperti di dalam kelas, di taman permainan, di


kawasan sekolah, di rumah seperti di kawasan ruang tamu, di dapur dan di
bilk tidur.

• Cara-cara bertindak sekiranya berlaku kemalangan dan


kecemasan semasa pelajaran Pendidikan Jasmani

51
Pertolongan cemas bermaksud bantuan sementara sebelum membawa
pesakit ke hospital. Tujuan:
S – Selamatkan nyawa
E – Elakkan keadaan bertambah buruk
K – Kurangkan sakit

Teknik membuat panggilan semasa kecemasan:


1. Nombor telefon anda
2. Lokasi kemalangan
3. Jenis kemalangan
4. Bilangan, jantina dan umur mangsa yang cedera
5. Keadaan mereka secara terperinci
6. Beritahu sebarang bahaya seperti kerosakan dawai elektrik
atau Kabul secara terperinci.

Amali: Aktiviti memain peranan dalam kumpulan


• Pelajar menjalankan aktiviti memain peranan berdasarkan konsep
kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan
• Menjalankan aktiviti untuk bertindak sekiranya kanak-kanak di
dalam kecemasan semasa Pendidikan Jasmani seperti kanak-kanak terseliuh
kaki, pitam dan mengalami hidung berdarah

Tugasan kumpulan: Pelajar ditugaskan menyedia senarai semak keselamatan di


beberapa tempat yang berbahaya bagi kanak seperti berikut:
Kumpulan 1: Senarai semak keselamatan di taman permainan
Kumpulan 2: Senarai semak keselamatan di kantin sekolah
Kumpulan 3: Senarai semak keselamatan di dalam bilik darjah
Kumpulan 4: Senarai semak keselamatan di kolam renang
Kumpulan 5: Senarai semak keselamatan di tempat bermain pasir

• Makanan dan pemakanan yang sihat bagi kanak-kanak

Pemakanan: Sains nilai makanan termasuk berbagai kumpulan makanan,


makanan berzat dan perseimbangan makanan.

Semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang


mengharapkan penghadaman makanan dan pengajian tentang makanan
tersebut.

52
Kanak-kanak perlu makanan dan pemakanan yang berkhasiat agar membantu
pertumbuhan sistem badan mereka.

• Piramid pemakanan dan keperluan mengikutinya


Piramid Pemakanan adalah seperti berikut:

1. Roti, bijiran, nasi dan kumpulan pasta


2. Sayur dan kumpulan buah-buahan
3. Susu, dadih, dan kumpulan keju; Daging, ayam, ikan, telur, kacang kering,
dan kumpulan kacang
4. Lemak, minyak, dan manisan

Perlu diambil vitamin dan zat besi dengan sewajarnya

• Langkah-langkah yang disyorkan:


 Makan pelbagai makanan
 Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buahan dan sayuran dan
3-6 hidangan roti berserat tinggi, bijiran dan legume setiap hari
 Kurangkan makanan yang diproses
 Makan buah-buahan dan sayur-sayuran, dibersihkan dan makan
bersama kulit
 Dapatkan fiber dari makanan dan tidak dalam bentuk pil
 Banyak minum air.

53
• Mewujudkan Suasana yang Sihat Dalam Keluarga

 Praktikkan pemakanan sihat (kaya dalam buah-buahan, sayur-


sayuran dan bijiran)
 Rancangkan masa yang sesuai semasa menyediakan makanan,
 Makan bersama keluarga di meja,
 Elakkan makan dengan tergesa-gesa,
 Elakkan melakukan aktiviti lain semasa makan,
 Elakkan makanan yang tinggi kalori, lemak atau gula
 Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat
seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dadeh
 Elakkan menghidang makanan yang terlalu banyak
 Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika ianya tidak lapar
 Hadkan makan makanan ringan tidak lebih dari sekali seminggu
 Elakkan dengan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah, atau
dengan mengurangkan makanan sebagai suatu denda.

• Tabiat dan makan beradab


Berbincang mengenai cara makan dengan tangan, cara makan di meja
dengan mengguna sudu dan garfu.

• Tabiat postur yang betul dan baik


Membincang perkara seperti berikut:
Cara duduk di atas kerusi dengan postur yang bertul
Cara berjalan
Cara tidur
Cara mengangkat barang yang berat
Cara berjoging dan berlari, dan lain-lain cara yang memerlukan tabiat postur
yang betul

54

You might also like