Surat Mohon Sumbangan KFC

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH JENIS KEB.

(CINA) PEI HWA


JALAN PERSISIRAN PERLING 1,
TAMAN PERLING TEL: 07-2361053
81200, JOHOR BAHRU, FAX : 07-2323169
JOHOR DARUL TAKZIM EMAIL : sjkcpeihwajb@gmail.com

Rujukan kami : JBC1021/600-4/2 Jilid ( )


Tarikh : 27 September 2017

Restaurants CEO Malaysia


KFC & Pizza Hut
Executive Director
QSR Brands (M) Holding Sdn Bhd
Level 12, RCEO Office
Tower 1, VSquare @ PJ City Centre
Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

MEMOHON TAJAAN MAKANAN KFC UNTUK MURID, GURU DAN WARIS PENDIDIKAN
KHAS SJK (C) PEI HWA TAMAN PERLING SEMASA LAWATAN KE ZOO JOHOR DAN
MALAY CULTURAL VILLAGE

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran


(PPKIBP) sekolah ini akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Johor dan Malay Cultural Village..
Salah satu tempat persinggahan kami adalah KFC (Cawangan Taman Perling). Butiran lanjut adalah seperti
berikut:

Tarikh : 12 November 2017 (Ahad)


Tempat : KFC (Cawangan Taman Perling)
Bilangan : 24 orang murid
7 orang guru / waris

3. Sehubungan dengan itu, pihak PPKIBP SJK (C) Pei Hwa ingin memohon tajaan makanan KFC
untuk pelajar-pelajar, guru dan waris PPKIBP dalam jamuan tersebut.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan, pelajar-pelajar PPKIBP di sini terdiri daripada pelajar istimewa
yang mempunyai pelbagai masalah seperti Lembam, Kerencatan Akal Ringan, Down Sindrom, Hyperaktif,
Autisme dan sebagainya.

Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan selanjutnya amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...................................................
( LIM SIOK HON )
Guru Besar
SJKC Pei Hwa Taman Perling

You might also like