Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

JAWATANKUASA KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN

2017
SJKC CHUNG HWA TENOM
KETUA PENYELARAS : PN OH MUI HIONG

KETUA KO-KURIKULUM : EN DAVID WONG VEE MING

KETUA GURU PENASIHAT : EN LESLIE L TOKUYUK

GURU PENASIHAT : PUAN SHAK NGEK KIM

EN PUNG KONG TIN

EN WONG VUI KONG

CIK HO SIEW LING

CIK RUSNAH RAHIM

PENGERUSI : GAN ZHI HUI (TAHUN 6)

TIMBALAN PENGERUSI : DIXTLY WONG ZHEN (TAHUN 5)

SETIAUSAHA : AZWINE ALIA MEPUNG (TAHUN 5)

PEN. SETIAUSAHA : EVELYN SUMI (TAHUN 6)

BENDAHARI : DANIEL ZAIRULNIZAM (TAHUN 4)

AHLI JAWATANKUASA : IMRAN HADI (TAHUN 4)

HAFIZI (TAHUN 5)

ROLAND (TAHUN 6)

IVAN (TAHUN 5)

JESSELLY (TAHUN 6)
DRAF AKTIVITI UTAMA KESELAMATAN JALAN
RAYA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHUNG HWA,
TENOM,SABAH.

SENARAI AKTIVITI UTAMA KELAB

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Senarai Aktiviti Utama KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA SJKC CHUNG
HWA TENOM yang selepas ini disebut sebagai ”KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA” sahaja.

1. Aktiviti persatuan: 1.1 Mesyuarat Kelab


1.2 Penubuhan Jawatankuasa
1.3 Merancang Aktiviti Tahunan
1.4 Pengenalan Kelab Keselamatan Jalan Raya
1.5 Latihan Mengenali Simbol Keselamatan Jalan Raya
1.6 Penilaian Aktiviti Kokum 2017
Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya,
SJKC Chung Hwa, Rujukan Kami: SJKCCHT/800-1/003(708)
Peti Surat 106, 89907 Tenom, Sabah. Tarikh: 4 JAN 2017

Guru Besar,
SJKC Chung Hwa Tenom,

Melalui: Ketua Guru Penasihat Kelab Keselamatan Jalan Raya SJKC Chung Hwa
Tenom
Puan,
PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KESELAMATAN
JALAN RAYA SJKC CHUNG HWA TENOM.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas bertarikh 03 JAN 2017 .
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan
Jalan Raya (KJR) SJKC Chung Hwa Tenom telah diadakan pada 4 Jan 2017 jam 1.40 petang
di Kelas Tahun SJKC Chung Hwa Tenom. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan
dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Aktiviti
Utama, dan Senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing
sehinggalah ke tarikh Mesyuarat Agung yang pertama yang akan diadakan secepat mungkin.
3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Jawatankuasa Keselamatan Jalan
Raya (KJR) SJKC Chung Hwa Tenom dengan penuh harapan memohon pihak puan
mengesahkan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya (KJR) SJKC Chung Hwa
Tenom ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya
(KJR) dalam bidang kokurikulum di sekolah ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.
4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan,
Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama.
5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,

…………………………..
(AZWINE ALIA MEPUNG)
Setiausaha,
Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya (KJR) ,
SJKC CHUNG HWA TENOM.
Rujukan Kami: SJKCCHT/800-1/003(708)
Tarikh: 06 JAN 2017

AZWINE ALIA MEPUNG,


Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya,
SJKC Chung Hwa, 89907 Tenom, Sabah.

Melalui: Ketua Guru Penasihat Keselamatan Jalan Raya (KJR) SJKC Chung Hwa
Tenom

Saudara/Saudari,
PERMOHONAN PENGESAHAN MENUBUHKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (KJR)
SJKC CHUNG HWA TENOM.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat tuan bertarikh 04 JANUARI 2017.
2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada
saudara/saudari dan semua ahli Jawatakuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-
sungguh bagi merealisasikan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya (KJR) bagi
SJKC Chung Hwa Tenom.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4
dan 5 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jil. 42, No.11, Tambahan No.21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21
Mei 1998, maka dengan sukacitanya saya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran
Keselamatan Jalan Raya (KJR) SJKC Chung Hwa Tenom. Pengesahan ini adalah
berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah Jawatankuasa ini dibubarkan.
4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bermaksud Keselamatan Jalan Raya
(KJR) SJKC Chung Hwa Tenom sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang
sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(OH MUI HIONG)
Guru Besar,
SJKC CHUNG HWA TENOM.
Rujukan Kami: SJKCCHT/800-1/003(708)
Tarikh: 06 JAN 2017

GAN ZHI HUI


Tahun 6,
Keselamatan Jalan Raya,
SJKC CHUNG HWA TENOM.
Melalui dan salinan:
Ketua Guru Penasihat
Keselamatan Jalan Raya,
SJKC CHUNG HWA TENOM.
Saudara/Saudari,
SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASA KESELAMATAN JALAN
RAYA SJKC CHUNG HWA TENOM
Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada
saya sepertimana dalam Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41l Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb. Mei 1998, saudara/saudari
telah dilantik sebagai PENGERUSI Keselamatan Jalan Raya SJKC Chung Hwa Tenom
berkuatkuasa mulai 04 JANUARI 2017.
2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan
yang perlu dilaksanakan oleh saudari.
3. Semoga dengan perlantikan ini saudara/saudari dapat menjalankan tanggungjawab
untuk meninggikan prestasi Kelab sekolah ini.
Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

……………………..................
(OH MUI HIONG)
Guru Besar
SJKC CHUNG HWA TENOM.
Rujukan Kami: SJKCCHT/800-1/003(708)
Tarikh: 11 JAN 2017

Tuan / Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATA JALAN RAYA KALI PERTAMA SJKC


CHUNG HWA TENOM

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan


Jalan Raya (KJR) SJKC Chung Hwa Tenom akan diadakan pada 18 Januari 2017, bersamaan
pada hari Rabu, jam 1.40 petang bertempat di bilik darjah Tahun 4 Jia.
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi Majlis
2.2 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
2.3 Perkara-perkara berbangkit
2.4 Laporan Kewangan
2.5 Penubuhan Jawatankuasa Biro
2.6 Hal-hal lain

3. Sehubungan itu, dengan hormatnya saudara/saudari adalah dijemput hadir ke


mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(AZWINE ALIA MEPUNG)


Setiausaha Persatuan Bahasa,
SJKC Chung Hwa Tenom.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum


2. Fail Guru Penasihat/Pemimpin
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bola Sepak
SJKC CHUNG HWA TENOM.

---------------------------------------------------------------------

Tarikh : 18 Januari 2017

Hari : Rabu

Masa : 01.40 petang

Tempat : Bilik Darjah Tahun 2 Jia

Kehadiran : Gan Zhi Hui, Dixtly Wong, Azwine, Evelyn, Daniel, Imran Hadi, Hafizi,
Roland, Ivan, Jesselly.

Turut hadir:

Guru Penolong Kanan Kokurikulum: En David Wong Vee Ming

Guru Penasihat Keselamatan Jalan Raya (KJR) : En Leslie L Tokuyuk, En Pung Kong Tin, En.
Wong Vui Kong, Pn Shak Ngek Kim, Cik Ho Siew Ling dan
Cik Rusnah Rahim.

Bil Perkara Tindakan

Ucapan Pengerusi Majlis

1 1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh En Leslie L Tokuyuk.

Makluman
1.2 Memulakan mesyuarat dan mengalu-alukan kehadiran
semua ahli dan mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran En David Wong Vee Ming selaku GPK
Kokurikulum dan guru-guru penasihat persatuan ini.

2 Mengesahkan minit yang lalu.

- Tiada.

Bil Perkara Tindakan

3 Perkara-perkara berbangkit.

- Tiada.
4 Laporan Kewangan.

4.1 Tiada Laporan Kewangan

5 Perkara yang dibincang: Guru Penasihat

5.1 Penubuhan Biro-biro. Ahli

i. PENGERUSI: Gan Zhi Hui (TAHUN 6)

ii. TIMB. PENGERUSI: Dixtly Wong Zhen (TAHUN 6)

iii. SETIAUSAHA: Azwine Alia Mepung (TAHUN 5)

iv. PEN. SETIAUSAHA: Evelyn Sumu (TAHUN 6)

v. BENDAHARI: Daniel Zairulnizam (TAHUN 4)

vi. AHLI JAWATANKUASA :

a. Imran Hadi (TAHUN 4)

b. Hafizi (TAHUN 5)

c. Roland (TAHUN 6)

d. Ivan (TAHUN 4)

d. Jesselly (TAHUN 6)
5.2 Aktiviti Persatuan

1. Ahli mencadangkan aktiviti yang akan dijalankan dalam


sepanjang perjumpaan pada tahun ini.

1.1 Mesyuarat Kelab, Penubuhan Jawatankuasa,


Merancang Aktiviti Tahunan
1.2 Pengenalan Keselamatan Jalan Raya (KJR)

1.3 Pengenalan Simbol Keselamatan Jalan Raya

6 Hal-hal lain.

6.1 En David Wong Vee Ming selaku Guru Penolong Kanan


Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
ahli jawatankuasa.

6.2 Beliau juga berharap agar semua ahli persatuan dapat


menjalankan tugas masing-masing dengan baik agar aktiviti
persatuan boleh dilaksanakan dengan berkesan.
makluman

6.3 En Leslie L Tokuyuk selaku Ketua Guru Penasihat Bola


Sepak juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli
jawatankuasa kerana berjaya mengadakan mesyuarat
tersebut.

6.4 Beliau juga menyarankan kepada semua ahli


jawatankuasa supaya setiap biro yang ditubuhkan itu dapat
menjalankan aktiviti khusus untuk kebaikan semua ahli.

6.5 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Guru


Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Penasihat
Keselamatan Jalan Raya (KJR) di atas saranan dan nasihat
yang amat bermakna kepada semua ahli jawatankuasa dan
juga semua ahli persatuan ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(AZWINE ALIA MEPUNG) (GAN ZHI HUI)


Setiausaha, Pengerusi,
Keselamatan Jalan Raya, Keselamatan Jalan Raya,
SJKC Chung Hwa Tenom. SJKC Chung Hwa Tenom.
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Pergerakan SJKC CHUNG HWA TENOM
yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan: Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya (KJR)


SJKC CHUNG HWA TENOM.
b. Alamat: SJKC CHUNG HWA TENOM,
PETI SURAT 106,
89907 TENOM, SABAH .

PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Jawatankuasa Kelab dan Persatuan dengan
lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Berpersatuan dan memupuk semangat
bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab dan Persatuan akan seberapa daya berusaha
untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi
terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT


5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Bendahari
6.6.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
6.6.6 Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.2 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.4 Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa

7.8 Pemeriksa Kira-Kira


7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan
dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Ahli Persatuan Koir sebulat sehati mempertimbangkan tidak memerlukan
bayaran yuran untuk persatuan ini.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN


12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN


13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN


14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN


15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

………………………. …………………….
(AZWINE ALIA MEPUNG ) (GAN ZHI HUI)
Setiausaha Pengerusi
Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya (KJR) Jawatankuasa Keselamatan Jalan

........................................ .....................................
(LESLIE L TOKUYUK) (OH MUI HIONG)
Ketua Guru Penasihat Guru Besar
Jawatankuasa Keselamatan Jalan Raya (KJR) SJKC Chung Hwa Tenom

Tarikh:
SENARAI AHLI JAWATANKUASA SUKAN/PERMAINAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan Mo. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan SJKC CHUNG HWA TENOM yang
selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

1. PENGERUSI : GAN ZHI HUI (TAHUN 6)

2. TIMBALAN PENGERUSI : DIXTLY WONG ZHEN (TAHUN 5)

3. SETIAUSAHA : AZWINE ALIA MEPUNG (TAHUN 5)

4. PENOLONG SETIAUSAHA : EVELYN SUMI (TAHUN 6)

5. BENDAHARI : DANIEL ZAIRULNIZAM (TAHUN 4)

6. AHLI JAWATANKUASA : 7.1 IMRAN HADI (TAHUN 4)

7.2 HAFIZI (TAHUN 5)

7.3 ROLAND (TAHUN 6)

7.4 IVAN (TAHUN 5)

7.5 JESSELLY (TAHUN 6)


Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah
mematuhi Subseksyen 6.1.1 dalam Artikel Enam dan perlantikan mereka
mematuhi Subseksyen 6.1.2 dalam artikel yang sama seperti dalam Undang-
Undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

.................................... ....................................
(GAN ZHI HUI) (AZWINE ALIA MEPUNG)
Pengerusi Keselamatan Jalan Raya (KJR) Setiausaha Keselamatan Jalan
Raya (KJR)
Tarikh: Tarikh:

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Ahli Jawatankuasa di atas dan
perlantikan mereka adalah mengikut Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan
(Perlembagaan) Jawatankuasa Persatuan SJKC CHUNG HWA TENOM.

.................................
(OH MUI HIONG)
Guru Besar,
SJKC CHUNG HWA TENOM.
Tarikh:
SENARAI AKTIVITI UTAMA KELAB

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan


Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,
Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Senarai Aktiviti Utama Keselamatan Jalan Raya (KJR) SJKC CHUNG HWA
TENOM yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

1 Aktiviti persatuan: 1.1 Pembahagian Penasihat Dan AJK Kokum


1.2 Mesyuarat Sukan / Permainan
1.3 Pertubuhan jawatankuasa
1.4 Merancangan Aktiviti Tahunan
1.5 Pengenalan Peraturan Keselamatan Jalan Raya

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa aktiviti dan program yang disenaraikan di atas
adalah aktiviti dan program sebenar yang akan dianjur dan dikelolakan oleh
persatuan ini.

.................................... .....................................
(GAN ZHI HUI ) (AZWINE ALIA MEPUNG)
Pengerusi Setiausaha
Keselamatan Jalan Raya (KJR) Keselamatan Jalan Raya (KJR)
Tarikh: Tarikh:

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa Senarai Aktiviti Utama di atas adalah
sesuai dengan tujuan dan matlamat penubuhan Keselamatan Jalan Raya (KJR)
SJKC CHUNG HWA TENOM.

.................................
(OH MUI HIONG)
Guru Besar,
SJKC CHUNG HWA TENOM.
Tarikh:
JADUAL AKTIVITI TAHUNAN KESELAMATAN JALAN RAYA (KJR) SJKC CHUNG HWA TENOM
TAHUN 2017

Bil. Tarikh Perkara / Aktiviti Tindakan


1. 18.01.2017 Pembahagian Persatuan dan AJK Kokum Guru Penyelaras
2. 18.01.2017 2.1 Mesyuarat Persatuan Guru Penasihat KJR
2.2 Pertubuhan Jawatankuasa
2.3 Merancang Aktiviti Tahunan
3. 08.02.2017 Merancang aktiviti tahunan Guru Penasihat KJR
Cara mengatasi dan punca-punca kemalangan
4. 22.02.2017 Guru Penasihat KJR
jalan raya
5. 8.03.2017 Melukis peta dari sekolah ke rumah Guru Penasihat KJR
Mengenali symbol dan logo keselamatan jalan
6. 5.04.2017 Guru Penasihat KJR
raya
7. 19.04.2017 Pembentangan Hasil kerja minggu lepas Guru Penasihat KJR

8. 3.05.2017 Pembentangan keselamatan kenderaan Guru Penasihat KJR

9. 21.06.2017 Tayangan video-PUSPAKOM Guru Penasihat KJR


10. 12.07.2017 Tayangan video jenis kemalangan jalan raya Guru Penasihat KJR
11. 26.0.2017 Perancangan hasil video Kelab KJR Guru Penasihat KJR
12. 9.08.2017 Pelaksanaan penghasilan video keselamatan Guru Penasihat KJR

13. 20.09.2017 Pembentangan video Guru Penasihat KJR

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

______________________ _____________________
(LESLIE L TOKUYUK) (OH MUI HIONG)
Ketua Guru Penasihat Guru Besar
Keselamatan Jalan Raya (KJR) SJKC Chung Hwa Tenom
SENARAI KEAHLIAN KESELAMATAN JALAN RAYA (KJR) SJKC CHUNG HWA TAHUN 2017
SJKC CHUNG HWA, TENOM

Ketua Guru Penasihat : EN LESLIE L TOKUYUK

Guru Penasihat : EN PUNG KONG TIN

Guru Penasihat : EN WONG VUI KONG

Guru Penasihat : CIK RUSNAH RAHIM

Guru Penasihat : PUAN SHAK NGEK KIM

Guru Penasihat : CIK HO SIEW LING

1 DWEGGI FIDELIS 4J 21 AIDAN VOO QIAN YI 6J


2 MOHAMMAD IMRAN HADI* 4J 22 CHONG YEE RU 6J
3 NURAFIQAH HAZWANI* 4J 23 EVYLEN 6J
4 SERENA SHILOH CLAIRE JOHN 4J 24 GAN ZHI HUI 6J
5 SIT I NORHAINI ABDULLAH* 4J 25 JESSELLY JUNIOR 6J
6 VALENT INO CRUZ 4J 26 MICHELLE CHONG MEI YING 6J
7 IRRAEYANA 4Y 27 CHONG BIN KIAT 6Y
8 MOHD DANIEL ZAIRULNIEZAM* 4Y 28 LEXXANN LIEW 6Y
9 NUR SYAMIMIE NAZURAH* 4Y 29 MOHD HELMI EFFRANDY* 6Y
10 NURUL NABIHA AUNI* 4Y 30 MOHD SHUKRI* 6Y
11 VELLBRYAN 4Y 31 ROLAND ESGELBERT 6Y
12 AZWINE ALIA MEPUNG* 5J 32 T EFANO ROYNSON 6Y
13 DARREN EZBON CHIN 5J 33 WILLMAX 6Y
14 LAIZA* 5J 34
15 MOHD HAFIZI BIN HENDRA* 5J 35
16 SINCLAIR SIMEON 5J 36
17 CHRIST OPHER NG ZHENG SHENG 5Y 37
18 DIXT LY WONG ZHEN 5Y 38
19 ET HAN YONG WEI SHENG 5Y 39
20 IVAN CHONG CHEE JET 5Y 40

Disahkan oleh: Disahkan Oleh,

............................................... ...............................................
(LESLIE L TOKUYUK) (PN OH MUI HIONG)
KETUA GURU PENASIHAT GURU BESAR
KESELAMATAN JALAN RAYA (KJR) SJKC CHUNG HWA TENOM
SJKC CHUNG HWA TENOM
Jawatankuasa Persatuan Bahasa,
SJKC Chung Hwa, Rujukan Kami: SJKCCHT/800-1/002(707)
Peti Surat 106, 89907 Tenom, Sabah. Tarikh:

GURU BESAR,
SJKC CHNG HWA TENOM.
Puan,
MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENGUTIP DERMA KEAHLIAN BAGI PERSATUAN
BAHASA SJKC CHUNG HWA TENOM

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.


2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, ____________________ berdasarkan
Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, yang berkait
dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk memungut derma
Persatuan Bahasa SJKC YUK NAM TENOM mulai ____________________.

3. Bersama-sama ini disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai jumlah


pungutan derma yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli.

1.10 Kutipan setiap bulan ialah RM __________

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK KECEMERLANGAN PERSATUAN”

Saya yang menjalankan tugas,

……......………………..
( )
Bendahari Persatuan Bahasa,
SJKC CHUNG HWA TENOM.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Persatuan Koir
4. Guru Pemimpin/Penasiha
Rujukan Kami: SJKCCHT/800-1/002(707)
Tarikh:

Setiausaha Persatuan Bahasa,


SJKC CHUNG HWA TENOM.

Saudara/Saudari,

PERMOHONAN UNTUK MENGUTIP DERMA KEAHLIAN BAGI PERSATUAN BAHASA


SJKC CHUNG HWA TENOM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Merujuk surat saudara/saudari ___________________ bertarikh ________________
dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta
Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb.
Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk memungut derma
Persatuan Bahasa SJKC CHUNG HWA TENOM adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai
________________.

3. Semoga saudara/saudari dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
(OH MUI HIONG)
Guru Besar,
SJKC CHUNG HWA TENOM.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
DOKUMEN PENCAPAIAN CEMERLANG AHLI TAHUN 2017

No Tarikh Nama (Kelas) Aktiviti / Pertandingan Peringkat Pencapaian Nama


T.T.
Guru
Rujukan Kami: SJKCCHT/800-1/002(707)
Tarikh: 11 JANUARI 2017

Kepada Ibu bapa/penjaga,

_________________________,

Tuan/Puan,
PENERIMAAN AHLI KO-KURIKULUM SJKC CHUNG HWA TENOM
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa anak/anak jagaan tuan/puan,
__________________________ murid Tahun _______, telah diterima menjadi ahli
Kelab/Persatuan __________________, Sukan/Permainan _______________________, dan
Badan Beruniform __________________ SJKC CHUNG HWA TENOM dan dikehendaki
menjalani latihan/perjumpaan pada setiap hari Rabu berdasarkan ketetapan yang telah
dijadualkan bermula jam 1:40pm hingga 3:40pm.

2. Sehubungan dengan itu, anak/anak jagaan tuan/puan adalah TIDAK DIBENARKAN


meninggalkan sekolah pada waktu rehat 1:10pm – 1:40pm demi keselamatan murid-murid
kecuali telah mendapatkan kebenaran daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum atau Guru
Besar.
3. Semoga tuan/puan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan
anak tuan/puan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

”SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………..
(OH MUI HIONG)
Guru Besar,
SJKC CHUNG HWA TENOM.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Persatuan
4. Guru Pemimpin
Rujukan Kami: SJKCCHT/800-1/002(707)
Tarikh:

Kepada Ibu bapa/penjaga,

_________________________,

Tuan,
KETIDAKHADIRAN AHLI ______________________________ SJKC CHUNG HWA TENOM

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak/anak jagaan tuan/puan, ________________


murid Tahun ___, seorang ahli _____________________________ SJKC CHUNG HWA
TENOM, telah tidak hadir semasa latihan/perjumpaan pada setiap hari RABU jam 1.40pm
hingga 3.40pm sepertimana tarikh-tarikh berikut:
Tarikh: ___________________________________________________
2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah memohon kerjasama pihak
tuan/puan untuk memastikan bahawa ketidakhadiran anak/anak jagaan tuan/puan pada tarikh
tersebut adalah dalam pengetahuan tuan/puan. Pihak kami sangat berbangga jika pihak
tuan/puan dapat berjumpa Ketua Guru Penasihat ____________________
(En/Puan/Cik___________________ ) untuk mendapat makluman selanjutnya.
3. Semoga tuan/puan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan
anak/anak jagaan tuan/puan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.

”SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………….
(OH MUI HIONG)
Guru Besar,
SJKC CHUNG HWA TENOM.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Guru Pemimpin Kelab dan Persatuan/Sukan dan Permainan/Badan Beruniform.
4. Fail Kelab dan Persatuan / Sukan dan Permainan/Badan Beruniform.

You might also like