Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Topik 6 Hubungan Etnik

MEMAHAMI PERBEZAAN ETNIK

Bidang hubungan etnik mengkaji tingkah laku dan interaksi sosial antara masyarakat yang mempunyai perbezaan
dari segi fizikal dan budaya. Apabila masyarakat berlainan budaya bertembung, maka sudah tentulah timbul
masalah dari segi interaksi sosial antara mereka kerana masing-masing mempunyai amalan budaya yang
berlainan. Kajian hubungan etnik juga melihat bagaimana persekitaran sosial dan budaya memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi interaksi tersebut, sama ada hubungan itu penuh dengan harmoni atau sebaliknya.
Dengan memahami selok belok hubungan etnik, kita mungkin dapat menyelesaikan masalah-masalah seperti
yang dinyatakan di atas. Persoalannya ialah bagaimanakah anda menyedari bahawa anda adalah orang
Melayu, Cina atau India? Bagaimanakah anda berkelakuan apabila bergaul dengan orang yang berbeza dari segi
etnik dengan anda?

RAS DAN KUMPULAN ETNIK

Apakah perbezaan antara ras dan etnik? Umumnya istilah ras (daripada istilah Inggeris race) merujuk kepada ciri-
ciri fizikal dan biologi yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia, sementara etnik (daripada istilah Inggeris
ethnic) merujuk kepada ciri-ciri budaya yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan atau masyarakat. Perkara penting
yang harus diingati ialah ras adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh faktor keturunan dan biologi, sementara
etnik adalah satu bentuk persepsi, sama ada oleh diri kita sendiri atau oleh orang lain terhadap kita. Misalnya,
kalau kita dilahirkan dengan rupa paras Melayu, maka agak sukar untuk kita mengubah rupa paras tersebut
menjadi seolah-olah seperti orang keturunan Inggeris. Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mencuba untuk
mengubah fitrah mereka (sila rujuk Rajah 6.2). Berikut dijelaskan dengan lebih terperinci konsep ras dan etnik.

Ras

Biasanya konsep ras merujuk kepada satu kelompok manusia yang mempunyai ciri-ciri warisan biologi dan fizikal
yang berbeza dengan kelompok lain. Mengikut kaedah ini secara umum kategori manusia terbahagi kepada tiga:
(a) Kaukosoid (Caucasian) Mereka yang berkulit putih, berambut perang, berbadan tinggi. Kumpulan ini ramai
terdapat di negara-negara Eropah dan Amerika dan dikatakn berasal dari kawasan Caucasus di timur Eropah (sila
lihat Rajah 6.3). (b) Negroid (Negroid) Mereka terdiri daripada kebanyakan penduduk benua Afrika yang
berambut ikal, berkulit hitam dan berhidung kemek (sila lihat Rajah 6.4). Istilah asal daripada perkataan Negro.
(c) Mongoloid (Mongoloid) Mereka kebanyakannya menduduki kawasan Asia Timur (sila lihat Rajah 6.5) dan
dikatakan berasal dari benua Asia tengah. Istilah ini adalah sempena dengan nama Mongolia, salah satu negara di
Asia tengah.

Walau bagaimanapun, masih banyak kelompok manusia yang tidak dapat dimasukkan ke dalam tiga kategori ini,
kerana telah berlaku perkahwinan campur yang meluas sehingga pembahagian manusia mengikut ciri-ciri fizikal
yang dinyatakan di atas tidak dapat dilaksanakan dengan jelas. Dalam konteks masa kini, istilah „etnik‰ lebih
sesuai digunakan serta mendapat perhatian yang lebih luas. Sebenarnya, kesedaran etnik atau persepsi etnik itu
kadang kala tidak ada kena mengena dengan ciri-ciri biologi dan fizikal. Misalnya, kalau kita lihat di sekeliling kita
terdapat orang Melayu yang rupa parasnya mirip kepada Cina, Arab atau India. Sebaliknya ada juga orang Cina
yang mempunyai rupa paras yang lebih mirip kepada orang Melayu. Tetapi setiap daripada mereka itu tetap
dengan identiti etnik masing-masing biarpun dari segi rupa paras mereka adalah sebaliknya.
http://www.blogger.com/img/blank.gif

Kumpulan Etnik

Kelompok etnik merujuk kepada satu kelompok manusia yang mempunyai tradisi budaya yang sama dan satu
perasaan identiti yang sepunya. Kelompok ini mungkin merupakan kelompok kecil (sub-group) yang wujud dalam
sesebuah negara yang mempunyai kelompok-kelompok etnik yang lain. Misalnya, di negara kita terdapat
kelompok etnik yang besar seperti Melayu, Cina dan India, selain daripada kelompok-kelompok sub-etnik lain yang
lebih kecil seperti Orang Asli, Dusun, Kadazan, Iban, Bidayuh, Jawa, Bugis, Mendailing dan sebagainya. Ahli-ahli
kelompok etnik mempunyai perbezaan ciri-ciri budaya berbanding dengan kelompok lain, misalnya dari segi
bahasa, agama dan adat resam. Oleh itu dapat kita simpulkan bahawa jika ras merupakan kelompok manusia
yang dibezakan kerana ciri-ciri biologi dan fizikal, maka etnik pula dibezakan kerana persepsi dan elemen budaya
masingmasing. Sebagai contoh, orang Melayu dan orang Cina boleh digolongkan ke dalam ras yang sama iaitu
Mongoloid tetapi mereka berbeza dari segi etnik kerana kedua-duanya mempunyai budaya yang berlainan (sila
lihat Rajah 6.6 dan Rajah 6.7).

1
KUMPULAN ETNIK DAN HUBUNGAN SOSIO-BUDAYA

Sekiranya sesuatu kelompok manusia itu tinggal di kawasan masing-masing dan tidak pernah bertemu dengan
kelompok manusia lain, maka isu hubungan ras atau etnik mungkin tidak timbul. Masalah hubungan etnik
berbangkit sebaik sahaja manusia yang berbeza-beza latar belakang budaya itu bertemu dan bergaul antara satu
sama lain. Pertembungan antara golongan berlainan ras dan etnik tidak dapat dielakkan kerana manusia sentiasa
bergerak untuk mencari kawasan baru untuk diterokai, dijajah atau ditakluki. Sesetengah pertembungan telah
menyebabkan berlakunya peperangan, dan penjajahan oleh satu kelompok ras ke atas kelompok lain. Misalnya,
orang-orang Mongol yang mara ke kawasan Eropah, Asia Barat dan Cina telah menyebabkan berlakunya
peperangan di antara mereka dengan penduduk asal tempatan. Pergerakan manusia dari satu kawasan ke
kawasan lain merupakan salah satu daripada kedinamikan budaya (cultural dynamics). Di zaman moden,
pergerakan manusia dari sebuah negara ke negara lain banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi, iaitu untuk
memperolehi kehidupan yang lebih terjamin di tempat baru. Terdapat juga kes-kes yang berkaitan dengan faktor
politik termasuk pelarian perang dan mereka yang memerlukan perlindungan atau suaka politik. Ekoran daripada
ini maka berlakulah pertembungan antara manusia yang mempunyai budaya yang berlainan.

Dalam hubungan ras dan etnik, kelompok-kelompok manusia yang berbeza ras dan etnik dibahagikan kepada
beberapa strata:

(a) Strata atas


Biasanya dikategorikan sebagai kelompok dominan, superordinat, superior atau majoriti.

(b) Strata bawah


Dikategorikan sebagai kelompok subordinat, inferior atau minoriti. Biasanya kelompok ras dan etnik di strata
bawah ini ditindas, dinafikan beberapa hak asasi serta didiskriminasikan oleh kelompok yang menduduki strata
atas (sila lihat Rajah 6.8).

Bentuk-bentuk hubungan ras dan etnik ini dapat dikategorikan kepada:

(a) Kerjasama

Ia didorongi oleh kepentingan bersama. Kerjasama ini sama ada di antara individu, seperti di kalangan jiran atau di
antara kelompok, misalnya kerjasama parti-parti politik. Kerjasama merupakan asas utama untuk mewujudkan
perpaduan di kalangan etnik.

(b) Persaingan
Ia merupakan proses mengalahkan orang lain untuk mendapatkan sesuatu yang lazimnya terhad, misalnya dalam
bidang ekonomi (pekerjaan, pangkat), pendidikan, perumahan, tanah dan seumpamanya.

(c) Konflik
Ia merujuk kepada proses persaingan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara melemahkan, mengalahkan atau
menghapuskan pihak lain yang mempunyai kepentingan yang sama. Ketiga-tiga bentuk hubungan di atas
menimbulkan implikasi dan masalah yang berlainan, dari yang bersifat harmoni hinggalah kepada konflik. Oleh itu
persoalan yang timbul ialah bagaimanakah masyarakat berlainan ras dan etnik itu boleh wujud sesama mereka.
Pola-pola di bawah merangkumi hampir keseluruhan pola-pola yang mungkin terdapat dalam hubungan ras dan
etnik di merata tempat di seluruh dunia.

(a) Asimilasi
Dalam kebanyakan kes, kelompok etnik atau ras yang minoriti diasimilasikan ke dalam kelompok etnik atau ras
yang lebih besar. Asimilasi biasanya melibatkan asimilasi budaya di mana kelompok minoriti menerima
sebahagian besar daripada budaya kelompok majoriti.
(b) Pluralisme
Sesetengah golongan minoriti enggan menghilangkan identiti etnik atau rasnya kerana mereka mempunyai
kesedaran yang tinggi dan berbangga dengan warisan budaya ibunda mereka. Di samping itu juga, kelompok
dominan sanggup membenarkan malahan menggalakkan kewujudan pelbagai budaya dalam masyarakat.
(c) Perlindungan undang-undang terhadap minoriti
Di dalam sesetengah negara, kumpulan minoriti dilindungi oleh undangundang. Sebagai contoh, di England
terdapat Race Relations Act 1965 yang menjamin kepentingan sosial dan budaya golongan minoriti etnik.
(d) Pemindahan penduduk
Dalam situasi di mana terjadinya konflik yang begitu hebat antara kelompok-kelompok ras dan etnik, cara
penyelesaiannya ialah dengan memindahkan kelompok ras dan etnik tertentu ke kawasan lain.
(e) Penaklukan berterusan
Dalam sesetengah kes, kelompok dominan mempunyai hasrat untuk mengekalkan keistimewaannya ke atas
2
kelompok minoriti. Untuk memenuhi hasrat tersebut, mereka menggunakan kuasa tekanan untuk memisahkan dan
mengasingkan secara fizikal kelompok-kelompok ras dan etnik yang berbeza-beza.
(f) Penghapusan (genocide)
Penghapusan keseluruhan penduduk atau pembunuhan beramai-ramai (genocide) banyak dicuba malahan telah
berjaya dilakukan di beberapa tempat di muka bumi. Kaedah penghapusan penduduk termasuk pembunuhan
dengan menggunakan senjata api dan dengan sengaja menyebarkan penyakit berjangkit seperti cacar (small-pox)
di kalangan penduduk yang menjadi sasaran.

KONFLIK ETNIK
Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, hubungan ras dan etnik boleh wujud sama ada dalam bentuk harmoni
atau dalam bentuk bermusuhan. Terdapat beberapa faktor asas yang menyebabkan berlaku hubungan
bermusuhan antara kelompok-kelompok ras dan etnik.

Rasisme dan Etnosentrisme


Rasisme merujuk kepada anggapan sesorang bahawa ras sendiri adalah lebih baik, iaitu lebih superior, daripada
ras orang lain. Sementara etnosentrisme pula merupakan kepercayaan bahawa unsur-unsur yang terdapat pada
budaya sendiri seperti agama, nilai, sikap dan amalan budaya adalah lebih baik daripada yang dimiliki oleh
kelompok-kelompok etnik lain.

Rasisme dan Etnosentrisme: Berfungsi atau Disfungsi?


Kedua-dua anggapan di atas mempunyai fungsi tersirat. Kesedaran tentang ras yang superior dapat mengikat ahli-
ahli sesuatu kelompok ras atau etnik di bawah satu solidariti dan semangat kekitaan yang kuat. Adolf Hitler
menggunakan idea tentang keagungan bangsa Aryan untuk mendapatkan sokongan untuk parti Nazi (sila lihat
Rajah 6.9). Namun demikian, anggapan sedemikian juga boleh bersifat disfungsi. Kesedaran rasisme dan
etnosentrisme boleh menyebabkan seseorang itu melihat kelompok lain sebagai inferior dan lebih rendah dari segi
taraf sosial dan budaya. Dengan demikian mereka layak ditindas, dieksploitasi dan ditekan. Jika perkara ini
berlaku maka perbezaan ras dan etnik akan menyumbang kepada wujudnya konflik dan ketegangan dalam
sebuah negara berbilang ras dan etnik.

Punca-punca Rasisme dan Etnosentrisme


Kita semua maklum bahawa kepercayaan rasisme dan etnosentrisme boleh membawa kepada konflik. Dengan
demikian, pendekatan atau teori konflik adalah sesuai dalam menganalisis sebab-sebab terjadinya rasisme dan
etnosentrisme. Berdasarkan teori konflik, rasisme dan etnosentrisme wujud akibat kesan daripada persaingan
sesama kelompok-kelompok ras dan etnik ke atas sumber-sumber yang terbatas. Untuk rasisme dan
etnosentrisme terbentuk mestilah terlebih dahulu wujud tiga keadaan berikut:

(a) Mestilah terdapat dua atau lebih kelompok sosial yang dapat dikenal pasti melalui perbezaan ciri-ciri fizikal dan
budaya.
(b) Mestilah terdapat persaingan di antara kelompok-kelompok ke atas sumber-sumber yang bernilai seperti
kuasa, tanah atau pekerjaan.
(c) Mestilah wujud kuasa yang tidak seimbang di antara kelompok-kelompok, dalam erti kata terdapat satu
kelompok yang dominan yang mempunyai kuasa yang lebih kuat untuk menafikan kelompok-kelompok lain hak ke
atas sumber-sumber yang bernilai itu.

Semakin tinggi persaingan, maka semakin kuat perasaan rasisme dan etnosentrisme. Mengikut perspektif konflik
ketaksamaan ekonomi menjadi penyebab kepada meningkatnya rasisme dan etnosentrisme. Teori konflik
menjelaskan bahawa untuk merasionalkan tindakan menjajah, orang kulit putih atau the white race menganggap
ras kulit hitam (the coloured race) tidak mempunyai martabat setinggi mereka. Ideologi rasisme mewajarkan
diskriminasi terhadap orang kulit hitam kerana tanggapan bahawa kedudukan mereka adalah inferior, justeru
mereka tidak layak diberikan pekerjaan yang baik, pendidikan tinggi serta kemudahan kemudahan asas yang lain.
Adakah ini adil apabila disedari bahawa kita semua pada dasarnya sama sahaja, iaitu insan
biasa (sila lihat Rajah 6.10)?

Prejudis dan Diskriminasi


Hubungan ras dan etnik diburukkan lagi dengan adanya prasangka dan diskriminasi. Prasangka merupakan
pandangan buruk atau prejudis terhadap ahli-ahli kelompok lain. Prasangka biasanya bersifat negatif, di mana ahli-
ahli kelompok lain dibenci kerana perbezaan ras atau etnik serta mempunyai ciri-ciri yang tidak diingini.
Diskriminasi merupakan layanan yang tidak adil dan tidak sama rata terhadap individu atau kelompok atas dasar
ciri-ciri yang tidak relevan seperti jantina, ras, etnik atau kelas sosial. Diskriminasi berlaku apabila sesetengah
kumpulan manusia manusia dengan dinafikan sesuatu hak semata-mata kerana perbezaan ras dan etnik.
Faktor penting yang membawa kepada prasangka dan diskriminasi ialah persepsi sosial yang tidak tepat tentang
sesuatu kumpulan ras atau etnik. Persepsi tersebut diburukkan lagi oleh sejarah pertembungan awal antara
kumpulan ras and etnik. Pertembungan antara pelbagai golongan ras dan etnik biasanya akan membangkitkan
3
perasaan „kami dan mereka‰ (us and them), iaitu sikap melihat orang yang kita tidak kenali sebagai „orang luar
kelompok,‰ justeru hubungan mestilah tidak saksama dengan „orang dalam kelompok.‰ Perasaan tersebut
menyebabkan kita menganggap orang luar itu sebagai musuh, tidak boleh dipercayai, atau setidak-tidaknya harus
dilayan dengan berwaspada serta tidak boleh diterima sebagai saksama.

Proses sosialisasi juga turut menjadikan persepsi tersebut bertambah buruk, terutama sekali apabila persepsi
yang salah itu diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Selain itu media massa seperti televisyen, filem,
surat khabar dan seumpamanya memainkan peranan dalam memburukkan lagi persepsi yang salah itu, seolah-
olah sesuatu kelompok ras dan etnik adalah ganas, miskin dan jahat. Misalnya dalam filem-filem Barat orang kulit
hitam digambarkan sebagai penjenayah, pemabuk dan menjadi punca kepada segala masalah sosial dan
ekonomi (sila lihat Rajah 6.11).

Stereotaip
Prasangka dan diskriminasi berkait rapat dengan konsep stereotaip. Stereotaip merupakan pernyataan-pernyataan
yang ditanggapi terlebih dahulu, yang merupakan kepercayaan dan jangkaan yang membentuk pernyataan
tersebut. Ada stereotaip yang mengaitkan sifat-sifat negatif dengan sesuatu golongan etnik, seperti „pemalas,
„pengotor, „pembelit atau penipu. Kepercayaan umum ini mungkin terbentuk ekoran daripada pengalaman yang
pernah dilalui sendiri, melalui sosialisasi atau mengikut apa yang diceritakan oleh orang lain. Stereotaip ini
memberi kesan apabila seseorang itu pertama kali bertemu dengan mereka yang berasal dari ras atau etnik yang
berlainan. Walaupun pada hakikatnya mereka tidak mempunyai sifat-sifat negatif seperti yang katakan, tetapi oleh
kerana stereotaip yang terbentuk dengan lebih awal itu, maka kita terus mempunyai buruk sangka terhadap
mereka. Misalnya, kita baru terserempak dengan seorang Negro di Kuala Lumpur dan cuba memahami sikap
beliau; maka pemahaman dan pentafsiran siapa beliau adalah berdasarkan kepada stereotaip yang kita ada
mengenai orang Negro secara keseluruhan. Tafsiran kita mungkin tersasar daripada realiti apabila kita tiba-tiba
teringatkan siapakah yang menjadi presiden Amerika Syarikat pada ketika ini (sila lihat Rajah 6.12).

Kelompok ras dan etnik yang juga golongan minoriti bukan sahaja diprasangkakan dan didiskriminasi tetapi dalam
kes-kes tertentu mereka dijadikan mangsa lempar salah (scapegoat). Mereka sering dijadikan kambing hitam iaitu
dijadikan alat untuk oleh golongan dominan jika berlaku sesuatu masalah sosial, ekonomi atau politik. Di Malaysia,
pendatang-pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, dan sebagainya selalu dipersalahkan
apabila kadar jenayah dan salah laku sosial meningkat.

KESEDARAN ETNIK DAN IDENTITI

Hubungan ras dan etnik biasanya merupakan satu proses mengikut perkembangan masa, iaitu bermula dengan
kontrak awal hinggalah kepada yang akhirnya membawa perpaduan. Namun proses ini tidak semestinya
sedemikian. Untuk memudahkan perbincangan kita, cuba lihat proses hubungan ras dan etnik yang berbentuk
continuum (berterusan) yang dimulai dengan segregasi hingga kepada penyatuan biologi (amalgamasi) seperti
dalam Rajah 6.13.
(a) Segregasi
Hubungan ras dan etnik yang bersifat pemisahan, di mana kelompok-kelompok ras dan etnik biasanya tinggal
berasingan dan terpisah dari segi fizikal, sosial dan budaya. Contoh terbaik ialah sistem apartheid selatan.
(b) Akomodasi
Hubungan ras dan etnik dicirikan oleh hidup bersama namun mereka masih tetap hidup berasingan. Mereka hidup
secara harmoni dengan setiap kelompok diwakili di peringkat pusat, di mana mereka bertolak ansur antara satu
dengan lain. Hubungan ini biasanya terdapat dalam masyarakat majmuk.
(c) Akulturasi
Hubungan ras dan etnik yang dicirikan oleh asimilasi budaya, di mana kelompok-kelompok ras dan etnik yang
berlainan itu saling meminjam unsur-unsur budaya sesama mereka. Dalam kes yang agak ekstrim ialah di
mana kelompok minoriti menerima unsur-unsur budaya kelompok dominan secara besar-besaran.
(d) Asimilasi
Hubungan ras dan etnik yang melibatkan asimilasi struktur, berbeza dengan asimilasi budaya. Di peringkat ini,
kelompok minoriti diserap ke dalam masyarakat dominan bukan sahaja dari segi budaya tetapi juga menerima
aspek-aspek lain seperti pendidikan, ekonomi dan lain-lain.
(e) Amalgamasi
Hubungan ras dan etnik yang dicirikan dengan perkahwinan campur rentas sempadan ras dan etnik (sila lihat
rajah 6.14). Akibatnya terbentuk ras yang baru dan dengan demikian kelompok-kelompok ras dan etnik
sudah menjadi satu. Contoh terbaik berlaku di Brazil dan Hawaii.

Minggu 1 - Konsep Budaya dan Kepentingan Memahami Konsep Budaya

 Pengertian dan konsep budaya


4
 Kaum dan etnik di Malaysia
 Demografi kaum dan etnik di Malaysia
 Kepentingan memahami konsep budaya kepada guru

You might also like