Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

JOM BELAJAR SEJARAH SECARA SANTAI MELALUI KOMIK BIJAK

- KREDIT KEPADA MBP PUBLICATION


SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 3 - Kesedaran Pembinaan Negara & Bangsa
(Buku Teks m.s. 64 - 72)

KAEDAH PELAKSANAAN . PdPc (1 JAM - 2 WAKTU)

AKTIVITI
PERMULAAN 1. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan (5-6 pelajar).
2. Guru mengedarkan set Komik Bijak (7 Keping) kepada setiap kumpulan.
3. Guru menerangkan langkah-langkah aktiviti kerja kumpulan.

AKTIVITI
UTAMA 1. Pelajar akan bersama-sama membaca cerita /illustrasi komik tersebut dlm
masa 10 minit. (Keadaan yang bising memang dijangkakan) 4C - Coorperation
2. Guru mengedarkan soalan esei.(20 minit masa menjawab - boleh rujuk komik)
3. Pelajar menjawab (bentuk point sahaja / Peta i-think ) 4C - Critical Thinking
4. Pelajar menulis jawapan di kertas mahjong. 4C - Creativity
5. Pelajar mengampai / menggantung kertas mahjong di dinding kelas.
6. Gallery walk - untuk jimat masa. 4C - Collaboration
7. Pembentangan - kalau banyak masa (paling tidak 1 kump shj. yang bentang).

Catatan : Guru meniup wisel untuk kawalan masa

AKTIVITI
PENUTUP 1. Guru memaparkan jawapan soalan Esei di LCD projector.
2. Guru menggunakan aplikasi Plickers untuk uji soalan Objektif .

KERJA 1. Pelajar menulis nota ringkas / guna i-think = (Homework) - Rujuk Nota Poket
SUSULAN T5B3 "Backpack to Pocket" (Terpulang kpd guru untuk fokus subtajuk yang
mana). Tak perlu cover semua. a.k.a asal ada nota.

1 |Disediakan oleh : Pn. Rumaizah SMK Dato' Shahardin Labu N9 -


"Cemerlang Sejarah - Baca Kerap… Ingatan Mantap!"
Set Komik yang dah dilaminate
PIC 1

PIC 4
PIC 2 PIC 3

PIC 5
PIC 7 PIC 6

Sembang-sembang Pedagogi:

1. Fokus PdPc berpusatkan pelajar : student centered + 4C Element + ICT Application

2. Pelajar Pandai - Mudah & cepat faham

3. Pelajar lemah - Tarik minat untuk membaca - cuba faham fakta melalui gambar/kartun (Kalau tak faham
juga, at least enjoy the cartoon! Atau dapat idea nak lukis - lukis)

4. Cikgu perlu print bahan = 7 helai x 5 set (5 grup) = 35 helai + Laminate (optional)

5. Cuba ckg perhatikan soalan objektif SPM sebenar untuk bab3 T5 ni… range no. nye 25 - 30 (rujuk kompilasi
soalan SPM KI 2004 - 2016 - Ckg Yusoff Excellent) sama je saban tahun.

6. Terpulang kepada guru untuk melaksanakannya… ikut kesesuaian tahap pelajar, kos, masa , (memang x logik masa
1 jam niii so, to be continued lahh…) & kreativiti cikgu2 ye…

2 |Disediakan oleh : Pn. Rumaizah SMK Dato' Shahardin Labu N9 -


"Cemerlang Sejarah - Baca Kerap… Ingatan Mantap!"
SOALAN - AKTIVITI PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN

SMK DATO' SHAHARDIN LABU


Sejarah

Uji Prestasi 06 FEBRUARI 2017 30 minit


Nama Kumpulan : Kelas : Markah :

Berdasarkan Illustrasi Komik Bab 3 (Ting. 5) : Kesedaran Pembinaan Negara &


Bangsa (Buku Teks m.s. 64 - 72). Sila jawab soalan Esei di bawah:

Jawab soalan sebanyak mana yang boleh, dalam masa 20 minit. (Wisel penamat
akan dibunyikan setelah tamat tempoh). Tulis jawapan di kertas mahjong &
bentangkan / Gallery walk (untuk jimat masa).
1. Idea pembentukan negara bangsa moden telah terbentuk di Eropah pada
penghujung abad ke-18 dan ke-19.

(a) Jelaskan sejarah pembentukan negara bangsa Jerman.


[ 4 Markah ]
(b) Terangkan bagaimana pembentukan kerajaan Islam di Madinah berbeza
daripada pembentukan negara bangsa Jerman.
[ 6 Markah ]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, ceritakan pembentukan negara
Malaysia.
[ 6 Markah ]
(d) Bagaimanakah pemimpin kita berjaya mendapatkan kemerdekaan negara tanpa
pertumpahan darah?
[ 4 Markah ]
2. Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri
negara bangsa moden pada hari ini.

(a) Jelaskan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
[ 7 Markah ]
(b) Apakah kepentingan Hukum Kanun Melaka kepada Kesultanan Melayu
Melaka.
[ 4 Markah ]
(c) Terangkan unsur-unsur warisan Kesultanan Melaka yang diamalkan di negeri-
negeri Melayu.
[ 7 Markah ]
(d) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk membentuk negara dan bangsa berteraskan konsep 1Malaysia?

3 |Disediakan oleh : Pn. Rumaizah SMK Dato' Shahardin Labu N9 -


"Cemerlang Sejarah - Baca Kerap… Ingatan Mantap!"
[ 2 Markah ]
SKEMA JAWAPAN
1) (a)

- Otto Edward von Bismarck mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk
menyatukan negara Jerman.
- Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah,pemalsuan
dokumen,provokasi,penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.
- Bismarck menganjurkan sistem kediktatoran yang diterima oleh rakyat untuk
penyatuan Jerman.
- Beliau menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan
membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.
- Bismarck melancarkan tiga peperangan menentang musuh iaitu Denmark,Austria dan
Perancis.

[4 markah]

(b)

- Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui


prinsip Islam.
- Nabi Muhammad S.A.W Muhammad S.A.W menyusun perlembagaan terlebih dahulu
sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.
- Perlembagaan atau Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang
berbilang kaum,iaitu orang Yahudi,orang Kristian dan orang Arab dalam sesebuah
negara.
- Baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah dengan cara
diplomasi,musyarawah dan permuafakatan.
- Pembentukan kerajaan Islam di Madinah kerana wujudnya amalan kerjasama dan
permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan
rakyat.

[6 markah]

(c)

- Pengenalan gagasan Malayan Union pada 1946 di Tanah Melayu oleh British untuk
membina sebuah negara dan bangsa yang moden ditentang oleh orang Melayu.
- Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan semua
Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.
- Pada 1957, British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
- Dan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru yang merdeka.
- Persetujuan negeri Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
telah mewujudkan Malaysia yang berdaulat.
- Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka lahirlah negara dan bangsa
Malaysia.

[6 markah]
4 |Disediakan oleh : Pn. Rumaizah SMK Dato' Shahardin Labu N9 -
"Cemerlang Sejarah - Baca Kerap… Ingatan Mantap!"
(d)

- Kebijaksanaan pemimpin
- Mencapai kemerdekaan melalui rundingan
- Pekatan murni
- Bertolak ansur antara 3 kaum terbesar di negara kita
[4 markah]

2) (a)

- Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah lingkungan pengaruh yang luas


meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.
- Kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah negeri bebas daripada campur
tangan,paksaan dan penjajahan dan mempunyai hak mutlak terhadapa rakyatnya.
- Sistem pemerintahan beraja,adat istiadat Melayu,alat
regalia,nobat,warna,bahasa,undang-undang,protokol dan adat istiadat istana,bahasa
Melayu dan agama Islam menjadi identiti Melaka.
- Terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh adat tempatan
dan agam Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
- Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan
pembesar serta pantang di kalangan anggota masyarakat.
- Hukum Kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah
awam,undang-undang keluarga dan sedbagainya
- Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan
tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara
pelayaran,perniagaan,bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalah jenayah.
- Rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah,bersedia
mempertahankan negara,menghadiri adat istiadat kerajaan,mengadakan gotong-
royong,kerahan tewnaga dan sebagainya.
- Sultan merupakan pemerintahan tertinggi yang dibantu oleh Bendahara,Penghulu
Bendahari,Temenggong dan Laksamana menjadi tonggak institusi kerajaan yang
memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing.

[7 markah]

(b)

- Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.


- Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan
pembesar serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat.
- Ia turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang
keluarga dan sebagainya.
- Ia juga memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran,
perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman terhadap pesalah.

5 |Disediakan oleh : Pn. Rumaizah SMK Dato' Shahardin Labu N9 -


"Cemerlang Sejarah - Baca Kerap… Ingatan Mantap!"
[4 markah]
(c)

- Sistem pemrintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor,Perak dan Pahang


berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
- Menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masiing.
- Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan di
sebelah bapa putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta
kerajaan.Sekiranya sultan tidak mempunyai putera,adik lelaki sultan akan mewarisi
takhta.
- Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan perbezaan pada gelaran pembesarnya
disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.
- Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk
disesuaikan dengan tempatan.
- Adat istiadat Melayu seperti pertabalan raja membaca doa, melafaz ikrar, bersiram
dan berarak dengan alat-alat kebesaran.
- Cap mohor digunakan dalam urusan rasmi untuk melaksanakan pemerintahan dan
pentadbiran.
- Alat-alat kebesaran seperti keris atau pedang dan payung berwarna kuning ketika
upacara pertabalan.
- Nobat dimainkan ketika upacara pertabalan dan kemangkatan Sultan.
- Agama Islam menjadi agama rasmi di Melaka dan menjadi amalan negeri-negeri
Melayu.
- Menggunakan warna kuning dan putih untuk sultan dan kerabat raja.

[7 markah]

(d)

- Bahasa Melayu bahasa kebangsaan


- Pendidikan kebangsaan
- Kebudayaan kebangsaan
- Berziarah antara satu sama lain
- Kegiatan sukan
- Kebebasan agama
- Penggunaan rukun negara
- Perkongsian hari raya

[2 markah]

6 |Disediakan oleh : Pn. Rumaizah SMK Dato' Shahardin Labu N9 -


"Cemerlang Sejarah - Baca Kerap… Ingatan Mantap!"
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

SPM 2015

26 Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka
pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 .
Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ?
T5 ms 67-71

I Desakan kumpulan radikal


II Pemimpin dan rakyat bermuafakat
III Semangat toleransi menjadi amalan
IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27 . Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19. T5 ms 68-69
Apakah persamaan pmbentukan kedua-dua negara bangsa
tersebut ?

A Mengekalkan sistem monarki


B Menggunakan kaedah realpolitik
C Mengamalkan prinsip demokrasi
D Menguatkuasakan falsafah legalisme

28 . Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara


Woodrow Wilson. T5 ms 68
Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?

A Sistem monarki dipulihkan


B Amalan realpolitik diharamkan
C Rakyat disatukan berdasarkan agama
D Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa

7 |Disediakan oleh : Pn. Rumaizah SMK Dato' Shahardin Labu N9 -


"Cemerlang Sejarah - Baca Kerap… Ingatan Mantap!"
SPM 2012

27. Rajah 2 menunjukkan negara bangsa baru yang muncul di Eropah pada awal
abad ke-20.

Czechoslavakia

Yugoslavia Negara Bangsa Baru Finland

Poland

Apakah asas bagi kemunculan negara tersebut? T5 ms 68

A Kumpulan etnik
B Sistem demokrasi
C Kedudukan geografi
D Kekayaan hasil bumi

SPM 2010

26. Tokoh berikut telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.

Otto Eduard von Bismarc

Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut? T5 ms 69

A. Membebaskan golongan hamba


B. Menyingkirkan golongan kapitalis
C. Menyemai sikap antikuasa asing
D. Menghapuskan pemerintahan dictator

TAHUN 2016 -
PECAH REKOD 4 SOALAN
KELUAR .
Biasanya 2 - 3 soalan shj…

- KREDIT KEPADA CIKGU YUSOFF EXCELLENT - Terima Kasih Cikgu!


8 |Disediakan oleh : Pn. Rumaizah SMK Dato' Shahardin Labu N9 -
"Cemerlang Sejarah - Baca Kerap… Ingatan Mantap!"
9 |Disediakan oleh : Pn. Rumaizah SMK Dato' Shahardin Labu N9 -
"Cemerlang Sejarah - Baca Kerap… Ingatan Mantap!"

You might also like