Resepi Nasi Dagang Puteri Saadong

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

!!

NASI DAGANG PUTERI SAADONG:

***utk makan 6-8 orang

3 pot beras nasi dagang+1 pot beras pulut

1 biji kelapa( dapatkan santan pekat)bahagikan kepada dua bahagian,satu cair dan satu
lagi pekat(utk diisi halia,bawang potong,halba,garam dan gula).

6 ulas bawang merah-dimayang halus2


2 ulas bawang putih-dimayang halus
1inci halia-dimayang halus

sedikit halba
garam dan gula pastikan secukup rasa

Cara memasaknya:

Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman(atau tidak kurang 6 jam). Panaskan
kukusan dan kukus beras pulut sehingga hampir 3 suku masak. Angkat, gaulkan dengan
santan cair terlebih dahulu . Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi
sampai masak dan baru digaul dengan santan pekat. Kukus sekejap dan boleh dihidang.
Untuk lauk pauk pula bermacam2 boleh dijadikan lauknya spt contoh dibawah:

1)Gulai Kunyit Lengkuas Ikan Aya/Tongkol:

1 ekor ikan tongkol yg saiz besar yg dipotong kecil ,dibersih( direbus bersama sedikit air,
cuka,lengkuas,asam keping dan garam)

1 paket santan jadikan 500ml


10 biji bawang merah plus 1 biji bawang besar
3-5 tangkai cili kering ikut suka

2 cm lengkuas

2 cm kunyit

2-3 asam keping

3-5 biji cili hijau yg besar(diletak sebiji2 atau potong 2)


Sedikit garam dan gula

Caranya:

Blender semua bahan.Boleh ditumis jika suka atau masukkan terus.Biarkan


mendidih.Masukkkan ikan yg direbus,cili hijau juga asam keping dan rasakan garam
gula.Lebih pekat lebih sedap kuahnya.

2)BERIANI AYAM KAK LIZA

1 ekor ayam
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt - saya ganti dgn santan
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4] - yg ni tak letak pun
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]- yg ni pun tak letak
garam

Bahan tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara:
1. Ayam dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air dan ayam. Kacau rata
sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan
sehingga lembut.
5. Masukkan kentang dan santan. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun
ketumbar. Rasakan garamnya.

Sambal kelapa:

-4 ekor ikan kembong/selayang(dibakar-ambil isi)


-2 batang serai
-8 ulas bwg merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut

Caranya:

goreng tanpa minyak kelapa parut . Bila agak garing angkat ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp..

*boleh dihidang dengan acar mentah @jelatah serta telur rebus juga sambal kelapa sebagai
pelengkap rasa.
Acar Mentah Seri Chendana:(nama sempena nama glemer kat Jepung)

Bahannya:

1 batang carrot-dipotong panjang dan halus

1 batang timun dipotong panjang agak kasar

1/2 biji nenas dibuang kulit dipotong agak kecil

1 biji bawang besar dipotong bulat

1 biji cili merah

sedikit cuka makan dan garam gula secukup rasa

Sedikit bijan utk hiasan

Caranya:

Masukkan cuka dan tambah garam dan gula secukup rasa pastu letak hirisan bawang dan
cili dan boleh digaul dengan bahan2 yg lain! Baru ditabur bijan untuk hiasan.Sediakan 1-
2jam sebelum dimakan agar rasanya sebati.
P/ S: NASI INI SELALU JUGAK DIMASAK... TIME RAYA PUASA YG LEPAS PUN SEDIAKAN DLM 2 KG UTK
TAMU .. KIRA OPEN HOUSE KECIL 2AN AJE SEBAB TUAN RUMAH BERBADAN DUA... DAN KENA REST TAK
BOLEH BUAT KERJA BERAT BUAT MASA INI ATAS NASIHAT DOKTOR .BILA BALIK
B UKIT
MARAK...SELALUNYA BELI STOK BERAS UTK BEKALAN DIBAWA PULANG KE BANGI...KALAU TERINGINNN
KITA MASAK AJE GUNA BAHAN2 TANPA KEDEKUT BARU SEDAP TAK TERKATA ...NAK TUNJUK2 PUN
KURANG MEMENUHI SELERA GITU!!!

You might also like