Hubungan Etnik

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 14
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK i i alle) 7 Selepas mempelajari bab ini, pelajar harus dapat: 1. Mendefinisikan konsep-konsep masyarakat, etnik, etnisiti, etnosentrisme, ras, rasisme, prejudis, stereotaip, diskriminasi, budaya, perpaduan, integrasi, asimilasi dan amalgamasi. 2. Menjelaskan kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia. 3. Menghuraikan sekurang-kurangnya aplikasi dua konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat Malaysia. Usaha-usatia untuk memupuk perpaduan yang harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan para pelajar melalui sistem pendidikan yang sedia ada. Untuk membina suatu kefahaman yang lebih mendalam, usaha ini mestilah didahului dengan memperkenalkan beberapa konsep asas yang mendasari hubungan etnik. Oleh yang demikian, bab ini akan menumpukan perhatian terhadap konsep-konsep berkenaan dan aplikasinya dalam konteks masyarakat Malaysia. Tiga konsep penting yang akan dibincangkan ialah masyarakat, budaya dan perpaduan. Penjelasan mengenai hubung kait antara satu sama lain akan dibincangkan berlatarbelakangkan konteks hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan MODUL HUBUNGAN ETNIK bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud. Sebagai contoh, masyarakat Melayu kampung di kawasan luar bandar Malaysia telah wujud berpuluh abad lamanya, semenjak sebelum kedatangan kebudayaan asing (sama ada daripada negara China, India, Tanah Arab atau Eropah). Masyarakat Melayu luar bandar yang paling baru dibentuk pada tahun 1956 ialah perkampungan FELDA (Federal Land Development Authority atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). Perkampungan FELDA adalah untuk mereka yang berpendapatan rendah, Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan tidak wujud jika tidak ada masyarakat. Pendapat ini berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, dan telah menurunkannya daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi: pertama, generasi yang menurunkan budaya; dan kedua, generasi yang menerima. Generasi yang menurunkannya ketika menerima budaya tersebut telah pun mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal semasa mereka. Begitu jugalah yang dilakukan oleh generasi yang menerima, iaitu anak- anak mereka pun turut mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa. Dengan cara inilah, sesuatu budaya terus menerus diperturun, diubah suai dan dilestarikan sepanjang zaman, yang selanjutnya menjadi asas pembinaan sesebuah tamadun besar seperti di Mesir, negara China, India atau di wilayah yang lain. KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya: budaya material seperti Tembok Besar di negara China dan Piramid di Mesir; dan budaya bukan material seperti sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan, dan pemikiran sains serta kemampuan mencipta teknologi. Paduan kedua-dua komponen budaya inilah yang menjadi pemacu kepada perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Penglibatan setiap anggota masyarakat diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang, sistem politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi dan semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara, yang seterusnya pula mengandungi pelbagai bentuk rupa masyarakat. Kita semua perlu memahami secara jelas konsep masyarakat itu sendiri atas sebab-sebab berikut: i. Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan Jain tetapi untuk hidup bermasyarakat; * ii. | Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat; iii. Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain; dan iv. Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain, Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-ciri masyarakat juga perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik. Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut: i. Berkélompok; ji. Berbudaya; iii, Mengalami perubahan; iv. Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar); v. Mempunyai kepimpinan; dan vi. Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta). Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi ternyata bahawa Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Dari segi sejarahnya, masyarakat Malaysia juga telah terbukti mempunyai asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Hal ini telah dimanifestasikan oleh pemimpin dan rakyat melalui pemikiran, nilai sosiobudaya, perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian tinggi yang mereka amaikan sehingga hubungan etnik yang harmonis terus bertahan dengan baik. MODUL HUBUNGAN ETNIK Namun begitu, konsep masyarakat Malaysia tidak boleh disamakan dengan konsep bangsa Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza, walaupun merujuk kepada sebuah entiti politik yang sama, iaitu Malaysia. Masyarakat Malaysia adalah sebuah konsep yang lebih luas skopnya, atau boleh dianggap sebagai sebuah konsep payung, yang merangkumi konsep bangsa Malaysia yang merujuk pula kepada satu cita-cita politik, seperti yang diungkapkan dalam Wawasan 2020. Melalui Wawasan 2020, para pemimpin Malaysia bersama-sama masyarakatnya telah menggariskan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 yang berasaskan satu bangsa bersepadu, yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Dari satu segi, bangsa Malaysia merupakan satu “bangsa idaman” yang kita kehendaki. Tentunya, bangsa Malaysia yang kita idamkan itu berteraskan hubungan etnik yang harmonis. Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur berpandukan tiga perspektif utama: kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat ini boleh ditanam melalui simbol yang mewakili keutuhan. negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan Rukun Negara. Daripada perspektif kewarganegaraan, bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama, iaitu warganegara Malaysia. Aspek kebangsaan pula dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menguatkan semangat kebangsaan dan menjadi batu asas-kepada pembentukan bangsa Malaysia. Pada hakikatnya, hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. Seterusnya, di bawah konsep masyarakat terdapat beberapa konsep lain yang berkaitan seperti etnik, ras, prejudis, stereotaip dan diskriminasi. 2.2.1 Konsep Etnik, Etnisiti dan Etnosentrisme Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat- sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri. 2.2.2 Konsep Ras dan Rasisme Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, waa mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain. Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu "1 MODUL HUBUNGAN ETNIK yang berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial. 2.2.3 Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip. Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya. Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang Arab itu beragama Islam”, “orang Belanda itu bersifat kedekut” dan sebagainya. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebinan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal. Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan etnik yang lain. Sebagai contoh, orang Barat mempunyai pandangan stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga, etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya. Maka, setiap pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negatif atau positif. 12 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK 2.2.4 Konsep Diskriminasi Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Tuntasnya, diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Diskriminasi merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etnik. Diskriminasi semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada pada peringkat individu ataupun kumpulan etnik. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk. Diskriminasi dalam bentuk yang mudah dapat dilihat apabila individu sesuatu kumpulan etnik cuba mengelakkan diri daripada individu atau etnik yang diprasangkakan. Diskriminasi mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik (ethnic cleansing). Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, jaitu “budh?” dan “daya”. Perkataan “budhi” yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan “daya” pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963). Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai: “the way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too pervasive to be readily noticed from within.” Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai. MODUL HUBUNGAN ETNIK Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang- undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai satu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya. Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti; dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling (Mohd Taib Osman, 1988). Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri penting bagi sesuatu budaya ialah: i. Dipelajari; li. Dikongsi; iii. Bersifat sejagat; iv. Diwarisi; v. Berubah-ubah; vi. Mempunyai unsur simbolik; dan vii. Adanya pandangan semesta (worldview) Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh 14 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 2001). Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan-cinta dan banggakan tanah air. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur integrasi yang terdiri daripada: i. Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia; ii. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik; iii. Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan; iv. Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan. v. Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani; dan vi. Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati 15 MODUL HUBUNGAN ETNIK iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik. 2.4.1 Konsep Segregasi Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948 — 1994. 2.4.2 Konsep Akomodasi Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A+B+C=A+ B +, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya (Ting Chew Peh, 1987). Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmori. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. 2.4.3 Konsep Akulturasi Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses 16 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima, 2.4.4 Konsep Asimilasi Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975). Asimilasi mutlak atau sempuma menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C =A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi unumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. 17 MODUL HUBUNGAN ETNIK 2.4.5 Konsep Amalgamasi Amaigamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di sini A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka. Berdasarkan perbincangan di atas, ternyata konsep-konsep asas hubungan etnik sangat relevan untuk memahami situasi hubungan etnik yang terdapat dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia. Kemajmukan di Malaysia boleh dilihat dalam Jadual 2.1. Jadual 2.1: Komposisi Penduduk Malaysia, 2000 dan 2005 Tahun 2000 Tahun 2005 Emik Juta Peratus Juta Peratus Bumiputera 14.35 65.0 16.06 65.9 Cina 5.76 26.1 6.15 25.3 India 1.70 77 1.83 75 Lain-lain 0.27 1.2 0.32 1.3 Jumiah Pancuduie 22.08 100 24.36 100 ‘Sumber: Diubahsuai daripada Jadual 11-1, Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 — 2010 Kepelbagaian etnik di atas sama ada secara langsung atau tidak, memainkan peranan penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Berdasarkan kepelbagaian inilah, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Antara langkah penting yang diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara pada peringkat pusat dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri pada peringkat negeri. Penubuhan majlis ini bertujuan membincangkan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia secara harmoni dan tidak menggugat kestabilan 18 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK politik yang sedia wujud. Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai dasar termasuk Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional. Keharmonian hubungan etnik di Malaysia terlihat dalam setiap lapisan masyarakat melalui rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa. Sebagai contoh, hubungan etnik yang harmonis di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini melalui seni bina masjid dan rumah ibadat lain. Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya, mempunyai gabungan seni bina Cina, Melayu, Arab dan India. Masjid-masjid yang dibina pada zaman Kesultanan Melaka adalah unik iaitu mempunyai menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran bermotif tempatan, Arab dan India serta Cina. Pada masa ini pula Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan telah memperkukuh lagi warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan makanan dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia. Misalnya, makanan etnik Melayu seperti nasi lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia; begitu juga dengan masakan etnik Cina seperti nasi goreng Cina, mi hailam dan masakan India seperti kari. Manakala dari segi pakaian, para pelajar bukan Melayu tidak berasa janggal memakai baju kurung dan baju Melayu, khususnya pada hari Jumaat. Semasa sambutan tahunan Hari Kemerdekaan, kesenian rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik telah dipaparkan. Begitu juga perbarisan kontinjen sukan Malaysia dalam mana-mana acara sukan telah memaparkan kesenian rakyat Malaysia. Sebagai ahli masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita harus mengelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi bagi memupuk keharmonian dan perpaduan nasional. Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam menjalinkan hubungan etnik di Malaysia. Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi lebih penting dari sudut konseptual. Dalam hal ini, aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajamya dipelihara kerana kebudayaan kebangsaan berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan mengikut acuan Malaysia. Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai menunjukkan bahawa kebudayaan kebangsaan itu tidak meminggirkan kebudayaan lain; sebaliknya, meraikan kepelbagaian yang ada di Malaysia seperti dalam sambutan Hari Kemerdekaan. 19 MODUL HUBUNGAN ETNIK 1. Bagaimanakah konsep integrasi berbeza daripada konsep asimilasi dalam konteks memupuk perpaduan nasional? 2. Jelaskan kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia. 8. Huraikan aplikasi tiga konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat Malaysia. 20

You might also like