Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

PROJEK SENI VISUAL

PENGENALAN
TATACARA PENGANJURAN PROJEK
SENI
JENIS-JENIS PROJEK SENI
VISUAL
PROJEK SENI VISUAL
PENGENALAN
Projek Seni Visual merupakan satu aktiviti
yang biasanya di jalankan di luar bilik darjah.
Ia melibatkan semua pelajar untuk
menjalankan suatu kajian tentang sesuatu
perkara atau melaksanakan pelbagai jenis
aktiviti untuk memperkembangkan kemahiran
mereka di dalam pengaplikasian unsur-unsur
seni serta prinsip rekaan dalam menghasilkan
sesebuah karya seni.
Tatacara Penganjuran PROJEK SENI VISUAL (Lawatan)
Perancangan
Semula

Perancangan –
Mengumpul Mesyuarat penetapan lokasi, Penyediaan
Maklumat (Pembentukan tarikh, jenis projek Kertas kerja
AJK) seni, objektif, rancang Projek
aktiviti dan bajet

Mesyuarat Penetapan Kelulusan Pemakluman


(pembahagian Jadual Kerja Projek & Bajet projek
Tugas kepada AJK

Lulus
/
Tidak

Perlaksanaan Pelaporan dan Tindakan susulan Pendokumentasian


Projek ‘Post mortem’ (Penambahbaikan) Laporan Projek
Pengurusan PROJEK SENI VISUAL (Lawatan)

4
JENIS-JENIS PROJEK SENI
 LAWATAN

 SEMINAR, BENGKEL & KURSUS SENI

 PAMERAN SENI

 PERTANDINGAN SENI

 KEMBARA VISUAL

 PESTA SENI KANAK-KANAK

 MINGGU SENI VISUAL

5
LAWATAN

Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelas


yang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatu
tempat, kawasan, bangunan atau apa-apa yang
memberi ilmu pengetahuan. Aktiviti ini menjadi satu
aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar
kerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasan
atau perkara baru.

6
KELEBIHAN LAWATAN
 Hubungan pelajar dengan guru akan menjadi lebih intim.
 Pelajar mempelajari konsep mengurus sesuatu aktiviti
dengan lebih efektif.
 Pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang
menyeronokkan.
 Pengurusan aktiviti dapat dirancang dengan lebih teratur
dan sistematik melalui penerapan sikap bekerjasama.
 Mengatasi masalah kebosanan dan menarik minat pelajar
untuk belajar Pendidikan Seni Visual.
 Memupuk semangat keyakinan diri, setia kawan, disiplin diri
dan patriotisme.
 Mendedahkan pelajar tentang alam semulajadi, kebudayaan
dan membuat apresiasi.
 Mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan minda
dalam seni.
 Pelajar akan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti
berfaedah.
7
KELEMAHAN LAWATAN
 Memerlukan tenaga kerja yang ramai
 Jangka masa yang lama diperlukan untuk merancang dan
melaksanakan program.
 Peserta perlu membuat penelitian setiap aktiviti yang
dirancangkan.
 Memerlukan perancangan masa yang sistematik agar
perjalanan aktiviti semasa lawatan dapat dimanfaatkan
sepenuhnya.
 Memerlukan kos yang tinggi.
 Memerlukan persefahaman yang utuh antara semua peserta
agar lawatan berjalan dengan lancar dan selamat.

8
Seminar, BENGKEL DAN KURSUS SENI

Seminar, bengkel dan kursus eni boleh diertikan


sebagai satu bentuk pengajaran
akademik(perbahasan masalah secara ilmiah). Ia
dilaksanakan di peringkat sekolah, universiti
mahupun sebuah organisasi oleh golongan
profesional. Ia biasanya berfokuskan kepada suatu
topik dan peserta yang hadir akan melibatkan diri
secara aktif. Seminar dilaksanakan dalam bentuk
dialog, persembahan hasil kajian,dalam bentuk
formal, sesi debat atau sesi perkongsian ilmu dan
pengalaman.
Kelebihan seminar,
Bengkel dan kursus seni

 Pelajar akan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang seni.


 Pelajar akan dapat berkongsi pengalaman bersama-sama
dengan peserta lain.
 Meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah.
 Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam aktiviti
merancang dan menjalankan seminar.
 Mampu mengatasi masalah kognitif (‘Knowing, Learning &
Understand’).
 Sesi komen atau diskusi memberi lebih banyak peluang
menguji dan bertanya soalan sesama peserta untuk
memahami lebih lanjut tentang sesuatu prinsip atau teknik.
Kelemahan seminar, bengkel dan kursus seni

 Topik yang akan disampaikan atau dibincangkan oleg ahli


panel perlu bersesuaian dengan audien agar tidak
membosankan.
 Memerlukan perancangan yang rapi dan sistematik serta
kerjasama yang utuh dari semua ahli jawatankuasa
penganjur.
 Memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan penempahan
dewan, peralatan seminar, jamuan, publisiti dan sumbangan
kepada panel profesional.
 Panel profesional yang ingin dijemput perlu dimaklumkan
awal kerana jadual seminar akan berubah sekiranya jadual
para panel bercanggah.
 Memerlukan masa yang lama dalam merancang seminar.
 Kurang publisiti menyebabkan tiada penyertaan.
Pameran seni

Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian


karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga
dapat diapresiasi oleh masyarakat luas. Jenis-jenis
pameran adalah seperti Pameran Tetap (Permanent
Exhibition), Pameran Temporer (Temporary
Exhibition) dan Pameran Keliling (Traveling
Exhibition). Pameran yang diselenggarakan
umumnya menampilkan karya seni rupa moden dan
kontemporer (lukisan, patung, grafik, kriya, desain,
photografi, arsitektur, dll) dari Malaysia dan seluruh
negara.
Kelebihan pameran seni

 Mesej komunikasi lebih mudah diterimadan difahami melalui


pengamatan terhadap hasil karya yang dipamerkan.
 Pelajar akan dapat menjalankan apresiasi seni dan
menghargai para pengkarya serta tokoh-tokoh seni tahahair
dan dunia.
 Pelajar dapat menimba ilmu dan meningkatkan kreativiti
mereka.
 Suatu pengalaman pembelajaran yang dapat mencetuskan
idea baru.
 Pelajar dapat memahami secara mendalam tentang unsur
seni dan prinsip rekaan.
 Pameran yang melibatkan demonstrasi pembuatan sesuatu
hasil karya dapat diperhatikan oleh orang ramai.
 Menarik minat pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya.
Kelemahan pameran seni

 Memerlukan pelajar menetapkan tema yang sesuai untuk


pameran agar dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk
datang.
 Ruang letak atau ruang pameran memerlukan lokasi yang
luas dan selesa.
 Penetapan lokasi perlu sesuai.
 Memerlukan kos yang tinggi.
 Memerlukan perancangan yang sistematik agar pengunjung
yang datang dapat mengamati pameran secara berkesan.
 Pemilihan hasil karya pameran perlu tepat dan berkualiti
tinggi.
 Memerlukan penterjemah seni yang bijak menilai seni untuk
menerangkan suatu hasil karya yang dipamerkan.
 Publisiti secara besar-besaran perlu dilaksanakan bagi
mempromosi pameran yang ingin diadakan.
pertandingan seni

Pengertian pertandingan adalah suatu


perlawanan atau peraduan untuk mencapai
sesuatu kejayaan. Seni pula membawa maksud
karya yang dicipta dari dengan bakat. Oleh itu
Pertandingan seni merupakan suatu peraduan
mencipta karya dari bakat yang ada pada
seseorang individu.
KeLEBIHAN PERTANDINGAN SENI

 Dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni.


 Menarik minat pelajar untuk belajar dan mendalami
pengetahuan dalam mata pelajaran seni visual.
 Dapat memahirkan pelajar dalam teknik dan kaedah
penciptaan sesuatu karya.
 Pelajar akan dapat menghargai seni dan menjalankan
apresiasi.
 Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan menjalankan
aktiviti yang berfaedah.
 Meningkatkan fahaman pelajar tentang unsur seni dan
prinsip rekaan.
 Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menzahirkan
idea dalam bentuk penghasilan karya seni.
 Pelajar dapat belajar untuk menyampaikan mesej melalui
karya yang dihasilkan.
KeLemahan PERTANDINGAN SENI

 Penganjur perlu membuat penelitian awal dan kajian awal


berkenaan minat peserta.
 Kurang penilai/pengadil yang berkemahiran dan
berpengalaman dalam menilai hasil karya seni peserta. (jika
dijalankan di peringkat sekolah)
 Masa yang terhad.
 Kurang penglibatan peserta sekiranya kurang publisiti.
KEMBARA VISUAL

Kembara Seni bertujuan untuk melaksanakan eksplorasi dan


eksperimentasi untuk meningkatkan pengalaman estetik. Para
pelajar akan dapat mengggunakan pelbagai media, alat, bahan
dan teknik untuk menterjemahkan pengalaman persepsi dan
pengalaman estetik dalam bentuk visual.
Kelebihan KEMBARA VISUAL

 Pelajar dapat melihat secara realiti objek-objek dan bahan alam


semulajadi dengan jelas dan kajian lebih terperinci berbanding
visual secara maya, kaca TV atau skrin komputer.
 Pendidikan dan pengalaman langsung diperolehi dan ia banyak
membantu kekusutan ilmu di bilik darjah
 Melatih pelajar untuk menghayati dan menghargai alam sekitar
warisan sepanjang zaman.
 Pelajar akan dapat mentafsirkan alam semualajadi yang dilihat
menerusi penghasilan beberapa karya Seni Visual seperti
lukisan, catan, arca dan sebagainya.
 Keseronokan dalam pembelajaran.
Kelemahan KEMBARA VISUAL

 Memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.


 Para pelajar sukar dikawal kerana terlalu teruja dan seronok.
 Memerlukan bantuan rakan sekerja untuk turut serta sebagai
guru pengiring namun tugas guru sangat banyak dan
adakalanya guru-guru tidak dapat turut serta.
 Kembara visual memerlukan pemilihan lokasi yang sesuai
dan strategik.
Pesta seni kanak-kanak
(pskk)

Pesta Seni Kanak-Kanak dijalankan adalah bertujuan untuk


mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam
seni visual tetapi secara tidak langsung mewujudkan satu
lagi aktiviti para pelajar sekolah di mana para pengunjung
dapat menyaksikan pameran pelbagai hasil karya seni visual
pelukis.
Kelebihan pskk

 Para pelajar dapat mencungkil bakat dalam bidang seni


visual.
 Pameran hasil karya seni visual dapat dijalankan secara
besar-besaran.
 Pelajar dan guru akan mengetahui cara pengurusan pesta
seni kanak-kanak secara menyeluruh.
 Melibatkan masyarakat setempat.
 Keyakinan diri serta apresiasi seni dapat ditingkatkan.
Kelemahan pskk

 Memerlukan perbelanjaan yang tinggi.


 Tanpa kerjasama yang baik di kalangan guru-guru dan para
pelajar mengakibatkan pesta kanak-kanak tidak dapat
dijalankan dengan lancar.
 Memerlukan masa untuk memilih hasil karya yang terbaik
yang dihasilkan oleh para pelajar.
 Kurang guru berpengalaman untuk menilai hasil karya.
 Tugas guru semakin banyak dan mengakibatkan kurang
pembabitan guru secara menyeluruh.
Minggu seni VISUAL

Minggu Seni Visual dilaksanakan di peringkat sekolah bagi


menarik minat para pelajar untuk mendalami pembelajaran
seni visual di dalam bilik darjah. Pelbagai aktiviti dijalankan
seperti aktiviti melukis, mewarna, membuat hasil kraf,
membuat arca dan sebagainya.
KelEBIHAN MINGGU SENI VISUAL

 Aktiviti yang dirancang melibatkan semua pelajar.


 Menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya.
 Penerapan seni visual secara menyeluruh kerana semua
pihak turut terlibat.
 Pengurusan yang terancang.
 Dapat melibatkan semua guru.
 Memartabatkan seni visual di peringkat sekolah.
 Tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
KelEMAHAN MINGGU SENI VISUAL

 Masa yang terhad kerana aktiviti P & P tidak boleh diganggu.


 Kurang guru opsyen PSV yang mahir mengendalikan minggu
seni visual.
 Para pelajar kurang didedahkan dengan pelbagai bidang seni
dan aktiviti-aktiviti seni.
 Komitmen kerja guru semakin bertambah. Minggu seni
visual diadakan dengan seadanya.
 Tempat dan lokasi aktiviti terhad mengikut suasana
persekitaran sekolah.
 Pelajar pasif tidak berminat untuk mengikuti aktiviti seni.
 Kurang mendapat sokongan dari pihak pentadbiran kerana
menanggap seni visual merupakan m/pelajaran elektif
semata-mata.
27

You might also like