Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja Siaraya
Kertas Kerja Siaraya
KERTAS KERJA
PROGRAM BULAN DAKWAH 2009
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU
1.0 Muqadimah
Pelajar merupakan golongan yang boleh diibaratkan sebagai tunjang negara yang dilihat
sebagai peneraju dan penyambung kepada tampuk pemerintahan yang akan datang. Dalam hal
ini untuk memastikan wawasan negara tercapai mengikut acuan dan aspirasi yang dikehendaki,
maka persiapan dari aspek rohani, jasmani dan ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk
melahirkan pelajar yang lebih disifatkan sebagai golongan yang menjadi pemangkin kepada
pembangunan negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah situasi yang lebih baik
lagi. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan sahsiah pelajar, meninggikan martabat
ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka satu ahli jawatankuasa telah
dibentuk bagi menjayakan program Bulan Dakwah ini.
2.0 Objektif
2.1 Melahirkan pelajar yang serba boleh dan berwibawa dalam kehidupan.
2.2 Memberi peluang kepada pelajar menyertai aktiviti-aktiviti dakwah yang menjadi platform
utama dalam membentuk jiwa dan semangat pendakwah dalam diri pelajar.
2.3 Melatih pelajar dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai
generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan dimasa hadapan
2.4 Memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan kebolehan yang dimiliki untuk
perkembangan jasmani rohani intelek dan sosial (JARIS).
2.5 Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan
dalam bidang akadamik mahupun sosial.
3.0 Tema
4.0 Anjuran
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam Sekolah Kebangsaan Terusan
Baru Sandakan Sabah
5.0 Perasmi
Cadangan Perasmi Majlis Pembukaan dan Penutupan Bulan Dakwah 2009 ialah:
5.1 Perasmian Pembukaan oleh Encik Adam Bin Henry
5.2 Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh : Encik Husin Bin
Abdullah.
6.0 Tarikh
Program ini akan diadakan selama dari 5 Mac 2009 hingga 13 Mac 2009
7.0 Tempat
Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan Sabah
8.0 Sasaran
Program ini mensasarkan murid pra sekolah hingga tahun 6 Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Sandakan Sabah.
Program ini melibatkan semua murid dari PraSekolah hingga murid tahun 6 Sekolah
Kebangsaan Terusan Baru. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan seperti ceramah Maulid al-
Rasul, persembahan nasyid, deklamasi sajak, syair dan lain-lain lagi.
3. Pertandingan Nasyid
Pertandingan nasyid melibatkan 3 kumpulan sahaja iaitu kumpulan tahun 2&3, kumpulan tahun
4&5 dan kumpulan tahun 6. Nasyid yang ingin dipersembahkan adalah bebas serta boleh
mengunakan peralatan nasyid seperti kompang, konga dan sebagainya. 1 hadiah utama dan
saguhati untuk setiap peserta.
13.0 Penutup
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari
Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang
dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.
Lampiran A
CARTA ORGANISASI
BULAN DAKWAH 2009
2. NAIB PENGERUSI
Membantu pengerusi
Mengendali dan mempengerusikan mesyaurat semasa ketiadaan pengerusi
3. SETIAUSAHA
Menguruskan surat menyurat
Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
Menyediakan laporan penuh program
4. BENDAHARI
Menyediakan anggaran perbelanjaan
Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
Menyediakan laporan perbelanjaan
7. UNIT JAMUAN
Menyediakan anggaran perbelanjaan
Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya
Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari
8. UNIT PUBLISITI
Menyediakan kain rentang dan backdrop ”Bulan Dakwah”
Dakwah Tanggungjawab Bersama
Bulan Dakwah 2009
Lampiran B
Aturcara Program
(Pertandingan Tulisan Jawi)
05 Mac 2009 (Khamis)
900 pagi : Ceramah oleh Yang Berbahagia ustaz Syed Mohd Khairudin
930 pagi : Kuiz Sirah Rasul
1000 pagi : Selawat beramai-ramai
: Persembahan Nasyid
1030 pagi : Majlis bersurai
(Pertandingan Nasyid)
11 Mac 2009 (Rabu)
JADUAL TUGAS
LAMPIRAN C
ANGGARAN PENDAPATAN
ANGGARAN BELANJAWAN
Publisiti RM 20.00
Kain Rentang RM 20.00
Jamuan RM 60.00
Jamuan 2 X 30.00
Cenderamata RM 200.00
Perasmi RM 10 X 2 RM 20.00
AJK-Sijil RM 3.00 X 13 = RM 39.00
Hadiah peserta RM3.00 X 47 = RM 141.00
P. Bercerita 4 hadiah (trofi)
P. Nasyid 3 hadiah (hamper)
Kuiz 18 = 3 hadiah untuk setiap kelas) (trofi)
P. Khutbah Jumaat 3 hadiah (trofi)
P. Melaungkan Azan 4 hadiah (trofi)
P. Tulisan Jawi 6 hadiah (trofi: johan)
P. Silang kata 6 hadiah
P. Membina perkataan 3 hadiah
Jumlah : 47 hadiah