Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

CBCT2203

BASIC CONCEPTS OF INFORMATION TECHNOLOGY

TAJUK TUGASAN: MAKSUD INTERNET OF THINGS

NAMA: SITI MAHARAM BT MD YUSOF

NO. MATRIK: 841006035578001

NRIC: 841006-03-5578

NO. TELEFON: 011-10774609

PUSAT PEMBELAJARAN: KELANTAN

SEPTEMBER 2016 SEMESTER


1
ISI KANDUNGAN

BIL SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

1  Pengenalan 3-6

2  Ciri-Ciri IoT 7-14


 Justifikasi 15-18

3  Kesimpulan 19

2
1.0- PENGENALAN

Kertas ini membincangkan tentang penerangan yang berkaitan dengan Internet of


Things (IoT) serta lima perbincangan mengenai ciri-ciri IoT dan justifikasi penggunaan IoT
di dalam persekitaran universiti. Berkaitan dengan perkara ini, tidak dinafikan bahawa IoT
merupakan teknologi yang diperlukan dalam memproses data malah ia turut membantu
organisasi dan masyarakat. Secara dasarnya, IoT merupakan satu paradigma baru yang
menggabungkan aspek dan teknologi yang datang dari pendekatan yang berbeza. Malahan,
IoT telah merevolusikan keupayaan seseorang individu dalam mengekstrak, memanipulasi,
menyimpan, berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Dalam aspek ini, terdapat
beberapa ciri-ciri bagi IoT. Antara ciri-cirinya ialah dalam sektor pembangunan, sektor
rumah tangga, sektor kesihatan, sektor industri, sektor transportasi, sektor perdagangan,
sektor keamanan dan sektor teknologi dan jaringan. Lain daripada itu, dunia IoT juga mampu
mengubah persekitaran universiti. Untuk memberi keterangan yang lebih jelas, di antara
justifikasi IoT di dalam persekitaran universiti ialah membolehkan dan memudahkan para
pelajar di universiti mendapatkan bahan dan maklumat untuk projek atau penyelidikan bagi
meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar dalam sesuatu bidang yang diceburi. Secara
langsungnya, para pelajar di universiti dapat mencari jurnal-jurnal dan teks-teks elektronik
yang boleh membantu mereka ke arah meneroka maklumat mengikut kehendak individu
secara interaktif.

Berkaitan dengan hal yang ingin dibincangkan, IoT merujuk kepada segala peranti
elektronik ataupun dikenali sebagai objek yang berkomunikasi sesama sendiri melalui
Internet. Tambahan lagi, IoT juga merupakan sebuah konsep yang bertujuan untuk
memperluas manfaat dari penyambungan internet yang tersambung secara terus-menerus.
Selain itu, IoT boleh bertukar menjadi objek yang bijak bukan sahaja dapat mengumpul
maklumat daripada persekitaran dan berinteraksi mahupun mengawal dunia fizikal, tetapi
juga untuk saling berkaitan antara satu sama lain melalui Internet untuk bertukar-tukar data
dan maklumat. Ia juga boleh membuka peluang-peluang baru dengan mewujudkan
perkhidmatan yang akan membawa manfaat yang ketara kepada masyarakat, alam sekitar,
ekonomi dan individu. Demikian pula, IoT adalah satu konsep yang menerangkan berkenaan
dengan perkembangan perkhidmatan internet kepada bentuk fizikal seperti barangan
pengguna dan aset fizikal yang mempunyai sambungan internet.

3
Sesungguhnya, IoT telah berkembang ke dunia komersial disebabkan oleh beberapa
teknologi yang berkait rapat dengan sambungan internet seperti teknologi komunikasi,
pengesahan kendiri, pengawasan, pengenalpastian dan penggunaan sensor. Penggunaan
sensor untuk tujuan pengesanan sesuatu perkara dan berkomunikasi telah berubah ke bentuk
sensor tertanam dalam sesebuah alat komunikasi dan mudah alih. Hari ini, teknologi
pemprosesan imej sangat penting dan bernilai kepada para pengguna sama ada secara
individu atau syarikat. Jadi, penggunaan alat komunikasi dan mudah alih seperti telefon
pintar, komputer tablet dan lain-lain yang dilengkapi dengan kemudahan kamera telah
menyemarakkan lagi penggunaan teknologi pemprosesan imej ini untuk menjadi satu
kemudahan bagi seseorang individu dan syarikat. Selain daripada itu, istilah Internet of
Things diperkenalkan oleh Kevin Ashton, pencipta Auto-ID pada 1999. Istilah tersebut
diterbitkan di RFID Journal, di mana di dalam rencana tersebut, beliau menggambarkan
sebuah sistem di mana pelbagai penderia bersambung Internet untuk pelbagai aplikasi dunia
nyata. Dalam hal ini, mesin juruwang automatik (ATM) merupakan peranti paling awal
berhubung sesama sendiri melalui rangkaian Internet.

Seterusnya, IoT ini telah berkembang pesat seiring dengan perkembangan


penggunaan aplikasi komputer menerusi internet. Aplikasi komputer tersebut akan lebih
bersifat kendiri dan bestari. Sebagai contoh, bakul-bakul yang berada di pasar raya berupaya
mencadangkan kepada anda makanan yang berkhasiat atau memaparkan jumlah bayaran dan
sebagainya. Adapun begitu, kereta juga boleh menerima maklumat kesesakan lalu lintas
sebelum ia sampai ke kawasan tersebut dan seterusnya mengubah ke laluan alternatif.
Sekiranya sesuatu barang seperti jam dan lain-lain hilang walau pun di rumah sendiri, carian
boleh dibuat di internet untuk mengesan lokasi semasanya. Selanjutnya, IoT juga membawa
maksud bahawa ia akan mempunyai dampak yang menyebabkan aturan baru di mana aturan
masa depan akan menjadi, 'apa pun yang dapat dihubungkan, akan terhubung'. Sebagai
contoh, salah satu perkembangan aplikasi IoT ini adalah kemudahan pembayaran
menggunakan teknologi pembayaran NFC (Near Field Communication) dalam urusan jual
beli. Pada masa kini, ia semakin berkembang pesat seiring dengan kepesatan penggunaan
kemudahan internet. Justeru, dalam teknologi NFC ini, pembayaran dibuat menggunakan
sambungan gelombang radio tetapi proses pendaftaran, pengemaskinian akaun, pengurusan
akaun dan lain-lain dibuat menerusi aplikasi berasaskan web yang memerlukan sambungan
internet. Di antara aplikasi pembayaran menggunakan teknologi NFC ini adalah seperti
Google Wallet, MasterCard Pay Pass dan sebagainya.

4
Bahkan, maksud bagi IoT juga adalah alat canggih yang bermanfaat bagi menolong
pengguna dan organisasi menyelesaikan masalah dan memulakan kreativiti di mana ia
membolehkan seseorang bekerja dengan lebih pantas dan berkesan. Justeru, menerusi IoT
yang disediakan pada masa kini membolehkan manusia mendapat manfaat daripadanya.
Bertitik tolak daripada itu, tidak dapat dinafikan kepentingan IoT pada masa sekarang amat
penting kepada masyarakat dalam mencapai masyarakat yang bertamadun dan berjaya dalam
pelbagai perkara bagi mencapai negara maju pada tahun 2020. Dalam aspek ini, IoT juga
memberi makna berkembang iaitu berkembang daripada penumpuan teknologi tanpa wayar,
sistem mikro-elektro-mekanikal (MEMS), mikro servis dan internet. Di samping, Iot juga
bermaksud bahawa penumpuan yang telah membantu meruntuhkan dinding yang memuat
turun antara teknologi operasi (OT) dan teknologi maklumat (IT), membolehkan data mesin
yang dihasilkan tidak berstruktur untuk dianalisis bagi pandangan yang akan memacu
penambahbaikan.

Lain daripada itu, internet of things (IOT) pada asasnya adalah satu sistem mesin atau
objek dilengkapi dengan teknologi data yang mengumpul supaya objek agar boleh
berkomunikasi dengan satu sama lain. Data (M2M) mesin ke mesin yang dihasilkan
mempunyai pelbagai kegunaan, tetapi biasanya dilihat sebagai satu cara untuk menentukan
status kesihatan dan perkara yang tidak bernyawa atau ruang tamu untuk mendapatkan
sesuatu maklumat dengan cepat dan pantas. Sebagai contoh, dalam satu kes, IoT sedang
digunakan untuk menghalang pembasmian hutan di dalam hutan hujan Amazon. Sebuah
syarikat lokasi perkhidmatan Brazil dipanggil Cargo Tracck meletakkan sensor M2M dari
syarikat keselamatan Gemalto di pokok-pokok di kawasan perlindungan. Apabila pokok itu
disingkirkan atau berpindah, penguatkuasaan undang-undang menerima mesej dengan lokasi
GPS dan ia membolehkan pihak berkuasa untuk mengesan pokok tersebut keluar dan diambil
secara haram. Demikian pula, Iot turut memanjangkan sambungan internet di luar peranti
seperti desktop dan komputer riba, telefon pintar dan tablet untuk pelbagai jenis peranti dan
perkara. Tambahan lagi, setiap hari ia menggunakan teknologi yang tertanam untuk
berkomunikasi dan berinteraksi dengan persekitaran luaran melalui Internet.

Selanjutnya, antara contoh objek yang terkandung ke dalam skop IoT termasuk sistem
berkaitan keselamatan, termostat, kereta, peralatan elektronik, lampu di rumah dan
persekitaran komersial, jam penggera, sistem pembesar suara, mesin layan diri dan banyak
lagi. Dalam hal ini juga, perniagaan boleh memanfaatkan aplikasi IOT untuk
mengautomasikan tugas-tugas keselamatan. Sebagai contoh, maklumkan kepada pihak

5
berkuasa apabila alat pemadam api di dalam bangunan disekat dan ujian A / B menggunakan
kamera rangkaian dan sensor untuk mengesan bagaimana pelanggan tertarik dengan sesuatu
produk. Pada maklumat yang lain juga, IoT juga pada asasnya adalah satu rangka kerja seni
bina yang membolehkan integrasi dan pertukaran data antara dunia dan komputer fizikal
sistem melalui infrastruktur rangkaian sedia ada. Bahkan, IoT merupakan rangkaian atau
perkara peranti yang tertanam dengan sensor, perisian, sambungan rangkaian dan elektronik
membolehkan mereka mengumpul dan pertukaran data dapat dilakukan serta menjadikan
mereka responsif. Kesimpulannya, ia bukanlah internet yang tidak asing bagi masyarakat
pada hari ini, tetapi ia merupakan satu konsep penggunaan teknologi internet yang bersifat
menyeluruh dan meluas kepada peralatan-peralatan seharian yang bersifat digital. Secara
tuntasnya dalam perkara ini, IoT menerangkan bahawa di mana dunia hanya di hujung jari
yang membolehkan ia disambung dan berkomunikasi dalam cara yang bijak. Sebagai
penggulung, dengan IoT, dunia fizikal akan menjadi satu sistem maklumat yang besar yang
mudah dicapai oleh semua individu.

6
2.0- CIRI-CIRI IOT

2.0.1- Ciri Yang Pertama

Berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan, antara ciri-ciri IoT adalah dari segi aspek
perdagangan dan pengangkutan. Dalam hal ini, kemajuan penerokaan angkasa lepas banyak
memberi faedah kepada beberapa bidang tertentu. Antara salah satu daripadanya yang dapat
memanfaatkan kemajuan berkenaan ialah perdagangan dan pengangkutan. Tambahan lagi,
ciri-ciri IoT dapat dilihat dalam satelit navigasi menerusi teknologi GPS kerana pada masa
kini ia digunakan secara efektif di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
serta di Lembah Klang untuk memantau pergerakan teksi-teksi yang memberi perkhidmatan
kepada para pelanggan KLIA. Oleh yang demikian, dengan bantuan Intelligent Vehicles
System (IVS), kenderaan pintar berkenaan dapat dikesan dan seterusnya ia dapat dihubungi
dengan mudah. Pada masa yang sama juga, sistem ini IoT juga turut digunakan ke atas
kenderaan-kenderaan sewa untuk memantau pergerakannya. Selain daripada itu juga, dalam
aspek perdagangan dan pengangkutan, IoT secara tidak langsung memberi ruang kepada
masyarakat pada ini untuk memudahkan urusan mereka dengan menggunakan teknologi yang
ada sebagai penghubung kepada dunia yang sebenar. Seterusnya, IoT juga dapat
menghubungkan antara lapangan terbang lain ke negara lain demi tujuan memantau kapal
terbang yang ingin menuju ke sesebuah destinasi sentiasa berada di atas landasannya serta
berada dalam keadaan selamat. Sebagai contoh, dengan adanya kemudahan IoT, Malaysia
dapat mengetahui tentang kemalangan yang berlaku pada pesawat MH17 yang
mengakibatkan semua penumpang dan anak-anak kapal terkorban di Ukraine.

Selanjutnya, ciri IoT juga dapat dilihat di Lembah Klang iaitu bagi tujuan kapal-kapal
dagangan yang berlabuh ke Malaysia serta untuk tujuan eksport dan import barang.
Dinyatakan lagi, dalam hal ini, sekiranya berlaku proses untuk Malaysia mengimport
barangan negara ke negara yang lain seperti minyak, sawit, getah dan lain-lain lagi, platform
yang ada akan berhubung dengan negara lain bagi tujuan untuk mengetahui sama ada barang
yang diimport sampai ke negara yang di kehendakinya. Bahkan juga, dalam hal ini, sebelum
kapal dagangan berlabuh di Lembah Klang, ia akan menghantar maklumat dengan
menggunakan IoT bagi tujuan meminta persetujuan dan keizinan untuk sesebuah kapal
dagangan itu berlabuh. Sesungguhnya, IoT banyak memberi kesan yang positif dalam
kemajuan sesuatu bidang agar masyarakat pada hari ini celik ilmu dalam menggunakan
kemudahan yang disediakan IoT.

7
2.0.2- Ciri Yang Kedua

Pada dasarnya, kemudahan IoT turut membantu dalam kemajuan sesebuah sektor
demi memberi kemudahan dan kemudahan tersebut dapat menyumbang kepada
pembangunan sesebuah negara terutamanya negara Malaysia. Di sebalik kepesatan dunia
yang semakin membangun, antara ciri yang kedua dalam IoT dalam bidang perikanan. Tidak
dinafikan, Malaysia merupakan negara yang memiliki jumlah nelayan yang banyak. Malahan
juga, setiap nelayan yang berada di Malaysia diberi kelebihan yang berbeza dari sektor yang
lain. Namun demikian, kadangkala hasil tangkapan yang ditangkap oleh nelayan tidak
memberangsangkan dan lebih menyedihkan, ada yang pulang hanya dengan tangan kosong.
Justeru, dengan adanya IoT, ia dapat memberi peluang kepada para nelayan. Ini kerana, IoT
turut menyediakan sistem pengesanan jarak jauh dengan kemudahan GPS amat berguna
digunakan bagi nelayan-nelayan laut dalam untuk mengesan kedudukan ikan-ikan di laut.
Seterusnya, data sensor dalam IoT yang digunakan oleh nelayan juga adalah merujuk kepada
instrumen seperti kamera atau radar yang boleh melihat benda-benda fizikal melalui
penangkapan, rakaman mahupun recoding radiasi elektromagnet yang dipancarkan atau
dipantulkan daripada landskap (Gao, 2009). Pada asasnya, data sensor boleh menjadi lebih
berkesan dengan menggunakan analisis dan tafsiran untuk menukar data tersebut kepada
maklumat yang boleh menjadi informasi atau keputusan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah, seperti mengenai penempatan yang mengandungi banyak maklumat di kawasan
tertentu (Gao, 2009).

Lanjutan daripada itu, sistem IoT terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu
pemprosesan imej satelit, pangkalan data dan sistem sebaran maklumat. Melalui komponen
pemprosesan imej satelit, lokasi berpotensi tinggi bagi penangkapan ikan dikenal pasti dan
kemudiannya disebar kepada nelayan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas MySMS-15888
dan boleh juga dicapai secara atas talian menerusi portal FSI. Sistem ini berupaya
mengurangkan masa pencarian ikan dan kos bahan api sebanyak 30% serta meningkatkan
hasil tangkapan. Daripada beberapa aktiviti verifikasi yang dijalankan, 94% daripadanya
memperoleh hasil tangkapan melebihi dua tan metrik. Jelaslah di sini, IoT dapat membantu
nelayan dalam meningkatkan hasil tangkapan. Hal ini demikian juga disebabkan kebanyakan
ikan sasaran tangkap yang dapat ditangkap dengan menggunakan alat bantu penginderaan
jarak jauh, adalah jenis ikan yang banyak dipengaruhi oleh kondisi cuaca dan setiap
musimnya sering didapati di kawasan laut yang temperatur permukaannya bervariasi.

8
Di sebalik itu, antara ciri IoT juga adalah termasuk dalam aspek pertanian. Bagi
perkara ini, pertanian dalam erti kata yang lain adalah lebih menjurus kepada pengeluaran
makanan melalui perkebunan, penanaman, penternakan dan perhutanan. Namun begitu,
menerusi imej yang diperoleh daripada satelit remote sensing IoT, teknologi tersebut boleh
diaplikasikan mengikut kepelbagaian kegunaan khusus untuk dimanfaatkan kepada negara
serta keperluan masyarakat. Untuk itu, adalah satu contoh aplikasi yang digunakan adalah
untuk meningkatkan hasil pertanian setelah data dianalisis menggunakan kaedah geospatial.
Bertitik tolak dengan hal, aplikasi penderian jauh dalam pertanian merupakan satu teknik
maju dalam pengurusan dan perlaksanaan sistem geospatial untuk meningkatkan hasil
pertanian di samping dapat mengurangkan kos-kos berkaitan. Bagi memberi kefahaman yang
mendalam, kaedah tersebut boleh dilakukan melalui beberapa faktor yang diperoleh menerusi
penggunaan teknologi terkini. Hal ni termasuk pemantauan situasi semasa keadaan tanah
pertanian, perincian data atau maklumat berkenaan jenis pertanian yang bersesuaian
mengikut kesuburan tanah, sistem perairan, topografi bentuk muka bumi, data-data maklumat
informasi geografi (GIS), imej penderiaan jauh (remote sensing) dan mekanisme pengurusan.
Menjelaskan lagi, optikal satelit yang dipasang dengan kamera yang berdefinisi tinggi dapat
menerima data jarak gelombang yang berlainan, yang mana setiap jenis tumbuhan pertanian
adalah unik dari segi pembalikan tenaga jarak gelombang. Sebagai contoh, kelapa sawit yang
dihasilkan di Malaysia merupakan tanaman komoditi yang kedua terbesar di dunia, sistem
geospatial dari IoT untuk pertanian adalah arah tuju para peniaga pertanian masa hadapan.

9
2.0.3- Ciri Yang Ketiga

Seterusnya, antara ciri yang ketiga bagi IoT ialah dalam aspek pertahanan. Bagi
perkara ini, kemudahan dalam IoT akan membantu kerja-kerja memantau keselamatan negara
dengan lebih berkesan. Mengikut pengetahuan yang sudah difahami, pertahanan yang
dimaksudkan adalah perihal keselamatan, kesejahteraan atau keamanan. Pertahanan juga
bermaksud keadaan yang terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik,
perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran, dan perkara-perkara lain yang melibatkan
kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung
daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.
Dalam konteks ini, oleh sebab perairan negara Malaysia merangkumi kawasan yang luas
serta mengandungi banyak pulau maka pemantauan menerusi sistem IoT adalah satu kaedah
yang telah diguna pakai. Ini kerana, perairan Sabah dan kawasan pedalaman Sarawak
misalnya, merupakan kawasan-kawasan yang sukar dipantau melalui penggunaan tenaga
manusia. Disebabkan hal yang sedemikian, sistem pemantauan melalui satelit dan juga sistem
IoT secara berterusan akan membantu mengesan pencerobohan dan juga kegiatan jenayah
penyeludupan di kawasan berkenaan.

Selain daripada itu, IoT juga dapat memantau sistem penggodaman wang serta IoT
juga dapat menjejaki sebarang maklumat yang berkaitan dengan penggodam wang. Hasil
yang diperoleh juga akan diterima oleh pihak yang berwajib bagi menjalankan tugas yang
seterusnya. Dengan kata lain juga, IoT turut memberikan isyarat jika berlakunya hal yang
berkaitan dengan cuaca. Kajian cuaca dan ramalan dapat dibuat secara efektif dan tepat
melalui kemudahan IoT iaitu dengan menggunakan satelit pengesan jarak jauh. Sebarang
bentuk bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat dikesan dengan
lebih awal. Bertitik tolak dengan itu, langkah segera untuk mengelakkan sebarang tragedi
dapat diambil. Sebagai contoh, amaran tsunami pertama akan dikeluarkan di negara Jepun.
Berikutan daripada itu, masyarakat perlu bertindak untuk mengawasi diri sendiri dan
mematuhi segala perkara selepas amaran tsunami dikeluarkan. Turut sama juga, IoT turut
bertindak balas ke atas pemfaktoran cuaca yang tidak menentu. IoT mampu membaca kadar
meteorologi di semua negara. Malah, kesannya ia dapat memberi info yang berguna kepada
masyarakat untuk merancang kesesuaian perjalanan setiap hari. Bahkan, kerja-kerja pemetaan
kawasan juga dapat dilakukan dengan mudah. Penyediaan peta dan penentuan topografi
sesuatu kawasan akan dapat dibuat secara lebih baik dengan bantuan IoT. Di samping itu,
sistem peranti pada IoT juga dapat mengesan masalah yang berlaku seperti kebakaran di

10
syarikat, kilang, hospital dan lain-lain lagi. Antara contoh, siren akan berbunyi dengan sendiri
jika berlakunya kebakaran dan maklumat ini akan diterima oleh orang ramai. Justeru, dengan
adanya IoT, ia sedikit sebanyak membantu kadar keselamatan atau pertahanan agar
masyarakat pada hari ini sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai.

11
2.0.4- Ciri Yang Keempat

Selain daripada itu, antara ciri keempat IoT ialah dalam bidang perubatan. IoT telah
pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang
menderita. Teknologi-teknologi IoT baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti
teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasi-
implikasi yang terlibat sama ada dari aspek positif mahupun negatif. Dalam konteks bidang
perubatan, sistem peranti IoT mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada
para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain
dapat diubati dengan perkembangan teknologi dalam IoT. Kemudahan dalam sistem IoT juga
dapat membantu para doktor dalam memberi rawatan kepada pesakit serta pesakit juga dapat
membuat pilihan mengenai rawatan yang akan mereka jalani. Contohnya seperti MRI atau
Magnetic Resonance Imaging yang merupakan kaedah penghasilan imej organ dalaman
organisma hidup melalui penggunaan daya magnet yang kuat mengelilingi anggota badan.
Selain digunakan untuk mengesan jumlah kandungan air, teknologi ini juga diaplikasikan
untuk mengenal pasti perubahan psikologi dalam tisu hidup. MRI tidak mendedahkan
pesakitnya kepada sebarang bentuk radiasi kerana proses tersebut tidak menggunakan x-
ray. Antara kelebihan menggunakan MRI ialah ia digunakan untuk membezakan tisu patologi
seperti tumor otak dan juga tisu normal.

Seiring dengan perkembangan teknologi IoT, sesetengah pesakit kanser dapat juga
dapat diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan
teknologi moden. Hospital dan klinik menggunakan komputer untuk menyimpan rekod
pesakit, jadual doktor, jururawat dan kakitangan lain, inventori dan belian ubat-ubatan,
penyelidikan perubatan dan juga diagnosis perubatan. Pengaplikasian peralatan-peralatan
berasaskan komputer atau penggunaan teknologi maklumat telah membantu para doktor
untuk mendiagnosis penyakit. Ternyata penggunaan IoT dalam bidang perubatan
menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah rumit. Begitu juga perkembangan sistem
IoT telah membantu orang buta untuk melihat, orang bisu untuk berkomunikasi, sama ada
dengan bantuan percakapan pensintesis atau dengan menggunakan papan kekunci. Ini dapat
membantu mereka menjadi lebih aktif dan dapat membuat apa yang mereka tidak boleh buat
sebelum ini. Selain itu kerja-kerja pemprosesan data secara tradisional seperti mengeluarkan
bil pesakit, statistik perubatan dan penjadualan kakitangan dan lain-lain telah turut
diperkemas dan kesemua maklumat ini telah tersedia lengkap di dalam sistem maklumat
pesakit. Peranti IOT juga boleh digunakan untuk membolehkan sistem pemantauan kesihatan

12
dan pemberitahuan kecemasan jauh. Alat-alat pemantauan kesihatan yang terdiri daripada
monitor bagi tekanan darah dan kadar jantung yang ada dalam peranti mampu memberi
maklumat yang jelas kepada doktor.

13
2.0.5- Ciri Yang Kelima

Dalam perkara ini, antara ciri yang terakhir iaitu yang kelima bagi IoT ialah
penerokaan angkasa lepas. Bagi aspek penerokaan angkasa lepas, ia memberi faedah yang
besar kepada kemajuan industri aeroangkasa di negara ini. Antara bidang industri
aeroangkasa yang mendapat faedah besar daripada penyelidikan angkasa ialah teknologi
pembuatan pesawat. Dalam bidang ini, ia telah mencambahkan hasilnya di negara Malaysia
apabila Malaysia berjaya mengeluarkan pesawat peninjau tanpa pemandu pertamanya pada
tahun 2001. Pesawat yang dimaksudkan dikenali sebagai Eagle Airborne Reconnaissance
Vehicle (ARV). Antara pernyataan yang lain pula, penerokaan angkasa lepas dalam sistem
peranti IoT juga dapat membantu untuk memberi siaran kepada televisyen satelit. Malahan,
satelit komunikasi menerima signal daripada Bumi, menguatkan dan menghantar semula ke
Bumi. Satelit ini membolehkan kita berkomunikasi dalam jarak jauh melalui telefon dan
Internet. Satelit ini juga membolehkan kita menonton siaran televisyen secara langsung dari
luar negara.

Sistem peranti IoT yang dilancarkan satelit ke orbit boleh memantapkan sistem
komunikasi negara sepertimana yang dicapai oleh satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2.
Melalui penggunaan satelit-satelit berkenaan, komunikasi menerusi telefon mudah alih
menjadi lebih efisyen. Menurut Prof. Madya Dr. Mustafa bin Subari dari BAKSA,
penggabungan antara satelit navigasi dengan telefon mudah alih bukan sahaja memudahkan
komunikasi tetapi juga memungkinkan kedudukan individu berkenaan dikesan melalui
teknologi Global Positioning System (GPS). Keberkesanan penggunaan satelit untuk
berkomunikasi dan mengesan kedudukan jelas dapat dilihat ketika Datuk Azhar Mansur yang
belayar solo mengelilingi dunia menggunakan telefon mudah alih iridium untuk
menghubungi pusat pemantauannya di Langkawi.

14
2.1- Justifikasi Penggunaan IoT Di Dalam Persekitaran Universiti

2.1.1- Justifikasi Pertama

Kemajuan dalam IoT telah mewujudkan dunia tanpa sempadan. Disingkapnya lagi, ia
membolehkan manusia berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira lokasi, manakala
data juga boleh dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Adapun begitu, dengan
kemajuan IoT yang ada, ia membolehkan pelajar memudahkan urusan mereka dari aspek
pembelajaran. Dalam perkara ini, kepentingan yang akan diperoleh jika seseorang pelajar di
universiti mempunyai pemahaman yang tinggi dalam IoT adalah ia dapat membantu pelajar
melakukan kerja seharian dengan cepat. Sebagai contoh, ia dapat mengakses segala
maklumat tentang pelajaran dengan cepat di samping dapat bertukar-tukar maklumat dengan
pelajar-pelajar dari luar negara. Selain itu juga, jika seseorang mempunyai pemahaman yang
tinggi ia dapat membantu untuk melahirkan jumlah pelajar universiti yang berpendidikan dan
berpengetahuan dalam pusat pengajian. Lain daripada itu juga, IoT boleh membantu
menyelesaikan cabaran merentasi pelbagai kemudahan yang ada topik, dari logistik kepada
pentadbiran kepada kehidupan pelajar. Pada masa yang sama, IoT memberi inovatif yang
baru bagi tujuan penyelidikan di universiti. Sebagai perkara yang berkait, ia dapat dilihat
apabila kesungguhan institusi penyelidikan dan juga universiti yang terbabit menjalankan
penyelidikan telah terbukti dan sewajarnya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak
kerana penyelidikan yang dilakukan mampu memberikan keputusan yang baik dengan
menggunakan kemajuan IoT.

Malah, setiap pelajar juga perlu ada pangkalan data mengenai berkenaan penyelidikan
yang dijalankan di universiti bagi menentukan apakah bentuk penyelidikan sensor yang
dijalankan dan alat yang digunakan dan di mana penyelidikan tersebut dijalankan. Hal ini
disebabkan pangkalan data tersebut juga berguna bagi memastikan supaya tidak berlaku
pertindihan penyelidikan atau kajian yang lebih kurang sama di antara institusi penyelidikan
atau universiti yang lain. Secara jelasnya, kepentingan IoT dapat dilihat apabila wujudnya
jalinan kerjasama antara universiti bagi membentuk satu sinergi dan akhirnya membentuk
satu jalinan dengan industri. Kepentingan IoT dapat dilihat apabila ia dijadikan sebagai alat
rujukan atau bahan rujukan daripada mahasiswa mahupun mahasiswi di universiti untuk
mengetahui maklumat yang mereka tidak ketahui. perubahan di dalam organisasi agar
organisasi yang ada diubah untuk menjadi organisasi yang lebih cemerlang dan tahap
pencapaian masalah

15
Pada dasarnya juga, hal ini mendukung hasrat kerajaan kerana pihak kerajaan
inginkan pembaharuan dalam diri masyarakat yang dapat melahirkan masyarakat yang bijak
dalam semua hal. Kepentingan dalam penguasaan dalam IoT menurut pakar teknologi juga
akan membawa faktor yang positif dalam sesebuah institusi pengajian. Sebagai contoh, jika
pelajar universiti mahir dalam bidang sains lebih-lebih lagi dalam IoT, ia akan menghasilkan
sebarang bentuk reka cipta yang mampu menghasilkan inovatif seperti menghasilkan benih
padi yang terbaik dan bermutu tinggi agar nasi yang ditanak tidak mudah basi dan
sebagainya. Walakin begitu, sains juga memberi manfaat kepada manusia melalui penciptaan
dan penemuan ubat-ubatan, antibiotik, vitamin dan mineral untuk membantu menyembuhkan
penyakit ataupun mengurangkan rasa sakit. Demikian, dalam kemajuan sistem peranti IoT
juga ia membolehkan pelajar pakar-pakar perubatan menghasilkan ubat yang lebih berkesan
untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Hakikatnya, kepentingan daripadanya juga
akan mewujudkan lebih banyak lagi penemuan baru dicipta dan diperoleh.

16
2.1.2- Justifikasi Kedua

Seterusnya, bagi justifikasi kedua berkenaan dengan bagaimana pakar teknologi


berfikir yang dunia IoT akan mengubah persekitaran universiti ialah ia dapat melahirkan
pelajar yang berfikiran secara kritis dan kreatif. Untuk menjelaskan lagi, kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif merupakan satu faktor yang boleh mendorong seseorang untuk
menjana pembentukan idea dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu bagi tujuan
disampaikan kepada orang lain. Dalam hal ini, ia dapat membantu dalam membuat
pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif. Selain itu juga, dengan adanya IoT ini ia akan mewujudkan idea yang bernas dan
baru, dapat membantu pelajar membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan meringankan
serta mengurangkan beban kerja. Menurut Mayer (1977), mengatakan bahawa pemikiran
yang kritis dan kreatif melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam
minda atau sistem kognitif seseorang bertujuan menyelesaikan masalah.

Sejalan dengan itu juga, IoT turut mengubah cara belajar bagi Program Pendidikan
Jarak Jauh (PJJ). Dalam hal ini, PJJ adalah satu program yang tidak dapat dipisahkan dengan
penggunaan IoT. Dengan penggunaan sistem peranti IoT yang menyeluruh dan canggih,
capaian ke seluruh negara dapat direalisasikan. Pada masa kini, IoT seumpama ini sesuai
untuk mereka yang belajar pada kadar sendiri mengikut kesesuaian masa kerja dan komitmen
pada keluarga masing-masing. Secara tidak langsung IoT dapat membuka peluang kepada
mereka yang menyahut seruan kerajaan ke arah pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu
juga, IoT sememangnya dapat membantu pengurus di sesebuah universiti dalam membuat
keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan
komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya penggunaan IoT dalam universiti sangat
membantu dan menolong kakitangan universiti untuk berfungsi dengan lebih cekap,
berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat,
proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu,
opsyen pensyarah, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan dengan peperiksaan,
pembelian stok dan sebagainya. Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan
komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan
maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan
menganalisis. Untuk itu, jelas di sini bahawa semua masyarakat berfikir bahawa IoT dapat
memudahkan semua urusan. Kesimpulannya, jika IoT dapat diadakan di peringkat universiti

17
sebagaimana para pengkaji memikirkannya, ia dapat mengubah persekitaran universiti bagi
menyumbang kepada produktiviti iaitu pelajar yang lebih cemerlang dalam setiap hal.

Bilangan patah perkataan: 4019 patah

18
3.0- RUJUKAN

i. Marini Abu Bakar, Dr. Sufian Idris, Nor Ieyza Jailani, Roziah Latih, Majumin Hanum
& Mohd Zahari Awang (2007). CBCT2203: BASIC CONCEPTS OF
INFORMATION TECHNOLOGY. Selangor Darul Ehsan.
ii. Masilla Hamzah & Arfah Yusof (2013). CBFC1103: PENGANTAR KOMUNIKASI.
Selangor Darul Ehsan.
iii. Ainon Mohammad (2003). Komunikasi Berkesan. Penerbit Fajar Bakti, Kuala
Lumpur.

iv. IoT Di Malaysia (2010).


http://www.remotesensing.gov.my/portalarsm/images/Laporan_Tahunan/2010/Lapora
n_Tahunan_2010.pdf

v. Penerokaan Angkasa Lepas (2016).


http://misslee16.blogspot.my/2016/02/sains-bab-10-penerokaan-angkasa-lepas.html

vi. Manfaat Teknologi Maklumat (2012).


http://blogbmspm.blogspot.my/2012/05/manfaat-teknologi-maklumat-dan.html

vii. Pengertian Internet Of Things (2014).


http://www.academia.edu/12418429/PENGERTIAN_INTERNET_OF_THINGS

viii. Objek Rangkaian Internet Of Things (2014).


http://www.majalahsains.com/objek-rangkaian-internet-internet-of-things-
perkembangan-terkini-dan-potensi-di-malaysia/

19

You might also like