Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU INDAH

JALAN DATO’ HORMAT, 42920 PELABUHAN KLANG,


SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT SPBT KALI 2/2017

Tarikh : 10 Julai 2017


Hari : Isnin
Masa : 12:30 pm – 1:45 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Sekolah Kebangsaan Pulau Indah

Kehadiran:

1. En Hazi bin Kadir ( Pengerusi )


2. Pn Hajah Noraini binti Mohd Salleh ( Timbalan Pengerusi )
3. Pn Hajah Masita binti Abdul Ghani ( Naib Pengerusi 1 )
4. En Azahar bin Abdul Malek ( Naib Pengerusi 2 )
5. Pn Rohana binti Raban ( Naib Pengerusi 3 )
6. Pn Haslinda binti Musripan ( Penyelaras SPBT Pagi )
7. Pn Noridayu binti Mohamad Sayed ( Penyelaras SPBT Petang )
8. En Ilham Izzat bin Adnan ( Setiausaha )
9. En Mohd Khairi bin Othman ( AJK )
10. Pn Alya Farhani binti Zul ( AJK )
11. En Mohamad Firdaus bin Abu Bakar ( AJK )
12. Semua Guru Kelas
13. Ketua Panitia
14. Guru Data
Agenda Mesyuarat

Agenda Mesyuarat 1: Ucapan Penyelaras SPBT


1.1 Ucapan alu-aluan daripada Pn Noridayu selaku Penyelaras SPBT. Beliau mengalu
alukan kedatangan ahli jawatankuasa.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih atas jasa baik semua guru yang banyak membantu
dalam proses pemeriksaan dan pemantauan buku teks sekolah.

Agenda Mesyuarat 2: Ucapan Pengerusi SPBT


2.1 En Hazi bin Kadir mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh
semua ahli jawatankuasa SPBT dalam melancarkan dan melicinkan pengurusan buku
teks sekolah.
2.2 Beliau juga mengingatkan guru-guru supaya menasihati murid-murid untuk menjaga
buku teks dengan baik.

Agenda Mesyuarat 3: Pengesahan minit mesyuarat


3.1 Pengesahan minit mesyuarat oleh En Mohd Syakir bin Azizi dan disokong oleh En
Ahmad Muzamil bin Pandak.

Agenda Mesyuarat 4: Perkara berbangkit


4.1 Penyediaan sudut SPBT. Pamerkan harga buku untuk makluman murid- murid.
4.2 Hasil kerja murid yang terbaik perlu disimpan dan dipamerkan di dalam bilik SPBT.
4.3 Pemantauan buku teks telah dilaksanakan pada bulan Februari dan Jun dengan
lancar.
4.4 Cadangan pada masa akan datang disediakan borang pemantauan yang selaras
untuk setiap guru kelas bagi mencatat pemantauan tersebut

Agenda Mesyuarat 5: Pemantauan Pertandingan Bilik SPBT


5.1 Makluman tentang pemantauan dibawah unit HEM pada bulan September akan
datang. Penambahbaikan perlu dibuat mengikut keperluan.
5.2 Pemantauan yang dilaksanakan akan membantu Unit SPBT meningkatkan lagi kualiti.
5.3 Borang G yang masih dalam simpanan guru kelas perlu diserahkan pada minggu ini.
5.4 Bekalan buku 2018 dijangka akan dihantar pada penghujung bulan Ogos. Mohon
kerjasama AJK yang berkelapangan untuk membantu menyusun buku-buku tersebut
sebelum hari pemantauan.
5.5 Cadangan guru-guru dialu-alukan bagi menceriakan bilik SPBT.

Tindakan: AJK SPBT


Agenda Mesyuarat 6: Hal-Hal Lain
6.1 Murid yang tidak menghantar buku atau buku rosak. Guru kelas boleh menahan
pemberian buku teks mengikut judul buku yang tidak dihantar atau rosak
6.2 Denda kepada murid yang tidak membalut buku RM 1.00.
6.3 Murid yang berpindah perlu mengisi borang untuk membawa buku teks ke sekolah
baru.
6.4 Mesyuarat SPBT perlu diadakan 3 kali setahun.
6.5 Pemantauan buku teks kali ketiga akan dilaksanakan pada bulan September.

Agenda Mesyuarat 7: Ucapan Penangguhan


7.1 Pengerusi berharap semua perkara yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan
baik.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… ………………………
(En Ilham Izzat bin Adnan) (Pn Noridayu binti Mohamad Sayed)
Setiausaha SPBT Penyelaras SPBT

You might also like