Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM,

(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)


27200 KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR
Tel : 09- 3121459
Fax : 09- 3121073
Email : cba3019skwikl@gmail.com.my

Ruj. Kami : CBA3019.700-8/1/5


Tarikh : 22 Februari 2017
Ketua Polis Daerah,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
Kuala Lipis, Pahang

Tuan,

Jemputan Ke Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim

Perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

2. Pihak sekolah menjemput tuan hadir ke majlis berkenaan dan seterusnya memohon jasa baik tuan
untuk memberikan sedikit ucapan dan penyampaian Watikah Lantikan Pengawas kepada pelajar yang
terlibat pada majlis tersebut.

3. Untuk makluman tuan, majlis tersebut akan diadakan mengikut butiran berikut :

Tarikh : 27 Februari 2017


Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Wan Ibrahim

4. Semoga dengan kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan akan melancarkan lagi program
yang dirancang. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan, pihak sekolah ucapkan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

( MUHD HASBI BIN IBRAHIM )


Guru Besar,
SK Wan Ibrahim
27200 Kuala Lipis
Pahang

s.k - Fail Sekolah

You might also like