Professional Documents
Culture Documents
Documents - Tips - Esei Pendidikan Kesihatandoc
Documents - Tips - Esei Pendidikan Kesihatandoc
ABU SEMAN
UMUR : 33 TAHUN
STATUS : BERKAHWIN
2013
PENDIDIKAN KESIHATAN
1
BORANG KOLABORATIF KERJA KURSUS
KESIHATAN
2
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penulis : MOHAMMAD AFIZIE B. ABU SEMAN
Tarikh : 20 SEPTEMBER 2014
3
ISI KANDUNGAN
1. BIODATA 1
2. KOLABORATIF 2
3. PENGAKUAN 3
4. ISI KANDUNGAN 4
5. PENGHARGAAN 5
6. TUGASAN 1 6-14
7. REFLEKSI 15
8. RUJUKAN 16
4
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya
akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan PKE3103 Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan
Kesihatan.. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat pensyarah
yang saya hormati iaitu pensyarah matapelajaran Cik Rosyati Binti Hussin di atas segala
ilmu dan tunjuk ajar, bimbingan serta semangat yang dilontarkan serta dikongsi bersama-
sama kami para pelajar PPG Ambilan Khas PJK . Di samping itu ucapan terima kasih yang
tidak terhingga ditujukan khas buat isteri tersayang serta anak-anak yang sentiasa memberi
dorongan, sokongan, galakkan bagi membantu menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih dan penghargaan juga tidak dilupakan buat sahabat-sahabat
yang banyak membantu dalam berkongsi maklumat, pendapat serta buah fikiran dalam
menyiapkan tugasan ini. Selain itu kami juga saling berkongsi dan bertukar-tukar bahan
rujukan di antara satu sama lain agar lebih banyak maklumat yang diperoleh di samping
dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Akhir kata saya berharap agar
tugasan ini bertepatan dengan kriteria yang dikehendaki oleh pihak pensyarah serta ia
mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Cik Rosyati Binti Hussin
yang banyak memberi ilmu baru terutamanya di dalam tugasan PKE 3103.
Pelaksanaan sistem ini memberi indikator atau petunjuk bahawa tahap kecerdasan
emosi pelajar masih di tahap yang sederhana dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya
supaya pelajar tidak hanya semata-mata berorientasikan kepada peperiksaan tetapi dinilai
tambahkan lagi dengan kemahiran insani yang lain termasuklah dari sudut emosinya.Hai ini
diperjelaskan lagi dengan perlunya elemen pembuktian (evidence) di dalam sistem
berkenaan di mana pelajar diberi ruang untuk menonjolkan bakat mereka melalui sistem
‘Band’atau tahap di mana tahap yang tertinggi adalah Tahap 6 iaitu pelajar dapat
melaksanakan pembelajaran dengan beradab mithali yang mana sudah tentu ianya
memerlukan emosi yang baik untuk pelajar melaksanakannya di samping adanya
penambahan yang dibuat melalui sistem seperti pembinaan item Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) dan juga elemen keusahawanan sebagai contoh untuk melatih
peransangan emosi pelajar ke arah yang lebih baik.Pendidikan Kesihatan juga tidak
terkecuali daripada melalui jenis pentaksiran ini.
6
Daripada Pendidikan Kesihatan, murid-murid dan seterusnya orang awam dapat
mengetahui usaha-usaha kerajaan yang seterusnya iaitu di luar bidang pendidikan.
Umpamanya, sistem kesihatan di kawasan luar bandar juga perlu dipermajukan oleh
kerajaan. Usaha akan terus ditumpukan kepada golongan berpendapatan rendah dan
mengutamakan program kesihatan dan rawatan dengan memperbanyakkan perkhidmatan
sokongan. Di samping itu, visi teleperubatan akan membantu mengubah perkhidmatan
penjagaan kesihatan dan industri kesihatan ke arah globalisasi untuk perkhidmatan, produk
dan pendidikan kesihatan. Kerajaan melaksanakan satu sistem untuk memperbaiki
pengagihan maklumat kesihatan kepada masyarakat umum oleh anggota profesional
kesihatan supaya setiap individu mudah mendapat maklumat promosi kesihatan serta
menggunakan teknologi-teknologi promosi kesihatan sepenuh dan seluasnya, umpamanya
pendidikan kesihatan, untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan matlamat-matlamatnya
dan menanam sikap positif terhadap kesihatan dan cara hidup sihat bagi meningkatkan
kesihatan dikalangan individu dan masyarakat.
Pendidikan Kesihatan juga peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri
dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri. Perkara ini merangkumi cara menjaga
kebersihan diri dan kepentingannya. Ia juga menerapkan kepada murid mengenai perbezaan
peranan dan fungsi kumpulan peringkat umur,menjelaskan proses perolehan dan
penyediaan makanan. Pendidikan Kesihatan juga turut melibatkan cara meningkatkan harga
diri, menjelaskan keburukan merokok, menghidu dan pengambilan dadah, memahami tujuan
pengiklanan dan kesannya ke atas pengguna dan produk,mengetahui jenis penyakit
berjangkit bawaan air dan makanan serta langkah pencegahnya serta menyenaraikan alatan
yang terdapat dalam peti kecemasan dan rawatan awal untuk kecederaan.
Kepentingan Pendidikan Kesihatan yang selanjutnya ialah gaya hidup sihat adalah
keperluan asas kepada tumbesaran manusia dan juga pemangkin kepada kehidupan dalam
masyarakat atau dalam kata lainnya di dalam kehidupan sosialisme. Kehidupan kesihatan
yang sempurna dalam kalangan masyarakat seterusnya dapat menjana kehidupan yang
lebih mantap dalam sesuatu negara.
7
Kesimpulannya, terdapat pelbagai implikasi atau pun kepentingan di dalam
menjayakan Pendidikan Kesihatan supaya ia relevan dan selaras dengan kehendak masa
kini dan dapat menjaga serta menjamin agenda nasional negara.
Kepentingan Pendidikan Kesihatan juga dapat dilihat dari sudut perbezaan di dalam
sukatan pelajaran di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan juga di
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dari sudut matlamat, KBSR Bertujuan
membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan
manakala KSSR pula menuntut agar murid agar menjadi cergas dan berkemahiran,
berpengetahuan. Komunikasi Kerohanian, Sikap & Nilai Kemanusiaan Perkembangan Fizikal
& Estetik Sains dan Teknologi Ketrampilan Diri. Secara umumnya, KSSR digubal dalam
pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu
dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
Penilaian Berasaskan Sekolah di dalam pelaksanaan KSSR adalah lebih holistik dan
memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek
berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada
pencapaian akademik melalui peperiksaan. Dengan kata lain, PBS akan mentaksir proses
dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning
dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada
pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.
PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan
integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai
untuk mentaksir murid masing-masing. Hal ini demikian kerana mereka boleh memantau
murid secara berterusan dari masa ke semasa tanpa terikat dengan kekangan masa seperti
8
yang diamalkan di dalam peperiksaan. Guru-guru juga berpeluang untuk memberi tindak
balas yang lebih positif terhadap maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran pelajar. Di samping itu, guru juga boleh lebih memahami konteks yang sesuai
dengan persekitaran dan perkembangan murid berpandukan kepada standard prestasi.
Kita telah pun membincangkan secara panjang lebar mengenai perbezaan antara
KBSR dan KSSR secara umum bermula daripada takrif serta konsep KSSR itu sendiri dan
seterusnya aplikasinya secara rawak. Kini tibalah masanya kita membincangkan secara
lebih terperinci mengenai perbezaan kedua-dua mekanisme tersebut di dalam Pendidikan
Kesihatan secara lebih mendalam melalui item perbezaan seperti berikut:
Di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), objektif yang dapat dilihat
secara kasarnya adalah untuk Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor. Murid-murid juga dituntut agar menguasai kemahiran asas
pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan aktiviti
fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah serta disiplin diri dan
membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan.
Di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula, objektif pembelajaran
Pendidikan Jasmani seperti yang dinyatakan di atas dikekalkan tetapi harus memiliki nilai
tambah iaitu guru perlu mengesan mengesan perkembangan murid secara
menyeluruh,melihat perubahan pada perkembangan setiap murid,membuat perancangan
aktiviti,meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan,mempelajari
keperluan setiap murid,menyelesaikan sesuatu masalah,memberi laporan yang tepat kepada
ibu bapa,memberi laporan kepada pakar,menghargai hasil kerja murid dan seterusnya
membuat tindakan susulan serta-merta.
2.2 Penilaian
9
Dari sudut penilaian di dalam Pendidikan Kesihatan, elemen penilaian di dalam
KBSR adalah berdasarkan kepada peperiksaan. Akan tetapi, di dalam KSSR, komponen
pentaksiran adalah berdasarkan kepada evidence. Antara bentuk pembuktian yang boleh
dilakukan adalah seperti berikut:
2.2.1 Secara tradisional - ujian bertulis, amali dan kecergasan bertujuan mengkaji serta
menilai pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk pemberian gred.
2.2.2 Secara alternatif - format tersendiri untuk menguji murid pada aras yang paling rendah
ke aras yang tertinggi dalam konteks pemikiran dan penaakulan seperti rating scales,
senarai semak, skoran rubrik, log pembelajaran, portfolio, esei, pameran, eksperimen
dan lain-lain.
Oleh kerana elemen pembuktian amat diperlukan di dalam pelaksanaan KSSR, maka guru
perlulah menggunakan item-item subjek misalnya fail pelajar dan juga mengadakan bilik
khas bagi menyimpan borang bukti (Lok Yim Pheng,2014)
Di dalam Pendidikan Kesihatan, KBSR terbahagi kepada beberapa tunjang seperti berikut:
2.3.1 Kecergasan. Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti
fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen
kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
2.3.3 Kesukanan. Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi
mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek
keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan
sukan.
Manakala KSSR pula terdapat nilai tambah daripada tunjang-tunjang yang dinyatakan di
atas dan diterjemahkan dalam bentuk aspek seperti berikut (berdasarkan sukatan Tahun 1):
2.3.4 Kemahiran Pergerakan. Murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran
motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui konsep
10
pergerakan, pergerkan asas yang melibatkan pergerakan lokomoto, bukan
lokomotor,manupulasi alatan dan pergerakan berirama. Yang lainnya melibatkan sukan
yang perlu diberi perhatian iaitu gimnastik asas dan akuatik asas. Akhir sekali, aktiviti
rekreasi dan kesenggangan
2.3.5 Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi
pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran
serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal.
Kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani ialah kaedah langsung. Kaedah ini mementingkan guru.
Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa,
bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula berdasarkan kehendak objektif. Kaedah ini
berdasarkan arahan dan tugasan yang diberikan oleh guru. Kaedah ini berdasarkan Teori
Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu
berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul
(Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan
dengan cara yang betul.
Kelebihan kaedah ini adalah kaedah ini sangat berkesan, berfokus kepada yang ingin
dipelajari, tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi, dan persekitaran
pembelajaran yang berstruktur.
Namun begitu, kelemahan kaedah ini adalah ia tidak ambil kira perbezaan individu
(kesesuaian perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan
yang sama (kesesuaian umur kumpulan). Kaedah ini juga lebih mementingkan matlamat
atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.
Kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani ialah kaedah tidak langsung. Kaedah ini berpusatkan
pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan
meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan,
penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif yang
mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan
proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.
12
Murid-murid akan cuba meneroka setiap aktiviti yang mereka lakukan dengan idea
dan kreativiti mereka sendiri. Ini dapat mengalakkan murid-murid berfikir secara kritis jalan
menyelesaikan masalah dalam suasana yang menyeronokkan semasa melakukan
kemahiran yang baru mereka pelajari. Secara tidak langsung, murid-murid akan dapat
mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan, belakang, atas dan bawah. Pada
akhir sesi p&p, guru akan membuat semakan terhadap penguasaan kemahiran murid-murid
secara terperinci untuk kegunaan semakan pada masa hadapan.
Kelemahan kaedah ini pula ialah memakan masa yang panjang kerana lebih masa
untuk cuba-jaya dan bersoal-jawab dan memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar.
Guru yang tidak biasa dengan gaya ini sentiasa menghadapi masalah untuk
menggunakannya secara berkesan. Selain itu, sukar untuk mengawal kelas dan sukar untuk
memastikan kesinambungan dalam pelajaran.
Semasa dalam proses menyempurnakan tugasan pula, saya mendapati apa yang
saya kaji dan apa yang saya amalkan melalui pengalaman saya sebagai seorang guru
tidaklah terlalu jauh bezanya. Sedikit sahaja perbezaan dapat ditemui dari sudut memenuhi
kehendak sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan ianya tidak jauh beza
daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di mana KSSR menuntut guru-guru
untuk menggunakan apa sahaja cara, mekanisme serta perantaraan untuk mencapai objektif
sesuatu pengajaran dan pembelajaran kerana ianya lebih menjurus kepada nilai dan
estetika.
Rujukan:
1) http://nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/kurikulum-kbsr-dan-kssr-dalam.html
2)http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/09/f-amalan-pentaksiran-dalam-ppk.html
15
4) Mok Soon Sang (2008),Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
16