Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Penggunaan Strategi Partner Learning Community (PLC) dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Pemulihan.

Partner Learning Community (PLC) merupakan sekumpulan guru yang membentuk


satu pasukan mengajar di sekolah. Pasukan ini ditubuhkan bagi mempetingkatkan kualiti
pengajaran di sekolah. Terdapat strategi yang disyorkan melalui PLC. Namun, saya hanya
memilih untuk menggunakan stategi bimbingan rakan sebaya guru atau pembimbing atau
dalam Bahasa Inggerisnya ialah Peer Coaching (PC) dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Pemulihan.

Peer Coaching merupakan satu proses perkongsian pengalaman pengajaran dan


pengetahuan pedagogi dalam bilik darjah tanpa ada sebarang untuk paksaan bertujuan untuk
meningkatkan pembelajaran melalui penyelesaian masalah di bilik darjah.

“For teachers to improve their pratise they learn from other teachers provided that
these teachers are also working on improvement. These exchanges are thus
purposeful and based on evidence.”

(Fullan, 2006)

Menurut McKenna dan Walpole (2008), coaching ialah strategi yang dilaksanakan untuk
mewujudkan satu sistem sokongan professional merangkumi kajian, teori, demonstrasi, amali
dan maklum balas.

Saya mengaplikasikan strategi ini melalui beberapa aktiviti. Aktiviti yang pertama ialah
menjalankan pengajaran bersama dengan ahli kumpulan PLC yang dibentuk oleh saya
sendiri. Kumpulan ini terdiri daripada guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, LINUS
dan guru Pendidikan Pemulihan. Semasa melakasanakan aktiviti pengajaran bersama, saya
yang akan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid pemulihan di
dalam bilik darjah, manakala ahli kumpulan saya hanya duduk di bahagian belakang bilik
darjah untuk memerhatikan bagaimana saya menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Setelah selesai menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah, kami akan mengadakan sesi perbincangan. Semasa dalam perbincangan, ahli
kumpulan saya akan mengemukakan pendapat dan pandangan mereka terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan. Melalui aktiviti perbincangan ini, saya
menyedari kelemahan saya dalam penyampaian pengajaran kepada murid pemulihan.
Dengan berbuat demikian, saya dapat membuat penambahbaikan terhadap kelemahan yang
saya miliki bagi menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan agar murid pemulihan yang
saya ajar mampu menguasai kemahiran yang saya ajarkan kepada mereka.

Aktiviti yang seterusnya ialah, melalui perancangan bersama. Melalui aktiviti ini, saya
akan mengadakan satu perancangan pengajaran harian bagi murid pemulihan bersama-sama
ahli kumpulan PLC saya. Semasa melakukan perancangan bersama ini, kami akan
berkolaborasi dalam membina sebuah rancangan pengajaran harian yang bermakna bagi
pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan. Kolaborasi yang kami adakan adalah
bertujuan mendapatkan pandangan dan pendapat yang berbeza daripada setiap individu
yang terlibat. Dengan berbuat demikian, maka muncullah idea-idea yang bernas daripada
setiap individu yang terlibat. Oleh itu, dapatlah saya hasilkan sebuha perancangan rancangan
pengajaran harian yang cukup berkualiti sebelum saya menyampaikan pengajaran kepada
murid pemulihan ini. Maka, dengan adanya sebuah perancangan yang berkualiti saya dapat
membantu murid pemulihan untuk menguasai kemahiran yang saya ajarkan kepada mereka.

Selain itu, strategi ini juga saya aplikasikan melalui pembentukan kumpulan belajar.
Dengan adanya kumpulan belajar ini maka saya akan mampu untuk merancang sebuah
pengajaran dan pembelajaran yang efektif untuk kegunaan murid pemulihan. Contohnya,
melalui kumpulan belajar ini, saya mempelajari bagaimana hendak menyediakan sebuah
rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Perkara yang perlu saya
lakukan ialah hanya perlu mengubah suai sedikit daripada rancangan pengajaran kelas
perdana untuk diaplikasikan ke atas murid pemulihan. Dengan berbuat demikian, maka murid
pemulihan juga turut mempelajari perkara yang sama dengan kelas perdana. Cuma, cara dan
teknik pengajaran yang digunakan agak berbeza kerana sudah diubah suai berdasarkan
kesesuaian tahap kognitif murid pemulihan.

Akhir sekali, saya juga turut mengaplikasikan strategi ini melalui penyelesaian
masalah. Saya dengan ahli kumpulan saya akan mengadakan suatu perjumpaan bagi
menyelesaikan masalah yang timbul ketika saya menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas pemulihan. Contohnya, mereka mendapati kelemahan pada
cara atau teknik yang saya gunakan untuk menyampaikan isi pelajaran kepada murid
pemulihan. Selepas saya selesai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, kami akan
mengadakan sesi perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang timbul untuk tujuan
penambahbaikan bagi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Dengan berbuat
demikian, saya akan dapat unutk memperbaiki kelemahan yang ada agar pengajaran yang
saya sampaikan sampai kepada murid pemulihan dan diterima oleh mereka dengan efektif.

Nama: Syelvester Joe Anak Boniface Abun (Pendidikan Pemulihan Khas)

You might also like