Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI HAJI DORANI

45300 SUNGAI BESAR


SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


BIL. 3 / 2017

Tarikh : 15. 9. 2017


Hari : JUMAAT
Masa : 3:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKSHD
Kehadiran :
1. Puan Kamsiah bt Tumin - Ketua Panitia
2. Puan Mulian Sulaila bt Abdul Halim - Setiausaha
3. Encik Arifin b Kasbon
4. Encik Fathul Mu’in b Md. Ali
5. Puan Masamah bt Toha
Turut Hadir :

1. Tiada

Tidak Hadir Bersebab :

1. Tiada

Urus setia mesyuarat:

Puan Mulian Sulaila bt Abdul Halim - Setiausaha

AGENDA 1 :

UCAPAN PENGERUSI: PUAN KAMSIAH BINTI TUMIN

1.1.1 Dimulakan dengan bacaan al-Fatihah.


1.1.2 Ucapan terima kasih atas kehadiran semua ahli.
1.1.3 Ucapan terima kasih atas kerjasama, usaha, sumbangan dan komitmen yang terus diberikan
oleh semua guru.
1.1.4 Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana peperiksaan UPSR telah berjalan dengan lancar.
Panitia Bahasa Melayu 2017

1.1.5 Berterima kasih kepada Cikgu Fathul Mu’in dan Cikgu Arifin yang telah mengendalikan
sepenuhnya kelas-kelas tambahan serta semua guru BM yang telah melibatkan diri dalam
pengurusan UPSR lepas.
1.1.6 Memaklumkan walaupun tiada sebarang pertandingan koakademik untuk tahun ini kerana tiada
bajet daripada peringkat daerah, namun pihak panitia telah menghantar seorang peserta pidato
iaitu Irdina Aliah binti Azrul Faizah, murid Tahun 6 Adil ke peringkat Negeri Selangor pada bulan
Mei di SMK Datok Mustapha yang hanya mendapat sagu hati sahaja.
1.1.7 Mengharapkan agar semua guru terus mengajar bersungguh-sungguh serta mempelbagaikan
teknik pengajaran dan banyakkan menggunakan ICT/TMK
1.1.8 Guru hendaklah mengenal pasti serta menyenaraikan punca kelemahan murid dalam PdPc
dan berusaha untuk mengatasinya supaya prestasi subjek ini kekal cemerlang.

Tindakan: Ketua Panitia & Semua Guru Bahasa

AGENDA 2 :

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

1.1 Minit mesyuarat dibentang oleh setiausaha, Puan Mulian Sulaila.


1.2 En. Fathul Mu’in mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan.
1.3 Disokong oleh Puan Masamah bt Toha.

Makluman

AGENDA 3 :

PERKARA BERBANGKIT

3.1 GPMP yang melebihi nilai 3, perlu berbuat sesuatu untuk menurunkan nilai gred. Guru perlu
menggandakan usaha agar prestasi ini meningkat pada peperiksaan akhir tahun nanti.

AGENDA 4 :

PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 PASCANILAI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

2
Panitia Bahasa Melayu 2017

4.1.1 Perbincangan prestasi pelajaran BM Pemahaman dan BM Penulisan PPT adalah


berdasarkan edaran analisis.

4.1.2. Terdapat beberapa kelas yang mencapai GPMP kurang memuaskan iaitu bagi kelas
3 Arif (BM Pemahaman : 3.24, BM Penulisan : 3.24), 4 Arif ( BM Penulisan : 3.69) dan
5 Arif (BM Pemahaman : 4.05, BM Penulisan : 3.76).

Tindakan : Guru Bahasa Melayu Kelas Berkenaan

4.2 BULAN BAHASA MELAYU

4.2.1 Terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan aktiviti Bulan Bahasa
Melayu dengan lancar sepanjang bulan Ogos yang lalu.
4.2.2. Butiran lengkap seperti mana yang terkandung dalam dokumentasi yang telah
disempurnakan oleh setiausaha.
4.2.3 Dokumentasi telah diedarkan kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan folder Panitia Bahasa Melayu.
4.2.4 Semua murid telah mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh.

Makluman

4.3 AKTIVITI PASCA UPSR


4.3.1 Cadangan aktiviti ialah:
4.3.1.1 Bengkel dan pertandingan tulisan berangkai
4.3.1.2 Buku skrap tatabahasa
4.3.1.3 Lakonan bertemakan nilai murni

Tindakan : Guru BM Tahun 6

4.4 PENGGUBAL SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


4.4.1 Penggubal soalan berdasarkan ketetapan yang telah dibincangkan dan melibatkan
tahun 1 hingga tahun 4. Tahun 5 menggunakan soalan yang digubal oleh Majlis Guru
Besar manakala tahun 6 tiada peperiksaan subjek teras.

3
Panitia Bahasa Melayu 2017

Tindakan : Guru BM berkenaan

AGENDA 5 :

HAL-HAL LAIN

5.1 Kelas Pemulihan


5.1.1 Kelas pemulihan masih belum ada tenaga pengajar semenjak persaraan Tuan Haji
Yusof Ahmad.
5.1.2 Guru BM perlu berinisiatif untuk mengajar murid berkenaan sewaktu PdPc.

Tindakan : Guru BM berkenaan

AGENDA 6 :

UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Berharap agar semua guru terus bekerjasama dan berusaha gigih bagi meningkatkan prestasi
murid dan melaksanakan PdPc abad ke-21.
6.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah al-Ash.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.05 petang.

Disediakan oleh:

_______________________________
(MULIAN SULAILA BT ABDUL HALIM)
Urus Setia,
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu,
SK Sungai Haji Dorani,
45300 Sungai Besar,
Selangor.

Tarikh : 18 September 2017

4
Panitia Bahasa Melayu 2017

SPSK PK 07/5
BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT

PERKARA : MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL. 3/ 2017


TARIKH : 20 SEPTEMBER 2017
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKSHD

M/S PARA PERKARA TINDAKAN PERKEMBANGAN/ ULASAN


Terdapat beberapa kelas yang Guru BM Latihan dan motivasi
mencapai GPMP kurang kelas diperbanyakkan untuk
memuaskan iaitu bagi kelas berkenaan meningkatkan prestasi murid
4.1.2. 3 Arif (BM Pemahaman : 3.24, BM
3 tersebut.
Penulisan : 3.24), 4 Arif ( BM
Penulisan : 3.69) dan 5 Arif (BM
Pemahaman : 4.05, BM Penulisan :
3.76).

Cadangan aktiviti ialah: Guru BM Akan dipanjangkan dalam


1.Bengkel dan pertandingan Tahun 6 mesyuarat pasca UPSR tahun 6
3 4.3.1 tulisan berangkai nanti.
2.Buku skrap tatabahasa
3.Lakonan bertemakan nilai murni

Penggubal soalan berdasarkan Semua Akan dan telah dilaksanakan.


ketetapan yang telah dibincangkan guru BM
dan melibatkan tahun 1 hingga tahun Tahun 1 –
3 4.4.1. 4. Tahun 5 menggunakan soalan
Tahun 4
yang digubal oleh Majlis Guru Besar
manakala tahun 6 tiada peperiksaan
subjek teras.

Disediakan oleh:

______________________________
( Puan Mulian Sulaila bt Abdul Halim )
Urus Setia
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu

Tarikh:20 September 2017

You might also like