Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6 TAHUN 2017

Pertamanya, saya ingin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga


kepada tuhan yang maha kuasa kerana telah memberikan ruang, peluang,
dan kesihatan kepada saya dari awal sehinggalah saya selesai menyertai
Program Bina Insan Guru fasa 6 ini. Program Bina Insan Guru (BIG) adalah salah
satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap penuntut di Institut
Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru
Malaysia mengikut kampus masing-masing. Ia bertujuan untuk membina jati
diri pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi,
dan juga memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang
situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang. Program
BIG fasa 6 bagi guru pelatih IPG Kampus KENT PISMP Ambilan Jun 2014 telah
dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens, Kiulu
pada 30 Oktober 2017. Pengisian Program BIG fasa 6 pada kali ini adalah
Lawatan Penanda Arasan dan Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang.

Bagi mengelak daripada kesesakan jalan raya, kami telah bertolak


dengan lebih awal iaitu pada kira-kira jam 7.00 pagi. Walau bagaimanapun
perjalanan kami terhenti seketika rentetan daripada masalah pada bas yang
kami gunakan. Mujurlah Pengerusi dan AJK Pengangkutan pantas untuk
mencari alternatif lain dengan mencari bas di pekan Tamparuli. Setelah tiba
di sekolah tersebut, kami telah disambut dengan mesra oleh warga sekolah
tersebut dan kami telah dibawa ke bilik gerakan untuk meneruskan aktiviti
yang telah dirancang. Sebelum majlis diteruskan encik hafiz telah dijemput
untuk memimpin bacaan doa. Setelah itu, kami mendengar ucapan aluan
daripada wakil pihak sekolah dan ucapan daripada pengerusi program iaitu
encik Mas Ifariez Zaim. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan mendengar
taklimat mengenai pengurusan sekolah, iklim dan budaya sekolah serta
infrastruktur sekolah yang disampaikan oleh encik Asan. Melalui perkongsian
daripada encik Asan, kami dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang

1
iklim pembelajaran abad 21. Pengaplikasian iklim pembelajaran abad 21
haruslah diusahakan oleh guru meskipun terdapat kekangan lain seperti faktor
kawasan pedalaman dan sebagainya. Hal ini kerana arus globalisasi yang
pantas berubah dan berkembang menuntut murid-murid untuk peka dengan
kemajuan teknologi maklumat. Oleh yang demikian guru perlu memainkan
peranan untuk memastikan anak muridnya tidak berada jauh ketinggalan
dengan murid-murid di sekolah lain. Selepas berehat untuk sesi minum pagi,
pengisian disambung semula dengan sesi interaksi dengan guru cemerlang
yang disampaikan oleh encik Saidina.

Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input
baru. Menurut encik Saidina, sifat ikhlas adalah salah satu elemen yang
penting untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Apabila guru ikhlas
dalam mengajar, guru tidak akan mengeluh dan merasa penat untuk
mendidik anak bangsa. Selain itu, beliau juga turut berkongsi tentang
pentingnya pengurusan masa yang baik. Meskipun beliau memiliki banyak
komitmen lain selain daripada mengajar subjek pendidikan seni dan visual di
kelas tingkatan 6, beliau tetap dapat mengurus masanya dengan baik. Beliau
juga sentiasa memberikan pendedahan dan pengalaman pembelajaran di
luar kelas kepada murid-muridnya dengan membawa mereka ke acara-
acara yang berkaitan dengan seni dan visual seperti pameran, seminar dan
lain-lain. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu murid-murid yang lain
apabila murid yang dibawanya berkongsi pengalaman kepada murid-murid
yang lain.

Kesimpulannya, Pendedahan pada program ini banyak memberikan


maklumat yang berguna dan akan saya jadikan panduan apabila sampai di
sekolah nanti. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting
dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan
semangat untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman
sebanyak mungkin.

You might also like