Mini Mesyuarat SPBT Ke-3 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SEMENYIH DUA KAJANG

MINIT MESYUARAT UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS BIL.3/ 2017

Tarikh: 16 November 2017

Masa : 1.00 t/hari

Tempat: Bilik Operasi SKJS2

KEHADIRAN: BIL NAMA JAWATAN

1. Cik Komalah A/P Masillamani Setiausaha Unit


2. Pn. Lim Lan Kwan Guru kelas 1B
3. Pn. Nor Faziah bt Yazin Guru kelas 1A
4. Pn.Beh Mee Foong Guru kelas 2A
5. Pn. Norehan bt Ishak Guru kelas 2B
6. Pn. Ida Shahrizna bt Shahruddin Guru kelas 3B
7. Pn. Zahariah bt Lidun Guru kelas 4A
8. Pn. Nurul Haslina bt Ismail Guru kelas 4B
9. Pn. Yap Sze Eng Guru kelas 5B
10 . Pn. So Kwee Hong Guru kelas 5A
11. Pn. Kalai Chelvi RPC Guru kelas 6A
12. Pn. Rohani bt Bahrom Guru kelas 6B

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN

AGENDA MESYUARAT:

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke

mesyuarat unit kali ketiga bagi tahun 2017.

Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.2/ 2017

2.1 Minit Mesyuarat Bil.2/2017 diterima sebulat suara.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada
4. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN / ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 Mengutip buku teks selepas peperiksaan akhir tahun 2017

4.1.1 Guru-guru kelas diingatkan supaya mengutip buku teks selepas tamatnya
pentaksiran akhir tahun pada bulan November.

4.1.2 Guru kelas perlu mengingatkan murid-murid supaya menghantar semua buku teks
pada hari yang telah ditetapkan.

4.1.3 Buku perlu dibalut,diikat, ditulis nama, kelas dan bilangan.

4.1.4 Buku yang hilang atau rosak teruk perlu diganti dan buku yang rosak perlu dibaikpulih

4.1.5 Guru kelas perlu catatkan penerimaan buku teks dari murid dalam borang SPBT G
dan ditandatangan oleh murid sebagai bukti penghantaran.

4.1.6 Fail perlu diserahkan kepada penyelaras SPBT selepas semua buku dikutip dari
murid.

4.1.7 Sebarang kekurangan, kerosakan atau gantian buku teks yang belum selesai perlu
dimaklumkam kepada penyelaras SPBT untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan : Guru kelas

4.2 Pemberian buku teks bagi tahun penggunaan 2018

4.2.1 Buku teks dan buku latihan bagi tahun penggunaan 2018 akan diberi selepas semua
buku teks dikutip dari murid.

4.2.2 Buku teks tahun 2 ( BCB) bagi tahun 2018 masih belum diterima oleh sekolah dan
akan diberi selepas buka sekolah pada tahun 2018.

4.2.3 Buku teks cetakan semula juga banyak yang masih belum diterima oleh sekolah.

4.2.4 Spot check yang dijalankan kali keempat didapati buku-buku teks tahun 3 banyak
yang rosak disebabkan hayat penggunaan yang lama iaitu dari tahun 2012-2017.

Makluman

4.3 Laporan keberkesanan program

4.3.1 Semua program yang dirancang sepanjang tahun 2017 dapat dijalankan dengan
jayanya dan menepati objektif.

4.3.2 Semua laporan aktiviti tahunan 2017, pelan operasi bagi tahun 2018 dan
perancangan aktiviti unit bagi tahun 2018 telah dihantar kepada Setiausaha
Hem.

Tindakan : Ketua Unit


5. HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan mesyuarat ditangguhkan

pada pukul 2.30 t/hari

Disediakan oleh:

........................................
Setiausaha Unit SPBT
Bertarikh: 20 November 2017

kom / Minit Mesyuarat Unit SPBT

You might also like