10

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

10) Kepentingan perpaduan untuk mengekalkan kedaulatan

Perpaduan rakyat dapat mewujudkan kestabilan politik negara . Kestabilan


politik ini dapat menjamin keharmonian negara. Kesannya, rakyat dapat hidup dalam
keadaan aman dan damai. Politik yang kukuh dapat menghalang kuasa asing
campurtangan dalam politik negara. Rakyat bersama-sama membantu
mempertahankan negara.

Seterusnya perpaduan dapat menjana kemajuan ekonomi negara melalui


kerjasama semua rakyat . Pelabur asing akan tertarik untuk membuat pelaburan di
Malaysia seperti di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor dan wilayah ECER.
Kemajuan ekonomi ini akan mengekalkan kedaulatan negara.

Perpaduan kaum dan kepelbagaian adat resam telah menggalakkan industri


pelancongan negara. Kemajuan industri pelancongan dapat menjana kemakmuran
ekonomi negara . Hal ini dapat memperkukuh sistem pertahanan negara.

Dalam aspek sosial, masyarakat yang bertolak-ansur dapat menggelak


berlaku pertelingkahan dan perselisihan faham yang boleh menggugat kedaulatan
negara. Sehubungan itu, konsep 1Malaysia telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib
Tun Razak. Konsep ini melahirkan satu bangsa Malaysia yang cintakan negara dan
sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Hubungan yang erat antara kaum turut menjadi tulang belakang kedaulatan
negara.Tanpa perpaduan, rakyat terdedah dengan pelbagai anasir yang
bertentangan dengan ideologi negara. Hal ini boleh menggugat kestabilan dan
kedaulatan negara.Contohnya ancaman pengganas dan militan seperti Daesh.

Setiap rakyat perlu sedar kepentingan perpaduan kerana aspek perpaduan ini
memberi impak yang besar terhadap kedaulatan negara. Sesungguhnya perpaduan
dalam kalangan rakyat amat penting dalam mengekalkan kedaulatan negara seperti
kata pepatah “bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat” dan
“Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.

You might also like