Laporan Pentaksiran Maths PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dengan ini saya
Nurul Suhaiza Izzati binti Md Yusof yang mengikuti kursus Pentaksiran Dalam Matematik Sekolah
Menengah telah berjaya menyelesaikan tugasan penulisan laporan berkenaan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU), pembinaan dan analisis item ujian dengan sedaya upayanya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelajar Tingkatan 1
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera, Pahang. Setinggi penghargaan juga buat semua pihak
yang telah bekerjasama dalam urusan mentadbir ujian di sekolah yang berkenaan. Ucapan
penghargaan ini juga ditujukan kepada Pn Haslina binti Jaafar selaku pensyarah bagi kursus ini.
Tanpa bantuan beliau sudah pasti kami; pelajar Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) Ambilan
Januari 2017 Jurusan Matematik, tidak dapat menyudahkan kerja kursus ini dengan jayanya.
Rubrik dan kriteria penilaian membimbing kami dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini.

Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan dan Jabatan
Matematik dan Sains Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) khususnya kepada
pensyarah yang mengajar modul Pentaksiran Dalam Pendidikan iaitu Pn Norulazilah binti Md
Nordin dan pensyarah modul Pedagogi Matematik Sekolah Menengah iaitu Puan Lee Lay Hwa
kerana telah banyak memberikan sokongan, bantuan, semangat dan nasihat kepada saya dan
rakan-rakan sekelas sepanjang pengendalian kerja kursus.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kursus
yang sama-sama berpenat lelah demi menyelesaikan tugasan ini. Sesi perbincangan, nasihat
serta tunjuk ajar setiap satu daripada rakan-rakan amat membantu sepanjang proses penyediaan
item sehingga proses analisis item dan penulisan laporan. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat yang membantu saya sehingga terhasilnya laporan ini. Hanya Allah
sahaja yang dapat membalasnya.

1
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

PENDAHULUAN

Pentaksiran merupakan salah satu elemen penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Setiap pelajar di Malaysia berpeluang mendapatkan sekurang-kurangnya sebelas tahun
pendidikan percuma; enam tahun di peringkat rendah dan lima tahun di peringkat menengah.
Pelajar dinilai dan ditaksir melalui ujian yang pelbagai bagi mencapai standard pencapaian yang
setanding dengan pelajar negara-negara maju. Item ujian yang digunakan dalam ujian yang
pelbagai ini turut perlu diteliti agar mempunyai kesahan yang tinggi dan seterusnya mampu
memberi gambaran sebenar terhadap tahap pencapaian pelajar. Pelajar ditaksir secara berterusan
serta berkala. Pentaksiran berterusan melibatkan pemerhatian guru terhadap penguasaan
kemahiran oleh pelajar manakala pentaksiran berkala lebih berfokuskan pengaplikasian
pengetahuan dan kemahiran serta menguji penaakulan logikal pelajar.

Penulisan laporan ini meliputi aspek pembinaan JSU dan item. Item ujian ini seterusnya
ditadbir kepada 20 orang pelajar Tingkatan 1 pelbagai aras kumpulan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Bera sebelum skor pelajar dianalisis mengikut item. Indeks kesukaran (IK) dan
indeks diskriminasi (ID) dikenalpasti bagi setiap item bagi menentukan kualiti item yang telah
dibina sama ada boleh diterima dan disimpan di dalam bank item, diubahsuai untuk dijadikan item
ujian ataupun ditolak kerana kualiti item yang tidak boleh membezakan pencapaian pelajar
kumpulan tinggi dan kumpulan rendah. Pencapaian pelajar yang terlibat akan dirumuskan melalui
penghasilan graf. Satu rumusan dan perbincangan analisis telah disediakan bagi menghuraikan
dengan lebih lanjut setiap aspek yang telah dinyatakan.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Pembinaan JSU merupakan satu ringkasan jadual yang mengambil kira tujuan ujian dan kumpulan
sasaran, kandungan bidang, jenis dan bilangan item serta tahap kesukaran sesuatu item itu. Bagi
item yang telah dibina untuk kerja kursus ini, tujuan pembinaan JSU dan item adalah untuk tahap
pencapaian pelajar bagi tujuh bab pertama Matematik Tingkatan 1 Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM). Ujian ini turut bertujuan untuk siswa guru belajar dan mengenalpasti cara
membina item dan ciri-ciri item yang berkualiti tinggi. Dengan adanya JSU, proses pembinaan item
akan menjadi lebih mudah serta berfokus. Item yang bakal dibina akan diteliti terlebih dahulu
sebelum dijadikan item ujian dan ditadbir kepada kumpulan pelajar. Jadual 1: Jadual Spesifikasi
Ujian menunjukkan satu JSU yang telah dirancang dan mengandungi perincian item yang telah
dibina dalam kerja kursus ini. 20 item ujian objektif yang telah dibina meliputi aras rendah,
sederhana dan tinggi dengan nisbah 4:10:6. Tajuk 1 sehingga Tajuk 7 diuji di dalam ujian ini
dengan nisbah 3:3:3:3:2:3:3. Tujuh tajuk tersebut ialah Nombor Nisbah, Faktor dan Gandaan,
Kuasa Dus, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga, Nisbah, Kadar dan Kadaran,
Ungkapan Algebra, Persamaan Linear dan Ketaksamaan Linear.

2
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

3
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

ANALISIS ITEM UJIAN OBJEKTIF

Item ujian objektif yang telah disediakan seterusnya ditadbir kepada 20 orang pelajar pelbagai aras
kumpulan di sekolah yang telah dipilih. Kertas ujian kemuadiannya disemak mengikut skema
permarkahan yang telah disediakan dan skor terkumpul dicatatkan. Jawapan pelajar direkodkan
ke dalam Jadual 2: Analisis Pencapaian Ujian Pelajar dan disusun mengikut urutan skor paling
tinggi kepada skor paling rendah. Jawapan yang betul ditanda sebagai ‘1’ dan jawapan yang
salah ditanda sebagai ‘0’. 27% daripada 20 orang pelajar (5 orang pelajar) yang mendapat skor
tertinggi diklasifikasikan sebagai kumpulan pelajar cemerlang manakala 27% lagi yang mendapat
skor terendah dikelaskan sebagai kumpulan pelajar lemah (Wiersma & Jurs, 1990). Melalui skor
pelajar dan statistik jawapan, indeks kesukaran (IK) dan indeks diskriminasi (ID) bagi setiap item
ujian telah dikira.

Jadual 2: Analisis Pencapaian Ujian Pelajar

No Item
No Pelajar Skor
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
1 Chairul Afifi 15
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 0 1 1 0 0 0 1 1

2 Ezrin Suri 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 0 1 1 0 0 0 1 0 14

3 Minachi 1 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 0 1 0 0 1 1 0 1 1 14

4 Jessica 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 0 0 0 0 1 1 0 0 1 1 13
5 Azree Illias 1 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 0 0 0 1 1 0 13

6 Baihaqi 1 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 0 0 0 1 1 0 13

7 Gopal 1 1 1 1 0 1 1 0 1 1 1 0 0 1 1 0 0 0 1 1 13
8 Haziqah 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 0 0 1 1 0 0 0 1 0 13

9 Nurin Hana 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 0 0 1 1 1 0 0 1 0 13

10 Izhar 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 0 0 0 1 0 0 0 1 1 11
11 Fadzilah 0 1 1 0 1 1 1 1 1 0 0 0 0 1 1 0 0 0 1 1 11

12 Lin Tei 0 0 1 1 1 1 1 0 1 0 0 1 0 0 1 0 1 0 1 1 11

13 Ooi Kim 1 0 0 1 1 1 1 1 0 1 0 0 0 0 1 1 0 0 1 1 11
14 Shazlin 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 0 0 0 1 1 0 0 1 0 11

15 Tanusha 1 0 1 0 1 1 1 1 0 1 0 1 0 0 0 1 1 1 0 0 11

16 Ramli Ariff 1 0 0 1 1 1 0 0 1 0 0 1 0 1 0 0 0 1 1 1 10

17 Delisha 0 1 1 0 1 1 0 1 1 1 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 9
18 Kian Huat 1 1 0 0 0 1 0 0 0 1 1 0 0 1 1 0 1 0 1 0 9

19 Puteri Alya 1 0 0 0 1 1 0 0 0 0 1 0 1 1 1 0 0 0 1 0 8

20 Qilinn Ulya 0 1 1 0 0 1 1 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 1 6

4
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Setiap item kemudiannya dikelaskan untuk sama ada disimpan di dalam bank item, diubahsuai
ataupun dibuang terus berdasarkan analisis IK dan ID. Jadual 3: Aras Kesukaran dan Aras
Diskriminasi menunjukkan pengkelasan item mengikut julat yang dinyatakan. IK dan ID dikira
menggunakan rumus yang berikut:
B
! IK =
N
Dengan, B = jumlah pelajar mendapat jawapan betul
N = jumlah pelajar yang menjawab soalan

U−L
! ID = T
2

Dengan, U = jumlah jawapan betul daripada kumpulan pelajar cemerlang


L = jumlah jawapan betul daripada kumpulan pelajar lemah
T = jumlah pelajar dalam kedua-dua kumpulan.

Jadual 3: Aras Kesukaran Dan Aras Diskriminasi

Indeks Indeks
Pengkelasan Pengkelasan
Kesukaran Diskriminasi
Item Item
(IK) (ID)
0.00 - 0.20 Sangat sukar < 0.10 Tidak baik
0.21 - 0.40 Sukar 0.11 - 0.20 Kurang baik
0.41 - 0.60 Sederhana sukar 0.21 - 0.30 Sederhana baik
0.61 - 0.80 Senang 0.31 - 0.39 Baik
0.81 - 1.00 Sangat senang 0.40 - 1.00 Sangat baik

Secara amnya, item yang mempunyai IK 0.20 - 0.80 akan diterima lantaran aras kesukaran yang
tidak terlalu sukar dan tidak terlalu senang. Item yang mempunyai ID kurang daripada 0.20
dianggap sebagai item yang tidak baik dan kebiasaannya item yang mempunyai ID kurang
daripada 0.20 akan dibuang secara terus tanpa pengubahsuaian. Penentuan kualiti sesuatu item
itu bergantung kepada kedua-dua nilai IK dan ID. Sesetengah item perlu diubahsuai sebelum
dijadikan item ujian untuk peperiksaan yang akan datang. Jadual 4: Indeks Kesukaran dan Indeks
Diskriminasi Item Ujian dan Jadual 5: Analisis Item Mengikut Soalan menunjukkan keputusan yang
disimpulkan setelah analisis item berdasarkan nilai IK dan ID dijalankan. Jadual 5 memperincikan
pengkelasan item dan keputusan yang lebih teliti berbanding Jadual 4. Terdapat sembilan item
yang boleh disimpan di dalam bank item tanpa pengubahsuaian dan lima item yang mempunyai
kualiti tidak baik dan perlu dibuang. Enam item yang selebihnya pula memerlukan
pengubahsuaian sebelum dijadikan item ujian. Salah satu item perlu diubahsuai kerana
terdapatnya ralat semasa penggubalan item pada bahagian pilihan jawapan; jawapan yang
disediakan tidak mempunyai satu jawapan yang tepat.

5
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Jadual 4: Indeks Kesukaran Dan Indeks Diskriminasi Item Ujian

Jumlah Kumpulan Kumpulan Indeks Indeks


Pentafsira Pentafsira Keputusa
Item jawapan Pelajar Pelajar kesukaran diskriminasi
n item (IK) n item (ID) n
betul Cemerlang Lemah (IK) (ID)

1 13 5 3 0.65 0.40 Senang Sangat baik Simpan

2 14 5 3 0.70 0.40 Senang Sangat baik Simpan

3 12 2 2 0.60 0.00 Senang Tidak baik Ubahsuai

Sederhana
4 9 3 1 0.45 0.40 Sangat baik Simpan
sukar

Sangat
5 17 5 3 0.85 0.40 Sangat baik Ubahsuai
senang
6 20 5 5 1.00 0.00 * * Ubahsuai

7 15 5 1 0.75 0.80 Senang Sangat baik Simpan

8 14 5 1 0.70 0.80 Senang Sangat baik Simpan


9 15 5 2 0.75 0.60 Senang Sangat baik Simpan

10 15 5 2 0.75 0.60 Senang Sangat baik Simpan

Sederhana
11 10 4 2 0.50 0.40 Sangat baik Simpan
sukar
Sangat
12 3 0 1 0.15 -0.20 Tidak baik Buang
sukar

13 5 2 2 0.25 0.00 Sukar Tidak baik Buang

Sederhana
14 12 3 4 0.60 -0.20 Tidak baik Buang
sukar
15 14 3 3 0.70 0.00 Senang Tidak baik Ubahsuai

16 6 2 0 0.30 0.40 Sukar Sangat baik Simpan

Sangat
17 4 1 1 0.20 0.00 Tidak baik Buang
sukar
Sangat
18 4 1 1 0.20 0.00 Tidak baik Buang
sukar

Sangat
19 17 5 3 0.85 0.40 Sangat baik Ubahsuai
senang

Sederhana
20 10 3 2 0.50 0.20 Kurang baik Ubahsuai
sukar

6
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Jadual 5: Analisis Item Mengikut Soalan

NO.
IK ID Pengkelasan Keputusan
ITEM

Soalan ini berapa pada tahap senang dan Soalan ini boleh disimpan di
1 0.65 0.40 mempunyai diskriminasi yang sangat baik. dalam bank item.
Soalan ini berapa pada tahap senang dan Soalan ini boleh disimpan di
2 0.70 0.40 mempunyai diskriminasi yang sangat baik. dalam bank item.

Soalan ini berapa pada tahap senang dan Soalan ini perlu diubahsuai
3 0.60 0.00 mempunyai diskriminasi yang sangat tidak baik. untuk dijadikan item ujian.

Soalan ini berapa pada tahap sederhana sukar Soalan ini boleh disimpan di
4 0.45 0.40 dan mempunyai diskriminasi yang sangat baik. dalam bank item.
Soalan ini berapa pada tahap sangat senang dan Soalan ini perlu diubahsuai
5 0.85 0.40 mempunyai diskriminasi yang sangat baik. untuk dijadikan item ujian.

Terdapat ralat dalam pilihan jawapan. Soalan ini Soalan ini perlu diubahsuai dan
6 1.00 0.00 tidak sah. diuji serta dianalisis semula.

Soalan ini berapa pada tahap senang dan Soalan ini boleh disimpan di
7 0.75 0.80 mempunyai diskriminasi yang sangat baik. dalam bank item.
Soalan ini berapa pada tahap senang dan Soalan ini boleh disimpan di
8 0.70 0.80 mempunyai diskriminasi yang sangat baik. dalam bank item.

Soalan ini berapa pada tahap senang dan Soalan ini boleh disimpan di
9 0.75 0.60 mempunyai diskriminasi yang sangat baik. dalam bank item.

Soalan ini berapa pada tahap senang dan Soalan ini boleh disimpan di
10 0.75 0.60 mempunyai diskriminasi yang sangat baik. dalam bank item.
Soalan ini berapa pada tahap sederhana sukar Soalan ini boleh disimpan di
11 0.50 0.40 dan mempunyai diskriminasi yang sangat baik. dalam bank item.

Soalan ini berapa pada tahap sangat sukar dan Soalan ini bukan merupakan item
12 0.15 -0.20 mempunyai diskriminasi yang tidak baik. yang baik dan perlu dibuang.

Soalan ini berapa pada tahap sukat dan Soalan ini bukan merupakan item
13 0.25 0.00 mempunyai diskriminasi yang tidak baik. yang baik dan perlu dibuang.
Soalan ini berapa pada tahap senang dan Soalan ini bukan merupakan item
14 0.60 -0.20 mempunyai diskriminasi yang tidak baik. yang baik dan perlu dibuang.

Soalan ini berapa pada tahap senang dan Soalan ini perlu diubahsuai
15 0.70 0.00 mempunyai diskriminasi yang tidak baik. untuk dijadikan item ujian.

Soalan ini berapa pada tahap sukar dan Soalan ini boleh disimpan di
16 0.30 0.40 mempunyai diskriminasi yang sangat baik. dalam bank item.
Soalan ini berapa pada tahap sangat sukar dan Soalan ini bukan merupakan item
17 0.20 0.00 mempunyai diskriminasi yang tidak baik. yang baik dan perlu dibuang.

Soalan ini berapa pada tahap sangat sukar dan Soalan ini bukan merupakan item
18 0.20 0.00 mempunyai diskriminasi yang tidak baik. yang baik dan perlu dibuang.

Soalan ini berapa pada tahap sangat senang dan Soalan ini perlu diubahsuai
19 0.85 0.40 mempunyai diskriminasi yang sangat baik. untuk dijadikan item ujian.
Soalan ini berapa pada tahap sederhana sukar Soalan ini perlu diubahsuai
20 0.50 0.20 dan mempunyai diskriminasi yang kurang baik. untuk dijadikan item ujian.

7
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

PENGUBAHSUAIAN ITEM

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, terdapat enam item yang memerlukan pengubahsuaian
supaya menjadi item yang lebih baik dan sesuai untuk ujian. Item yang tersebut ialah item nombor
3, 5, 6, 15, 19 dan 20. Terdapat sembilan item yang diputuskan untuk disimpan di dalam bank item
iaitu item nombor 1, 2, 4, 7, 8, 9, 10, 11 dan 16. Lima item yang selebihnya merupakan item yang
berkualiti tidak baik. Lima item iaitu item nombor 12, 13, 14, 17 dan 18 akan dibuang daripada
dijadikan item ujian.

Soalan 1 (Disimpan)

Selesaikan

−8 43
A. ! C. !
3 9
8 −43
B. ! D. !
3 9

Soalan 2 (Disimpan)

Rajah 1 menunjukkan harga bagi 4 buah beg sekolah dan 3 buah kamus.

4 buah beg sekolah 3 buah kamus

RM90 RM75

Rajah 1

Tiki membeli beberapa buah beg sekolah dan 3 buah kamus. Tentukan bilangan beg sekolah
yang dibeli oleh Tiki jika dia membayar RM200 dan dipulangkan baki sebanyak 1/16 daripada
wang yang diberikan.

A. 3 C. 5

B. 4 D. 6

8
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Item nombor 3 mempunyai indeks kesukaran 0.60 dan indeks diskriminasi 0.00. Item ini
merupakan item yang senang dan merupakan item yang tidak baik berdasarkan nilai indeks
kesukaran dan indeks diskriminasinya. Jumlah pelajar kumpulan cemerlang dan kumpulan lemah
yang menjawab dengan betul adalah sama iaitu dua orang. Oleh itu, item ini perlu diubahsuai
supaya menjadi lebih mencabar dan boleh membezakan antara kumpulan pelajar cemerlang dan
pelajar lemah.

Soalan 3

Harga stok sebuah syarikat pada suatu masa ialah RM3.05. Harga tersebut meningkat
sebanyak RM0.41, kemudian turun sebanyak RM0.28 setiap jam untuk tiga jam yang
seterusnya. Hitungkan harga akhir stok syarikat tersebut.

A. RM3.18 C. RM4.30
B. RM2.62 D. RM3.74

Sebelum pengubahsuaian

Harga stok sebuah syarikat pada suatu masa ialah RM3.05. Harga tersebut meningkat
sebanyak 13.4%, kemudian turun sebanyak RM0.28 setiap jam untuk tiga jam yang
seterusnya sebelum meningkat kembali sebanyak 1/18 daripada harga asal. Hitungkan
harga akhir stok syarikat tersebut.

A. RM3.48 C. RM2.69
B. RM2.79 D. RM3.65

Selepas pengubahsuaian
Soalan 4 (Disimpan)

Yang manakah antara berikut merupakan faktor perdana bagi 56?

A. 1, 2, 4 dan 7 C. 2 dan 7

B. 1, 2 dan 7 D. 1, 2, 7 dan 8

Item nombor 5 mempunyai nilai indeks kesukaran 0.85 dan indeks diskriminasi 0.40. Item ini
merupakan item yang sangat baik tetapi mempunyai aras kesukaran yang sangat senang.
Seramai 17 orang daripada 20 orang pelajar berjaya menjawab dengan tepat iaitu hanya seorang
pelajar daripada kumpulan pertengahan dan dua orang daripada kumpulan lemah yang tidak
menjawab dengan betul. Item ini perlu diubahsuai untuk dijadikan item yang lebih sukar dan sesuai
dengan tujuan ujian.

9
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Soalan 5

Pilih padanan nombor dan faktor yang betul.

Sebelum pengubahsuaian

Pilih padanan nombor dan faktor yang betul bagi nombor yang mempunyai jumlah faktor
perdana melebihi 6.

Selepas pengubahsuaian

Item nombor 6 mempunyai sedikit ralat yang menyebabkan tiada satupun pilihan jawapan yang
diberi merupakan jawapan yang tepat. Pengubahsuaian diperlukan untuk item ini dan perlu diuji
semula untuk menentukan kualiti sebelum keputusan untuk menyimpan di dalam bank item atau
membuang terus soalan ini dilakukan.

Soalan 6

Bundarkan jumlah faktor bagi 72 kepada puluh yang terdekat.

A. 220 C. 120

B. 330 D. 230

Sebelum pengubahsuaian

Bundarkan jumlah faktor bagi 72 kepada puluh yang terdekat.

A. 130 C. 120

B. 200 D. 190

Selepas pengubahsuaian

10
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Soalan 7 (Disimpan)

Lengkapkan urutan nombor kuasa tiga sempurna yang berikut.

6 4,1 25, 2 16, , 729

A. 528 C. 343
B. 421 D. 225

Soalan 8 (Disimpan)

3
Diberi 512 = 83 dan 3.375 = 1.53, cari nilai bagi 3
(512) x 3
(3.375)

A. 1728 C. 144
B. 66 D. 12

Soalan 9 (Disimpan)

2
Luas sebuah taman berbentuk segi empat sama ialah 256cm! . Hitungkan kos yang
diperlukan untuk memagari kawasan taman tersebut jika harga setiap meter pagar kawat
ialah RM6.05.

A. RM 387.40 C. RM 416.05
B. RM 387.20 D. RM 416.00

Soalan 10 (Disimpan)

Hazim berbasikal dari Bandar A pada pukul 9.00 pagi dan mengambil masa selama 3 jam
untuk tiba di Bandar B yang berjarak 15km daripada Bandar A. Apakah halaju, dalam km/j,
basikal itu?

A. 2 km/j C. 5 km/j

B. 2.5 km/j D. 9 km/j

Soalan 11 (Disimpan)

Sejumlah kereta mainan biru dan kereta mainan merah dimasukkan ke dalam sebuah bakul
yang mampu memuatkan 400 buah kereta mainan. Diberi nisbah kereta mainan biru kepada
kereta mainan merah ialah 2:7. Jika dianggarkan jumlah kereta mainan itu ialah lebih
daripada 200, tentukan julat bagi bilangan kereta mainan biru dalam bakul itu.

A. 45 C. 161
B. 58 D. 145
11
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Soalan 12 (Dibuang)

Seorang pelajar cuba mengenalpasti ketinggian pokok tanpa perlu memanjat pokok tersebut.
Dia meletakkan cermin pantulan di antara dirinya dan pokok tersebut sehingga dia dapat
melihat bahagian atas pokok di cermin. Jarak yang terhasil dicatatkan ke dalam Rajah 2.
Dengan menggunakan maklumat ini, hitungkan ketinggian, dalam cm, pokok tersebut.

!
Rajah 2

A. 1090 C. 538

B. 544 D. 1430

Soalan 13 (Dibuang)

Nyatakan bilangan sebutan bagi ungkapan

6 mn−5+pq
A. 2 C. 4
B. 3 D. 5


Soalan 14 (Dibuang)

Yang manakah antara berikut merupakan sebutan serupa dengan 1 2p?

1 1
A. 4pq dan p C. p dan 33p
2 2
7 5p
B. 4pq dan 2p 2 D. dan
p q

12
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Manakala item nombor 15 pula mempunyai indeks kesukaran 0.70 dan indeks diskriminasi 0.00
yang menunjukkan item ini merupakan item yang senang tetapi tidak baik. Jumlah pelajar
kumpulan cemerlang dan kumpulan lemah yang berjaya menjawab dengan betul adalah sama
iaitu 3 orang. Item ini tidak dapat mendiskriminasikan antara kumpulan pelajar cemerlang dan
lemah. Oleh itu, item ini perlu diubahsuai sebelum dijadikan item ujian.

Soalan 15

Botol R dan botol S mempunyai panjang yang sama.

Cari nilai bagi x.

A. 2.0 cm C. 3.0 cm

B. 2.8 cm D. 3.3 cm

Sebelum pengubahsuaian

Botol R dan botol S mempunyai panjang yang sama.

Cari nilai bagi x.

A. 2.0 cm C. 3.0 cm

B. 2.8 cm D. 3.3 cm

Selepas pengubahsuaian

13
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Soalan 16 (Disimpan)

Dalam Rajah 3, 6 peket cecair X dan 3 tin cecair Y dicampurkan untuk menghasilkan 14 liter
cecair pencuci.

!
Rajah 3

Berdasarkan situasi di atas, tulis satu persamaan linear.

A. 5 X+3Y=14 C. 6 X+3Y=14

B. 6 Y+3X=14 D. 6 x+3y=14

Soalan 17 (Dibuang)

Sebuah kedai buku mengadakan promosi jualan botol air dan beg cenderahati. Salah satu
tawaran adalah untuk mendapatkan 8 buah beg cenderahati dan sebiji botol air dengan
harga RM30. Satu lagi tawaran mengandungi 5 buah beg cenderahati dan sebiji botol air
dengan harga RM21. Tentukan harga sebuah beg cenderahati.

A. RM2.00 C. RM3.00

B. RM2.33 D. RM3.92

Soalan 18 (Dibuang)

Padankan pernyataan yang berikut dengan ayat matematik yang paling sesuai.

14
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Item nombor 19 mempunyai indeks kesukaran 0.85 yang menunjukkan bahawa item ini adalah
sangat senang dan indeks diskriminasi 0.40 yang menunjukkan bahawa item ini adalah item yang
sangat baik. 17 orang daripada 20 orang pelajar berjaya menjawab dengan tepat. Selebihnya,
seorang daripada kumpulan pertengahan dan dua orang daripada kumpulan lemah tidak memilih
jawapan yang betul. Sedikit pengubahsuaian diperlukan untuk menjadikan item ini lebih sukar dan
mencabar.

Soalan 19
Susun dan tulis semula dalam ayat matematik.

!
A. r > s > p C. s < r < p

B. p >r >s D. s < p < r

Sebelum pengubahsuaian
Susun dan tulis semula dalam ayat matematik.

!
A. r > s > p C. s < r < p

B. p >r >s D. s < p < r

Selepas pengubahsuaian

Item terakhir yang memerlukan pengubahsuaian ialah item nombor 20. Item nombor 20
mempunyai indeks kesukaran 0.50 dan indeks diskriminasi 0.20. Item ini merupakan item yang
mempunyai aras kesukaran sederhana sukar dan kurang baik. Item ini perlu diubah agar soalan
menjadi lebih jelas dan dapat membezakan pelajar kumpulan cemerlang dan lemah. Hal ini kerana
bilangan pelajar kumpulan cemerlang yang berjaya menjawab dengan tepat ialah 3 orang
berbanding 2 orang pelajar kumpulan lemah.

15
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Soalan 20

Jessica menyewa sebuah gerai untuk menjual ikan dan sotong bakar. Sewa gerai itu ialah
RM450 sebulan. Kos penyediaan seekor ikan ialah RM13.00. Dia menjual ikan bakar
dengan harga RM34.00 setiap satu. Dia berhasrat untuk mendapat keuntungan melebihi
separuh wang yang dibelanjakan untuk menyewa gerai dan membeli ikan. Menggunakan
pengetahuan anda tentang ketaksamaan linear, analisis situasi tersebut dan pilih jumlah
minimum ikan bakar yang perlu dijual untuk Jessica mencapai keuntungan ini.

A. 30 ekor ikan C. 20 ekor ikan


B. 15 ekor ikan D. 25 ekor ikan

Sebelum pengubahsuaian

Jessica menyewa sebuah gerai untuk menjual ikan bakar. Sewa gerai itu ialah RM450
sebulan. Kos penyediaan seekor ikan ialah RM13.00. Dia menjual ikan bakar dengan harga
RM34.00 setiap satu. Dia berhasrat untuk mendapat keuntungan melebihi separuh wang
yang dibelanjakan untuk menyewa gerai dan membeli ikan. Menggunakan pengetahuan
anda tentang ketaksamaan linear, analisis situasi tersebut dan pilih jumlah minimum ikan
bakar yang perlu dijual untuk Jessica mencapai keuntungan lebih daripada separuh kos
perniagaannya.

A. 30 ekor ikan C. 20 ekor ikan


B. 15 ekor ikan D. 25 ekor ikan

Selepas pengubahsuaian

PENTAKSIRAN PENCAPAIAN PELAJAR

(Bermula daripada bahagian ini semua skor pelajar adalah dalam bentuk per seratus).
Terdapat tiga ukuran kecenderungan memusat, iaitu mod, min dan median yang sering digunakan
untuk memproses data skor pelajar. Merujuk Jadual 1, taburan skor pelajar (dalam peratus) dapat
disusun dalam urutan menaik. Mod; skor yang paling kerap bagi keputusan ujian ini, dapat dilihat
dengan jelas melalui susunan skor tersebut.

30 40 45 45 50
55 55 55 55 55
55 65 65 65 65
65 65 70 70 75

16
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Skor 55 dan 65 mempunyai kekerapan paling tinggi iaitu sebanyak 6 kali. Sesuatu set data
mempunyai kemungkinan untuk memiliki sama ada tiada mod, unimodal (satu mod) ataupun
multimodal (banyak mod). Data skor ini mempunyai multimodal atau lebih khususnya dwimodal
(dua mod) iaitu 55 dan 65. Taburan skor pelajar turut boleh dikumpulkan ke dalam jadual
kekerapan seperti di dalam Jadual 6: Kekerapan Taburan Skor. Satu perwakilan carta palang telah
dihasilkan berdasarkan Jadual 6. Perwakilan graf membuatkan taburan data skor lebih jelas dan
mudah dibaca. Palang skor 55 dan 65 pada Carta 1 merupakan palang yang paling tinggi. Carta 1
turut membuktikan bahawa mod yang telah dipilih semasa susunan skor adalah benar.

Jadual 6: Kekerapan Taburan Skor

Kekerapan
Skor Kekerapan Terkumpul

25 0 0

30 1 1

35 0 1

40 1 2

45 2 4

50 1 5

55 6 11

60 0 11

65 6 17

70 2 19

75 1 20

80 0 20

Carta 1: Taburan Skor Pelajar


7

5
Kekerapan

0
25 30 35 40 45 50 55 60 65 70 75 80
Skor
17
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Median merujuk kepada skor yang berada di tengah. Terdapat dua cara pengiraan min iaitu untuk
data bilangan ganjil dan bilangan genap. Apabila data tersebut mempunyai bilangan ganjil, median
merupakan skor di tengah. Manakala bagi data bilangan genap, median adalah purata kedua-dua
skor di tengah. Bagi data skor pelajar ini, bilangan pelajar ialah 20 orang, iaitu genap, maka purata
bagi dua skor di tengah susunan skor merupakan median. Data skor yang ke-sepuluh ialah 55
dan data skor yang ke-sebelas juga ialah 55.

55 + 55
Median
! = = 55
2

Oleh itu, median bagi data skor ini ialah 55.

Min merupakan skor purata bagi keseluruhan data skor. Min dapat dikira dengan menjumlahkan
semua skor dan membahagikan dengan bilangan skor (atau kekerapan). Rumus bagi min ialah:

∑x
Min,
! x=
N


Dengan, ! x = jumlah semua skor

!N = bilangan skor.

Min bagi data skor ini ialah

30 + 40 + 45 + 45 + 50 + 55 + 55 + 55 + 55 + 55 + 55 + 65 + 65 + 65 + 65 + 65 + 65 + 70 + 70 + 75
! Min, x=
20
1145
Min,
! x= = 57.25
20

Biasanya hanya min digunakan untuk membuat pentaksiran pencapaian pelajar. Mod jarang
digunakan lantaran mod tidak dapat memberikan gambaran lebih jelas dan terperinci dalam
taburan skor pelajar. Median pula hanya akan digunakan untuk menggantikan min apabila adanya
nilai ekstrem (skor lampau) dalam data skor. Contohnya seperti dalam set skor 20, 30, 30, 100.
Namun begitu, untuk data skor pelajar Tingkatan 1 dalam laporan analisis ini, tiada nilai ekstrem
yang ditemui. Oleh itu, penggunaan min dalam pentaksiran pencapaian pelajar adalah rasional.
Secara kesimpulannya, data skor ini mempunyai mod 55 dan 65, median 55 dan min 57.25. Skor
paling kerap pelajar ialah 55 dan 65. Skor tengah antara semua pelajar ialah 55. Purata skor
pelajar ialah 57.25. Kebanyakkan pelajar mendapat skor yang memusat pada skor 57.25.

18
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Selain ukuran kecenderungan memusat, sisihan piawai skor pelajar adalah penting dalam
menganalisis dan membuat pentaksiran terhadap pencapaian pelajar. Sisihan piawai dapat
menjelaskan taburan skor dengan lebih terperinci kerana ianya mengambil kira semua skor
pelajar. Sisihan piawai boleh dikira menggunakan rumus yang berikut:

∑ (x − x )2
σ! =
N

Dengan, σ
! = sisihan piawai
!x = min
!x = skor
N
! = bilangan skor.

Sisihan piawai bagi data skor ini dapat dilihat melalui Jadual 7: Pengiraan Sisihan Piawai (semua
figura dibundarkan kepada tiga tempat perpuluhan).

Jadual 7: Pengiraan Sisihan Piawai

!x !f !x −x !(x − x )2 !f (x − x )2
30 1 -27.250 742.563 742.563

40 1 -17.250 297.563 297.563

45 2 -12.250 150.063 300.125

50 1 -7.250 52.563 52.563

55 6 -2.250 5.063 30.375

65 6 7.750 60.063 360.375

70 2 12.750 162.563 325.125

75 1 17.750 315.063 315.063


! = 2423.750

∑ (x − x )2 2423.75
Si
! si h a n pi
! a wa i, σ
! = = = 11.0 (dibundarkan kepada satu titik perpuluhan)
N 20

Nilai sisihan piawai menunjukkan cara skor ditaburkan atau dengan kata lain betapa besarnya
perbezaan skor antara pelajar. Sisihan piawai bagi data skor ini adalah kecil iaitu 11.0.
Pencapaian kebanyakkan pelajar adalah lebih kurang sama dan hampir seragam. Nilai sisihan
piawai yang kecil menunjukkan bahawa kebanyakkan skor pelajar tertumpu berdekatan min.
Berdasarkan nilai min dan sisihan piawai seperti yang dinyatakan, satu perwakilan graf normal
telah dibina dalam Carta 2: Taburan Peratus Skor.

19
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Carta 2: Taburan Peratus Skor

RUMUSAN ANALISIS

Ujian Pertengahan Tahun Matematik Tingkatan 1 ini telah ditadbir kepada 20 orang pelajar
Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera yang mana pelajar tersebut terdiri daripada
kumpulan pelajar berpencapaian pelbagai. Tahap pencapaian pelajar yang pelbagai ini memberi
serakan yang lebih luas dan menguji semua kelompok pelajar sama ada pelajar cemerlang,
sederhana ataupun lemah. Berdasarkan analisis item yang telah dijalankan, sebanyak 9 item
yang dibina merupakan item yang baik dan boleh disimpan di dalam bank item. Manakala 5 item
merupakan item yang buruk dan perlu dibuang terus daripada set item serta 6 item yang
selebihnya memerlukan pengubahsuaian untuk dijadikan item ujian. Terdapat juga satu item yang
mempunyai ralat disebabkan kelalaian pihak penggubal. Item ini kemudiannya diubahsuai untuk
diuji semula kualiti item tersebut sebelum keputusan lanjut sama ada akan disimpan, dibuang atau
diubahsuai kembali dilakukan. Kelalaian ini menegaskan kembali perlunya ketelitian dalam
pembinaan item ujian.

Berdasarkan data dan analisis tahap pencapaian pelajar yang telah dijalankan, pelajar
yang mengambil ujian ini menunjukkan nilai mod sebanyak 55 dan 65, median 55, min 57.25 dan
sisihan piawai sebanyak 11.0. Nilai mod 55 dan 65 menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar
mendapat skor akhir 55 atau 65, iaitu kebanyakkan pelajar berjaya menjawab 11 atau 13 soalan
dengan betul daripada keseluruhan 20 soalan. Seramai 6 orang pelajar mendapat skor 55 ataupun
mendapat 11 soalan betul serta juga 6 orang pelajar mendapat skor 65 atau 13 soalan betul.

20
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

Nilai min menunjukkan purata skor yang diperoleh oleh pelajar ialah 57.25 ataupun 11.45
soalan betul. Ini menunjukkan bahawa purata soalan yang berjaya dijawab dengan betul ialah 12
soalan di mana terdapat 8 soalan yang dijawab salah. Rata-rata pelajar mempunyai tahap
prestasi yang sederhana kerana mampu menjawab sekurang-kurangnya separuh daripada item
yang diberi. Seterusnya, merujuk kepada nilai sisihan 11.0, sebanyak 65% skor pelajar berada
dalam lingkungan ±!1σ yang membawa maksud kebanyakkan pelajar mendapat markah
berhampiran dengan nilai min. Seramai 13 orang pelajar mendapat skor dalam julat ±!1σ. Sisihan
piawai menunjukkan betapa luasnya taburan data skor. Pelajar dalam ujian ini menunjukkan
sisihan piawai skor sebanyak 11.0 iaitu kebanyakan pelajar mendapat skor dalam julat 46.25
sehingga 68.25. Berdasarkan Carta 2, satu graf berbentuk loceng telah dihasilkan. Ini membawa
makna bahawa min, mod dan median berada dalam lingkungan kawasan yang sama serta
serakan menunjukkan bahawa sampel (atau pelajar) yang digunakan adalah secara rawak dan
mengambil kira semua peringkat tahap pencapaian termasuk pelajar cemerlang, sederhana dan
lemah.

Kesimpulannya, kebanyakkan pelajar memerlukan lebih penumpuan pengajaran dan


pembelajaran terhadap tajuk Ungkapan Algebra, Persamaan Linear dan Ketaksamaan Linear.
Jawapan betul terkumpul bagi tiga bahagian ini adalah rendah. Rata-rata pelajar tidak berjaya
menjawab dengan tepat.

PENUTUP

Salah satu aspirasi sistem pendidikan seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) ialah kecakapan iaitu bagi mewujudkan satu sistem yang
memaksimakan keberhasilan pelajar mengikut peruntukan sedia ada. Elemen pentaksiran
merupakan antara saluran penting bagi memastikan kemenjadian pelajar. Melalui sistem
pentaksiran, pelajar secara tidak langsung dipaksa untuk menguasai pelbagai kemahirandan
pengetahuan bukan sahaja dalam bidang akademik malahan nilai, rohani dan aspek fizikal.
Pelajar yang berhasil sepatutnya perlu cemerlang dari semua segi untuk mendapat ‘pakej penuh’
individu yang mampu mempromosikan diri sendiri.

Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia berhasrat untuk meningkatkan kualiti pendidikan,
moral serta taraf hidup setiap isi rumah. Antara aspirasi lain sistem pendidikan di Malaysia adalah
untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
mengikut pengukuran TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) dan PISA
(Program for International Student Assessment). PPPM menggariskan jangka masa 15 tahun
daripada pengemaskinian sistem bermula untuk mencapai hasrat ini. Hal ini memerlukan para
guru dan pihak sekolah untuk berusaha keras dalam memastikan peningkatan tahap pencapaian
pelajar. Oleh itu, item ujian yang akan digunakan dalam menilai serta mentaksir para pelajar

21
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

harapan negara ini haruslah terdiri daripada item berkualiti tinggi. Proses menguji dan
menganalisis item-item ujian sama ada item baru mahupun item sedia ada di dalam bank soalan
perlulah dijalankan secara berkala. Hal ini bertujuan untuk sentiasa memastikan item yang dibina
dan digunakan adalah setanding dengan peredaran zaman dan negara luar. Setiap item yang
dibina mestilah relevan dan rasional dengan keadaan masa kini. Semua pihak perlu berganding
bahu menjunjung aspirasi sistem pendidikan hari ini agar kelangsungan negara dalam dipastikan
melalui keberhasilan bakal sumber tenaga manusia negara.

REFLEKSI

Keperluan menyelesaikan kerja kursus ini memerlukan siswa guru untuk mengkaji dengan lebih
mendalam aspek-aspek pembinaan item. Satu-satunya panduan dan rujukan yang dimiliki oleh
siswa guru dalam memilih topik untuk dinilai serta bilangan item hanyalah berdasarkan contoh JSU
yang diperoleh daripada sumber internet. Cara pemilihan dan pembinaan item ujian objektif ini
hanya disentuh secara ringkas semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Siswa
guru tidak diajar mengenai perkaitan jam pengajaran dan bilangan item serta pemberatannya.
Lantaran itu, siswa guru perlu membuat bacaan dan rujukan luar yang lain atas rasa
tanggungjawab terhadap pembelajaran diri sendiri. Soalan kerja kursus juga memerlukan siswa
guru untuk membina graf berkenaan pencapaian pelajar berdasarkan ujian yang telah ditadbir.
Walaubagaimanapun, bahagian pembinaan graf dan semua pengiraan yang berkaitan seperti
kecenderungan memusat, sisihan piawai serta penggunaan data terkumpul dan tidak terkumpul
tidak dijelaskan secara menyeluruh.

Tempoh mentadbir dan menganalisis item ujian adalah agak terhad dan pada semester ini siswa
guru tidak keluar ke sekolah untuk sebarang urusan pengajian. Pelaksanaan kerja-kerja lapangan
memerlukan bantuan pihak luar dan memerlukan siswa guru untuk berhubung sendiri dengan
pihak guru atau sekolah tersebut. Hal ini secara tidak langsung melatih siswa guru untuk
menjalankan urusan rasmi yang melibatkan banyak pihak serta untuk menyediakan diri untuk
bekerja di bawah tekanan pada masa akan datang kelak. Melalui pentadbiran ujian kepada
kumpulan pelajar di sekolah dan proses menganalisis menyedarkan siswa guru akan variasi
situasi pembelajaran pelajar di sekolah. Sesetengah bahagian isi pelajaran yang dianggap mudah
mungkin sahaja akan merumitkan bagi pelajar dan memerlukan penekanan konsep dan kemahiran
yang lebih berfokus.

22
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

RUJUKAN

Boon, P., Lee, L., & Lawrence, A. (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan (Keluaran Pertama).
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar PT3 (2015-2016). (2017). Kuala Lumpur.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH Matematik (Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran) Tingkatan 1. (2015). Putrajaya.

Ooi, S., Yong, K., & Ng, S. (2016). Matematik Tingkatan 1 (Keluaran Pertama). Johor:
PENERBITAN PELANGI SDN. BHD.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Putrajaya.

23
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

LAMPIRAN

SKEMA JAWAPAN

1 A 11 A

2 C 12 B

3 B 13 B

4 C 14 C

5 D 15 C

6 * 16 C

7 C 17 B

8 D 18 C

9 B 19 D

10 C 20 A

24
Analisis Item Matematik Tingkatan 1 (Ujian Pertengahan Tahun)

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN …………………………………………………………………………..… 1

PENDAHULUAN …………………………………………………………………………….. 2

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ……………………………………………………………. 2-3

ANALISIS ITEM UJIAN OBJEKTIF …………………………………………………….… 4-7

PENGUBAHSUAIAN ITEM ………………………………………………………………… 8 - 16

PENTAKSIRAN PENCAPAIAN PELAJAR ……………………………………………….. 16 - 20

RUMUSAN ANALISIS ……………………………………………………………………… 20 - 21

PENUTUP …………………………………………………………………………………… 21 - 22

REFLEKSI PENULIS ………………………………………………………………………… 22

RUJUKAN ……………………………………………………………………………………… 23

LAMPIRAN ……………………………………………………………………………………. 24

25

You might also like