Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT JAWI

02600 ARAU. PERLIS


TEL/FAX 04-9864844

Ruj. Kami : SKCJ/RBA0040/100-9/1/(6)


Tarikh : 28 NOVEMBER 2017

Timbalan Pengarah,
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis,
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Lot 217, Jalan Raja Syed Alwi
Mukim Utan Aji
01000 Kangar,
Perlis.
(up: Encik Shainor Azmar bin Kassim)

Tuan,

Memohon Khidmat Penceramah Program Doktor Muda


Bersama Komuniti KPM - KKM Dan IM4U

Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Saya ingin memaklumkan bahawa Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi akan
melaksanakan Projek Komuniti berkaitan Amalan 5B dalam Pengambilan Ubat- Ubatan.

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon Khidmat Penceramah untuk program tersebut. Kami
memerlukan perkhidmatan pegawai tuan untuk memberi penerangan berkaitan amalan 5B di kalangan
ibu bapa kanak-kanak PERMATA . Kami juga ingin memohon pihak tuan untuk menyediakan soalan kuiz
semasa berlangsungnya aktiviti ceramah dan memohon sumbangan cenderamata untuk ibu bapa yang
hadir.

4. Program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 4 Disember 2017(lsnin)


Masa : 3.00- 4.30 Petang
Peserta: Ibu bapa Kanak-kanak PERMATA Arau
Tempat: PERMATA Arau

5. Besarlah harapan pihak kami, agar permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas

(MOHAMMAD AKHIR BIN AHMAD @KHOSIM)


Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Changkat Jawi,
02600 Arau,
Perlis.

s.k

Fail KDM SKCJ

You might also like