Proposal (TNB)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

ZZZT 1052

PEMBANGUNAN DIRI 1

Proposal : Program Taklimat Transformasi Kedai


Tenaga (TNB) Kepada Ketua-Ketua Kampung Komuniti

PENSYARAH:

PUAN FATIN HAZWANI @ HASIDAH BINTI SIRAN

NAMA:

NURRIN AISYAH BINTI DERAMAN GA02038

VINNI KUMAR A/L RAMAN @ RAMU GA01712


PENGENALAN

Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang


mengikuti kursus Pembangunan Diri I akan mengambil bahagian dalam satu Program
Kemasyaratkan yang bertemakan “Program Taklimat Transformasi Kedai Tenaga
(TNB) Kepada Ketua-Ketua Kampung Komuniti" bertujuan untuk melahirkan
generasi yang berpengetahuan, berilmu, bermotivasi tinggi dan komitmen kepada
rakyat. Program ini akan dilaksanakan selama setengah hari bertempat Di Wisma
TNB Seremban pada 9 Januari 2017. Seramai dua (2) orang pelajar Mod Eksekutif
dari Program Sarjanamuda Perakaunan Hujung Minggu akan menyertai program ini.
Program yang berbentuk informasi ini telah dibimbing sepenuhnya oleh Ketua Projek
Transformasi Kedai Tenaga dengan mengadakan pertemuan bersama Ahli
Jawatankuasa Kedai Tenaga (TNB) sebanyak 2 kali dan telah membentuk satu
jawatankuasa pengerak program. Program ini juga berada di bawah seliaan
pensyarah kursus ZZZT 1052 - Pembangunan Diri I.

PENUBUHAN KUMPULAN

Satu kumpulan penggerak aktiviti telah diwujudkan dan diberi nama NV. Kumpulan ini
terdiri daripada dua orang ahli. Kami telah mengaktifkan satu Group Whatsapp untuk
dijadikan sebagai medium perantaraan perhubungan antara ahli kumpulan. Setiap
perbincangan akan dibincangkan melalui medium ini kerana ianya dirasakan sebagai
satu kaedah yang terpantas dan termudah.

Selain itu kami juga mengadakan perjumpaan setiap hujung minggu bagi
mengemaskini serta mengadaka pembincang yang dirasakan tidak dapat dilakukan
secara dalam talian.

VISI

Melahirkan generasi yang berpengetahuan, berilmu, bermotivasi tinggi dan komitmen


kepada rakyat.
MISI

Memberi maklumat yang mudah, jelas dan tepat kepada pengguna bekalan elektrik
Di Malaysia.

OBJEKTIF PROJEK

Diantara objektif projek ini adalah :

 Mengaplikasikan empat Kemahiran Insaniah yang telah dipelajari dalam subjek


ZZZT 1052 – Pembangunan Diri I.
 Mengeratkan hubungan persaudaraan diantara ahli kumpulan dengan anggota
kerja TNB Seremban.
 Melahirkan generasi pengguna yang berpengetahuan dan bijak.

MAKLUMAT PROJEK

Encik Vinni Kumar dan Cik Nurrin telah berjumpa dengan Puan Salmu Abdul Samad
(Retail Operational Manager) Cawangan TNB Seremban bagi menyatakan hasrat
kumpulan kami untuk bekerjasama dengan TNB Seremban bagi melaksanakan
“Program Taklimat Transformasi Kedai Tenaga (TNB) Kepada Ketua-Ketua
Kampung Komuniti". Retail Operational Manager telah bersetuju untuk memberi
peluang kepada kami untuk menyertai dalam program transformasi tersebut yang
dijadualkan pada 9 Januari 2018 (Selasa).
Agenda Program Taklimat Transformasi Kedai Tenaga

Pada 9 Januari 2018 (Selasa), program ini akan berlangsung di Wisma TNB
Seremban bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 tengah hari. Program ini bakal
mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari ketua-ketua kampong dan
seramai 100 orang (ketua kampung & setiausaha kampung telah dijemput untuk
program ini.

CADANGAN AKTIVITI

1) Taklimat KT Transformasi
2) Taklimat Cara Alternatif Pembayaran Bil , Permohonan bekalan elektrik,
Penutupan akaun secara Online (SSP)
3) Taklimat myTNB Apps
4) Taklimat Energy Efficient Awareness
5) Taklimat Public Safety
6) Taklimat New Product Developing
7) Taklimat Dunning Refresher
KELULUSAN ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut adalah dianggarkan jumalah kehadiran di Program ini yang terdiri daripada
Penghulu, Ketua Kampung dan Ketua Komuniti adalah seramai 100 orang. Cadangan
kos pelaksanaan program ini adalah seperti berikut ::

Harga @ unit
Bil Jenis Keperluan Kuantiti Jumlah (RM)
(RM)

Sewaan Dewan (Komuniti / Orang


1. - - 1,500.00
Ramai)

Minuman dan Makanan (Jamuan)


2. 100 unit 25.00 2,500.00
(RM 25.00 seorang x 100 orang)

Cenderahati
3. 100 unit 10.00 1,000.00
(RM 10.00 x 100 orang)

Jumlah Kos Perbelanjaan Program RM 5,000.00

PENUTUP

Kumpulan kami berharap “Program Taklimat Transformasi Kedai Tenaga (TNB)


Kepada Ketua-Ketua Kampung Komuniti" yang dianjurkan dapat memberi impak
yang besar kepada ketua-ketua kampung komuniti agar mereka menjadi insan yang
berpengetahuan dan berkarisma tinggi pada masa hadapan.

Kumpulan NV akan menjalankan program yang dirancang pada 9 Januari 2018


(Selasa). Kumpulan kami akan menyampaikan ucapan penghargaan kepada TNB
Seremban terutamanya Puan Salmy di atas kesudian pihak TNB bekerjasama dengan
NV.

You might also like