Kenaikan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kenaikan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR)

No Ruj : 03/11/04 11 Mar 2011 Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam1830
pada hari Jumaat 11 Mac 2011
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan kenaikan Nisbah Keperluan Berkanun (Statutory
Reserve Requirement, SRR) daripada 1.00% kepada 2.00% berkuat kuasa 1 April 2011.

Peralihan secara besar-besaran dalam mudah tunai global telah menyebabkan aliran modal yang
besar ke dalam ekonomi sedang pesat membangun, khususnya ke rantau Asia. Fenomena ini
telah menyebabkan peningkatan mudah tunai dalam sistem kewangan dalam negeri, dan
sekiranya tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menimbulkan risiko ketidakstabilan
makroekonomi dan kewangan. Bagi Malaysia, penilaian yang dibuat mendapati bahawa
peningkatan dalam mudah tunai sistem kewangan dalam negeri setakat ini telah disalurkan
dengan baik. Lantaran itu, keputusan yang diambil untuk menaikkan SRR adalah sebagai
langkah awalan untuk menguruskan risiko pertambahan mudah tunai yang boleh mengakibatkan
keadaan makroekonomi dan kewangan yang tidak seimbang.

Oleh itu, kenaikan SRR adalah sebagai instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan bukan
menandakan pendirian dasar monetari. Kadar Dasar Semalaman (OPR) merupakan satu-satunya
penunjuk pendirian dasar monetari yang diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang
dikeluarkan selepas setiap mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari.
CARA-CARA BANK PUSAT MENGAWAL INFLASI DAN KEMELESETAN EKONOMIInflasi
berlaku sebab terlalu banyak wang dalam pasaran sehinnga membawa kepadapertambahan
permintaan.Kesannya : tingkat harga umum akan meningkatKemelesetan ekonomi berlaku sebab
kekurangan wang dalam pasaran menyebabkan jumlahpermintaan terhadap barang dalam pasaran
berkurang.Ciri-ciri-Kestabilan Ekonomi1. Inflasi*Penawaran wang naik*Permintaan Barang &
perkhidmatan naik*Harga Barang naik*Gunatenaga penuh*Kos hidup naik, taraf hidup turun2.
Meleset*Penawaran turun*Permintaan barang & perkhidmatan turun*Harga barang
turun*Penggangguran*taraf hidup naikALAT - ALAT KEWANGAN: --Rizab tunai-Rizab berkanun-
Kadar faedah-Surat Jaminan Kerajaan-Syarat Sewabeli1. RIZAB TUNAI- ialah sebahagian daripada
wang tunai yang disimpan oleh bank perdaganganberdasarkan jumlah deposit pelangganSemasa
inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar rizab tunai.Kemampuan bank perdagangan memberi
pinjaman diturunkan.Jumlah pinjaman diberi oleh bank perdagangan kepda pelanggan
turun.Penawaran wang dalam pasaran turun.Permintaan pasaran atas barangan & perkhidmatan
turun.Membawa kepada penurunan harga.Inflasi dapat dikawal.Semasa kemelesetan, bank pusat
akan menurunkan kadar rizab tunai.Kemampuan bank perdagangan memberi pinjaman
dinaikkan.Jumlah pinjaman diberi oleh bank perdagangan kepda pelanggan naik.Penawaran wang
dalam pasaran naik.Permintaan pasaran atas barangan & perkhidmatan naik.Kemelesetan
dipulihkan.2. RIZAB BERKANUN- ialah simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat
berdasarkan jumlah depositdi bank perdagangan.Semasa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar
rizab berkanun.Kemampuan bank perdagangan memberi pinjaman diturunkan.Jumlah pinjaman
diberi oleh bank perdagangan kepda pelanggan menurun.Penawaran wang dalam pasaran
berkurang.

You might also like