Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kurikulum dan Silibus

Kurikulum boleh didefinisikan kepada dua iaitu definisi spesifik dan definisi umum. Menurut definisi
spesifik menyatakan bahawa kurikulum merujuk kepada pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam dan
di luar bilik darjah. Kurikulum berdasarkan definisi umum ialah proses aktiviti yang dialami oleh
seseorang individu dari peringkat kematangan mentah kanak-kanak sehingga ke peringkat
kematangan orang dewasa.
Berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati
di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut
mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program yang dirancang dan
dilaksanakan di sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara
praktikal di dalam kelas serta kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu
dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Yusuf Hashim (2000) pula beranggapan bahawa kurikulum sebagai laluan atau balapan bagi sesuatu
pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang berasal
daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Menurut Haris Md. Jadi (1991),
kurikulum bermaksud suatu siri rancangan pengajaran yang disusun bertujuan membolehkan pelajar
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan aplikasi ilmu tersebut. Ia juga meliputi segala matlamat
pembelajaran yang dirancangkan termasuk pengalaman dan kaedah mengajar, bahan-bahan
pengajaran serta teknik penilaian yang dirancangkan.

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum mengandungi segala rancangan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun institusi pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan.
Tafsiran kurikulum yang lengkap adalah dirumuskan bahawa kurikulum merangkumi pengalaman
kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan
pakar kurikulum secara teliti dan professional demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran
sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah bagi semua peringkat persekolahan.

Tujuan Kurikulum

Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan.
Ini bermaksud bahawa maklumat-maklumat akan disampaikan mengikut peringkat yang tertentu.
Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat
Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke
semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid
sentiasa bergerak seiring dengan pengetahuan semasa.
Kurikulum pendidikan dibina atas beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir
secara kritis dan reatif.
Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama
merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan
murid-murid melalui kokurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia
bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum
yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap
prejudis antara kaum.

You might also like