Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

________________________________________________________PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/03

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN RIMBA TERJUN, 82000 PONTIAN JOHOR

MESYUARAT PENGELOLA SUKAN TAHUNAN

TAHUN 2017 BIL. 1/2017

Tarikh : 27 Februari 2017 (Isnin)

Masa : 1.30 petang hingga 2.00 petang

Tempat : Bilik Kesihatan SKRT

Pengerusi : En. Juraimi bin Haji Safar (Guru Besar SK Rimba Terjun)

Kehadiran(Bilangan) : 26/26

Tidak Hadir : Tiada

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke
mesyuarat pada petang itu.
1.2 Pengerusi meminta Ustaz Izzuddin untuk membacakan doa sebelum
memulakan mesyuarat.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En. Azizul Rasidi bin Rosli
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh En. Nizamuddin bin A Rashid

3 PEKARA YANG DIBINCANGKAN

3.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang telah
menjayakan Kejohanan Sukan Tuhunan SKRT bagi tahun 2017.
3.2 Terdapat beberapa pekara yang perlu di tambah baik supaya Kejohanan
Sukan Tahunan pada akan datang tidak akan berlaku lagi.
3.3 Perjalanan acara yang dijalankan tidak lancar di mana perlu menunggu masa
yang lama untuk satu-satu acara. Diharap pengelola akan datang dapat
mengatasi masalah ini supaya tetamu yang hadir tidak berasa bosan.
3.4 Kawalan murid yang kurang memuaskan, kerana terdapat sebilang murid yang
berkeliaran di atas padang dan juga di blok A. Guru-guru rumah sukan perlu
memastikan semua murid berada di khemah rumah sukan masing-masing.
3.5 Sistem PA diharap dapat dibaiki lagi, sediakan peralatan yang secukupnya dan
cepat bertindak sekiranya terdapat masalah.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
________________________________________________________PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.6 Aspek kebersihan perlu diambil berat selepas tamat sesuatu program.
Keadaan sekolah perlu sentiasa dalam keadaan yang bersih. Jika perlu, minta
pertolongan pekerja pembersihan untuk sama-sama membersihkan tempat
program dijalankan. Tidak ada sampah atau peralatan yang ditinggal selepas
tamat program.
(Tindakan: semua guru)

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Untuk program yang akan datang sama ada sukan atau akedemik, semua guru
perlu memainkan peranan untuk mengawal murid-murid.
4.2 Kerjasama semua guru dapat membentuk satu pasukan kerja yang mantap.
(Tindakan: semua guru)

5. PENUTUP

5.1 Ucapan penangguhan oleh Tuan Guru Besar selaku Tuan Pengerusi.
5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.00pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….

( EN. NIZAMUDIN BIN A RASHID ) ( )


Setiausaha Sukan
Tarikh : 8 FEBRUARI 2017 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like