Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Apakah Itu Hari Sukan Negara?

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober
setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan
Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat
negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan
pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian
dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh
pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya
akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada
hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan
amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif
bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60
peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang
sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan objektif Hari Sukan Negara Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.

Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat

Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.

Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.

Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar
umbi

You might also like